Ini mee siput. Aku rasa mee ni buleh dapat kat Johor je kot.. Batu Pahat, Muar. Daerah lain tak pasti. Mee siput ni dibuat dari mee kuning yang kita duk buat mee goreng tu. Dibentuk bulat mcm tu dan dijemur. Kendian nak makan kita goreng. Sedap di makan dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal kicap. Mlm tadi ku mkn dgn sambal kicap yg dah sedia ada..krup krap..krup krap gituh time makan. Cicah dgn sambal gitu.
Teringat masa aku kecik-kecik (tahun 80-an) , mee ni dijual kat kantin sekolah. Satu 10 sen. Dihidang bukan dlm pinggan mcm kat atas tu, tapi di alas dgn skertas yang dipoting segi empat kecik-kecik. Tengah-tengahnya dibubuh sambal mcm kat atas tu. Sambal tumis ikan bilis atau sambal kicap. Boleh pilih. Hampir tiap-tiap hari aku beli. Eh tapi time tu kan, bihun /mee/ nasi lemak sebungkus/sepinggan regenya still 10 sen..hihiihihi (eh..dah tua sgt ke aku nih)..ehhehe..now mana dapat kan...masa tu 5 sen still boleh dapat jajan lagi (makanan ringan).
Teringat masa kat universiti, kdg balik kampus aku bawak mee siput ni yg dah siap-siap mak ku sira dgn sambal...bubuh dlm bekas buat stok. Sambil study meniarap atas katil sambal krup krap menda nih..hehheheh...
And now, benda still aku suka makan. Tiap kali balik kampung, aku mesti beli 2-4 kilo buat stok.If rasa nak makan tinggai goreng je. Kadang aku buat sup mee siput. Rendam je mee ni dlm air hingga lembut. Tumis bawang dan ikan bilis yg dah ditumbuk, buh air dan biar mendidih, bubuh mee tu dan buh sikit garam. Then campak sket daun sup/daun bawang...burpp..kenyangg.Alhamdulilah.