Tuesday, May 5, 2009

Pasar Besar Siti Khadijah (part 1)

klik to enlarge

Pasar Besar Siti Khadijah terletak di kawasan Buluh Kubu, Kota Bharu. Ia dibina Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ia dibuka pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.


Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

Pasar ini merupakan destinasi wajib kalau ke Kota Bharu. Bagi Catz, ia sangat unik. Nama asalnya ialah Pasar Besar Buluh Kubu, tetapi di tukar kepada Pasar besar Siti Khadijah oleh Menteri besar Kelantan pada tahun 1997. Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada golongan wanita yang menjadi majoriti peniaga di sini.


Pasar ini merupakan bangunan 3 tingkat yang bersegi lapan. Satu pemandangan yang amat mensrik sekiranya kita mengambil gambar dari atas. Catz dah pernah sampai sini sebelum ini, tapi belum pernah ambil gambar. Unik dan menarik pemandangannya dari atas. Sudah pastinya tiada di tempat lain.

Boleh dilihat bahawa majoriti peniaga adalah terdiri dari kaum wanita.

Di pasar Siti Khadijah, kita boleh membeli belah, dari barangan basah hinggalah bahan kering, peralatan dapur, makanan, tudung. kain baju dll.



Tingkat bawah ini dikhaskan untuk jualan makanan basah, ikan dan sayur-sayuran. kalau nak beli ayam pun ..haa...kat sini lah. Saya tertarik dengan pemandangan lensa kamera saya. Cantik!



kelantan terkenal dengan serunding dan kuih muih. Kalau nak mendapatkannya, haa..pergilah ke tingkat 1. Terdapat juga makanan-makanan lain seperti dodol, keropok dll.


kedai makanan kering di tingkat 1

mari..mariiii.....

keropok..keropok..!

serunding daging

senang kata, kalau nak mengenali Kelantan, pasar ni adalah tempat yang wajib pegi kalau ke Kota Bharu. Ramah-ramah belaka peniaganya...

global warming.. (entry ke 1000)

now ni aku rasa cuaca panas yg melampau-lampau...uihhh.....
panas gila ahhh..
bila panas mcm ni, jalan sket pun aku rasa mengah gila..cam takde stamina...
aku pi mkn rasa panas..
pi shopping complex pun rasa panass
kat lab ni panas..
on the way dlm kete pun rasa panasss..
global warming ....?
ke lemak aku yg makin tebal??
agaknya lah kan...
now badan pun rasa lemah....
malasss aje gitu...
napa ek..
help me ........

p/s : eh..ni entry aku yang ke 1000.


Sunday, May 3, 2009

terima kasih cikgu aerobic..

Habis meronda pasar malam Wakaf Che Yeh, tgk jam...aaa..dah hampir 7.30 malam. nak balik...
duk tepi jalan, tunggu kot ada kelibat kereta sapu / teksi..tapi takde...hah...................
makk..uwaa....nak jalan kaki?..err..arah mana nak jalan pun tak tawww.....
awwww.....
konon2 nak naik kete sapu, tapi bayang pun takde. Iskk....
bas?? pun tak nampak bayang. Lagipun, tak reti pun nak tunggu arah mana...aaaa...
duk tepi jalan dgn tangan penuh dgn plastik makanan..erkkk..
pi tanya org..dia ckp..teksi ptg2 mcm ni kat area ni susahhh.....
arghh....

tetiba....

aku lalu depan kedai..nampak satu kereta kenari berenti yg dipandu pleh seorang perempuan...berenti depan satu kedai...sorang pompuan comel masuk dalam kereta.
aku duk pikir..tanya je lah kot2 dia bleh tolong ke kannn...kan...
lagipun malu bertanya sesat jalan....dan malu bertanya karang aku tidur tepi jalan pulak...tak mooo...tak nak aaa bersila tepi jalan mkn nasik kerabu...hukhuk....

aku dgn buat muka cool...menghampiri kereta kenari tu...
ehh..kebetulan wanita tersebut turunkan tingkap kete dia...

aku: Assalammualaikum..
wanita dlm kereta: Walaikumsalam
Aku: makcik...ke mana arah hotel Renaissance?
Wanita dlm kereta: arah sana...
aku: camana nak dpt teksi kat sini ye?
Wanita dalam kereta: susahhh nak dpt teksi waktu gini...
aku: ehm.....
wanita dalam kereta: mari dari mana?
aku: KL....pi pasar malam tadi..nak balik hotel
wainta dalama kereta : marilah, mokcik hantar ke hotel
aku: eh..tak susah ke? (dalam hati duk melompat2 oke..yabedabeduuuuu!!!)..
wanita dalam kereta: marilah naik..tapi kereta makcik ni bau busuk
aku: takpe...
(then anak dia duk alih-alihkan barang,,)
wanita dalam kereta: sorrylah..my car is smelly...beli udang lupa nak keluarkan semalam...
aku: takpe makcikkk..takpe...

so..kami berbual-bual dalam kereta. Dia kata dia duduk arah berlainan, tapi sebab kesian dia hantar aku..isk...baik kan makcik ni...
dia ckp..dia bau balik mengajar

aku: oh..cikgu ke
makcik: bukan..
aku: pensyarah?
makcik: bukan....ala..saya ni cikgu aerobic...
aku: ahhh?? wahh..sihattttnya..bestnyaaa..
makcik: i am 64 u knowwww
aku:aaa??? ye ke??
makcik: ye..Alhamdulilah...saya dah pencen..tapi now keje lah ngajar aerobic, nak sara anak..yg ni belajar kat UIA. suami dah meninggal...if takde keje esok boleh lah bawa anak jalan-jalan. Tapi esok ada pertandingan aerobic.
aku: oh..makcik jadi instructor pasukan ke?
makcik: takllah..makcik jadi judgest..
aku: oh... (terlopong kejap)
makcik: kat kelantan ni..once a year ada pertandingan aerobic...
aku:Oooooo....



Kami berborak-borak. Anak dia..namanya Dani, ramah gak... hihiihihih....jalan agak jem. Dapat le borak-borak. Dia syorkan, if nak berjalan ke town esok, naik je bas. Dia tanya gak knp duk Renaisannce..tak duk hotel kat town centre sana...dia tanya gak..aku dah beli ke mknn local. Aku ckp le..yg tgn aku dah penuh ni, beli kat pasar malam. dgn segala nasi dagang, nasi kerabu, kuih muih..hehheheheh...makcik tuh gelak je...anak dia pun...kehkehkeh..
Dia turunkan aku depan hotel.

makcik: turun sini jelah..nak turun depan lobi segan..kete makcik ni buruk
aku:eh,,taklah makcik..ok je..
then aku nak bagi dia duit..mati2 dia tak nak..dia ckp dia tolong kerana Allah...
hem..terima kasih makcik....
sampai jumpa pagi..
sempat gak kami bertgukar nombor telefon..
moga Allah balas budi baik dia..

Hah..penuh tak meja aku dgn food...hehhehe..

nyum-nyummm...nasi kerabu daging bakar yang sedapppss...hiks..
(if lah makcik tuh tak hantar aku balik.entah2..cik kiah ni duk bersila tepi jalan makan nasi kerabu..ha-ha-ha.)

Saturday, May 2, 2009

Jalan-jalan cari makan : Wakaf Che Yeh Night Market

Aku tak tau nak ke mana..tapi dalam kepala ni...nak cari food. Local Food yang best. Masa kat hotel, aku amik brochure dan peta KB. Dalam brochure tuh adalah map, interesting places, local food info, dll. Antara makanan yang mesti dicuba ialah nasi kerabu, dasi dagang, kuih muih tradisional (akok, jala mas, bunga tanjung dll), nasi berlauk, solok lada, budu, ayam percik, ketupat sotong dan macam-macam lagi. So..ke mana kita??

Mata aku lekat kat salah satu tempat yang aku rasa tepat utk cari local food.
WAKAF CHE YEH NIGHT MARKET.

Aku tanya dgn org kat KB Mall, derang ckp tak jauh..ehm..tapi tak larat lah nak jalan. Cuaca panas amat lah, walau dah hampir pukul 6 petang. Plan naik teksi je. Tapi, rupanya nak naik teksi kat sini, bukan senang (sebab aku tak tau). Pi tanya orang kat depan KB Mall, terus dihampiri oleh seorang drebar kereta sapu. Wah...kereta sapu dia park betul-betul depan pintu KB Mall, which aku wonder gak, knp takde proper teksi depan KB Mall ni? Dia charge RM15.00!! Bukannya jauh sgt oke. Dia ckp, jalan jem, ada karnival SUA RASA. Tapi dia tak lalu pun kat stadium tmpt karnival event tu, dia ikut jalan lain yg tak jem pun. Hem....dalam 7 minit dah sampai Wakaf Che Yeh (pakcik kereta sapu ni dia ikut jalan belakang, katanya). Pakcik tuh siap bagi tau, kat KB ni susah dpt teksi, jgn balik malam-malam. oh.. Ini KB ye..bukan KL .

Sampai je...pasar malam belum meriah sgt. Baru around pukul 6 dan peniaga pun tengah duk susun barang dan prepare utk berniaga. Jalan le sikit-sikit. Hem...kat sini ramainyaa orang jual buah mangga. Besar-besar dan nampak sedap. Night market ni sangat panjang dan disamping pasar malam, ada juga gerai-gerai makan. So..here i come nasi dagang!!!

Pasar malam Wakaf Che Yeh

Pelbagai barang jualan di pasar malam ini. Dari selipar jepun, buah-buahan, makanan siap, sayur-sayuran, kuih muih tempatan, keropok dan pelbagai lagi.

Hausss...nampak cendol ni terus nak beli... colourful and yummy!! slurpppp..
me: kak..nak air kaler-kaler ni...air apa?
akak jual air: cendol dik.
me: nak satu...berapa?
akak: seriya (sila sebut dgn dialek kelantan)

Anddd.....ni dia...gerai nasi kerabu dan nasi dagang...uihhh..ramai orang kerumun gerai akak ni..sure sedap lah kan....he-he. Cat beli nasi kerabu lauk daging bakar, solok lada dan juga beli nasi dagang lauk ikan ayer.

solok lada..nyummm..nyumm...

Nasi dagang beserta lauk pauknya.

daging bakar dan lauk pauk nasi kerabu

ayam bakar

yey....laksam pun ada!!

Yang bestnya kat sini, kita boleh beli makanan kat night market dan makan kat gerai sebelah pasar malam tu..

so beli laksam, makan kat gerai..

nak?? nyum-nyum..lemak dan sedap kuah laksam ni...

Alhamdulilahh...kenyang... tak larat dah nak makan nasi kerabu tadi..

so...continue my food hunting journey...kuih ni lupa nama dia, tapi sedap...beli singgit.

akok Kelantan...beli singgit. sedap baunyaa..dan manis.

durian anyone?..nampak yummy ek durian ni. (p/s: tgk gelang akak yg nak beli durian tu....uiii....banyaknya gelang cik Kiahhhh....perghhh...). Bahaya tu kak pakai gelang banyak-banyak pi pasar malam.iskkkk..

tudung ikin (ada di tulis di label... TUDUNG IKIN)..ha-ha-ha.

seliparrrr....warna warni..

buah salak..

mangga (buah mangga, bukan majalah mangga)..


haus..beli air seround lagi....tangan dah penuh dgn makanan yg akan di bawa balik ke hotel...now...fikir ek..how nak balik???? tetiba dah pukul 7.30 mlm.....dan tak tau...nak naik apa balik hotel..iskkkkkk....

to be continued...

KB Mall


Last aku datang KB bila ek?? aku pun dah lupa...tapi lama lah..lebih 5 tahun dah kot. Masa tu KB Mall ni takde lagi rasanya. Semalam sajalah merayap ke sini. Jalan petang-petang yang sangat panas dan hazabss. Tanya kat hotel, KB Mall ni belah mana?? dia ckp jln straight je ..about 800 m. wo-wo-wo. aku ingat mcm dekat. Anggapan ku meleset belaka. Berjalan 800 meter, dgn cuaca panas terik ni mcm jalan 80km oke. uhh... dah le lapar dan haus. Duk terbayang air sirap dgn air batu terapung-apung. peh...

Kebetulan aku datang ni, Cuti umum dan ada karnival SUA RASA kat stadium. So suasana KB ni mcm havoc semacam. Jem sana sini. Orang seluruh kelantan dan luar Kelantan mai KB...berkarnival kaedahnya..TV9 ek?? so ramai le org KL pun turun KB. Jalan sesak sana sini.
Hotel sana sini penuh katanya. Baguslah..rezeki. Dan katanya, time-time gini, kalau ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur, mmg sesak. Ehm..so plan nak sewa kereta utk ke sana dibatalkan secara otomatik. Ala..mcm lah aku nak shopping sangat pun, he-he-he.




Ni lah KB Mall. Oleh sebab blog aku temanya jalan-jalan, makan-makan, so tak salah rasanya nak cerita pasal Mall..aku pun 1st time datang sini kan. Ada kawan aku cakap, KB ni apa yang ada..selain fames dgn pasar Siti Khadijah? Heh...sini pun ada shopping mall ok. Sama je mcm town lain.suasana dlm KB mall..

Orang sangat ramai dan sesak semalam...

KB Food Junction

Tujuan aku ke sini ialah nak makan sebenar-benarnya. Kebulur. Tapi hampa. tak seperti yang ku sangka. Makan je lah apa yg ada..and at least aku try salah satu food org pantai Timur. Nasi air.

Nasi air, cukup untuk mengalas perut sebelum get REAL food.

Ehm... aku rasa tempat ni akan lebih best kalau aspek kebersihan lantai dan sekitaran di ambil berat. Just pendapat aku je utk org yg pertama kali singgah makan di sini.

oksigennnnnn...pliss.....

oksigen plis...
air sejuk plisss...


pencapaian yang agak memberangsangkan:

nasi kerabu - done (2 kali, 1 is pasar mlm version, 1 is hotel version) - both sedap meletops.
nasi dagang- done (with gulai ikan ayer yg veryyyyy de meletopss)
akok - done
kuih apa tah (tapi sedap) -ngapped!
solok lada, budu - done
Laksam lemak - done!! (sedap gila)
NASI ULAM cikgu - sudahhhhhhhhh....!!!
KB Mall - dah
Pasar malam wakaf Che Yeh
Pasar siti khadijah
Bazar Buluh Kubu
Pusat kraftangan
anddd..
eh..eh...Karnival SUA RASA kat stadium.. (lalu je..)
tudungssss
tudungsssssssss
tudungssssss....ssss

adoi..
kaki akuuuuuuu...sakittt....akuuuu kepanasan...nampaknya isu global warming patut sgt diketengahkannnn...now cuaca panas gilaaaaaaaaaaaa!!!!!
aku dah tak larat nak jalan-jalan sudahhhhhh...

oh..
next entry..cerita bagaimana aku diselamatkan oleh seorang cikgu aerobic semalam.....
waitttttttttt!!


Friday, May 1, 2009

Lapar: I want ......


guess sapa satu flight dgn aku tadi..ha-ha..poyonya soalan..
ke-ke-ke...
Britney spears?? bukan... Mawi??...bukan... (if mawi sure dia duk bisnes class kan..ek...)...
.
.
.
.
Fahrin Ahmad oke.... ke-ke-ke....dan jugak geng cat farish and geng Fabolous Cat..
eh..aku bukan nak cerita pasal Fahrin okels...
entry bosan sambil menunggu masuk waktu Asar..sebab aku tgh lapar gila ni...
Nak kuar mencarik makanan..sebentar lagi...

i want :

nasi dagang
nasi berlauk
nasi kerabu
somtam
laksam
budu?????? ehmm??
apa lagi ek?
makanan pantai timur..plissss!!! local food.....

lapar...i could eat a whole cow right now...


p/s: impressed dgn taxi airport di KB...farrrrrrrrrrrrrrr better than JB. heh...selain taxi yg cantik dan bersih dan sejuk..driver nya juga bawak sangt laju dan mencilok-cilok...mcm tak caya aku kat KB now ni...ke-ke-ke..

A.W.A.Y

Blogging from departure hall, KLIA. Flight MHXXXX delayed...bosan gila. Bantal plissssssss...
ngntuk gila ni..mlm tadi tidur pukul 1.30 pagi.
Rasa nak baring atas kerusi ni...iskk..iskkk...

Terdengar bunyik kat background ni...sekumpulan family yg duduk belakang aku ni.

Adik kecik: 1,2 ,3,4,5,6,7 (dengan suara yg sungguhhhh comellll...)
Emak: adik kira apa?
Adik kecik: kira kapal terbang, ada 7 ekorrr...tu...7 ekorrr...
family: ka-ka-ka-ka-ka-ka..ke-ke-ke-ke.

cerah mata aku...tetiba..


Senja di Kota Kinabalu, 17 April 2009



Seribu Bintang: Alleycats

(lagu terdpt di sidebar kanan. klik butang play)

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku

Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku



SELAMAT BERCUTI SEMPENA CUTI HARI PEKERJA
selamat balik kampung
selamat jalan-jalan
berhati-hati di perjalanan.

t.a.t.a.
mak nak pi carik kayu api satsss...