Saturday, October 3, 2009

Jom pegi pasar : Queen Victoria Market

Antara banyak-banyak tempat yang aku jalan-jalan,
aku rasa Queen victoria market ni la yang paling aku sukaa...!
cik Kiah kan suka pi pasar...haaaaa..best..best.
Dari apartment aku tu, nak ke sini jalan kaki je...lintas kat Flagstaff garden , lintas jalan , jln sket haa..dah sampai. Kalau u ols nak pi sini naik tram oso can. Nnati aku letak nama stesennya. tapi berenti kat area flagstaff garden tu lah.
tourist free shuttle bas oso ada lalu area ni.
aku jalan kaki je.
market ni buka pukul 6 pagi. so lepas solat subuh, lepas buat bekpes, jalan ke sini.
dlm 10 minit kot dr apartment tu..(plus singgah garden, amik-amik gambar bagai...jadiklah dekat 20 minit..kuikuikui).




Business hournya :

Weekdays :

Trading Hours
Tue: 6am - 2pm
Thu: 6am - 2pm
Fri: 6am - 5pm
(general merchandise to 4pm)
Weekends :

Trading Hours
Sat: 6am - 3pm
Sun: 9am - 4pm
CLOSED: Mondays, Wednesdays, Good Friday, Anzac Day, Melbourne Cup Day, Christmas Day, Boxing Day and New Year's Day. See location & hours for more info.



Apa yang menarik market ni?
Ok..market ni merupakan salah satu landmarks Melbourne jugaklah. Ia dibuka sejak tahun 1850'. Adalah sejarahnya tempat ni.

Ia adalah open air market yang terbesar di Southern Hemisphere.
Ia dinamakan Victoria market sempena nama Queen Victoria yang memerintah empayar Br1tish dr tahun 1837-1901.

Hari ini, market ini merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong ke Melbourne.
Market ini menjual pelbagai barangan dari bahan basah seperti ikan, daging, sayur,seafood, buah, herbs dan pelbagai makanan.
Selain itu, ia juga menjual pakaian, kasut, brg perhiasan, aksespri, barangan kraf, cenderahati dll.

Dimarket ini juga terdapat food court. Pelbagai cafe ada menyediakan mknan seperti donut, fish and chips dll. Ada juga van donut di market ini.




Terdapat pelbagai section mengikut huruf atas shed ni.


Masuk je aku rasa nak lompat-lompat sebab nampak sgt bestttt!!! Aku dtg awal lagi, so penjual-penjual cenderahati dan brgn kraf masih lagi menyusun barang masing-masing. So pegi bhgn sayur-sayur dulu...
bestnyaaaaaaaaaaaaaa....bestnya kalau pasar kita mcm ni...
tersusun, bersih dan cantik....rasa mcm nakbeli semua sayur dan buah. Fresh dan warna warni!
harga boleh tahan murahnya.n Pandai-pandai le browse carik yg bagi harga paling murah.


warna warni...aku cam jakun tak pernah nampak sayur pulak...tapi banyak gak le benda sayur ni yg kita tak jumpa kat pasar kita. selalu nampak sayur tu chef2 dlm channel AFC guna...weiii!!...aku nampak sayur mentah pun rasa mcm sedap!!

yang warna hijau tgh2 ni avocado...besar-besar gila avocadonya...kalau aku buat es-teller best niii!!buah stoberi yang nampak fresh! murah jugaklah...satu kotak tu AUD1. so mak dgn tamak telah beli beberapa kotak. sayur yang gemuk, fresh dan colourful.

asparagus ni 2 ikat 3 dollar. best..best.

sawi gemuk dan rimbun menghijau...

ha..tu leek dan jugak benda sayur yg chef sellau hiris2 buat salad...nyum-nyum-nyum..

see.....pasar ni bersih, kering, tersusun...aku rasa nak beli semua...

(perasaan aku kalau pi shopping mall tak mcm ni...masuk pasar happy semacam cam nak lompat-lompat)..

apa ni ek..sejenid labu kot..penjualnya pelbagai bangsa. Ada cina, oramputeh, india, arab, indonesian.

best ahhh..naik beskal camni masuk pasar..

Selepas ronda-ronda beli sayur...aku beli banyak ok...beli stoberi, limau, anggur, sayur-sayur sket..lepak cafe minum-minum mkn donut, seafood and chips..

dalam cafe ni kan..aku tgk ramainya perempuan2 pertengahan umur cam 40-an tgh duk mkn donut, minum coffee. minum sorang-sorang. sebelahnya troli cantik yg dlmnya ada banyakkkkkkk sayur. sayur yg gemuk dan besar-besar. bestnya...maybe suri rumah tangga yang kejenya jalan2 kat pasar, beli sayur ikan, then lepak coffee shop..balik masak...iskkkk.....


Lepas minum-minum, aku pi section ikan dan daging. wow...bestnya tgk pasar cam ni. cantik je tgk susunan ikan dan seafoodnya.

warna warni..

bahagian daging..

ikan-ikan yang disusun rapi ..untuk memuaskan hati, aku beli beberapa jenis seafood. aku beli banana prawn, 2 jenis scallops, salmon, udang besar2 apa tah nama, sotong dan mix seafood.

cik kiah yang bahagia dgn sayur,ikan dan buah.


next section..

dah habis beli sayur, aku pi bhgn jualan cenderahati..
ni pun seronok jugak..
terdpt pelbagai pilihan soviner dari benda kecik-kecik sampai le hok besar.
dari fridge magnet sampai le ugg, t-shirt, topi, beg, boomerang , keychain etc.
memang rambang mata ko...

terdapat juga aksesori..ada banyak barangan tempatan dan juga brgn dari china. so kalau nak beli betul2 brgn buatan australia utk dijadikan cenderahati, tgk betul2. sebab byk yg made in China. cthnya patung koala bear dll. kalau tak kisah, no hal punya. ko beli kat ozi, bukan kat beijing pun kan..
ugg...mahal gak benda ni..hati2 jgn terbeli yg imitation pulak..beli yg australian made lah..

fridge magnet..
pakcik yg jual FM ni bagi aku 8 ketul =AUD10.00. kira murah lah..sebab aku pi thailand pun lagiiii mahal FM nya.

ha..ni boomerang..salah satu cenderahati yang biasa org beli lah kalau ke sini. tapi beli kena tgk2 gak, ada yg ori buatan australia, ada yg made in Tanah besar sanaaa... katanya kalau yg ringa itu dri china. tapi kalau setakat nak beli utk seronok2 tak kisah. aku carik yg betul2 ausi made dan dpt harga berpatutan. ada satu gerai tu aku tanya..ni made in mana?...yg jual ckp "oversea"..
hehhehe...aku kerut dahi..oversea??..obersea mana ni banggggg???? dia ckp..."i dont know."

Banyak penjual-penjual t-shir yg menawarkan harga berpatutan. ada 2-3 kedai Indonesian.. siap bagi aku t-shirt free sebab beli dlm kuantiti yang agak banyak. " salam idulfitri" katanyaaa.aku suka ni..

ni cute gak...utk budak2 kecik oklah..

kangaroooooo...hahaha..masa scan bag kat airport, nampak le kangaroo2 ni bnayak dlm beg..kehkehkeh..officer tuh sampai kerut muka..kihkihkih.

ok..kat sini banyak sgt pilihan cenderhati..harga boleh tahan lah murahnya..pandai2 le bargain dan carik yg offer good price.
cik kiah pun pulang dgn sayur-sayuran dan kangaroo.
so sekian cik kiah di vic market.

bersambung kisah lain..

sedikit catatan di Melbourne (part 2)

aku dah lama la tak buat entry masak-masak.
sejak nak raya la..
bukan aku tak masak..aku masak hari2..DAN ada satu acara masak secara besar-besaran actually on 'gempa' day..tuh karang-karang lah..
aku sambung la pasal trip melbourne sket..
malas lah sebenornya...tapi gagah kan jugaklah mengedit gambar bagai.
(kena letak jugak sebab blog ni mcm travelling journal aku...)
time aku buat entry ni pun aku kat sebuah Pulau...
so makin banyak gambar..makin banyak..makin banyak...makin malas.

ok..
sambung entry melbourne.



KL-melbourne 9 jam lebih kurang.
dari Tullamarine Airport, Melbourne, nak ke pusat bandar ada beberapa alternatif..
naik cab..naik bas.
dah survey tru internet benda-benda ni. Dah tau kosnya.
so pilih naik skybus. Bus ni akan bawak kita dari airpot ke Sourthen Cross Station di CBD area.
Pusat bandar lah senang kata...
so dari situ, boleh lah kita naik tram free, tram berbayar, bus free, bus berbayar, cab ke..ikut destinasi. Ni aku tulis berdasarkan pandangan/cara aku sbg traveller yg 1st time sampai sini.
Yang survey cara nak ke sini tru internet. Untuk lebih selamat dari segi menguruskan budget, beli online tiketnya.Print siap-siap. Beli pergi-balik. At least transportation dari town ke airport dah selamat.

Orang yang dah biasa duk kat sana maybe lain caranya.

Ni Southern Cross Station, Airport Coach Terminal. Terletak di central Business district, CBD.
Kat tgh2 town lah..dekat dgn DFO.
Airpot - stesen ni around 30 minit. dari sini, ada shuttle ke beberapa hotel. Aku jalan kaki je sbb apartment ku itu cuma 4 minit jln kaki dari sini.

Hari kedua di Melbourne, bangun lambat. Bangun solat subuh pukul 4.45 pagi, then sambung tidur. Tengahari check out dari Hilton, pindah ke Harbour Views Apartments. Lokasinya 4 minit jalan kaki dari Southern Cross Station tu. So heret beg le ke apartment dlm sejuk-sejuk tu. Hujan gerimis sikit-sikit.

Di apartment ni banyak info dan boleh tempah pakej ke mana-mana tourist attraction. Nak join day tour yang jauh pun boleh tempah di sini.

Lokasi apartment ni sangat strategik. Walking distance ke supermarket, DFO, airport coach station, tram station pun depan pintu je lah senang kata.


Apartment bertaraf 4 star ni dilengkapi dengan dapur, ada mirowave, peti sejuk, pinggan mangkuk, periuk kuali, steamer, pisau, senduk sudu, cecair pencuci pinggan pun ada. Garam, gula semua lengkap.

click photo to enlarge.

senang kata mcm duduk kat rumah le. semua ada. bilik air yg besar dan sgt bersih. towel pun sgt putih mcm baru (aku benda2 cam ni agak sensitif). seterika dan iron board pun ada. so senang.

Nak naik cab kat sini ada few choice. yang biasa aku naik ialah Silver top. warna kuning cam dlm gambar tu.
Bilik yang simple, bersih dan selesa.

Bilik aku mengadap ke Etihad Stadium. Beberapa hari kat sini, aku ubah2 bilik. TV aku buh ngadap katil. so bleh tgk tv sambil meniarap mcm kat rumah selalu tuh..


Lepas solat, rehat-rehat dan minum kopi panas, makan megi, start kuar merayap. Belajar naik tram. Travel di pusat bandar sgt senang. Ko ada City map, tgk tram dan bus punya route. tengok hala, landmarks. Pilihan paling bagus, tram percuma, City Circle no 35. Ha...jln kaki ke stesen dan tunggu tram. kekerapan around 10-12 minit sekali gitu kot..lupa lah. Aku naik tram ni round city..tgk-tgk tourist attraction, so nanti nak jalan betul2 senang. Dah tau mana stesen nak berenti. So duduk lah dlm tram dgn happynya. Banyak pelancong yg naik tram ni utk pi shopping, jalan-jalan.
Oh ya, selain tram free, ada juga shuttle bus free utk pelancong. Jangka masa travel ialah 1 jam 30 minit, siap ada commentator. Senang bukan. Just jalan sket, cari bus stop nya berdasarkan peta. Kalau malas, naik cab oso can. tapi naik cab adalah mahal. adalah 3 kali naik cab. erk..mahal ok..baik naik tram.
Nak jln ke area yg free tram tak lalu, boleh naik tram berbayar. beli medcard dan boleh naik mana2
tram. tak ingat chargenya. Aku tanay kat kedai 7E, dia ckp minimum 2 jam = AUD 3.70 tak silap la..banyakk je kedai-kedai, 7E yg jual medcard ni.


Ok..now dah nak masuk bab makan pulak. Makan di Melbourne senang je. Tgk dlm Zabihah.com, ha..print siap-siap. Banyak restoran halal di sini. Kalau tak cerewet sgt senang lah.
Check alamat berdasarkan tempat kita stay.
Oh ya..ada satu tempat kat Sydney Road, Brunswick kalau tak silap..sini mmg area yang banyak terdapat restoran halal. Dan banyak Asian groceries dan kedai daging halal.

tapi ni jauh sket dari Pusat bandar.. tempat ni aku tau sebab balik dari Zoo, aku nak lunch. Kawan aku dah pesan, try restoran bismi. aku dah google, ia terletak kat sydney road. so naik cab ke sana, tak jauh sgtlah dari zoo (kalau jln kaki jauh kot), boleh jugaka naik tram ke sini. Kwn aku kata nasi beriayani nya meletops sedapnya...mesti try...katanya.
mak pun dah berjiwa jln2 carik makan kan..harus laah nak pegi rasa.
sekaliiiiiii...aaaa??? tutup daaaaa....kesiannnnya aku.
Tak dpt makan u ols. so mak amik je lah gambo kedainya...
nak pegi esoknya malaslah pulak. busines hournya start kul 5 ptg. aaa..lagilah aku malas. sejuk..dah nak malam.
iskkkk..dah le jauh nun di sana kalau nak pegi..hahaha...tapi takpe...mana tau aku nak pg lagi kan..

restoran bismi (aku dpt tgk gambar nasi beriyaninya dlm kamera kawan aku yg pi melbourne dulu tu...terliurrrr okelsss)..

kat area ni ada nandos..so settled with nandos je lah...
oh ya...nandos ni halal, dan aku tgk mg ada tanda dan sijil halal. Di melbourne banyak nandos, yang aku nampak 7 kedai kot termasuk kat area CBD...tapi tak semuanya halal katanyaa (tgk dlm internet) . so nak mkn tgk dulu masa order tu..


ni dua set meals ni around AUD22.00. mahal??

ok..mari kedapur cik kiah pula...disebabkan aku duk apartment yg lengkap dgn dapur, aku masak le.sesekali mkn je kat luar..or lepak coffee shop. Tapi masak mmg jimat sebab mkn di luar, mmg agak mahal. Kalau convert duit RM tak berapa lalu lah nak makan.hahhaa.. nasi beriyani paling murah pun around AUD15.00. Ni aku berckp dari perspektif bagi org yg berpendapatan biasa. Lain org lainlah pandangannya, sebab ketebalan poket oso berbeza-beza. Benda mahal murah ni kan subjektif, ikut masing-masing. Bagi catz, walau aku boleh dan tak kisah mkn kat mana2 as long halal, kalau benda boleh jimat, harus aku berjimat.cuma kan kdg cik kiah mentel nak try itu ini..kdg tu bila kuar, saja pegi minum dan mkn donut.

Balik dari jalan-jalan, aku pi supemarket.walking distance je..around 4 minutes walk. Pegi Coles beli brg dapur. Beli beras 2 kilo, udang, minyak, sayur, cili, telur, bawang halia bagai. dlm ni pun ada section asian thingy. habis around AUD35.00. Benda ni boleh dimasak utk few days, lunch+dinner+sarapan 2 org makan. Kan jimat.

cik kiah balik dari kedai..mari memasak..

Aku ada bawak perencah dan paste segera. ha...senang je kan. nak masak hiris bawang (takde lah lesung...huhuhu), hiris cili, tumis..masuk paste sambal etc...dah jadik. masak nasik, masak sayur. pagi aku masak nasik goreng, mee goreng dan mkn buah. uhh..mmg tak rasa mcm jauh dr rumah.hehehheeeeeee

So..inilah yg dimasak di dapur cik kiah di melbourne. nasi goreng, mee goreng.

dari atas ke kanan. sayur kobis, udang cili api, telur dadar dan sambal udang.

salmon cutlet dan scallop...aku perap dgn perahan lemon, pepper, garam dannnn into the pan...pergh..ala2 nigela masak tak?..kihkihkih.

scallop lemak cili api..

ni hidangan malam last kot..aku beli udang besar2 kat vic market, goreng ratah je sambil tgk TV.
sayur pak choy, scallop, ikan dan sambal sotong...
aku mlm mmg tak keluar. so duk rumah je masak..makan..tgk TV, makan, makan.
Macam-macam le aku masak. Takde lah semua aku amik gambar. kadang buat sambal telur je dgn sayur.udang goreng...salmon goreng.

sarapan hari last...mee goreng dgn mix seafood. licinnnn... mkn kenyang2 sebelum off to perth on last day kat melbourne.

bersambung..

Friday, October 2, 2009

takde open house ke?

aku baca kat blog orang,
ada yang dpt jemputan open house sampai 5-6 rumah weekend ni.
sampai tak tau nak pegi yang mana katanyaaaa...
siap ada yg tak nak mkn on weekdays sebab nak mkn free kat rumah org hujung minggu.
TAPI kan....
aku takde org jemput pon??
ada sorang kwn aku katanya nak wat open house ...rumah dia x jauh dr rumah aku..
tapi tak jemput pon???
aku merajuk la..
membawa diri ke pulau weekend nii...
oklah..aku tau..aku kuat makan.
sedih.


err..
tapi abang penjual ayam kata, sales nya menurun sgt raya kali ini.
dulu2 sorang beli sampai 15 ekor..tahun ni sorang beli 3 ekor je..
kan ekonomi gawat sket..Pak ment3ri suruh jimat2..betul lah kan..
ooo..agaknya mmg takde org buat open house la tahun niii... (ayat penyedap hati sebab tadek org jemput open house..)

berdoa..dan berfikir

terdapat beberapa gempa susulan lagi khabarnya...
marilah berdoa..utk kesejahteraan semua...
tgk berita tadi...kat TV.
Betapa teruknya Padang, salah satu tempat yang terjejas teruk.
Rasa insaf menyelubungi diri.
Ye..saya akan ke Padang soon sebenarnya.
Namun melihat dlm berita tadi, hotel yang saya telah tempah sebuah bilik utk menginap di sana telah runtuh. macam mimpi je sebab baru hari tuh duk berckp hal hotel itu.
Bangunan 5 tingkat itu runtuh.
terkesima saya. Melihat mereka cuba mengeluarkan mangsa dari runtuhan.
Syukur saya masih di sini.
Now tgh fikir....kansel saja ke trip tu?

Thursday, October 1, 2009

Siri Haiwan 1: Burung apa?

mari kita pergi zoo

tetiba terasa jiwa ini ada sedikit perasaan kehaiwanan..
eh..maksud aku..tetiba aku suka binatang...
tetiba aku nak sgt pegi zoo..
sanggup jalan kaki...dariii CBD area ke Zoo..
jauh ok...kagum la kepada diri sendiri..jauh gila ok..
Tapi sebab sejuk ok lah nak jalan-jalan..kalau panas aku rasa pagar zoo tu pun belum tentu aku sampai..


Burung apa??? Burung Muraiii...
Burung apa?? Burung Muraiiii
Burung apa???

Nah..kita bagi banyak-banyak burung....


burung warna hijau kuning




burung hitam bintik-bintik



burung warna hijau

ewahhhh..vouge nya aku niii.....org duk hala2 kamera amik gambar aku....satss.aku pose sexy..


burung warna pink

burung warna biru-putih

putih-putih-putih



hitam-putih

Photo-photo di zoo melbourne.
Nama -nama burung aku tak tau ...

Binatang-binatang lain akan menyusul.

eiiihhhhh..bergegar ye??

tit-tit-tit....
text dari kuceng oren.

kuceng oren : catz...ko kat LL keww?? woi...orang dah lari-lari keluar, bangunan bergegar-
gegar..
catz: aku tgh mandi la tadi ...gegar??..takde pun??
kuceng oren: oiiii..orang dah bersidai kat luar....org dah berkumpul kat bawah ni..
catz: aku tgh masak-masak ni..weh..jom lah dtg makan..
kuceng oren: orang duk gempak lari kuar bangunan ko duk masak-masak??
catz: abehhhhhh..rendang aku duk menggelegak atas kuali..camno??
(dlm hati...err..malasnya aku nak turun..tgh masak-masak ni... Lagipun aku tak rasa gegarnya tadi..
maybe kalau rasa tadi, harus aku lari turun dgn kuali aku sekali.)
kuceng oren: oiiiii......ya ampunnnn cik kiah niiii....
catz: eh..tamu aku on the way la..kalau aku ckp yg rumah aku bergegar, harus lah tetiba derang ckp yg derang trap dlm jam sampai tgh malam....hahahaha
kuceng oren: iskkkkkk...

oh..gegar ek..patut lah tetiba payung aku jatuh..sejak azali berdiri di situ tak pernah jatuh, tetiba pulak jatuh terbaring...
dgr berita di radio..siapa ada amaran tsunami..isk....gempa di sumatera rupanya..
mintak2 semuanya ok....