Wednesday, October 14, 2009

Ke Pulau Tioman

trip 2-4 oktober minggu yang lalu.
berangkat dr subang airport - tioman island.
SZB-TOD
perjalanan dgn pesawat dash 7, Berjaya Air selama 1 jam.
cuaca baik..


at subang airport


sampai di lapangan terbang Tioman or Lapangan Terbang Kampung Tekek. Small airport..ala-ala cam rumah je..hiks. kami disambut oleh staff Berjaya Resort. Tram/kenderaan resort telah menunggu kami utk bawa ke resort yg terletak lebih kurang 2-3 km gitu kot.

Porke..porke..porfawor..


check in di resort..kami stay kat deluxe chalet...nice place..dekat gila dgn pantai..bebrapa tapak je..dah la tgh duk amaran tsunami kat negara sana-sana tu..mak pun feeling2 seram jugak la..

pandangan dari balkoni..cantik!


pandangan dr tingkap bilik..dekat gila kan dgn laut..hahaha...
malam pertama aku tak nyenyak tidur..duk mimpi2 apa tah and duk dgr bunyi mcm2...aku mcm takut...eh..kalau tetiba tsunami camna haaaa???

tepian pantai dekat dgn chalet...ptg2..lepak sini sambil baca majalah..cuci mata sekali..eheks.,
cunnya minah-minah saleh yg duk terbaring...

sekitar main building,.menghijau..

sekitaran resort..cantik mcm kat kampung..

sekitaran resort..

kami takde ke mana sgt..so lepak2 kat beach je..malas nak pi island hoping bagai...sebab dtg mmg nak rest relax-relax...makan..makan..tempat ni besar..dari chalet nak ke restoran jln kaki dah mengah..so malas lah nak jln2...

anak mat saleh yg duk main-main baling kelapa. dikutipya kelapa kering, dibaling kelapa oren tuh..apa motif tah..budak2 le katakan...dia ingat pokok anggur ke..benjol kepala korang kangggg...gelihati aku menengoknya...

so keje aku main2 kat pantai je..

amik gambo..yg macam org lidi tu..saya lah tu..kurus tak saya????...kurusss???
ye....kannnn..kurus kann..kannn??

lompat-lompat amik gambar dan mandi laut...time mendarat tuh bergegar resort ni kot...hahaha..cubaan tah kali ke berapa tah berjaya amik gambar lompat-lompat..

swimming pool resort..cantik ek..

food...breakafast..mknn mcm2 ..rasa?..ok..kategori sedap la.

senja di pantai depan chalet..

dinner pun kat resort je..aku dah berangan mkn kedai tomyam dekat dgn jetty..tapi mana ada transport..malam2..so..akhirnya..makan je lah kat resort..pasrah. kalau diberin piliha aku lagi suka mkn kedai makan biasa.
food kat sini? tah..bagi aku..rasa ok, sedap!!.kualiti ok..cuma mahal tak padan dgn jumlah pilihan hidangan...ada 4 restoran tak silap aku..so mkn je lah kat sini..

live music..nyanyi2 tah...

desserts..

jalan-jalan kat beach

berangannn..

Monday, October 12, 2009

Main masak-masak : nasi impit goreng daging

ok....
dah habis dah ke rumah terbuka?
belum?
ada lagi next week?
dah minggu-minggu terakhir ni ramai dah kot yang dah keletihan menganjurkan rumah terbuka, dan yang dah kekenyangan menghadiri rumah terbuka. Tak kisahlah kan..
tujuannya mengeratkan silaturahim..
selain tu, dapat pahala menjemput org dtg makan..
tak kisah lah apa tujuannya..yang penting acara meriah ni dptlah menjumpakan sesama rakan yang lama dan baru..yang jauh, jarang berkesempatan jumpa.
Time ni lah nak updet segala cerita..

kalau tahun dulu bawa anak 2..raya ni ada yg dah bertambah jadi 3..
kalau dulu dtg sorang now maybe dtg berdua..
eh..apa aku melalut ha?
aku nak buat entry masak-masak la..tetiba jadi mcm ceramah sivik pulak.

nasi impit goreng daging



ok...cuba u ols bukak peti sejuk..ada tak benda dia kat bawah ni.

.terutamanya yg weekend semalam ni buat open house/ masak utk kawan2 dtg rumah..mesti adakan yang tak habis..pastu simpan..pastu karang lupa...bila teringat dah malas nak mkn, pastu buang..isk..sayangg tuuuu.

so cik kiah nak ajak masak...semalam cik kiah masak utk kawan-kawan sekolah lama yg dtg beraya..sambil tu ajaklah sekali jiran dan beberapa kawan dtg makan sekali.
so ada lebih nasi impit..kalau aku simpan dlm fridge, tahun 2013 pun belum tentu aku makan.
so duk nak masak dinner mlm ni..terfikir apa ke benda nak masak ek..
abihkanlah benda sedia ada ek..
so aku hiris dadu nasi impit tuh....nak goreng.


Ok..jom mula masak.
amik daging lembu,baki buat rendang raya tu, ...hiris kecil,
dadu setengah labu bawang besar..
panas kan minyak dan masukkan bawang besar, tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging, kacau dan goreng sampai masak.

sesambil tu:
Hiris bawang besar 2 labu, bawang putih 4 ulas, amik lada kering, ikan bilis sket, blend bersama-sama...zrenggggggggggg........wengggg...zassss....
tumis bahan kisar ni sampai garing.

Bila bahan kisar dah garing, masukkan daging tadi..kacau sebati..
Then masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis.

Masukkan cili hijau hiris, kacang buncis/panjang yg dihiris kecil, gaul.

Masukkan kobis, kacau sebati, sedia utk masukan nasi impit.

Masukan nasi impit,gaul sebati, masukkan daun bawang dan tauge.
Kacau sebati.


boleh hidang sudah.
errr...boleh juga dihidang pada tamu yg dtg beraya.

Saturday, October 10, 2009

saya akan pergi ke rumah terbuka...




ahhahha..
poyonya tajuk. veryyy derrr.

citer no 1.

7.30 mlm: Rumah - KLIA -apartment.

so now aku dah tau..rumah - KLIA = 45 minit (tahap pemanduan aku normal, bukan merempit).
yeeeey!....i will spend my weekends at my apartment..finally. and... alone. papa tgh dlm perut kapal terebang..flying to seoul.

9.20 mlm : ke supermarket..stock up brg utk apartment sebab plan nak masak sambal goreng jawa esok. ada sesapa nak?

now 1.16 a.m
still wide awake..
dari pukul 10...
marathon:
citer drama apa tah
citer gerak khas..tetiba kannnnn aku tgk citer usop selam.
SEKAR - sambil berSMS dgn jiran saya yg berwarna oren. isu berkisar kenapa heroin citer sekar itu ada misai. kenapa heronya muka cam chinese, tak mcm rupa indon pun..kompius samada now tgh tgk citer korea ke sinetron indon (mungkin jiran aku tu dah biasa sgt tgk muka typical indon yg keje kontrak kat sebelah blok apartment dia..). so aku ckp kat dia yg cowok2 di Jakarta mmg banyak yg ensem-ensem putih-putih muka cam mix (berdasarkan pemerhatian mata aku semasa ke jakarta).

then, lapar. masak megi.

tgk citer labu labi yg citer pasal haji bakhil tu.
sesambil tu YM dgn kwn aku. dia ajak aku pi open house esok.
YEY!!! FINALLY KANNNNNN...AKU AKAN KE OPEN HOUSE u ols...!
eh..aku ckp boleh pegi ke?..aku x dijemput. dia ckp tak apa.
oo..agaknya dia nak bwk aku beraya open house rumah YB kot.
so segala rakyat jelata boleh dtg.
gasak le..
now aku tgh berangan..baju apa nak pakai.
dah le tadek baju kat sini..tadi rembat bawak t-shirt2 je..mcm nak pi beraya rumah oramputeh masa krismas plak kalau pakai t-shirt ni.
excited nak beraya ok.
Berbaloi aku tak jadik pi seoul. penat + malas.
dapat pi open house.ye..julung2 kalinyaaaaa...best..best..
(aku baca facebook org..blog org sumer mengeluh kekenyangan pi open house sana sini..so esok harap aku boleh tulis like "..ohhhh...kekenyangan baru balik open house.." kat facebook aku.
Julung-julung kali.
dah plan nak mkn banyak esok, tapi masih mengekalkan konsep kesopanan dan kesusilaan la..


cerita no 2.

Now,
aku mcm rasa nak bakar opis selekom.
lately beruk beng selekom adalah sgt beruk.
asyik DC.
connected pun takleh surf..
nak connect YM lagi laaaaa....berjanggut tunggu belum tentu boleh connect.
kalau connect kan..kejap2 dc..kejap2 dc....
rasa nak rebus modem ni , airnya buat siram pokok bunga.
dari apartment aku ke opis selekom tu 3 minit je.
aku pun tgh boring takde keje ni.
ada sapa-sapa nak join?



penat aku duk alih-alih modem ni...goyang-goyang kan..bubuh atas kepala KIKI..eh..tetiba binatang ni dah ada nama..hahahahhaaaaaa....poyonya. Ko redho je lah aku bagi ko nama KIKI.
kehkehkeh.siap ikut aku naik kereta pi KLIA tadi.pakai seat belt oke. hahhahaha.geli tak?? kihkihkih.


citer no 3:

aku kan jaranggggggggggg tidur sini.
mlm ni..jiran atas ni sgt giat lah..
tarik-tarik meja...tarik2 kerusi...berkemas gamaknyaa.
main2 guli..tret..tet..tet! tet!tet!tet! manik bertaburan.
pastuh now jln hentak2 kaki kuat-kuat.....bung..!bung!!! bung!! bung! bung!!.. oi...berdenyut kepala aku ok..boleh tak ko jln sopan santun.dah mcm gempa dah.
seram??
jiran atas aku ni wujud ke tak? (sapa duk apartment tau lahh dan fahamlah isu ni kannnn)
now.....
aku ON TV aku kuat-kuat!!!!!!!!

Friday, October 9, 2009

Jalan-jalan di Perth : part 1



Dari melbourne cik kiah ke Perth...(cerita melben belum habis, tp aku tak larat nak bubuh semua).
berjalan-jalan merayap-rayap.
dalam masa yg terhad..pegi yg terdaya je lah..



Perth adalah pintu masuk ke Western Australia.
Travel di sini sgt convininent...
senang..
ada bas, train, cab..
palig mudah kalau nak berjalan kat town naik CAT bus..
ada:
Red CAT
Yellow CAT
Blue CAT
semua bas ni percuma.
kutip map siap2 kat airpot/hotel/bus stop..dah boleh berjalan.
bas-bas ni ada laluan yg berbeza, tapi ada beberapa point bas-bas ni bertemu atau berkongsi bus stop yg sama..so kalau nak ke sesuatu tempat, tgk map, tgk kat mana nak tukar bas..
sgt senang lah..dah le tu free..
or if tak sure, masa naik tu tanya terus dgn driver dia akan bagi tau bus stop no berapa kena turun...
selain tu, ada juga ada bas-bas lain, naik bayar tiket.
naik cab?..bagi catz mahal lah naik cab..
kalau nak pi temoat yang jauh, cthnya, Fremantle, Mandurah etc, naik train. iaitu Transperth...
tambang berpatutan, cepat dan efisyen.

Blue CAT

CATZ on CAT bus..

secebis dari lensaku

Holiday Inn Perth City Centre

Hotel ni terletak di Shopping District area, Hay Street..turun je ke lobi..jln 2-3 tapak.haa..shopping mall...dan segala kedai..lokasi sgt strategik.
nak ke sini, dr airport aku naik cab je...tapi mcm dah kena tipu..sebab kena bayar AUD50.00..aku surf kat internet tak sampai 40 dollar pun....huh....

nice stay..

musim bunga yang baru bermula..


ada beberapa tourist attraction di sekitar bandar yg mudah kita kunjungi...


cthnya, Kings Park and Botanical Garden. Nak ke sini, dr pusat bandar, naik Red CAT. tapi kena jalan kaki sikitlah...
saja ke sini lepak-lepak duduk-duduk..
hijauuuu dan banyak pokok bunga..
sesuai utk buat picnic..makan2 bawah pokok..
ada tempat buat BBQ bagai...
Kings Park dibuka pada tahun 1895, nama lamanya ialah Perth park. Tetapi dinamakan semula sbg Kings park pada tahun 1901.
Luasnya 4.06km persegi, mengadap Perth Water dan Swan River.

Catz jalan-jalan

War Memorial


eh..pokok ni unik...

Bali Memorial

memorial ini didedikasikan kepada 16 warga Western Australia yang terbunuh tragedi pengeboman di Bali pada 12 Oktober 2002 di Kuta.Pada ketika itu 88 warga Australia terbunuh.
Nama 16 warga western Australia ada di abadikan di tugu ini.
Oh..catz juga dah pergi tugu Peringatan tragedi Pengeboman Bali ini di Kuta, Bali awal tahun lalu.

Disini boleh lihat pelbagai pokok, bunga-bunga..

klik to enlarge


makan?
ehm..no problem at all...
banyak je restoran halal..antara yag terkenal yg aku surf dan berkesempatan makan ialah, Oleh-oleh di Hay St, Restoran Indonesia Indah di Barrack St, dan ada lagi...aa..lupa..dah lah tak amik gambar...kat Murray St. Apa ek..lupa..nanti aku bubuh..kat situ mmg makanan melayu dan femes di kalangan orang Malaysia. Aku terserempak dgn satu group Malaysia dan juga sorg ahli Parlimen. Mereka sekeluarga mkn di situ...


Nasi goreng kampung di Oleh-oleh ni sedap..licin aku makan..heh..mahal la..so harus mkn semua..ihiks..sepinggan ialah AUD10 kot...aku mkn sini masa baru sampai..check in dan ke sini..ikut map, alamat yg di print siap-siap, pi jalan kaki.
Selain itu, kedai kebab pun bersepah....
oh..di Perth ni mmg ramai malaysian dan Indonesian..masa mkn di restoran, kami disapa oleh sekumpulan pelajar kot..Indonesian...sekadar berbasa basilah...sama warna kulit kan..
org Malaysia pun banyak terserempak..

es teller di restoran Indonesia Indah..(motip ek??kat perth pun nak mkn es teller cik kiah ni..veryy derrrr..)


Aku spend weekend di Perth, so mlm sabtu tu sgt happeninglah kat Hay Street tuh...
kami saja jalan-jalan kuar masuk kedai shopping sket..melihat suasana malam..duduk-duduk, beli kebab, fries, dan lepak coffee shop. Suasana malam yang dingin dan sgt meriah.

Perth at night..

to be continued..

Thursday, October 8, 2009

I deduct my salary....


nasi kandar kuah asing

er...

dalam proses membeli, catz suka tawar menawar. (kalau kedai tu boleh tawar la..).
Biasanya berjaya menawar, sebab ada kawan aku kalau beli suruh aku yg tawar-tawarkan.
Jarang la tak berjaya.
kiranya aku ni penawar tegar.
tak kira ek...singgit pun aku nak kurang.
kdg tu..mmg saja nak test skill..berjaya ke tak..ihiks.

semalam:
Pegi kedai perabot, di Kota Damansara..kat area The Strand.
kedai tu dr jauh lagi dah nampak tulis besar-besar : SUPER SALE!
kalau dah super sale...gamaknya dah cukup murah ke ek????
masuk je...waa...bergantungan tulisan super sale..super sale...!
tgh harga barang boleh tahan...
bukan lah terlalu murah..kira mcm patut-patut la.
so..dah bajet nak beli sofa..3 bijik, coffee table, book rack..
penjual adalah berbangsa..apa ek...ehm..bangla ke?
yg rupa cam bangla..tapi nampak educated dan ckp berbudi bahasa.
kami duk tawar harga ...dia tak bagi!! dia ckp..."ini sudah murah, kalau boleh bagi kurang..saya bagi".
oklah dia bagi discount coffee table RM30.00.
TAPI..
aku nakkkk jugak discount utk sofa.
walau dia ckp super murah ke...boss dia tak bagi ke....item tu mmg takde untung ke...
haaa...tipu laa..
aku nakkkkk jugak..nak jugak...nak jugak kurang...
aku ckp, kami beli banyak...
dia ckp..sofa itew adik manissssss....tak bolehhh!!!!!
eh..singgit pun tak kan tak boleh.
tetappppp jugak guna mcm2 ayat.. sebab aku dah ckp kat kawan aku : "aku tak kira..aku nak discount on sofa ni jugak!"
(tapi kitarang takdelah desprate sgt sampai nak puji dia hensem ke..macho ke apa..tak koser mak)
last-last dia mengalah..keluarlah ayat syahdu..

"oklah..oklah...i give u discount...ok..i deduct my salary...this discount come from my salary.."
eh..
sadis?..berulang kali dia ckp gitu dgn muka sedih.
sadis??
eh tak..aku cam nak lompat-lompat...berjaya!!!! berjaya..
bunyik mcm kejam ek?..ek??
dah tulis resit gitu gini...set time utk deliver..kami kuar kedai.
aku dgn kawan aku duk ckp-ckp gak..
eh..kejam ek?..sadis kita ni...i deduct my salary tu..
ala-ala konon mcm kesian la..
siap ckp..tah2 diskaun tu lah duit extra yg dia nak antar balik negeri antar kat anak dia kat Bangladesh.
kitarang duk ckp..sampai mcm..eh kejam nya aku ni...sampai mcm tak lalu makan gitu.


tapi 5 minit kemudian, kami laluuuuuu je makan. nasik kandar kayu original katanya.
lajuuuuu je menyuap.lapar. tak ingat dah kisah sadis tadi. time bila aku tak lalu makan ek??...haahaha
eh..aku kan penawar tegar.