Friday, October 16, 2009

Jalan-jalan ke Fremantle (part 1)

Perth merupakan pintu masuk ke Western Australia.
Tak heranlah berjalan di sini sgt mudah, banyak kemudahan penginapan dari hotel mewah hinggalah back pack, B&B.

Dari Perth, kita ke Fremantle..
Jalan-jalan balik hari je.
Sebenarnya kalau nak drive sendiri pun boleh kerana sewa kereta di Perth amatlah berpatutan.
kalau pi bertiga atau berempat, berbaloi sebab boleh singgah banyak tempat.
Tapi travelling di Perth amatlah mudah, boleh je naik train ke mana-mana seperti ke Mandurah, Fremantle dll. Kutip peta di hotel, airport and u are ready to travel!


Catz sempat ke Fremantle, a must go tourist attraction kalau ke Western Australia.
Terletak lebih kurang 30km dari Perth, kita boleh naik cruise, bus atau train.
Bgai saya anak train lah paling senang sebab tambang berpatutan dan around 30 minit dah sampai. Selesa. Lagipun stay kat Holiday Inn, walking distance nak ke train station.
Kalau naik bas sejam lebih.

Perth Train Station

Transperth Train

ok..jom!

perjalanan yang mengujakan kerana dengarnya Fremantle cantik dan menarik..selain itu..bila dah menghampiri Fremanatle, pemandangan sgt cantik. Laut biru dan pelabuhan..buat kita rasa kagum dan ternganga mulut...cantik!


view dr train..cantik kan? tetiba cik kiah berlari ke tingkap. tukar seat..
eh bukan hari2 dpt tgk pemandangan macam ni..di kejiranan dan belakang rumah cik kiah takde benda-benda cam ni...

catz on Transperth

Dalam train..

Ok..dah sampai Fremantle...ni train station nya...

Sampai stesen, tgk map..oh..banyak juga tempat boleh pegi..market, museums, gallery..etc
boleh lepak-lepak kat pelabuhan, minum hot coffee, makan aiskrim. (eh..aku mesti mention pasal makannnn je kan....)

bus stop ORANGE CAT bus (bus yg warna oren, kucingnya warna itam..volley?)
makcik yg aku jumpa tuh duk ulang kali ckp.."haaa..u naik bas yg warna oren mcm ni..(tekan-tekan jari kat warna oren bus stop tu..)..yg warna ORENNNNN macam ni tauuuuuuu"
aku : ye makcik..ye makcik..ye makcik.
(kena layan orang tua bercakp dgn sopan tau)


Nak jalan-jalan..senang je...ada OREN CAT bus...atau naik tram. Tram tu bayar 22 AUD. Oren CAT bus FREE!! so kita naik bassssss!! pI BUS STOP oren, sebab kat situlah bus oren kucing ni berenti. Terjumpa seorang makcik tua yang sgt ramahhh...kitarang borak-borak...hahha..makcik oramputeh ni sgt friendly ok..dia around umur 68 tahun...dia bagi guide camna nak travel dan dia kata baik naik bas ni. percuma dan ko bleh turun naik mana-mana stesen..jalan2..naik bas lagi...
aku dah ada peta..so tak susah. Lama gak borak , makcik ni berckp non-stop ko....
ihiks. Setelah berbabai-babai dgn dia, kami bawa haluan sendiri. Nak pi mana ek???


so..kami naik OREN CAT bus...erk... mcm pernah dgr ek..kucing oren..kucing oreng...
kekerapan bas 10 minit sekali, tapi start pukul 10.30 pg pada sabtu dan ahad.
hari lain start lebih awal.


sekitar Fremantle..

Tram...AUD 22.00 kalau nak round naik ni..mereka benarkan anda turun di mana-mana sebentar, hop on hop off...senang jugak lah..convinient naik ni.


rail keretapi..kalau dari fremantle Train Station, kita boleh jalan kaki je ke bus stop oren CAT dan E-shed market. E-shed market adalah salah satu attraction utama di sini..nak ke sini kena lintas jln keretapi...tapi ada buat lorong khas...

Lepak-lepak di Victoria Quay..cantik tempatnya..tgk kapal..

Laut biru..baju biru...sejuk!
aku suka biru laut ni..biru gelap yang cantik!
macam nak terbang tudung cik kiah bila angin kuat tetiba bertiup.

kalau nak jalan-jalan naik cruise oso boleh..kapten cook cruise pun ada nak ke beberapa tempat yg jadi tourist attraction. nak balik ke perth naik cruise oso boleh..

aku dan tram..pakcik tu offer naik tram..tapi mahallah..kami takmo..

Haa..ini dia..teruja cik kiah kalau dgr perkataan 'market' ni..ahaaa..lajuuuuu aku jalan.
Kami dtg awal pagi, so byk kedai yang baru buka. Oh, market ni hanya bukan on Friday,Sat, and Sunday. Aku tanya seorang pekedai, hari lain kenapa tak buka? buat apa? dia ckp susun stok, kemas kedai etc.. pelik jugak ek.tapi sebab ni kira tempat pelancong, maybe hari lain org tak ramai.

untuk maklumat lebih lanjut, surf website market ni..

tempat ni penuh dengan deretan cafe, kedai cenderahati...best!

lepak-lepak..

food ..cakes, cookies,

kedai-kedai cenderahati yang menawarkan harga berpatutan..
pandai2 lah nak tawar menawar..

ada juga dijual buah-buahan dan sayuran

makan?? no problem at all..ada 2-3 kedai halal, kedai kebab dan indian cafe.

Indian Ocean curry


order set ni, AUD 10 untuk nasi + 2 jenis meats +sayur+popodum, kuah dal. Tapi portion sgt banyak, nasi pun dah tak nampak bawah lauk, so aku order nasi satu lagi , sesuai dimakan berdua..pedas gila daging lembu tuu..ya ampunnn..cik kiah rasa nak panggil bomba siram cik kiah....tapi sedap!

eh..apesal ek..makan kat mana-mana, kedai mamak ke..kedai melayu ke..derang suka letak extra gravy/kuah atas nasik sampai banjir nasik tuh dgn kuah. Oh..cik kiah kenot eat mcm tu..biasanya mmg terpaksa amik extra nasik kosong. aku boleh mkn if kuah diletak sikit2 atas nasik. That's why nasik kandar aku KUAH ASING.

kat sinilah kami makan, ada derean kerusi meja untuk deretan stall dlm ni. bersih tempatnya.

so cik kiah browse2 kedai dan beli serta belah...cenderamata adalah super cheap jugak kalau di bandingkan di Perth.

cenderahati yang cute dan berpaatutan harganya..ada kedai singaporean dan Indonesian kat sini.
kat kedai Indonesian tu dpt diskaun banyak, brgnya berpatutan, murah..borak-borak gak dgn owner kedai ni..

habis beli belah, makan, kami lepak-lepak mkn aiskrim...yey!!!
papa belanja...


Lepas makan aiskrim, minum coffee, kami sambung jalan-jalan. naik CAT bus, singgah ke beberapa tempat seperti museums, gallery dan jln area town ..amik-amik gambar..

in front of train station

at Esplanade

cantik-cantik bangunan di sini...banyak amik gambar, tapi tak larat nak letak semua.

deretan cafe di deretan kedai-kedai


Travel back to Perth with Transperth...tata!

Thursday, October 15, 2009

Sepetang di Barrack Jetty

klik-klik di Barrack jatty yang terletak di Barrack Square, Perth.
Terletak dkt dgn Swan River

Dari pusat bandar, nak ke sini naik BLUE CAT bus. free!

The Swan Bells tower

The Swan Bell merupakan set 18 loceng yang digantung dlm binaan khas setinggi 82.5 meter. Nama diambil sempena Swan River, kerana menara loceng ini mengadap ke sungai itu. Ia merupakan rantaian loceng terbesar di dunia. 12 set merupakan loceng yg bersejarah dari St Martin in The Fiekds church di Trafalgar Square di London, manakala 6 lagi merupakan loceng baru yang dibuat oleh Whitechapel Bell Founder. 12 set loceng didermakan pada tahun 1988.
ia merupakan tarikan pelancong ke perth sejak dibuka pada 10 december 2000. Lebih sejuta org telah berkunjung ke sini sejak dibuka.
Aku tak masuk naik pun sebab masa dtg, dah petang..so dah tutup. Tapi kawasan ni memang happening dgn pelancong sebab depannya adalah Barrack Jetty dan bayak coffee shop.

Swan Bell Tower

Ia terletak bersebelahan dgn Barrack Square...ada ferris wheel lagiii....ramai org dpt lepak sini..

Barrack Jetty..

alau nak kemana2 boleh juga naik cruise..cthnya...kalau nak ke Fremantle boleh naik cruise dari sini...nak pi zoo oso boleh naik boat dari sini

kawasan ni sgt meriah dengan pelancong

sekitar kawasan jetty dan bell tower

hari beransur senja...

sejuk...

settled with hot choc..

coffee shop ni mengadap ke Bell Tower..

me at jetty


datang sini lepak-lepak minum ...cuaca beransur makin sejuk menjelang senja..

BLUE CAT bus

If nak seeight seeing, banyak pilihan..naik tram, bus, atau bus hop on hop off..
meriah gila bas nih...


Masa catz kat sini, ada photoshot pengantin...so saja tumpang sekaki amik2 gambar..

meriah dgn pengapit dan kawan-kawan berbaju purple..

derang bergambar kat bus stop blue cat..hahhaa..kelakar...siap duduk kat bus stop..and they allow me to tkae their photo..nice couple.


derang dua ni siap suh aku amik gambar depa..siap kiss each other..hahhaa..kelakar...sabooo je..

Wednesday, October 14, 2009

bila stress teruk, kita kena masak ..

stress aku semalam..
balik..jem sana sini..dgn road block la...
repair jalan la..
eksiden lori terbalik dekat putrajaya..
hari jam sedonia.
sampai rumah pukul 7.20 mlm..
huh...stress sgt.

so cik kiah..masuk rumah campak beg..campak tudung dlm masin basuh..
capai ikan dlm fridge..siakap dan sotong..
rendam dlm sinki...
lepas solat etc...
ke dapur..sinsing lengan..

zas..zas..zas...

siakap 3 rasa..

tomyam sotong + cendawan

siap goreng ikan masin..so bedal nasik 2 pinggan....


siap dinner cam omputeh..ada desserts lagi....ni kucing jiran jiran kucing yg bagi..
sedap gila kek coklat ni..2 ketul aku makan...melekatttt..sedap kat tekak...
untung bila 2 ekor kucing berjiran...
hehhehe..