Monday, September 14, 2009

Parit Jepon itu tetap di situ..

mee goreng - masak utk buka puasa hari ni

(tetap aku nak bubuh gambar makanan. Nanti org ckp salah masuk blog pulak kalau takde gambar makan.)


11.18 mlm.

still wide awake..masak sahur..ehm.

nak tulis apa ek..
yang pastinya mesti berkait dengan tema raya.


ok..now nak tulis tentang jalan raya. raya jugak kan temanya tu.
now kan sibuk dah bermula ops sikap...err..ops sikap 20 kan?????
baru ni ada ikrar aku janji utk mematuhi undang-undang jalan raya kan??
ada yang ketawa, jadikan bahan lelucon..tapi bagi saya ada bagusnya.
pengalaman memandu dari utara ke batu pahat dan batu pahat ke utara 2-3 hari yang lalu, buat saya fikir sesuatu. Sikap pemandu di jalan raya. Baik pemandu kereta, pemandu bas, lori.

1.Tak paham aku dgn orang yg drive suka cucuk-cucuk di highway. nak laju pi tukar lane lah.
satu kepuasan ke apa ek?..ek?? apakah..err..(kang aku teruskan ayat, blog aku kena ban)

2. Bas express yang sukaa blink-blink lampu. aku experience benda ni 2 kali. aku duk lane tengah dan juga lane tepi kiri. Masa aku duk lane tepi (drive 80-90km/h), bas ni duk belakang aku.
dia duk blink2 suh aku tepi. eh..ko nak laju potong lah..jln tu 3 lane. Lane tgh dgan kanan sekali ada..ko kenapa ??? so aku mengalah, tukar lane. then dia berdesup pegi...gila ke? knp ko follow rapat2 dan blink2 lampu ha?? lampu ko bersalut emas ke? ada aku kisah??

3. Bas express lagi..tukar lane kat highway sebelum area Air keroh. Situ kan 2 lane je. Dia tukar lane dgn amat bahaya, dah le tu drive lajuu gila, hampir himpit kereta aku, tak paham aku kenapa. Eh...bukan ke membahayakan aku dan nyawa penumpang ko. hello abg driver bas, ko kalau nak kojol cepat dah tak sayang nyawa, jgn ajak kitarang berjemaah sekali boleh tak?? aku ingat lagi bas tu, bas express KKKL. No pendaftaran tak sempat aku nak tgk. Bukan ke keselamatan penumpang adalah sgt penting. Knp nak bahayakan nyawa semua org disebabkan SIKAP ko yg weng tu??

4.kereta dari negara jiran yang berlumba-lumba suka blink2 lampu, mcm le jln tu abah ko punya.

----------------

Dan pengalaman memandu siang tadi, pergi dan pulang dari kantor ke rumah. ehm..
1 jam 30minit - pergi.
2 jam lebih - balik

1. sebuah kereta honda merah yg potong kat double line selekoh tajam...potong kami yg berderet..6 kenderaan.lori+kereta.. beriya-iya potong sampai membahayakan kereta dari depan. tak boleh sabor ek? ko sampai lebih cepat ke? dia menuju destinasi yg sama dgn aku.
akhirnyaa, dia dgn aku sampai pd masa yang sama ke bdr kecil ni.ceh...

2. sebuah kereta dari arah hadapan potong kat double line...pastu tak nak mengalah bila berhadapan dgn kete kami yg dtg dari arah bertentangan..kami-kami ni pulak terpaksa drive ke tepi, tak nak langgar berdepan. Tak paham aku sikap org mcm ni..kalau ko sewel, tak yah ajak kami ni join sekali boleh tak??


hem..sikap memang memainkan peranan penting kan dlm mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Nak pula ni time perayaan. Baik lah kita berhati-hati..ingat org yg tersayang.
Kalau kita ikut peraturan, drive tak yah gopoh-gopoh, Insya-Allah selamat sampai.
Takyah lah laju2 melampau...tak larinya ketupat tu..kampung tu pun bukan boleh berjalan.
kampung New Zealand tetapppp kat Pahang tu ha. Idok le tetiba pindah ke perkampungan Maori kat Rotoroa tu sana kan...parit Jepon tu tetappp kat jln air hitam -muar..idok le tetiba ia berpindah ke Tokyo.

so..
sama2 lah kita. memandu ikut peraturan , kalau letih /nagntuk berenti rehat. fikirkan keselamatan diri dan keluarga serta org lain.

Pihak kerajaan dan kerahkan abg polis menjalankan tugas. tapi kalau sikap kita sendiri tak berubah...ehm..tak dapek nak nolong.....

dah mula dah..tolong la!! tolongggg..

hoooo.......

ni la penyakit aku hari ni..
terus takde mood nak buat apa-apa.
2 jam asyik ngadap internet..
aku dah kata..
jgn start surf resepi biskut..
kan..sapa suruh mulaaa..
ha....
tetiba giat surf resepi...
misi: carik biskut yg bahan dia sikitttt dan senang. kehkehkeh.
eh..hantu raya dah masuk dlm badan aku ke ni?
tetiba je..
aku telepon mak aku tanya camna nak wat jem nenas.
mak aku terus gelak2 perli2 aku..
kan ke mencabar aku tu namanya tu kan??..kan??
jadi..nak kena buat ke?.menyahut cabaran ??
ke tak payah?

nak makan biskut2 sedap..lawa-lawa..fancy-fancy....pegi rumah orang.
kalau orang dtg rumah aku??
er..goreng nugget..fishball..
kejam ek.

update:

budusnya...
buskut yg aku berkenan adalah kena buat inti dulu.
iaitu tart nenas.
rasa meronta2 nak buat.
tolong la..
pergilah perasaan itu.
bukan aku malas masak.
tapi aku tak nak bazirkan duit aku beli bahan kuih yg belum tentu jadik kuih.

teringat aku kes aku buat biskut " THE BEST, BIG ,FAT chocolate chip beskut".
aku amik resepinya kat internet. siap ada gambo.
excited nak buat. terus beli bahan.
end up...???

biskut tu bukan setakat big..fat....dah tahap obesity melampau aku rasa.
besor gila.
nak masuk dlm mulut balang kuih aku pun tak muat.
kira satu biskut tu boleh makan 3 org la..

ehmm...

aku tgh nak halau rasa excited buat kuih dlm diri aku ni..syohhh..syohh...
tolong lah jauhi diriku yg ala2 nak berlari pi kedai bakery ni..
mencik la.

Kuala Selangor (part 2)

De Palma, Kuala Selangor.
saja klik-klik..
sebab aku malas nak jalan-jalan.
Tgk mat salleh berduyun2 naik Bukit Malawati..boleh naik tram bagai.
tapi aku kan puasa..mana boleh panjat2 bukit ni..hahaha.
(malasss).

Duk cari arah mana de palma ni..
dalam area kampung rupanya..
dlm kawasan rimbun menghijau...
oo..bilik dia berbentuk chalet lah...


ni main building dia..

restoran, bilik seminar kat sini

DARA suite..

ruang tamu dan bilik dipisahkan sliding door..mcm rumah jepun..

ruang yang agak kecil, tapi ok la..nice room.


kawasan chalet yang menghijau..ada tempat duduk bawah pokok..dilengkapi dgn tenis court..
Tapi AWAS. Banyak monyet. TV kat bilik aku tak terang langsung..semut2 jek yg bergerak dimonitor. panggil org mentenance..dia betulkan kabel arial aku yg dah ditarik oleh monyet-monyet tu. Memang banyak ok..asyik dgr bumbung aku..dum..dum..dum..tuh monyet main-main atas bumbung la tu...nak kena ye..

DARA suite

deretan chalet..suasana kampung..

pohonan rimbun..meriah dgn cik Mon


kalau time bukan bulan puasa boleh la bawak goreng pisang, buat air..mkn kat sini..depan chalet.
kalau time bulan pose buat kang saja kena naik van ke pej agama..hehhe

nice place..

Sunday, September 13, 2009

Kuala Selangor part 1 : bazar ramadhan

Hujung minggu di Kuala Selangor.
Sabtu ahad...
menempuh jem bandar Klang sebelum proceed ke Kuala Selangor which is about 42km from Klang.
sehari sebelum dah call hotel, derang ckp buffet ramadhan dah full.
Sampai di De Palma Hotel around 3pm.
Buffet Ramadhan mmg dah full!
Nasib le sebelum sampai ke De Palma, nampak satu bazar ramadhan yg mcm happening je..apa tuh..dianjur oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)...
Nampak panjang bazarnya.
Pihak hotel kata, if nak derang boleh arrange bilik utk kita orang buka puasa. Sebab meja di cafe dah penuh. Fuh..meja melimpah sampai depan pintu lobby dan kaunter reception.
Buka pintu depan nak masuk lobby,aku ingat aku dah salah pintu. Aku ingat aku dah masuk ikut pintu cafe dia ke apa. Tetiba je jumpa meja-meja yang disusun dan sudah ditempah berdasarkan nama penempah dia ats meja. Kelab Motor apa benda tah gitu. wow..memaksimumkan tempat gitu. Time ni lah hotel nak dpt keuntungan dr jualan buffet ramadhan kan. Hotel ni revenue dia selain bilik, juga dari F&B.
So tempah buka puasa utk 2 org.

Sampai bilik, aku duk tergolek-golek sambil fikir, ehm..buka puasa bersesak-sesak..dgn manusia yg sgt ramai. Harga takdelah mahal melampau mcm hotel di KL. RM33/pax. Tapi aku tgk meja rapat-rapat, kebanyakkan meja bulat utk 10 org kot. boleh bayangkan betapa ramai org. Tentu kurang selesa nak ambil makanan. Baik pi bazar Ramadhan. Kansel tempahan buffet.
Aku bkn gemar sgt mkn buffet Ramadhan ni, banyak mana pun boleh makan...membazir bayar mahal tapi mkn sikit je...baik pi bazar Ramadhan, beli apa yg kita nak makan...aku rasa utk dua org makan..RM30 dah boleh dpt mcm2 benda. kan jimat !

Around pukul 5 lebih, kami ke Bazar Ramadhan MDKS.
Bestnyaaa!!!!..
Banyak kuih-kuih manis yang aku sukaaa...
beli kuih sikit-sikit.
wow..mcm semuaaa aku nak beli...
sabo kiah...saboo..ko puasa mmg le semua benda ko nampak sedap.
Macam-macam ada..seri muka, lopes, kuih lapis, pulut udaang, apam..kek batik.


kuih..kuih!!

kuih vade pebret aku..


Ha..satu bestnya bazar ramadhan kuala selangor ni..NASI AMBENG. fuh....ramainyaaa org jual nasi ambeng. aku memula nampak satu gerai jual, dan nampak best..aku terus beli. sekali jalan sket jumpa lagi org jual nasi ambeng..jln sket jumpa lagi nasi ambeng..arghhh..gemuk-gemuk pulak tu..rasa nak beli lagi...tapi kalau beli melampau namanya. perut kitarang dua je..dgn dah beli nasi kerabu, nasi dagang, laksam, soto, ayam percik, kuih...laksa penang.
hah..

murtabak ni sedap....

uniknya lontong ni....bungkus daun..oh..kat bazar ni siap ada jual ketupat, rendang etc.


segala kek batik..

meriah gila bazar ni.apatah lagi aku 1st time pegi utk bulan ramadhan tahun ni. rambang mataaa!! semua aku nak beli. papa pun samaaa..semua dia nak makan..hahhaha..kiatarang tgn kiri kanan penuh sudeh.aku tunjuk je..papa bayar...maceh.

hidangan buka puasa kitarang....siap ada cendol durian...pergh..lagi best dr buffet hotel u ols..
kihkihkih.'buffet' table kitarang..

aku mkn sampai sampai buntang perut. err..mana dtg pinggan tu ye. tu dari dapur aku. siap bawak pinggan when hotel said buffet dah fully booked. aku dah set plan B nak pi bazar ramadan. so aku bawak pinggan mangkuk sudu siap2 dari rumah. keh keh keh.

oh ya..masa aku balik dari bazar ramadhan, wowwwwwwwwwwww... org dari kelab motor mana tah dah sampai ..ramai gila u ols kat parking..dan juga bas dari rumah anak yatim. patutlah bufet ramadhan fully booked.dgn bunyik motor2 derang.dari motor kecik sampai le motor besar...meriah sgt laaa...

Express??? dijamin sampai esok.

few days aku resah. Tak berapa boleh nak lelap mata.
hantar brg kat kawan aku guna perkhidmatan pos express. Ala yg guna sampul kuning tu. beli sampul dan buh je brg/ dokumen dlm tu kan.
DIJAMIN SAMPAI ESOK--------> katanya.

aku pos selasa. Patutnya Rabu dah sampai. Tapi kawan aku kata takde. heran ni. Kata dijamin sampai esok kan?..bukannya DIJAMIN SAMPAI MINGGU DEPAN atau TAHUN DEPAN..
kan..kan??
dan TAKDE juga kad merah yang biasa posmen tinggalkan if nak suruh amik brg dekat pejabat serahan mereka. iskk...duk YM/SMS dgn kwn aku. TAKDE katanya.

Hari sabtu aku call kawan aku, aku namakan cik Bawang. (lokasi cik bawang shah alam).
aku: cik Bawang,oooo cik bawang. ada tak??? ada tak barangnya? dah sampai nyah??
cik bawang: takdo noks. kad merah pun takdo.padahal rabu tu kwn aku mmg tunggu kat rumah. takde org ding dong pun.
aku: takpe..aku pi cek kat pej pos.

kebetulan sabtu smlm pos opis bukak. aku pi pejabat pos. kerani pej pos bagi aku no tepon pos express s.alam. dia ckp u call sana, tanya.
Pos express s.alam kata..record ikut barcode yg aku bagi, barang sudah diserahkan pada 9hb iaitu RABU. aku cakap penerima tak terima. TAK ADA encik.
ENcik itu telah bagi aku no tepon pej serahan S.ALAM pulak. oh....aku kena call sana pulak.
Pej serahan kata : oh ye ke tak sampai??..saya kena tunggu posmen balik ni. TAK TAU dia letak kat mana bendanya.
aku...WUT??? posmen simpan kat rumah dia ke???? isk..iskk..isk.
Then org tu ckp, " gini cik..pej serahan seksyen 13 s.alam ni..dia ada terbahagi 2. terbagi kpd s.alam A, dan s.alam B. Kena call sana. nanti saya minta derang call cik semula."
(eh..mana la aku tau. dan apa significantnya ko bagi tau pasal A B C ni?? aku kena pi s.alam ke?? kalau camtu baik aku serah by hand je. Lagiiiiiii expressssssss).
Aku ckp.."abih...saya nak buat apa? saya nak kena call pej serahan s.alam B ?
encik itu: "eh..tak payah, pej s.alam B, sebelah je ni ha..kejap..saya nak jalan ke sana. (pulak dahh). ha-ha.
(aku terus mintak no pej serahan s.alam B. mana tau derang tak call semula ke.)
Aku rasa kecoh lah kot pejabat ABC tu..kehkehkeh.

tetiba..

kring..kring.

"saya dr pej s.alam B. cik ikut record, brg sudah diserah, 9hb (Rabu)."
aku: "takde lah.."
pegawai tu letak phone, dan janji call semula.
tak lama dia call.
"cik..ikut kata encik posmen ni, dia dah bagi. dia masuk dlm peti surat"
aku: encik saya kompius..pos express dia bagi ke tangan atau masuk pos box je?
encik tu jawab " "masuk pos box". cuba u suruh kwn u check semula peti surat dia.

aku pun call cik Bawang.

aku: cik Bawang ko dah check peti surat ko?
cik bawang: belum...
aku: Wut??..cuba ko pi tgk

5 menit kemudian cik Bawang call.

cik Bawang: eh kakkkkk...ADA..ADA brg tuuuuuu...(sambil ketawa terkekek-kekek-kekek-kekek.)
aku: errrr....ko dah berapa taun tak cek peti surat?
cik Bawang: kita dan budak2 rumah mmg tak pernah cek peti surat. Kita tak pernah aamik pot pasal peti surat.
aku: haaaaa?????? (rasa nak jotos..)

tak lama cik bawang sms:

"akak....brg tu dah putus lah..berterabur bila kita bukak sampul tu tadi"

aku reply;

"err..aku rasa barang tu saja memutuskan dirinya sendiri la sebab merajuk ko tak jemput dia kat peti surat".

Tgk..betul tak??? DIJAMIN SAMPAI ESOK.tapi ia akan sampai tahun depan kalau ko tak bukak peti surat ko..kihkihkihkih
huh..!penat je aku berburuk sangka terhadap abang posmen. kan dah kurus pahala puasa aku.

patutnya kena bagitau semula ke pej s.alam tu yg kwn aku tu dah terima suratnya. Tapi aku tak nak lah posmen dan pegawai di pos opis sana gelakkan aku sampai golek-golek.so aku senyap je lah kan.

huh. penat aku taip.

Saturday, September 12, 2009

Munjung....


catatan pendek balik Johor.


Sebenarnya dah niat nak hantar gula kat mommy. Tapi aku weng..tak tau sebenarnya raya bila. Bila kawan lab aku ckp next week punya ahad dah raya, aku ala2 terlompat katak. hah?????
so kena cepat2 balik.
Tetiba je call mommy: "mommy kita nak balik.err..tengahari ni kot."
mommy ckp" Alhamdulilahhh...mommy pun munjung today.."
terus aku rasa nak lompat-lompat dan berlari balik. (Hanya org Jawa parit-parit je kot yg tau kenapa aku excited sgt hal munjung-munjung ni).

Pukul 12 tghari terus aku zoooommm..
Sg Besi -Pagoh -----> BP : sampai rumah pukul 3 lebih aku terbongkang tidur. Mommy dan adik
dah nak siap masak. Aku masak dlm mimpi je. AKu dah plan nak belajar buat rempeyek. Tapi...terbongkang sampai pukul 6.00 ptg. AKu kepenatan + ngantuk.


Petang-petang ajak adik lelaki pi bazar Ramadhan. Beli air katira, cendol, ABC dan kuih sikit.



Balik...hidang-hidang. Bestnya dpt buka poser dgn mak abah dan adik. Lodeh mak aku sedap gila..
apa??? munjung??
Munjung..munjung...
bila blogwalking ke blog warga jawa johor, ehm..lately ni tajuknya MUNJUNG.
jeles je aku. tu lah perasaannya bila org duk tayang2 aktiviti munjung mereka.

Ok..munjung adalah aktiviti menghantar juadah dan bertukar juadah. Bukan juadah biasa mcm kuih yg u ols bertukar2 dgn jiran tu tau. Juadah nya adalah mknn raya iaitu ketupat, lodeh, ayam kari/kicap/sambal/kuah kacang etc. Masa aku kecik-kecik, xtvt munjung dilakukan sehari sebelum raya iaitu petang raya. So kiranya ptg raya tu mmg makanan banyak gila ok.mana yg ko masak nak bagi org dan mana yg orang hantar. Bayangkan..dlm 20 lebih set ketupat. Biasanya kita hantar pada jiran-jiran, saudara mara. So mcm2lah dlm hidangan itu, ada yang hantar ayam msk kicap, ayam kari, sambal etc. YANG WAJIB ialah LODEH dan ketupat. lauk2 lain sukatik. So masa makan kita akan hidang semua, asing2..so banyak gila kan hidangan. If ada 10 rumah, 10 mangkuk lodeh lah adanya belum lagi segala lauk lain. Dan kita akan rasa .."oh..ni lodeh mak long..sedap...oh ni lodeh rumah senah, ehm..kuning warnanyaaa, ni ayam masak kicap pak long, sedapnya,..ni rendang rumah kak Joyah, ..so boleh taulah sapa masak sedap, masak so-so, yg sedap hingga menjilat jari,dan rumah mana yg suffer from a bad chef. kehkehkeh. Tapi tak penting pasal kesedapan...yg penting semangat muhibah dan tradisi tu. Itu dulu.

Now zaman dah berubah. Munjung org tak buat sehari sebelum raya lagi dah. Kebanyakkan buat masa pertengahan puasa, or buat 2 kali (sebab banyak sgt yg nak di bagi). Tujuan nya sebab nak elakkan sehari sebelum raya, makanan berlambak sampai tak tau nak mkn yg mana, kdg membazir sampai buang. Macam mak aku dia buat 2 kali. so takdelah masak terlalu banyak dlm satu masa. aku rasa adalah dekat 30 rumah yg mak aku bagi..kan..cam bagi mkn sekampung tuuu..so samlah,kami terima dekat 30 punjungan tu. konsepnya ..aku bagi ko, ko bagi aku... bukan mintak balasan tapi adatnya cam tu.

DAN..now
Hidangan munjung org dah tak rigid to ketupat je. Ramai yg dah buat nasi minyaklah, beriani, nasik ayam dll. Pelbagai makanan. So mlm raya tinggal masak ketupat utk mkn 1st raya. Selesai dah kan keje munjung tu. Tinggal kemas rumah, pasang langsir bagai.

sekian.


so semalam aku dah buat prelude raya. Makan ketupat, lodeh, rendang, ayam sambal dll.


Tak sempat aku amik gambar set munjung mak aku sebab bila aku bangun semua dah dihantar.

I hate shopping (part 3)



huh..
apa punya tajuk daa..
maksudnya, aku tak suka shopping baju.Tak suka.

Tapi malam ni aku kena pi shopping raya (kejinya, org pi surau terawikh aku pi shopping).
Esok pagi-pagi lepas sahur aku nak balik dah, so ada takde mlm ni je sempat nak keluar.
Bawa mak dan adik, sajalah nak feeling2 nak raya. Abah aku tak nak ikut sebab dia nak pegi surau. Lagipun apa yg aku beli dia pasrah je terima.


Mak aku ok la...aku dah tau taste dia. Kasut ke..beg ke aku dah tau hok camana yang dia nak.
Kalau tak berkenan, round 20 kedai pun dia tak nak beli. Kalau fesyen terkini hok Jeniper Lopes pakai pun kalau dia tak berkenan, tak payah la paksa dia beli. Eh normal la.perempuan kan macam tu.So logik. tak amik masa lama, mak aku dah dpt dah kasut dgn handbag baru, sebab masuk je mall, terus tuju kat area yg mak aku taste. ok dah settle.Aku bayar dan pi dept lelaki pulak.


Yang buat aku hangin tadi. adik lelaki aku. Dari rumah aku dah tanya, ko nak beli apa?

dia ckp suar jeans.ok. sandal raya, dan t-shirt.
Sampai turn dia.. belek jeans sana sini, dia tak berkenan. Padahal kat mata aku dah elok sgt dah (dari segi rupa dan harga diskaun 70%..kihkihkih). Yang ko nak cerewet sgt kenapa kan???
Belek..letak..belek.. letak. woooo...aku tunjuk yg pd aku dah lawa gila pun dia tak nak. Yang mahal ke..yang murah semua dia tak berkenan. Apesal? Bukan ko yang nak bayo kan?
Aku mmg dah kuar asap sket kepala time tu. Bosan oke. Kulu kilir - kulu kilir dalam parkson tu. Aku memang tak beli apa-apa. so aku just follow je mana dia pegi. Dah letak amik letak amik, dia ckp dia tak nak suar jeans. nak beli apa tah..suar khakis ke slack benda tah. Rasa nak sekeh je. Nasib baik mulut aku tak leh kuar api cam naga. Kalau tak sure bomba busy malam ni sebab ada supermarket terbakar.Tak pasal-pasal aku raya dlm jail.


Pastu dia belek lah slack lah...baju lah...lepas tu sgt memilih. amik letak amik letak...sampai aku bosan. kuar masuk fitting room. Aku ni lah duk luar fitting room tanya " ok tak???..ok tak???"
tak ok..amik lain pulak..masuk fitting room lagi.Aku cam tiang letrik tunggu kat luar fitting room.
So aku pilih le something utk abah. seluar etc...dah dpt. Tapi adik aku tak jugak siap.

HIskk... aku mmg tak gemar ok. Masalahnya ko baru tingkatan 5..apa yg memilih sgt??
aku masa umur baya adik aku tu..redho je dgn apa yg mak aku beli. Boria pulak tu dgn kembar aku. Pasrah je la. Budak sekarang ni manja beno la (tak semua). Dah lah lelaki. Kalau perempuan aku paham la kenapa nak cerewet. Semua benda nak matching. Dari suar kecik sampai le ke lipstick nak match segala warnanya.
Terkesima aku bila adik lelaki aku ni tanya.." match tak t-shirt ni dgn seluar tadi??" (padahal suar tu warna hitam dgn warna coklat).
Huh..aku terus ckp..."eh...sesuaiii...sesuaiii sgttt....lawa..." . Mak aku mcm nak suggest warna lain..aku terus tarik mak aku pi tmpt lain..ha-ha-ha.evilnyaaa.Kalau aku layan sgt kang ada yg tidur dlm fitting room.
Pas tu masa pilih kasut, aku yg disuruhnya amik kasut yg dia nak. Aku amik..dia cuba.. aku amik dia cuba. Dia duduk sedap-sedap tunjuk mana dia nak.ewahhh....adik aku ni manja. kang dia merajuk kalau aku sound. So aku ni penuh keterbakaran kesabaran kena jadi SA kejap. Time tu ringan je rasa jari ni nak piatttt je tinge dia.Tapi sabooo...sabooo..saboo kiah.

Cik kiah berasapsss..

Kalau beli ikan, bawang aku tak kisah pulak hal belek membelek ni. Mak aku kalau beli bawang kalau boleh dia pilih sebijik-sebijik elok ke tak...aku oke je. Tapi aku rasa aku mmg tak suka la pi sopping baju segala ni. Tak berapa gemar. Tapi kalau pi sayur - ikan department aku sukaaa..

entry merepek sambil masak utk sahur.

Friday, September 11, 2009

off to johor

misi bantuan - penghantaran gula kepada tokey bahulu.
kwsn rumah tokey bahulu takde gula.
huhuhu.

kebetulan tokey bahulu munjung.
waaaa...besssss..bessss.

Thursday, September 10, 2009

Kacang pool - the beginner

Kacang pool


Cerita semalam.

kelmarin masak asam pedas, sayur, dan pengat keledek.
semalam masak bihun goreng lagi. Minggu ni dah dua kali dah masak bihun. Menu kecemasan bila dah sampai rumah lambat. Tadi mcm nak singgah bazar Ramadhan. Tapi..isk..aku tgk bazar Ramadhan depan Tesco tu orang tak ramai. Eh..bagus lah kan?..org tak ramai. Nak park senang je pulak tu. Tapi aku malas nak singgah.
Sebab:

aku tak nak end up balik penuh tangan cam nak bagi askar satu batalion makan.
Bazar Ramadan ni, penjualnya agak ramai kelihatannya. Yang membeli pulak tak ramai.
So..bila ke situ karang, org akan panggil-pangil ko...dah le aku ni pemalu (kihkihkih).
"haa...akaakkkk..beli kak..air hijau, merah, oreng, cincau..etc..murah kak...murah kak..beli 2 percuma 1..."
Masa tu pulak ko baru je jalan masuk bazar, semua org tgk ko...peniaga tuh semua pangil2 ko...macam ko parade depan derang pulak. Lepas tu aku karang cepat terpengaruh. Silap-silap kang aku beli air tu..ha..3 pack air (satu RM3.00)....isk.
pastuh..akak jual nasik campur panggil pulak...abg jual ayam percik panggil, makcik jual martabak pangil, adik jual bubur lambuk panggil..iskkk...susah nak kawal keinginan aku ni.
Orang cakap nafsu setan ye?..eh.bulan puasa bukan setan kena ikat ke???????
lepas tu aku jenis cepat kesian. Kang akak jual kuih merayu-rayu aku beli..nampak kerabu aku beli..nampak nasi kerabu aku beli. (adalah beberapa gerai yg nampak mknn dia menggiurkan).
Ni aku nampak sebab hari tu singgah Tesco, lalu depan bazar ni... (aku jalan tegakkkk je time tu, tak berapa nak tgk. Kalu aku tgk sure aku nak beli karangggg).

So hasrat nak berenti kat bazar aku batalkan.

Sampai rumah meluru kedapur dulu. Beg apa sumer tinggal dulu.
aku cepat-cepat masak air , keluarkan benda dari fridge.
Pronggg..pranggggg..krongggg..krengggg..siap bihun aku in 25 minutes.
(tak sempat aku nak siang buang ekor taugeh. basuh terus campak je dlm bihun.).
Ala..bukan nak hidang kat mak mertua. tak cukup masa lagipun.
Buat air ribena, buh dlm fridge.
Pengat semalam ada lagi..kan dah complete. ada benda manis.
ok. dah. boleh sambung tgk citer wadi Unung pulak (laaaa...dah separuh....).


Malam-malam kan...aku teringin nak masak kacang pool sebab 2-3 hari ni aku dah surf resepinya. Sebenarnya aku bukan nya tau rupa sebenar makanan ni. Sebab, semua gambar yg aku surf kat internet, kacang poolnya tak nampak. Yang nampak telur goreng dengan bawang, cili, limau. Kacang poolnya terlindung. DAN..aku tak pernah pun makan. Cuma ulasan org dlm forum etc, katanya sedap....dan katanya makanan negeri Johor. Apesal aku tak pernah makan ek?????

so agak sadis jugak nak masak benda yg ko tak pernah makan, dan ko tak pernah nampak rupa sebenarnya. hari tu tgk Fahrin masak pun, aku tgk dah last-last..dia dah hidang..so terlindung di sebalik telur. cihcihcih.
belasah je la.........





Ok..kacang pool ni mcm2 version jugak. aku buat yg senang je lah.
mari tgk bahan-bahannya:


1 tin kacang foul medammas (buleh makan 2 org..if diet bleh mkn 3 org)-
**ini adalah kacang parang. if ada yg mengidap penyakit apa tuh..yg takleh mkn kcg parang tu...takleh guna kcg ni..maybe boleh ganti guna kacang kuda.sebab ada respi yg campur guna kacang kuda.
1 mangkuk daging yg dihiris kecil/ kisar -aku guna daging kisar wak ramli
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan biji ketumbar
1 labu bawang besar -diced
3 garlic - aku tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk
2 sudu rempah sup (or if xde bleh guna kayu manis, bunga lawang etc)
sedikit serbuk kari daging
air
minyak

Bahan hiasan: (eh bukan hiasan la..ni bhn utk dimakan jugak)

telur goreng (sunny side up.kuningnya still runny)
cili hijau hiris
bawang besar didadu
limau kasturi.

* jumlah bahan2 tu anggaran je. tak rigid. sukati agak-agak lah.if suka boleh gak buh cili giling/cili serbuk . ada org suka pedas sikit.


Ok..jom memasak cara cik kiah yg 1st-time-masak-benda-ni-dan-tak-pernah-rasa-dan-tgk-rupa-kacang-pool.

memula,

1. goreng jintan dgn ketumbar tanpa minyak. api kecil, jgn hangus. kacau. Then tumbuh halus.
2. tumbuk halia dgn bawang putih. Tumis bahan ni. masukkan bawang besar sekali.
Tumis hingga agak kuning, naik bau semerbakkkk satu dapur. Masukkan jintan dgn ketumbar tumbuk tadi. tumis sebentar. time ni baunyaa...mcm masak kenduri ko,.
3. Bancuh rempah tumis, rempah kari dgn sikit air. masukkan. Tumis sekali.
kacau-kacau.4. Masukkan daging. kacau sebati.hingga daging masak.
5. Sambil tu, amik kacang foul, bagi dua. separuh kisar, separuh kenyek-lenyek kasar je pakai sudu.

lenyek..lenyek kasar



6. masukkan kcg yg dikisar tadi kedlm tumisan bahan tadi. kacau sebati. bagi mendidih kejap.
7. masukkan kacang lenyek tadi. kacau.

Ha..camni la rupanyaa..ala2 kuah spagetti. Time ni kan aku dah amik sudu, amik sikit rasa.
Eh..sedapla (katanya dlm hati memuji masakan sendiri).

7. renihkan around 20 minit. if pekat sgt tambah air sket lah....kena rajin gak kacau sebab benda ni cepat pekat takut hangus kang.

8. Hidang le. Buh dlm mangkuk, letak telur, limau, cili hijau potong dan bawang..

* aku tak bubuh garam sebab benda ni mmg dah masin. Kacang tu masin dah.
If suka boleh buh tomato yg dikisar . masukan lepas daging dah masak. aku malas le.

Makan cam buaya..meniarap...kihkihkih. dont try this at rumah mak mertua.

Hidangan ni sedap mkn dgn roti. Roti peranchis katanya. roti biasa ke..apa2 roti pun tak kisah.


Rasanya??? sedap.." errr like the food is dancing around in my mouth" - kata2 juri rancangan pertandingan masakan iron chef yang bagi ulasan masakan dgn overnya." ohhhhh....the taste is like a beautiful girl came out from the dark.."...cehhh..kihkihkih.


selamat mencuba...

kuih ?


eh.. tadi aku bertekak dgn kawan aku, pasal tarikh raya. dia tanya aku..raya bila? aku ckp..entah...satsss tgk kalendar... ada sorang kwn aku cakap 22.09.09.
yang sorang lagi cakap 27.09.09 ha-ha-ha. Jangan laki ko salah amik cuti sudeh.
kaanggg perang dunia ke-5 pulak kangg.
Orang dah raya seminggu, ko baru nak start 1st raya gara2 27hb ko baru nak raya.kehkehkeh.

topik perbualan lain:

1. tentang perusahaan kerepek di daerah tmpt aku tinggal yg dikatakan tersohor sedap dan harga murah berpatutan. entah le nok, mak tak tau sebab tak pernah pegi.
Aku ingat ptg karang aku nak pi meninjau kawasan kerepek tu sebab ada org nak kirim. (kalau aku tau kan..dari awal lagi aku start bisnes kerepek kann..kannn....)

2. kawan aku cerita pasal buat pi-T. ala..kuih yg cam topi isi sayur tu ha.. terus aku rasa balik ni nak beli acuannya sebab dia dah brief aku sket pasal resepinya. Aku ni lah penyakitnya. Kalau tgk blog org tengok org masak, aku terus teringin nak buat jugak. mentel.



3.cerita pasal BUAT kuih raya.
ha..pasal kuih raya ni kan aku bertaubat dah..tolong jauhkan buku resepi, laman web biskut-biskut raya dr akuya. sebabnya..
...............
di sebuah negeri pd 3.5 tahun yang lalu. aku baru beli oven baru. canggih pulak tu. aku tgh semangat gila nak buat kuih. so keje aku ialah surffff resepi biskut/kuih2 bagai. Beli buku resepi jugak. Masa tu kan org tgh sibuk dgn biskut rupa tembikai la...biskut rupa durian la..biskut rupa eskrem la..beskut rupa arnab la..rupa lipstik la.bentuk bunga lah..aku pun sama lah. tgh jakun. konon-konon nak buat.
so print..print..print....segala resepi aku print. Pantang tau nampak biskut lawa sket aku print. Tebal dah tau,kalau bind tu dah jadik buku. lepas tu pilih yang mana nak buat. so. aku dah senaraikan barang. Pi kedai bahan kek, pi tesco*, etc. Ok...buh kat rak yg aku khaskan utk susun bahan kuih. wow. semangat tu.. then kat opis kdg bosan, surf lagi resepi..eh..ada biskut best. tulis lagi bahan. beli bahan lagi.
abih dulu mak aku asyik buat biskut kelapa, biskut kacang , kuih bangkit, semperit. Mana ada biskut pelik2 di zaman dulu kala. So aku berpikiran, setiap 2 jenis biskut, aku akan buat dua balang, utk rumah mak aku sekali. sure mak aku akan kagum dgn anak dia ni kan..tak penat2 lahirkan.pandai jugak masak.takdelah penat bela. Dah la KUAT MAKAN. tak tau berapa guni beras dah mak aku bagi makan.

ok..sambung...

so, begitulah keje aku adalah dah dekat 3 minggu.Mmebeli bahan. sampai sendat rak tu dgn tepung, gula halus, badam (yg biji, yg nipis, yg cincang, yang kisar), hazel nut pun sama...pewarna?..huh..u name it cik senah. semua cik kiah ada. perasa?..huh...berbotol-botol. ko sebut je apa nama bahan kuih yg aku tak reti sebut..apa tu..ovelet?..omelete?.ke ke ke. apa lagi?..butter..yg bergaram, tak bergaram?..minyak jagung?..marjerin? tepung hong kong? tepung sendiri naik? coklat rice?..coklat bar, coklat putih, bijan putih, bijan hitam (nak buat biskut tembikai kaedahnya)...tak cukup tu..segala acuan pun aku ada. bentuk aiskrim ke..rose, ..nozzle ?..uhh...banyakkkk aku ada. dah mcm kedai kek. lepas tu...beli jugak balang-balang kuih. habih tu, karang kuih-kuih aku yang berpuluh jenis tu aku nak letak kat mana kan?..time beli balang tu, aku rasa tokey kedai tu pun dlm hati ckp "wow..bagusnya bisnes minah ni..sure banyak tempahan ni..kaya ni..tokey kuih ni..rupa pun ada mcm usahawan kuih berjaya ni".


ha...
hasilnya?..ko rasa berapa jenis?? iskk.. malu aku nak menyebutnya. . . . . . . .
if aku ckp 35 jenis kang mcm riak pulak.

.
.
.
.
.
.
.

zero u ols. ye 0 jenis ye.nan-ado.
sebab..? aku buat biskut sekali..asyik hangus je. yang boleh makan adalah 10 ketul. tu pun dah ala-ala reject juga (cuma pujuk hati makan la..sebab membazir kalau buang.walaupun yang buang dah lebih 30 biji). so..aku terus give up. Malassss terus. so raya next year-nya tu...baru aku kemas segala bahan-bahan kuih yg bertimbun kat rak tu. Buang sebab dah expired, busuk etc. Balang-balang kuih tu, aku buat isi mcm2 kat dapur now ni.Isi rempah etc.. tu lah cerita kuih raya aku. [ macam keji je kan??..cerita beriya-iya tapi kuihnya TAKDE].


walau lagu raya sudah berkumandang doplohpatjam, tahun ni aku belum sekali pun belek resepi biskut raya.
Sebab sebenarnya, aku masih tak reti guna oven tu. Banyak beno fungsinya. kompius. Manualnya dah hilang. now aku guna utk grill2 je benda tu. (cam bongok je kan statement aku ni..ha-ha-ha).

so u ols. semangat yg berkobar-kobar je dan rajin beli bahan tak cukup utk mewujudkan sejenis biskut. kenalah hayun tangan membuatnya. baru le jadikk kuihnya.

sampai saat ini, aku belum terpikir nak beli kuih apa.

Tapi biasa la kan..sellau je skrip camni keluar " ala..org sekarang tak mkn sgtlah biskut-biskut ni..org lebih suka makan kerepek, rempeyek, kacang-kacang"..

kawan aku yang jual kuih tart tersohor kat Bangi tu, kalau ko baca blog mak ni..ha..cepat2 lah call aku sebelum aku ubah pikiran nak diet tak nak makan kuih konon2nya.
sekian
.

Pengat keledek

pengat karot keledek


Bahan-bahan:

keledek
sagu (rendam)
santan
gula melaka
gula pasir
daun pandan
sedikit garam

Cara-cara:

1.keledek dibuang kulit
2.rebus keledek dgn sedikit garam hingga empuk then masukkan gula melaka dan daun pandan.
3.Bila gula melaka dan hancur, masukkan santan dan kacau.
4.Tambahkan gula pasir sedikit dan sagu yg direndam tadi.
5. Biar mendidih sebati.angkat dan hidang.

eh..nampak mcm pengat karot ek...hiks.

Tuesday, September 8, 2009

cerita hot dan sedih.

1. cerita masakan hari ni.

ni apa ek?..cekodok??..macam bukan..eh..memang bukannnn... (ini adalah meatball yang tak berapa jadik rupanya..kihkihkih). sangat keji rupa parasnya. aku ni yg edit gambo ni pun kompius kepada diri senirik.
eh..tapi kan..apa kisah pada rupa kan? yang penting rasa. korang kan selau tgk nigella*** masak. haaa..rupa masakan dia bukan ke kdg tuh tah hapa-hapa. Tapi sedapppp je aku tgk dia makan ..masak..makan..dan mmg over pun kdg bahannya. kalau letak coklat selambak. kalau buat sandwich tu siap lenyek pisang,sapu peanut butter tebal-tebal...buh pisang lenyek tu banyak-banyak..pastu buh cheese pulak seketul..then baru kapit. kembung gila kan. pastu utk lebih menyumbat jantung lagi, dia goreng pulak dlm minyak.. dah sandwich tu nampak berminyak gila. rupa sandwich tu mak oiii...tebal dgn isi terjojol-jojol bila dia potong. Mana ada rupa kemas-kemas cantik mcm kita buat sandwich sardin kan?? pastuh sedap je dia sumbat ke mulot dgn rupa yang seolah2 ckp.." woiii...sedap nak mampos tauu korang kalau tgk je tak buat, rugii,,,rugi...ko cuba tau..cuba..kalau tak cuba, huh..siap ko".
kan?

mee sup yang ber-ball-ball. (macam ada cekodok hangus sesat dlm sup kann??)


ho..aku dah pandai la nak membunjut wantan ni. (sesi naik lift senirik tekan nak naik tingkat berapa..)

merasmikan steamer baru..Hot...Hot...

macam tak semenggah jugak rupanya....salah teknik lah..
aku kena carik steamer hok bamboo tuh...yg biasa org guna utk steam dim sum tu.
sapa tau kat mana nak beli?


2. cerita malam ini.

aku keluar tadi lepas maghrib ada urusan penting beli teh ais kat kedai mamak. so lalu dekat deretan rumah kedai kat bandar kecil tempat tinggal aku ni. lalu depan deretan rumah kedai kan sempit sebab dah le kiri kanannya parking lot tuan punya unit2 rumah kedai tu kan. so aku drive perlahan melalui deretan kedai tuh..tiba-tiba stuck. ada kete berenti depan aku. berenti tengah jalan. so aku pikir..tah2 dia tunggu org. takpe..sabo..sabo. aku tak berapa suka nak hon2 ni. kereta belakang aku dah start hon. dan aku rupanya block kereta kat parking lot utk kuar. tuan punya kete itu buat isyarat suruh aku hon kete depan aku. aku pun hon la. tiiinnnnnn!!!!
tak bergerak. aku tinnnnnnnnn!! sekali. tak gerak jugak. eh..eh..kejam nya.kot ko nak tunggu org park la elok2..bukan takde parking lot pun.

dah berlawan-lawan hon kete belakang dan kete yg aku ter-block tu. pakcik tuh buat isyarat suruh aku hon panjang bertalu-talu.
eii..aku pun hon la...Tiinnnnnnnn!!!!!! eh...ponnnn!!..ponnnn!!! ponnnnn!!!! ponnnnnn!!
org depan aku tetap tak gerak ko. azab dol. aku takut gak nak hon panjang2 bertalu. Mana tau mamat kete depan tu kuar dan hempuk cermin kete aku ke...kan ke ngeri tu.
aku terbayang pulak ..tah2 mamat depan tu tgh menunggu kawan seperompakan dia. mungkin dia dan geng dia tgh rompak kedai dekat situ. Tapi....kedai dekat situ kedai baja. takkan rompak baja kot. takde plak kedai emas kat situ. eh..tak pasal-pasal aku kena jadi saksi tempat kejadian masuk dlm rancangan 999. Glemer cik kiah 2 minit.

aku dah mcm hot...rasa kuar bebola api kat atas kepala aku..HOT!! .aku blink-blik lampu pulak. Pun tak gerakkkk jugak. adoi. then ada sorang budak lelaki pi kat kereta depan aku bagi tau yg belakang kete dah berderet, so boleh tak ko gerakkk supaya org boleh lalu. org tu tetap buat derk... (apesal budak tu tak campak je tebuan ke apa kat dia??)
waduh tega sungguh dia ni ek. mmg telinga kuali agaknya.

So pertandingan hon sapa kuat pun berlarutan. aku pun dah tak kira..aku hon bersungguh-sungguh. Akhirnyaaa..dia takde pilihan bila kereta dari depan nak lalu. If kami tak jalan kete depan oso stuck. dan kete depan aku pun move, ke tepi dan park. eh.....ada perasaan rupanya.
Aku toleh..laa..seorang lelaki, aku agak berumur 60-an. entah-entah kurang pendengaran kot. sabo..sabo..buang karen je hon beriya tadi. saboo je. Ni bulan Ramadhan kiah. Dugaan nak pegi tarawih.

3. Cerita Sinetron di TV.

Aku ter-follow satu cerita ni. sadisnya cerita. kisah seorang isteri yang kehilangan anak. Duk tgh cari anak dia dgn hasben dia, hasben dia kena langgar.koma 6 tahun. mak mertua dia tak ngaku dia menantu lagi.kena halau.
Lebih sadis lagi dia telah terjumpa bapak kandung dia yg dah lama menghiloangkan diri. Kayaaaa banget bapak dia ni. TAPI, yg sadis tu bapak dia mati-mati tak ngaku dia anak. Sebab bapak dia takut dgn bini dia sekarang yang lawaaaa banget + cun melecun. Bapak dia oso tak ngaku bini lama dia yg dia tinggalkan itu. Dah le tu...bini lama tu sakit mata yang hampir-hampir jadi buta. So watak perempuan dlm citer ni asyik malanggg aja.
Dah le suaminya (sebelum eksiden) tlh dingorat oleh bos tempat mereka bekerja. Bos perempuan perusahaan tersebut suka banget dgn suaminya. Muncul jugak watak ex-gf suaminya yg juga mahu merebut balik suaminya...waduh..gawat deh. kesiannya perempuan ni. Dah le dia sgt miskin. Anak nya hilang gara-gara diculik oleh org suruhan ex-gf nya. isk..isk.... pendek kata kan senah, kalau tgk citer ni ko kena bawak mangkuk tadah air mata..sebab watak utama ni malangggg aja.
setelah dihalau mertuanya, dia sewa bilik dgn mak dia yang sgt putih dan lemah gemalai (yg hampir buta tu). (cerita org miskin daif tapi baju derang lawa-lawa, handbag siap matching dgn baju, siap pakai skaf kat leher..lipstick warna cantiknyaa..veryyy de moden). (aku selalu kompius bila tgk drama..adegan bangun tidur tapi muka siap pakai mekap cantik2 berlipstick bersolek cam nak pi KLCC). ok sambung citer tadi. Dah le anak dia hilang, kena halau, takde keje, pi carik keje..duit habis utk bayar ubat hasben yg koma kat ICU. sampai rumah sendiri takde karen sbb tak bayar bill. takde duit. lepas tu kena halau dgn tuan rumah pulak sebab 3 bulan tak bayar sewa. so derang tidur tepi jalan tiba2 ada operasi..derang kena tangkap....lepas tu...ehhh bersambung pulak esok..

aduh..menitik2 air mata aku tgk drama ni.hihihihi. sedih dan syahdunya...malang bertimpa-timpa. kalau kumpul air mata aku sampai last episode agaknya ada la 3 baldi.
kihkihkih.