Monday, February 4, 2008

Makcik tempe kepenatan..

Hari ahad (3/02/08)

Pagi lepas buat sarapan simple dan makan lempeng cicah sambal sardin, aku drive ke apartment ku. It took 1 hour and 15 minutes. Saja drive relax-relax. Hari ni banyak kerja nak buat. Kereta pun penuh dengan barang yg ku bawa dari rumah. Macam-macam, so banyak dah benda yang tak payah beli dah. Besin, Tupperware, mangkuk (ehehhe..aku ni kalau cerita apa-apa mesti bersangkut kait dgn dapur kan..ekekkekke) Today bawa vakum cleaner sekali coz today nak wat operasi membersih tahap gaban. Aku nak vakum dan mop seluruh rumah tu. Tapi itu akan aku buat setelah org dari kedai perabut hantar segala barang, fix it. So baru bleh vakum kemas semua. Pukul 11 lebih , orang dari Cavenzi dah call nak hantar barang. So aku duk stand by jelah kat rumah (malasnya…bila derang sampai aku kena turun pi bukak gate utk derang ni…ayoo..Pak Guard ni takleh ke bagi jek depa masuk)..Disebabkan aku duk tingkat lebih dari tingkat 15, satu penyeksaan lah nak turun.
So lepas derang balik, aku duk lepak-lepak tgk TV sambil susun-susun barang sikit-sikit. Sabtu petang tu aku pi tesco lagi, beli barang dapur utk rumah ku disini. So Penuh lah jugek peti ais baru iteww..Hem, so aktiviti aku menunggu lagi lah, coz org kedai perabut satu lagi belum mai lagi hantar katil,meja etc.Tengok-tengok dah pukul 1 lebih so aku start masak le. Aduh..lapar dahh..menggigil. Aku rasa ni bahana penat turun naik mengangkut barang dari kereta tadi. So aku masak cepat-cepat. Masak sayur campur, goreng ikan dan tempe ( mestikah ada tempe setiap kali makan..ekekekeke..jgn ada yg gelar aku makcik tempe ye..).. Pukul 2 lebih baru makan. Dan org yg kutunggu tak sampai lagi, janji nak hantar barang tengahari tapi .tak sampai-sampai pun.



Lepas cuci pinggan dan solat aku call, oh..derang baru nak load barang dalam lori. Lambatnya…kedai perabut ni sebenarnya kat depan simpang depan rumah ni je….Derang kata nanti derang sampai derang call. Tapi kutunggu-tunggu macam buah tak gugur pulak..dah pukul dekat pukul 4ptg tak sampai lagik. Aku call kedai tu derang kata lori ada hantar barang pi rumah org lain dulu. Ayoo..lamanya..aku dah plan, lepas siap kemas rumah semua aku nak keluar pi tgk something. Lohhh.. dekat 4.30ptg baru derang sampai. Dan lama gilla derang kat rumah aku..motif?? Memasang dining table..susah gilla..and ada ke pulak dia tanya aku..camana nak memasangnya?
Dua jam lebih depa ni berhempas pulas memasang meja..
Mana le aku tau kan…Banyak skru dan join yg tah..tak reti le..nak pasang rangka meja tu pun took dua jam..pasang katil etc kejap je..pasang meja tu lama gila..haaa….dekat pukul 7 baru derang balik…tgk-tgk hujan. So cepat-cepat buat operasi membersih, vakum, mop etc. Tengok-tengok kat luar hujan rupanya..so kansel je lah nak keluar. Lepas maghrib, panaskan lauk, goreng telur dan makan nasi..tgk TV..dari siang tadi astro aku problem..something wrong with the decoder i guess..siang tadi susah nak dpt channel, bila dah ok, mlm ni plak takleh nak tuko2 channel..tak bleh plak aku nak tgk program masak-masak kat Tv nih..napa ek..?
Penat hari ni wehh…Pukul 10.30 aku dah siap-siap nak ZZZzzzzz..

No comments: