Monday, July 13, 2009

The not so amazing race.....dan teka teki.

update:

KL --------------> Tawau------------> Semporna -----------> Lahad Datu Tawau
unfortunately, cant make it to Lahad Datu.. FRUST !!


Reached Tawau airport early morning. (gigih lah bangun 3.30 pagi...)
Rent a car at airport.
Drive to Tawau town.(almost 30 minutes drive). check-in. Lunch.
Drive to Semporna. Almost 2 hours driving.
'Mengeteh' session at Semporna.
Yey!!
Solat Asar, ronda2 sikit. (few pi stop)
Zassss ..... to Tawau.
Plan to Lahad Datu BUT have to drive another 3 hours (159 km from Semporna) - so cancel.
Experience driving from tawau - semporna menyebabkan tak jadi ke Lahad Datu. Masa tak mengizinkan.

TEKA TEKI :


Oh..sesi mengeteh di town Semporna. U ols,..cuba teka..agak2..berapa ringgit makanan di atas itu?
Clue : aku terkejut.

Saturday, July 11, 2009

Ninja tortoise..

who's that?? Ninja turtle?..ninja totoise? precaution during the H1N1 outbreak

selamat berhujung minggu u ols..
daaaa...

Udang goreng oat

Cook this last nite, to finish my udang stock, coz i'll be away for the whole weekend.
Ok..


Udang goreng oat



Bahan-bahan:

udang besar- 5 ekor
oats - 3 sudu besar
butter - 100 gram
bawang putih - 4 ulas
halia - 1/2 inc
tepung jagung - 1 sudu
cili api - 3 biji, hiris halus
serbuk kari
daun kari
garam
minyak


Cara-cara:

Bersihkan udang, belah belakang dan buang hitam2. Buang misai atau sesungut yg tak perlu. cuci bersih dan toskan.
perap udang dgn garam dan tabur tepung jagung serta serbuk kari, gaul sebati goreng deep fry. Sekejap je ye.
Kalau lama sgt nanti liat/keras tak sedap. Angkat dan ketepikan.
Hiris halus cili api.
Tumbuk bawang putih bersama halia.
Amik butter, bubuh dlm kuali.
Bila butter cair, masukkan daun kari, goreng kejap, kacau-kacau jgn hangus.
bubuh sedikit garam jika suka.
Masukkan bahan tumbuk tadi dan juga cili api. Gaul sebati dan biar agak garing.
Api jgn besar, karanga hangus baunya sampai ke rumah jiran sebelah.huhu.
Masukkan oat sebanyak..err..aku buh 3 sudu besar.
Gaul rata, agak garing, masukkan udang. Kacau-kacau..dan angkat.
Makan panas-panas.
From the kuali stret into the mulot.
jemput makan.

* aku guna bahan yg available kat rumah je. resepi asal guna nestum dan kena tambah susu cair, telur bagai. Aku kalau boleh gunakan bahan seminimum mungkin. hehhe..penjimatan dan penjagaan kesihatan diri serta poket.
daun kari tataw camna aku bleh jumpa dlm fridge. Hiks.

Fried Soft shell crab

Ni masak last week.
First time masak soft shell crab.
Goreng je..
goreng pon sodap.



Fried soft shell crab


Bahan-bahan:


soft shell crab - 4 ekor
jintan manis - 1 sudu
bawang putih - 4 ulas
serbuk kari ikan - 1 sudu
tepung jagung - 4 sudu
serbuk kunyit - 1/2 sudu teh
garam - secukup rasa
air
minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Bersihkan ketam, cuci bersih, toskan dan lap. Keringkan air.
tumbuk lumat bawang putih
Campurkan tepung jagung,serbuk kari,bawang putih, serbuk kunyit, garam, jintan manis.
Gaul bahan-bahan tersebut.
Tambahkan sedikit air, dan kacau sebati. Kepekatan agak2lah.jgn pekat sgt, jgn pula terlalu cair.
Celupkan ketam. Goreng secara deep fry.
Bila dah kuning keemasan, angkat.
Hidang panas-panas.


Jom makan...

Friday, July 10, 2009

on friday

tadi takde gambo kan?..aku update letak gambo makanan. sebab kalau takde gambar food aku rasa macam baca blog org lain la. mcm bukan blog aku.
Hiris jambu dan mangga.Kudapan malam tadi. sambil tgk cerita "KECUALI CINTA MU"..ha-ha.


jalan..jalan...jalan..
adalah sgt penat menapak.
dari parking area ke ofis..5 km jauhnya...azabs tak??
(ops..sungguh mentel..500 meter actually).
today bawak bekal.
sarapan: cekodok bawang + ikan bilis...very de campak2...
opis mate aku makan dia ckp.."ada lori garam tumpah kat depan rumah ko ke?"
lunch: bekal nasik lauk sardin sambal.
tapi tetiba ada makan-makan kat opis. Tak menyesal aku dtg opis hari nih.
oh updet di opis..eh ada staff baru??

Pagi tadi drive pi keje..ada kete cucuk-cucuk kete aku..pastuh blink2 lampu. kalau ko teror potong lah. apesal cucuk-cucuk?? napa? nak tunjuk teror?? gila ke hapa. kat double line camtuh.

Masak lemak tempoyak udang with belimbing buluh

Again...
wabak tempoyak...hiks..

so menunya adalah:

Masak lemak tempoyak udang dangan belimbing buluh.





Bahan-bahan:
udang besar (saya guna 5 ekor)
belimbing buluh (terpulang kuantitinya..suka banyak,letak le banyak)
santan (aku guna santan kotak je..xde kolesterol katanya...ye ke?) -aku guna 1/2 kotak je.Tambah air.
tempoyak (1/2 cawan)

cili api -ikut suka nak pedas mana
bawang merah - 2 ulas
bawang putih- 2ulas
serai - 1 batang
halia - satu inci

garam -secukup rasa


Cara-cara:


Bersihkan udang, belah belakang buang itam2 tuh,buang misai2 semua, cuci, dan toskan.
tumbuk cili api dan bawang-bawang, halia.
ketuk serai.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan tumbuk, kacau hingga naik bau, masukan santan.
Masukkan tempoyak, kacau sebati. Masukkan serai.

Biar mendidih, masukkan belimbing buluh, kacau hingga layu.

Masukkan udang. Udang tu masak kejap je..kalau masak lama liat dan keras,hilang rasanya.

Tambahkan garam secukup rasa.


Hidang....

Tadaaa.....

Thursday, July 9, 2009

Travel ketika wabak influenza H1N1 sedang melanda.

Nampaknya, kena ambil langkah berjaga-jaga kerana wabak influenza H1N1 masih lagi melanda.
Ada yang bertanya, macamana nak travel during outbreak ni.
Hemm..saya pun runsing.
Saya bukanlah orang yang pakar pun nak memperkatakan mengenainya.
Jadi saya tgk TV, google di internet dan cari maklumat tentang langkah-langkah yang perlu di ambil ketika travel semasa wabak H1N1 melanda.

antaranya:

1. Ketahui negara dan tempat yang dilanda wabak. Kenal pasti kawasan/area yang dilanda dengan teruk dan jauhi kawasan tersebut seboleh mungkin. Kalau boleh tangguhkan perjalanan, tangguhkan. Tapi kalau tak boleh, ambil langkah2 perlu untuk mengelakkan jangkitan (diterangkan di bawah). Ye lah kan. travel2 cam ni biasanya kita dah rancang lama, tix dah beli, hotel dah book malah dah bayar. Terpulang pada pertimbangan diri. Yang penting ambil langlah perlu sekiranya masih nak proceed dgn perjalanan tersebut. Jangan ambil mudah dgn fikir "aku tak akan kena".

2. Persediaan untuk diri sendiri, jaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan. Pengalaman saya, saya akan cepat-cepat cuci tangan dan muka bila sampai kat airport. Langkah- langkah pencegahan berbeza-beza antara lapangan terbang. Ada yang buat health screening ada yang tidak. Beri kerjasama dan bersedia dengan prosedur di lapangan terbang (isi borang pengistiharan status kesihatan, health screening dll.)

3. Pakai mask adalah langkah yang bagus. Dua malam lepas, saya sembang2 dgn kawan di YM. Kami mmg suka travel so perbualan berkisarkan travel dan wabak yg sdg melanda. bercerita tentang topeng, dia ckp " ingat tak masa kita belajar bio?..virus tuh kan kecikkkk halus kan..so kalau pakai mask, belum tentu lah virus tu takleh jangkit kita..tapi kita usaha dan ikhtiar apa yg perlu. Amik langkah berjaga-jaga. Doa dan ikhtiar. Semuanya dengan izin Allah. Yang penting, kita buat apa yang perlu. Pakai topeng yang sesuai.

4. Bersedia dengan ubat-ubatan jika perlu, letak label pada bekas ubat yang kita bawa.

5. Elakkan tempat yang ramai orang berkumpul. Contohnya di lapangan terbang, biasanya saya suka jalan-jalan kalau bosan duduk. Tapi sejak wabak melanda, saya akan duduk tempat yang jauh dari org, elakkan bersesak-sesak di kumpulan yang ramai orang. Duduk setempat sambil berangan.hiks.

6. Bersedia dengan kemungkinan di kuarantin oleh pihak berkuasa tempatan yg terlibat.

7. Jika rasa tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor. make sure kita tahu simptom - simptom H1N1. Selain diri sendiri, make sure org yg travel dgn kita pun alert dengan simptom-simptom tersebut.

8. Sentiasa peka dengan keadaan semasa di tempat yang kita pergi. Ambil tahu status wabak / update yang sedang melanda. Kenal pasti kawasan yang terlibat dan elak dari pergi ke kawasan itu sekiranya tidak perlu.

9. Sekembalinya kita dari travel terutamnya dari kawasan yang dilanda wabak, monitor status kesihatan kita sekurang-kurangnya 7 hari.


ada beberapa lagi..u ols kalau nak tambah silakan...kita share sama-sama.

Wednesday, July 8, 2009

Sambal tempoyak belimbing buluh

sambal tempoyak belimbing buluh

kannnnn...kan...
dah ckp kan...wabak tempoyak sedang melanda.
jadinya...blog aku kuning je kalernya 3-4 hari ni..hehehhehe.
sapa tak makan tempoyak..ampunkan le empunya blog ni.
Tgh kemaruk tempoyak ni.

Resepi nih aku invent malam tadi (cewah...poyonya statement.)
Terfikir nak buat sambal tempoyak. Belimbing buluh baki gulai semalam ada lagi.
Daun kesum pun ada.
so..jom tgk resepi ni.

Bahan-bahan:

Tempoyak - 1 cawan
Belimbing buluh - 15 biji (tak kisah le banyak mana, )
ikan bilis - satu genggam (belah, basuh bersih)
daun kesum - pisahkan dr tangkainya, basuh bersih.
cili api - ikut suka nak pedas mana
serbuk kunyit
cili kisar - 1/2 sudu besar
garam
gula

Cara-cara:

Tumbuk lumat cili api.
Campur tempoyak dengan cili kisar, cili api, serbuk kunyit.
Tambahkan secawan air, kacau sebati.
Panaskan periuk, masukkan campuran tempoyak tadi.
Kacau sebati. Tambah sedikit air jika pekat sangat.
Masukkan ikan bilis dan daun kesum. Biar mendidih atas api kecil.
Masukkan pula belimbing. Kacau dan biar belimbing layu.
(kena kacau selalu sebab resepi ni agak pekat).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidang.




Sedap dihidang dengan nasi panas. Minimum 2 pinggan. hiks. Jom makan.

Tutorial Part 2: Brengkes

percubaan pertama, cikgu bagi B-.
so tadi disebabkan bahan-bahan ada lagi, dan resepi ni sekejap je nak sediakan bahannya dan proses memasaknya adalah super senang, buat sekali lagi.

kali ni aku pakai petua cikgu. Aku lumurkan sambal tempoyak tu sampai ikan ni mati lemas.

hasilnya..tadaaa.... (harap2 cikgu bagi markah A). Cikgu jgn le strict sangat ye.

Kali ni aku guna daun pisang dan aluminium foil (cikgu, jgn tolak markah ye.) Ampun. Inilah hasilnya.

Akhirnya dapatlah brengkes yg agak berkuah. sedap gila.

perhatian:
blog ini sedang mengalami satu wabak besar iaitu wabak tempoyak. Akan menyusul resepi yang bersangkut paut dengan tempoyak lagi.

Tutorial:cubaan kali pertama membuat BRENGKES

Musim durian datang lagi. Makanya sibuk le semua memakan durian, buffet durian lah...pesta durian lah...
Seperti biasa, kalau musim durian maka dimana-mana sahaja ada hidangan yg berunsurkan durian iaitu tempoyak.
First time makan tempoyak masa zaman universiti. Hidup bercampur dgn org negeri lain menyebabkan tetiba aku pandai makan tempoyak, cencaluk, budu. (masa tu kurus sikit).
Aku dulu pelik..apa ke he nya durian dibuat lauk lah..sambal lah.
Now tidak lagi. Aku mmg pantang .......mmg pantang gila lah.
pantang jumpa oke.
Kalau u ols bukak entry dulu2..mmg ada aku masak benda yg menggunakan tempoyak seperti ikan patin gulai tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak timun dll. (bajet perasan ada org baca blog aku).

So...musim kali ini, aku cuba resepi baru yang dikatakan adalah makanan orang Jambi. Sila baca blog kucingorengemuk ni untuk maklumat lebih tepat.
BRENGKES nama makanannya. BUKAN brengsek ye..(jgn terlalu terpengaruh dgn dialog-dialog sinetron di TV oke..). sebut betul-betul... BRENGKES. Aku pun 1st time dengar. Tapi oleh kerana ia adalah berkaitan dgn durian..dan juga tempoyak maka haruslah saya buat tutorial ni.
Dah terbau-bau kesedapannya. To kucingorengemuk..tengkiu for the resepi. mak eksaited nak cuba ni.

Eh..ketar aku nak buat tutorial brengkes ni.
(Ternampak2 cikgu pegang pembaris mengawasi aku sdg masak. Cikgu..anak murid tumpang lalu ye.)

Nak buat benda ni, kenalah ada tempoyak. So..camna nak buat tempoyak? Kenalah beli durian dulu. Eh.kat supermarket now ni mana-mana je ada jual tempoyak nih. Tapi aku prefer buat sendiri kerana adalah satu peristiwa tuh menyebabkan aku kalau tak terpaksa tidaklah akan membeli tempoyak di kedai dll. Aku akan buat senirik. (walaupun kdg tuh nak guna tempoyak baru beli durian, tapi aci je kan pakai durian fresh?...hehehhe..rasa durian jugok kekdahnya..no?


so smlm catz beli sebijik durian utk buat tempoyak. sekilo RM7.00. Nampak best je duriannya. Aku suh pakcik tuh belah. Rasa rugi pulak nak dijadikan tempoyak. Baik masuk mulot je kan time buka poser nantik.ke ke ke. Pakcik penjual ckp.."sebijik je? "..dan tetiba aku dapat bonus dpt sebijik lagi free. hehheheeeee..rezeki le kan...jgn ditolak...rezeki org berpuasa kaedahnya.



so meh le tgk bahan-bahan brengkes ni:

BAHAN A:
serai
cili api
kunyit hidup (aku guna serbuk kunyit je..belakang rumah takde pokok kunyit).

BAHAN B:
tempoyak
cili giling/kisar
garam
gula

BAHAN C:
Ikan kembung/selar kuning (ada selar merah/hijau/pink ke?)
Daun pisang (kalau takde, aku rasa pakai aluminium foil pun ok ..hiks...memandai je aku..)

Kaedahnya:

Siang ikan, cuci, toskan.
Tumbuk bahan A.
Bahan B pula campur dan gaul sebati. Campur dengan Bahan A, gaul sebati.
Lihat gambar di bawah.

Campuran bahan A dan B.

Ikan kembung, catz guna 2 ekor.

Tepekkan bahan tadi atas ikan.

Bungkus elok-elok lawa-lawa. Catz layur dulu daun pisang atas api supaya senang membungkus dan tak koyak.

Bubuh atas grill pan. Buh minyak sket atas pan tu supaya daun tak hangus.

Tutup supaya cepat masak

Tu dia..terbalik2kan...

dah masak..angkat.. tu diaaa...erk..napa kering??? tgk dlm blog kucing oren basah dan berkuah sket. (adakah fail cubaan ini?)

Mari makan brengkes.
Oh...aku masak lama sgt kot..so jadik kering.Alasannya aku sibuk masak benda lain jugak dan dah kelam kabut nak buka.

Nak kena buat sekali lagi ni.
(ternampak cikgu tgh libas-libas pembaris...serems..)

Tapi kan..rasa dia mmg sgt sedap. Buat nya pun senang je...makan gitu je pun sedap sgt dah.
Dan selain brengkes, aku buat gulai lemak tempoyak udang dgn belimbing buluh. Memang sgt lah syiokkk.....(semua benda aku buh tempoyak..harharhar...).


Err..aku punya versi ni mcm..ikan bakar durian..hehhe..(sebab aku guna durian fresh..kehkehkeh).

Food marathon on Sunday

BIG breakfast on Sunday...at B's



start with 'arnab food'

capati..and more..and more...and more food..



Then...check out.,..so where to??
to Taman Warisan Pertanian..bukan pi mencangkul atau berkebun ye...but...
for more food!!!
Lunch and jalan-jalan.
Taman Warisan Pertanian

Nasi ayam kampung

laksa

ABC


Then..to Kuala Langat for durian fiesta!!!
hoh..

durian...durian..durian....

time buat entry ni tgh menunggu buka poser..sedikit hendak rasa kepitaman di situ..


and dinner at home. Nasik goreng campak-campak.

so complete my weekend..with food.
Alhamdulilah.

Tuesday, July 7, 2009

Pullman Hotels and Resorts, Putrajaya Lakeside

Taglinenya...The Malaysia Icon Hotel.
Mula-mula duk terpikir, kat mana le tempat ni eh?
Oh..rupanya kan....belakang Putrajaya Convention Centre tuh, PICC. Sepelaung je dari PICC.
Di sebabkan aku dtg dari arah Dengkil, so senang sgtlah nak jumpa tempat ni.
terletak di tepi tasik kaedahnya. nama pun lakeside kan..
Kawasan hotel ni agak besar, ada banyak blok.
Hotel ni buka Januari 2009, so baru lagi lah. Masih ada kekurangan seperti signboard.

view dari bilik


Cantik..

Lobi hotel

Check-in time pukul 2 petang. Aku sampai pukul 3 ptg. Booked room with balkoni..tapi kena tunggu sebab bilik belum siap. Kurang staff kot. House keeping tgh siapkan bilik. Aku dah penat tunggu. Akhirnya..dapat executive room apa tah..pasrah.

lobby waiting area

masuk je ON TV...hiks..."welcome to kucing-kucing sekalian"

ada locatel, so sesambil meniarap angkat kaki boleh buat banyak benda , tgk TV, berintenet, main game dll. display kat TV.

time to klik-klik..

meja utk ku buat keje (kononnnn...ye...konon..)

nice view

resorts at night

clock tower




seswai le kan kalau nak buat shooting ala-ala pilem hidustan di celah-celah pokok kelapa ni..



klik-klik dia siang hari lepas sarapan..

sapa tuh?..tgk kain cam bini popeye (tapi yg ni versi gemuk terlebih makan
bayam daging..hahahahah)

Bangunan resort ni cantik..tak bosan lah duduk sini...boleh jalan-jalan amik gambar. Bangunannya melambangkan ciri-ciri ke Malaysia-an ..kombinasi chinese, Melayu, Minagkabau dll.

Dinner at B's, Pullman

Kucing A: wuts ur plan on weekend?
kucing B: Nothing..cooking la..cooking..tengah pikir nak buat rempeyek resepi mommy ni.
Kucing A: i tot u going somewhere? party? no? Today is 4th July...? no?
Kucing B: No.
Kucing A: Lets go somewhere...
Kucing B: (Lompat-lompat)..somewhere??..yippeee!!! Horeyyy!!
Kucing A: Lompatla sampai bumbung. Tanggal segala bulu tu. (bulu kucing ye..)


So after made a simpe lunch.... i packed my things. Where to...?
ha-ha-ha. Ala-la bercuti kat belakang rumah.
Yey...! going to Pullman Hotels and Resorts Putrajaya Lakeside.


Setelah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan (chewahhh bahasa - dulu karangan dapat A..ke ke ke) menempuh pelbagai road block la..Lost count lor..
oh...4 road blocks. Sabo je kan. Nak pegi dekat je. Tapi jem ya hamatttt. Dgn road construction, dgn road block JPJ dan polis. puh.
Memang mencabar oke nak masuk resorts ni. keh keh keh. Nak cari lobby hotel pun mcm pi treasure hunt. Tak jumpa jalan masuk ok. Call hotel 2 kali. Ini disebabkan kerja-kerja construction masih berjalan di salah sebuah blok. Hotel ni baru lagi, so signboard etc masih belum banyak. Lepas tuh kecik pulak tuh senbodnya. So confuse lah
cik kiah ni. Bukan aku je taww....ramai lagiiii org lain yg terlajak ke entrance yg salah..terpaksa udur..tawaf-tawaf sikit sebelum berjumpa dan masuk ke jalan yang benar. heh heh.

Masuk je kawasan Resort ni, mmg nampak semuanya masih baru. Nak cari lobby pun confuse. Aiyoo...Bubuh lah signbod besar sikit dan tak mengelirukan. Resort ni banyak blok, so sebab 1st time dtg memang pusing-pusing sikitlah (dengan mengangkut beg ala2 cik kiah nak pegi piknik. cuma tak pakai topi besar je.)


Lobby

Takdelah apa sgt aktiviti kat sini sebab bukanlah tak pernah pegi Putrajaya ni kan..Hari-hari aku lalu putrajaya ni dan selalu sgt dah pegi, Ala-ala belakang rumah je. Hiks.Plus malas le..so melazy-lazy je la..makan keropok yg aku goreng bawak dari rumah tadi sambil tgk TV. Bilik pun best. Lagipun dah plan malam nak pi dinner kat Putrajaya Seafood.
Tetapi di malam itu, adalah sgt malas utk keluar. So makan sini je lah. Call reception, resto apa yg ada sini. Dia suggest makan kat B's.

B's

Ha-ha..pening jugok cik Kiah nak pegi B's. Ala-ala main nyorok-nyorok gitu. Dah nampak B's depan mata tapi nak ke situnya adalah sesat. kerana tiada signbod dan aku asyik masuk pintu, kuar pintu. terpusing,patah balik. Tetiba dah sampai pintu nak ke bilik semula. ke ke ke. Tetiba ada staff hotel ni lalu dan dia hantar sampai B's.

Masuk je B's..waa..cantik....! konsep merah putih....lawanya...so had buffet dinner. Food selection adalah Asian and Western.

kat mana aku nak beli itu huruf yg bergantungan itu?? bling-bling and looks elegent. Bestnya kalau dapur aku ada gantung2 cam tu.
So proceed with food photos..tak banyak amik gambar. Aku busy makan.

seafood...prawns and mussels

sushi anyone?

nasi beriani dan pelbagai lauk...beef, sotong paprik, fried sotong curry, ayam masala, fish, vege, mint chicken, mutton,

grilled fish

pizza

Pilihan makanan agak banyak juga..ada pasta, mee sup, piza, wihite rice, beriani rice, lauk pauk, desserts. sushi, salads , banyak le..apa tah lupa..Rasa makanan?..sedap. worth lah.

Bessssst nya kalau keje cam chef tuh....

catz at clock tower..meronda-ronda

Lepas dinner jalan-jalan sekitar resort amik angin malam...cantik tempat ni bila malam..nanti aku letak photo2nya..

Sunday, July 5, 2009

Me lazy -lazy

Hows ur weekend?
mine..was great.
my activities were melazy-lazy , memakan-makan..FOOD FIESTA.(dan ZZzzzzzz..)
OMG..!
diet?..perkataan apakah itu?

Tarik langsir bagi gelap.Dikelilingi oleh bantal-bantal besar dan gemuk. with locatel, lappy, food and TV 30 channels.
(oh..got FOOD channel oso)
nyeh..nyeh..nyehhh.
ZZZzzzzZZZZZZZZZzzzz.....

tak caya?..ha ni le bantal-bantal gemuknya.Besss.
(rajin tak aku susun bantal?)

Saturday, July 4, 2009

Selamat berhujung minggu..

My breakfast today..
prong..prang..prong prang kat dapur 25 minit....siap bihun goreng...


Have a great weekend u ols..

Takpe, aku kasik can.


Aku banyak kali lalu restoran ni..or should dipanggil cafe ke? Cafe besar, cantik dan nampak vassss sungguh rupa parasnyaaaa...setiap kali aku lalu, ia nampak lengang. Ok...outlet ni baru buka. So maybe org belum tau. Tapi terletak gah di corner lot. Satu malam aku lalu. On the way balik ke rumah. Aku tgk ramai jugak orang (err....8 org tuh kira ramai kannn?? sebab lebih dari satu..hihi.).

masuk je, waiter terus sambut. Ni ala-ala.. 'plis wait to be seated'
" Sorang?". Aku angguk. Aku duduk.
terus amik order. (buku menu dia lawa lah).

Aku order : Ice lemon tea, rojak buah.
Oh..kedai ni bukan konsep kopitiam. Nampak kelass je rupanya.


Bila air sampai...
aku sedut sekali..ehh..ehh??
sedut kali ke dua.. ehhh???
ehhh?..air apa niii ..tolong!!
rupa paras mmg ice lemon tea.
tapi rasanyaaa...teh apa jenis dia campurkan ni....
rasa PELIK!!! wangiiiii sgt rasanya (oo..bukan jasmine tea ye...rasanya sgt pelik).
dan kombinasinya bukan mcm ice lemon tea.
aaaaaa....air apa ni....


Rojak sampai..ok..rasa nya sedap..food presentation aku bagi A.. tapi tang benda keropok ke apa tuh..mmglah melengkapkan rojak ni dan aku rasa lebih kpd hiasan ..tapi..keras+liat + oily. dibuat dari tepung dan digoreng. heh....tak yah letak pun takpelah. buat spoil je.
aku mintak plain water sbb tak boleh lah minum air pelik tu.

aku klik2 sket.
'Bila mereka nampak kamera aku...

waiter: u ni freelance photographer ke?
aku: TAK.
derang dtg meja aku.
waiter: knp tak minum air tu?
aku: errr...errr...errr....err....rasa dia pelik, saya tak boleh minum. TAK SEDAP. Tapi maybe bg org lain ok. Tapi saya rasa tak ok.Rasa air ni PELIK.

Mintak bil.
Terkejut.
eh...

waiter: air tu tak payah bayar sebab you ckp tak sedap. Bayar food je dan food 10% discount.
heh.
selamat duit aku. hiks. (eh..air pelik tuh RM4.90 tau).

takpe. takpe. aku kasik can. aku tak nak buat review kedai ni dulu. aku nak try sekali lagi. makan dan minum benda lain. baru nak buat review.

Friday, July 3, 2009

eksperimen: udang goreng


aku kan..duk wonder napa udang goreng yg kat kedai Nasi kandar tuh nampak sedap? duk pikir le...derang goreng letak apa?
so last weekend..aku telah buat eksperimen dengan udang yg kutangkap kat labuan tu (tangkap kat kedai frozen food airport..kehkehkeh..)
Defrostkan..aku guna air. Amik 5 ekor utk eksperimen ni. Yang lain simpan utk eksperimen lain pulak.
Mula-mula..siang le udang tu. Belah belakang guna gunting. buang benda hitam2 belakang badan udang tu. cuci bersih..toskan.


Langkah seterusnya ,
Aku amik kunyit sikit, serbuk kari ikan sikit, tumbuk bawang putih dan gaul sebati bahan tersebut. Bubuh garam sket. Gaul-gaul udang sebatikan dgn campuran tuh kan..then tabur2 sket tepung jagung kat udang tu...gaul sebati bagi tepung tuh lekat sket2...dan biar bawang putih dan campuran kunyit dan kari tadi lekat2 kat udang..
sesambil tuh panas kan minyak dlm kuali..deep fry yer.
Masukkan udang..terbalik2kan..sekejap je tau..nampak dah kuning keemasna terus angkat..aku rasa dalam 1 minit lebih je kot..jgn goreng alam sebab nanti udang keras dan tak sedap.


Tadaaa..makan panas-panas sambil tgk sin chan. (lebih sedap dari yg kat kedai mamak tu...masuk lift tekan senirik.nak naik tingkat berapa tataw..)

Jom Bandung!

erk...bukan ke Bandung. Tapi ke kedai mee bandung. ke ke ke..


Ni antara kedai famous mee bandung Muar di Muar yg terletak di Tanjung Agas (selepas Sekolah Sains Muar, ada deretan kedai ... ha..situ le..dah tulis besar-besar tuh MEE BANDUNG MUAR.

dah konsepnya makan di mee bandung kan..so air kena konsep bandung jugak keww??

sirap bandung

Mee bandung yang baru sampai atas meja...nyum-nyummm .

Selain kedai mee bandung yang famous di Jalan Abdullah, bagi aku yang ni pun sedap. Aku lebih suka yg kat kedai ni...cukup rasa dan perencahnya, kuahnya sgt best..

selak-selak sikit baru nampak mee..

bagi aku mee bandung kedai ni rasanya mcm mee bandung yang mak aku buat dulu masa aku kecik-kecik. (Mak aku dah tak pernah masak mee bandung dah bila kami dah besar-besar.)

Yuhuu..makan di mee bandung di petang hari bersama air bandung di kedai mee bandung...

Actually ni makan masa balik dari hospital Muar hari tuh balik dr melawat ANIS cenonet di hospital.

UPDATE: ANIS DAH KELUAR DARI HOSPITAL SEMALAM , ANDDD..she texted me "acikkk..beli teddy yang beco yer...pink tau."....

eh..kuar hospital tetiba dah pandai SMS...baru 11 bulan ....ubat apa yg doktor tu bagi?? huhuhuhu.

Thursday, July 2, 2009

Makan di Labuan

Ada kawan aku nak ke Labuan. Dia tanya aku kat sana makan camana?..susah ke? dan dia heran napa aku xde buat entry food di labuan..
aku ckp..aku tak makan sgt...aku malas.
Tapi aku ada survey tempat makan le yg berguna utk 2nd trip Labuan aku nanti.
So info ni aku share le kat sini, utk kawan aku tu, aku dan jugak rujukan utk readers..




Makan di Labuan bukan satu masalah. Sebab?..masakan kat sini sama je mcm kat Semenanjung. Kebanyakan pengusaha restoran, kedai makan, gerai berasal dari semenanjung. Malah aku rasa masakan mereka sedap le ( ni makan kat gerai, kedai makan, kedai ala2 kedai mamak..).

Restoran JJ Naza

Kat town ada beberapa kedai makan yg ala2 kedai mamak ni. Cthnya gambar kat atas tu. Tapi kat sini kedai mamak dia masakan mcm masakan Melayu sket dan nasi taklah dihidang dlm pinggan plastik mcm selalu kita makan tu. Ala..aku lupa amik gambar le...lapo. Dekat-dekat kedai ni ada juga satu kedai..Restoran Fariza tak silap aku namanya...konsep camtu jugak lah..
harga?..Reasonable lah.

Beberapa kali makan..lepak gerai makan...ehmm...sedap!.dan harga amat berpatutan. Rasa makanan lebih kurang mcm kita kat semenanjung lah. Aku rasa makanan kat Labuan ni sgt berbeza dengan di KK. Tapi belah2 sini kan tetapppp glemer dgn 'sayap' /kepak ayam/ chicken wings. Gerai / medan selera ni terletak berhadapan dengan Bangunan Ujana Kewangan atau sebelah je dgn hotel aku stay tuh, Grand Dorset, Labuan. Banyak pilihan gerai dan makanan pun pelbagai.

Pilihan gerai makan di Medan selera (berhadapan Ujana Kewangan)

sup tulang

Tempat makan bersih dan selesa

chicken wings

Ok..selain gerai makan, restoran, Labuan juga terkenal dengan seafood. Kalau nak makan seafood yg best kena jalan out skirt sket lah...Ni aku survey tempat makan di area Kampung Tanjung Aru. jauh tau dari town. Ni kalau dari town, drive menghala ke Batu Manikar dan tgk signbod Jalan Tanjung Aru. Mata kena awas le tgk signbod. Ni aku pi siang, kedai pun tak buka lagi. kalau malam tah jumpa tah tidak aku pi tempat ni kalau 1st time pi. Masuk dalam jauh juga.



Ni le Anjung ketam. keistimewaan kedai ni katanya adalah ketam fresh yang di masak.

Ni pula ialah Anjung Ikan bakar dan ketam Terumbu Warisan. Tempat ni kira mcm sebelah2 je lah, satu kawasan dgn Anjung Ketam.

Selain tu, kalau malas pi jauh-jauh ada Restoran dekat-dekat town. Yang ni dekat Komplek Sukan Air Antarabangsa Labuan. Restoran Manja namanya. Aku pi dinner kat sini. Oh ya..kena buat reservation dulu.

Restoran ni pun atas laut.

konsepnya BBQ , steamboat serta masakan Melayu.

Restoran ni beroperasi start lewat petang hingga malam. Siang tak beroperasi. In future tak tau le kan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan. Ada steamboat (boleh pilih sup biasa atau tomyam). untuk steamboat terdapat pilihan sayur-sayuran, seafood dan segala fish cake, fish balls, ayam dan daging yg dah siap di marinate.

Ada juga nasi lemak, nasi goreng, nasi putih, asam pedas, mee kari, pilihan desserts, kuih muih, buah-buahan dan minuman. Bubur nasi dan bubur manis pun ada. Dengan harga RM20.00 bleh makan sampai kembung lah cik Kiah. Kira murah le.

Steambot dan grill seafood, chicken. Chicken wings tuh sedap (aku kannnnn yg grill..sedap le...poyo!)

cekodok pisang pun ado..

Aku makan sampai kembung le...he he he...rasanya biasa je bagi aku..tapi worth lah dgn harga dan nice ambiance makan atas laut katanyaaa...jgn dah kenyang pastu terjun dah le...
Then lepas kembung perut kat sini, pi drive jalan-jalan memalam menikmati angin labuan nih..then lepak gerai makan minum ABC.
sekian.

Wednesday, July 1, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa

Makan kat sini last week...di Bangsar,
Pernah le lalu outlet nasi lemak ni, baru berpeluang try. Terliur aku tgk kat blog orang. Bila partner in crime aku ajak makan sini aku teruss ckp "JOMMMMM..." .
Eh aku pernah le makan kat kedai nasi lemak antarabangsa yg original kat Kg Baru tu. Tapi lama dah dulu..aku pun dah tak ingat camana rasanya...cume seingat aku rasanya biasa je..cuma pilihan lauk yg banyak.

Now Nasi Lemak Antarangsa sudah berwajah baru. Dah buat style cafe cantik. Aku suka lah konsep warna hijau cafe ni. Tak silap aku cafe pertamanya di Danau Kota. Now dah ada banyak dah cafe ni. Aku tumpang bangga lah dgn usaha mereka mengembangkan perniagaan ni.


Ni buku menu cafe ni..cantik warna hijau aku suka..cuma mood kitarang spoilt sebab nak order punyalah lama tunggu padahal time tu pekerja ada yg bual-bual dan makan. Nyampah la bila nak order kena pulak lambai2 banyak kali, lepas tuh tak de yg nampak. Padahal pekerja ramai. Kitarang siap terpinga-pinga. Pekerja ramai, siap ada yg tukang jaga pintu. Masa tu mcm dah hot sikitlah.Kedai cantik..service kenalah setara dengan rupa kedai...

So..apa yg di order?

Air asam boi...sedap! aku suka.

Terdapat pelbagai pilihan air, dari yg sejuk dan panas.

Nasi lemak sambal sotong

Menu kedai ni bukan nasik lemak je..ada pelbagai jenis mee seperti mee rebus, mee goreng, mee kari, laksa, sup dan lain-lain. Ada juga pilihan snack mcm karipap . Makan ringan-ringan le..if tak nak mkn heavy mcm nasi lemak. Tapi sebab 1st time makan kat sini, haruslah order nasik lemak. Aku pilih yg lauk sotong dan PIC aku makan nasi lemak lauk sambal kerang. Bagi aku, harga nasi lemak kat sini berpatutan jugaklah. Terdapat bebrapa lilihan lauk seperti paru goreng, rendang dll. Ada juga pecal, bergedel.
Nasinya bagi aku oklah..sedap. Sambal pun ok. Sambal sotong tu sedap. tapi sambal kerangnya agak masam..dan pelik sikit. Bukan aku je yg ckp cam tuh..PIC aku pun rasa mcm tu...tapi habis gak makan licin.

Nasi lemak sambal kerang.


Saja order tauhu sumbat..aku suka!! sayurnya banyak dan crunchy sket...sedap!

overall bagi catz..ok lah kedai ni..suka ambiance dan overall food ok. Next time nak try menu lain.