2 hari lepas, aku masak mee rebus. Percubaan kali ke-2. Yang kali pertama 2 tahun yang lepas kot. Tak sedap. Tak macam yg aku nak.
Aku nak mee rebus yang mcm kat Kebayan. Bukan nenek kebayan. Tapi medan selera Kebayan kat Plaza Kotaraya, JB. Or mcm mee rebus kat Plaza Angsana , JB iaitu mee rebus Hj Wahid.
Kalau pi kebayan masa tu seingat aku, kitarang akan makan mee rebus tu. Ada saiz kecik..saiz besar.
7 tahun bermastautin (study + kerja), selain Holiday Plaza, benda yang aku paling ingat ialah mee rebus. Ho..itu adalah JB berbelas tahun yang lalu ok. Masa tu kan..kalau outing pi Holiday Plaza tu dah rasa best gila. Kembang gila idung bila org tau yg ko pi Holiday Plaza. (holiday Plaza ni yg kitarang suka ialah nasi beriani kat restoran Hameed).Yang ada kat JB masa tu kan..Plaza Kotaraya, Holiday PLaza dan Komtar (Bila kitarang dah 5th year - pi Komtar tu dah mcm scary lah pulak. Kawan aku ckp..situ tmpt unidentified people..dipenuhi dgn org rambut panjang yg melepak-lepak. a bit ngeri di situ.Ni zaman-zaman kalau nak tunggu bas org berduyun tunggu kat depan sungai Seget tu tau. Nak balik kampus tunggu bas no 13A kot. tah.lupa.
Eh... tapi kat Komtar tu lah aku tgk wayang cerita apa tah , Amy Mastura berlakon...derang wat roadshow kat JB. Amy Mastura dtg , aku siap salam dgn dia...NI KAWAN AKU PAKSA IKUT dia oke..
Bila dah keje, aku keje kat Jalan Tampoi ( dulu-dulu kan,..if sebut Tampoi je mesti kwn aku ckp aku keje kat hospital). Sebab Tampoi terkenal dgn Hospitalnya. It was like org akan ckp.. "sewel la ko..haa..pi lah Tampoi sana..."..ewahhhhh.. dia tak tau ke kat Tampoi tuh ada kawasan perindustrian yg tersohor kat JB. Dari kilang buat kulit popia, kilang coklat, kilang bateri sampai le kilang elektronik. Aku keje kilang elektronik...hujung minggu pun koje membanting tulang.
Zaman tu, shopping complex yg tersohor adalah Plaza ANGSANA. Situlah tempat aku jln2. hampir hari-hari aku pegi sebab rumah aku dekat Bandar baru Uda kat jln padi-padi tu..tak jauh dari Angsana. Kat food court bawah tu lah ada jual mee rebus hj wahid ni.
Kalau pi JB, mmg akan rasa nak makan mee rebus ni.
So aku dah lama gila tak makan mee rebus 'macam tu'.
Aku rasa mee rebus kebayan/hj wahid tu mcm bench mark rasa mee rebus sebenar sebab aku pi few blogs, if org ckp pasal mee rebus derang akan describe pasal mee rebus kebayan or mee rebus hj wahid tu.
so 2 hari lepas aku buat eksperimen mee rebus. Aku call mommy tanya if dia pernah masak ni. MOmmy aku eh..emak aku ckp, pernah dan dia describe la apa bahannya. Then aku google kat internet. Ada pelbagai version. So aku agak-agak..gabung-gabung resepi (jgn le korang ingat aku kat dapur time proses gabung2 resepi ni..aku meniarap atas katil je...klik...surf..klik..surf..ke ke ke).
So finally time buka puasa, wujud lah mee rebus ni.
Rasa?...SAMA mcm mee rebus hj wahid tu (92% sama..taklah 100% betui2 sebab tang kerak2 tu aku belasah je buatnya..tah bancuh2 tepung..zrengsssssss..zrengsssssssssss pastu hancurkan.).
eh..nak cerita resepi mee rebus, tapi sampai ke Amy mastura, hospital Tampoi bagai. Sabooo je cik kiah ni.
Bahan kuah:
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah or guna 1 labu bawang besar bersaiz besar (korang paham tak ayat aku?)
udang kering - 2 genggam
daging - 250 gram (hiris kecil dan rebus.)
1 sudu jintan manis
1 sudu biji ketumbar
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kering (yg dikisar or boleh guna cili giling )
1 inci halia
sebiji kentang (rebus hingga empuk dan blend halus).
bawang goreng
daun sup+ daun bawang
gula merah
garam
Bahan lain + aksesori:
Tahu - 2 keping (goreng dan hiris nipis)
tauge- (celur)
500 gram mee kuning - celur
2 biji cili hijau - hiris nipis
bawang goreng
kerak-kerak /penderam mee rebus
telur rebus
limau kasturi
lets cooking..
eh...mula-mula kan..
1.goreng ketumbar dan jintan manis tu tanpa minyak...istilahnya..sangan?..sangrai?? tanpa minyak...kena rajin kalau, kalau tak sure hangus itam legam.api kecikkk je. Angkat dan tumbuk halus guna lesung. ketepikan.
2. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
3. Blend udang kering dan masukkan ke dlm bahan bawang yg ditumis tadi.
4. Masukkan cili kering, jintan tumbar yg ditumbuk tadi dan serbuk kari , tumis hingga garing dgn api kecilllll je. Masukkan serbuk kunyit. masa ni kan..bau dia..uiiiiii semerbak seluruh dapur.
5.Masukkan air rebusan daging dan dagingnya sekali. Kacau sebati, biar mendidih.
6. Sesambil tunggu mendidih tu, blend le kentang tadi..buh air sket.
dont try this at home...
7. masukkan kentang kisar utk memekatkan kuah.Ada org guna keledek. Keledek pun sedap gak.manis. Aku tukar ke periuk besar sebab aku dapati tak best le nak mereneh kuah dlm periuk kecik. Lagipun kuah aku pekat sgt pulak. Aku tambah le 3 cawan air.
9. Reneh kuah dgn api kecil, biar mendidih sebati mesra alam. Aku masukkan segenggam bawang goreng dan kacau sebati utk aroma dan rasa.
(buat suara , gaya dan intonasi ala-ala chef wan..ke ke ke)
Sesambil tu bolehlah sediakan aksesorinya. Untuk buat kerak (entah kenapa org panggil kerak??) Aku bancuh sedikit tepung gandum, tepung beras, buh udang geragau sket,buh kunyit, garam sket. Nak rangup tambah sketttt air kapur makan.
Gorengg...zrasssssss..zrengggggg...cesssssss....krenggggg..krongggg .. angkat dan hancur-hancurkan.
Aku rasa mcm nak berniaga mee rebus kat pekan tempat aku tinggal ni. Kat sini takde lah makanan best , maksud aku takde menu famous yg dijual digerai atau di kedai. Tak best gila oke...yg ada cuma kedai2 tomyam je..
Patutla bila aku ckp, bandar kecik tmpt aku tinggal ni ada TESCO* , kawan-kawan aku kagum gila. ke ke ke.
aku dah tau dah nak berniaga apa. aku nak bukak gerai mee rebus.







