Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Tarbush Restaurant

Masa kat Penang, sempat makan malam kat restoran ni..
Actually ada cawangannya di Bukit Bintang,Starhill, sunway Pyramid.
tapi yg ni..Penang mariii...


Restoran ni terletak berdekatan dengan Holiday Inn, Batu Feringgi. Jalan kaki je aku...saja lah nak ubah selera.
Dari balkoni bilik aku nampak dah restoran ni mcm memanggil2 gitu...

Restoran ni restoran arab, so hiasan dalaman konsep timur tengah..cantik...aku suka..

suasana yang tenang, cozy, menarik kan...

manu kat sini pelbagai, tapi maknan arab lah..terdapat pelbagai jenis appetizer, salads, pelbagai nasi yg dihidang dgn lamb, chicken, ada juga seafood, pelbagai desserts dll.

cantik lampu ni..

Masa catz dtg, belum ramai pelanggan, tak lama lepas tuh ramai, family2 arab yg dtg melancong ke Penang ni...
ok...makan apa??
drinks..honey dew, RM 9.00 kalau tak silap aku

Falafel

ni dipping utk falafel rasanya..

roti apa tah..lupa

sayur fresh dan sayur jeruk

eggplant fettush salad

beriani rice with lamb

beriani ni sedap...lamb pun lembut je..nyumm!!

overall food sedap walau ada yg mcm tak kena je dgn lidah ku ini..hehhe..maklumlah.. aku kan jawa..hehhehe..ambiance best, kuantiti banyak, tapi harga agak mahal..

jom makan!

Monday, June 15, 2009

Batu Feringgi

Stay di Holiday Inn, Batu Feringgi. Sebelum ni biasa aku stay kat area Penang Road atau area Bayan Baru atau area Bukit Jambul.
Tapi kali ni nak stay kat Batu Feringgi.


my room, Holiday Inn, Batu Feringgi..ada balconi menghadap laut. Nice!
hem..dlm tempuh 2 minggu, 2 kali stay kat Holiday Inn. In my opinion, HI bangkok farrrr better than this one.hurm..reason..banyak reasonnya. Tak yah lah cerita. malas.

day time

night time..same spot

kenderaan awam di area Feringgi ni sgt lah senang. Bas , teksi banyak. Kalau bas rapid Penang, naik bas no 101, samada dari komtar ke Feringgi, atau sebaliknya. Bas lain pun ada. Nak jalan dekat2..beca pun ada.

Kat Feringgi ni famous dengan pantai yang cantik dan pelbagai aktivit laut/pantai. Boleh le kalau nak join parasiling, nak naik jet ski ke..ATV pun ada...macam2 aktiviti. Aku takde ke mana pun.malas.

minum air kelapa masa jalan-jalan dekat-dekat hotel..

ni area kat jalan dekat2 hotel. Kawasan ni sgt terkenal,lokasi strategik pelancong. Pasar malam, tempat makan banyak kat sini. Banyak juga kedai makanan Arab. eh..pelancong arab suka kot ke penang ni kan..duk terserempak dgn depa je kat hotel. so mkn tak susahlah..walking distance je ada kedai Arab, seafood, warung tepi jalan pun ada..

catz rasa ni kali ke 3 pi sini kot...tapi napa ek..now ni aku rasa pasar malam ni cuma jual barang2 imitation je..ada lah beberapa kedai jual paiting, cenderahati, tapi yg lain semua jual fake prada, gucci, LV bagai..mcm dah tak best berbanding dulu...

gerai lukisan

ha..coach tuh....PRADA, LV, main gantung2 gitu je cik kiah..
aku dah rasa mcm jln kat pasar malam kat bangkok pulak..hiks...betul ko..yg jual pun mcm kat pratunam market kat bangkok tuh..hiks...

i likeeee this..

gerai cenderahati..

meriah area ni bila malam...lokasi strategik gak sebab duk area sini..nak pi convinient store , makan, jalan kaki je..
aku beli apa?..FRIDGE magnet 3 bijik je..
hihiiihihi..

Nasi Kandar Line Clear

Dari Bukit Bendera, naik cab ke Penang Road.. ke mana?? Nasi kandarr..jomm...
(driver taxi bagi discount RM5.00 dr harga sepatutnya..he he he..dia sgt ramah, berpesan supaya berhati2 dari pick pocket dan bersembang isu semasa di Pulau pinang..layankan aje la..)

Kalau ke Pulau Pinang, tak lengkap lah kalau tak makan nasi kandar...kan?? kan..?
Ada beberapa Kedai nasi kandar yang famous. Ada orang suka Kayu nasi kandar, ada suka line clear, ada orang suka Kassim nasik kandar, ada mcm2 lagi la nama kedai nasi kandar. kalau kat tengah-tengah penang ni..kedai nasik kandar merata. Yang makan pula, ikut citarasa masing-masing.
Honestly, aku pun bukan le tau sgt nak enjoy nasi kandar ni. Tak tau le sedap nasi kandar tuh camana, sebab kalau dah dicampur2 berjenis kari tuh, aku pun tak tau sebenornya kuah nasi kandar ruh sepatutnya camana. tapi aku tgk, org lainyang makan sgt beriya makan. Licin..puhh.
Ok..aku pi Line Clear kat Penang Road ni..
Dah banyak kali catz makan kat sini...tak tau le napa aku nak makan sini..sebeb dia glemer ke sebab dia sedap? serious...aku tak tau la..sedap nasi kandar tuh camana..

LINE CLEAR Nasi kandar

Nasi kandar...eh..kenapa takde kuah..tuh bukan nasik kandar le tu kan??

Ni hah..kuahnya..campuran kari-kari tu..aku tak lalu makan nasik tuh kalau kuah tu disiram selambak kat nasi..so bila ke kedai nasi kandar, sebelum tuan kedai tuh swinggg - swingg senduk2 kuah tuh kepinggan aku, aku akan ckp.."KUAH ASING!!"
pernah lah depa dah tersiram kuah, so aku orderlah satu lagi nasik kosong. Lepas tuh bila makan, aku buh kuah sikit2 atas nasi..sebab tu lah kot aku tak tau rasa sebenar dan camna cara nak enjoy nasi kandar ni..

nasi kandar kuah asing

sepatutnya bersiram kuah camni kan...

siram kuah sikit-sikit..

popodum ni aku suka..sedap..aku siap tapau RM2.00, makan kat bilik...snack gitu..sambil tgn TV.Best!

Nak tau alamat..haa...tgkle kat resit ni. No telepon pun ada.

Ha-ha. tau dok 1st time aku pi sini dulu. aku dukle carik mana le restoran yg famous amos ni..rupanya ia adalah gerai yg terletak di celah-celah deretan kedai. Ingatkan restoran lawa gitu.
Tapi walau terletak dicelah kedai, ia sgt popular...antara nasi kadar yg sedap le katanya.
Aku makan je..tah..tiap kali ke Penang mmg aku akan singgah ke mari. Selain food yg sedap dan pelbagai, servicenya pun bagus...cepat gitu. Kuantiti..banyak, Harga?..bagi catz, reasonable .
OK...jom makan!

Short trip to Penang


Ke Penang last week. weekend lepas yg aku duk beramazing race tu lah. Tapi macam-macam benda dan event jadi this week sampai le wekeend semalam..masa tak mengizinkan nak update blog.
So catz buat beberapa je entry ringkas trip penang ni.
Catz dah banyak kali ke Penang, kira Penang ni takdelah asing sgt bagi catz. Tahun- tahun yang lalu kdg setahun ada beberapa kali ke Penang, selalunya sebab kerja. kalau rajin selak entry dulu-dulu, ada gak entry Penang. So yg ni buat ringkas je sebab blog ni mcm travelling jurnal, so buat juga few entry sbg catatan.



Landing kat Penang International Airport pukul 9 pagi. Nak check in hotel pun awal sangat. So, amik cab ke Bukit Bendera. Oh..actually tak amik cab airport, sebab masa kat arrival tuh diapproach oleh seorg lelaki..(ni ulat ke istilahnya??).. dia ckp..dia charge RM30.00, teksi airport RM38.00. heh..jimat 8 hengget. kereta dia pun selesa. Selamat le sampai ke Bukit Bendera.

Harga tiket keretapi Bukit Bendera

Jadual perjalanan keretapi

Ni bukan 1st time tau aku naik Bukit Bendera. Last year aku naik dah, atas urusan kerja. Masa tu pergi naik keretapi, balik/ turun naik pajero. serams gila siot... aku duk pejam-pejam mata time tuh. Kalau tak kerana kerja, memang tak koser lah aku..hehhehe..

ok..tiket dah beli, nak naik train lama lagi. So sarapan dulu kat cafe stesen keretapi ni..mkn nasi goreng dan laksa (ceh..diet sgt le konon, padahal kat airport KL tadi aku dah telan sepinggan bihun). Aku kalau berjalan je tetiba perut berubah jadi perut dinosor.

duk tunggu keretapi..

tu dia...keretapi dah mari..

ok..jom naik..

padat dan sendat dalam train. ehm..how ek nak enjoy the scenery on the way naik tuh.. pack semacam je train nya.Lagipun now cuti sekolah. So pengunjung sangat lah ramai.

train bergerak..

keindahan pemandangan kiri dan kanan..enjoy..
Hutan malar hijau menutupi sebahagian besar Bukit bendera. Pada paras yang lebih tinggi pokok paku pakis, pohon konifer banyak ditemui. Bukit ini kaya dengan pelbagai hidupan liar dan pelbagai tumbuhan yang unik juga. Mamalia kecil, seperti tupai, monyet juga banyak di sini. Pelbagai jenis burung juga boleh ditemui.

Terdapat pelbagai lokasi menarik atas Bukit Bendera ni.
Ada masjid, taman burung, etc. kalau nak menginap, ada hotel. Ada juga warung teh. Kalau rajin nak menyusuri denai utk menikmati keindahan alam pun boleh. kalau waktu senja, dari atas bukit ni akan nampak penorama indah jambatan Pulau Pinang dan pandangan sekitaran yang menarik.

nice view..

pemandangan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera

Terdapat gerai-gerai cenderehati, makanan dan minuman.

nak?

Pulau Pinang famous with buah pala..so haruslah ada dijual di mana-mana


Rasa best gak..kali kedua ke sini. So kalau ke Penang, jangan lupa, naik ke Bukit Bendera.

ha..letih dah...jom le..turun bawah..makan nasik kandar pulok....jom!