Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Boss...LV??


Hemmm.. watched SATC 2 days ago..nice movie (mcm takde perasaan je kan komen aku ni..)...
Oklah..very dramaaa.... entertaining.
And di ofis.. my frens and i were on skype.. we chit chat about the movie andddd..keep talking about the LV bag... and i wonder..how important LV bag to my frens who keep talking, dreaming to have one..
and..i asked my self..do i want an LV bag?? i was hardly thinking (mcm takde keje kannn??)...do i need one??

and i asked my frens who keep berangan to have LV bag...
me: is that important for us as women to have this LV bag and why?
she: eiiii..aku memang nak beg LV nih...aku berangan dah lama dah...kelasss tau dok pakai LV nih..
me: bagilah aku reason kenapa nak pakai LV (mesti kwn aku ingat aku ni pompuan gila tak normal.
she:prestij, mahal..org akan impress..cantik..quality...semua org nak pakai beg ni
me: cantik???
she: cantik tau dakkk..kelezzzzzz. aku kan kalau bos kata, siapa jadi pekerja terbaik/cemerlang akan dihadiahkan beg LV, aku lah org yg akan keje sungguh2..keje cam nak rak..ko??
me: aku akan duk goyang kaki je kalau hadiahnya bag LV..tah...
she: pompuan ni mereng kot huhuhuhu..apalah ko..

yea..thats me.. aku kalau org nak bagi beg ni tanpa sebab,,saja2 nak bagi aku amik..hahahhahah...ada keww???
tapi best jugaklah SATC ni..aku mcm dah terpengaruh jugaklah...bestlah kan tgk derang pakai segala labels yg best2 tuh..LV, Prada, etc...huhuhu...balik je aku ke dapur..lapar..
masa duk kopek udang nak wat tempura ni pun aku terbayang2..beg LV, Prada..
and kesimpulan yg aku dpt dari perbualan dgn kawan2 aku ialah...sesetengah org mmg go for this kind of labels for prestij...some of them nak tunjuk2.....some of them just cant help their self, mesti nak pakai, utk kepuasan sendiri ..siap sanggup sewa tu (hahhaahaa..)


utk melupakan kisah bag LV tu kejap.., aku pun makan le udang ni...sambil tgk TV

Dlm citer SATC nih, ada babak dimana Carrie hadiahkan PA dia beg LV..so sweet ( terlompat2 lah PA dia kan...) so..kawan-kawan aku pun verangan jugak..bila bos derang nak bagi beg LV..
haaahahhaa...mcm impossible je kan... ada ke???? ada ke bos nak bagi beg LV?? adaa???

(hehhe..kot2lah ada boss baca blog aku ni..dgrlah rintihan pekerja2 mu ituu..hahhaahaa)

Monday, July 7, 2008

Sepi


CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI.....



Sepi...
Catz menonton filem ni semalam, terpengaruh nak tgk kerana masuk mana-mana blog pun semua cerita mengenai filem ni. Catz tak menonton 'cinta', so bila org bandingkan dgn cinta etc, i have no idea. Tapi disebabkan ramai blogger yg menangis menonton filem ni..catz rasa nak pegi menonton, dan dgn barisan pelakon yg mantap buat catz tertarik. I like this film coz its different from other malay movie..

Kisah Adam


Meletakkan Afdlin Shauki membawa watak Adam,merupakan satu kelainan yg catz sgt suka. (tak semestinya letak watak lelaki hensem dan macho br org suka nak tgk film kan...). Ye..saya sgt suka watak Adam (tambahan pula dia kan chef..suka buat kek masak2...so aku pon sukaaa)...Afdlin Shauki berjaya bawa watak ini dan sgt menyentuh hati..lakonan nya yg selamba, kelakar dan part sedih time Ilyana (Vanida Imran) beri dia kad undangan perkahwinan tu....sgt menyentuh hati. Time tu lah air mata aku tak semena-mena mengalir.
"Mengapa kita bertemu sekiranya ditakdirkan utk berpisah".Sedih. Watak Nasya Aziz pun saya suka, entertaining menjadikan cerita ni lengkap dgn pelbagai watak yg terdpt dlm realiti kehidupan. Kisah biasa yg terjadi dlm kehidupan kan..kita suka org, org tak suka kita. Org suka kita, kita tak suka dia. Dan kdg dlm hidup ni, bila kita jumpa seseorang yg kita rasa dialah soulmate yg kita nak habiskan hidup kita bersamanya, sudah terlambat. Tapi, tidak bermakna peluang sudah tiada.

Kisah Sufi


I love u

I love u too
I love u three

I like this part, kisah Sufi semasa isterinya masih hidup. Kemudian dia hantui rasa bersalah atas kematian isterinya selepas itu, menyebabkan dia berlari dan terus berlari. Sehinggalah dia ditakdirkan bertemu Maria... Watak sufi mengingatkan saya pada sesuatu. Sufi menanti Marya kerana percaya dia masih ada peluang utk hidup bersama Marya kerana status Marya ketika itu. Sufi menanti Marya hingga ke akhir hayatnya. Saya kagum dgn Sufi dan cinta setianya. Akhir kisah ini sgt menyayat hati. Adakah lelaki sebegitu? Setia dgn cinta yang hanya dpt diluahkan dan menanti dan terus menanti? Cinta yang mendalam tak semestinya dirantai dengan ikatan....cinta walaupun hanya sempat dizahirkan dgn kata-kata dan perasaan yg mendalam kadangkala lebih bermakna..hingga ke akhir hayat.

Kisah Imaan


Amat menarik jln ceritanya..kisah cinta Imaan dan Khalil. Sebelum ni saya tak gemar dgn Piere Andre, tapi setelah menonton filem ini, entah..tiba-tiba suka dgn lakonan dia. Yg saya tak berapa gemar ialah kenapa Imaan (Baizura Kahar) pakai rambut palsu yg sgt nampak pelesu (mcm singa kena rebonding)..ehm...mungkin utk sesuaikan dgn watak Imaan.

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memeluk ku..

Dan saya juga percaya, dalam hidup kita ..CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI

Dan menonton filem ini telah buat saya menangis...tanpa dipaksa.