CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI.....
Sepi... Catz menonton filem ni semalam, terpengaruh nak tgk kerana masuk mana-mana blog pun semua cerita mengenai filem ni. Catz tak menonton 'cinta', so bila org bandingkan dgn cinta etc, i have no idea. Tapi disebabkan ramai blogger yg menangis menonton filem ni..catz rasa nak pegi menonton, dan dgn barisan pelakon yg mantap buat catz tertarik. I like this film coz its different from other malay movie..
Kisah Adam
Meletakkan Afdlin Shauki membawa watak Adam,merupakan satu kelainan yg catz sgt suka. (tak semestinya letak watak lelaki hensem dan macho br org suka nak tgk film kan...). Ye..saya sgt suka watak Adam (tambahan pula dia kan chef..suka buat kek masak2...so aku pon sukaaa)...Afdlin Shauki berjaya bawa watak ini dan sgt menyentuh hati..lakonan nya yg selamba, kelakar dan part sedih time Ilyana (Vanida Imran) beri dia kad undangan perkahwinan tu....sgt menyentuh hati. Time tu lah air mata aku tak semena-mena mengalir. "Mengapa kita bertemu sekiranya ditakdirkan utk berpisah".Sedih. Watak Nasya Aziz pun saya suka, entertaining menjadikan cerita ni lengkap dgn pelbagai watak yg terdpt dlm realiti kehidupan. Kisah biasa yg terjadi dlm kehidupan kan..kita suka org, org tak suka kita. Org suka kita, kita tak suka dia. Dan kdg dlm hidup ni, bila kita jumpa seseorang yg kita rasa dialah soulmate yg kita nak habiskan hidup kita bersamanya, sudah terlambat. Tapi, tidak bermakna peluang sudah tiada.
Kisah Sufi
I love u
I love u too
I love u three
I like this part, kisah Sufi semasa isterinya masih hidup. Kemudian dia hantui rasa bersalah atas kematian isterinya selepas itu, menyebabkan dia berlari dan terus berlari. Sehinggalah dia ditakdirkan bertemu Maria... Watak sufi mengingatkan saya pada sesuatu. Sufi menanti Marya kerana percaya dia masih ada peluang utk hidup bersama Marya kerana status Marya ketika itu. Sufi menanti Marya hingga ke akhir hayatnya. Saya kagum dgn Sufi dan cinta setianya. Akhir kisah ini sgt menyayat hati. Adakah lelaki sebegitu? Setia dgn cinta yang hanya dpt diluahkan dan menanti dan terus menanti? Cinta yang mendalam tak semestinya dirantai dengan ikatan....cinta walaupun hanya sempat dizahirkan dgn kata-kata dan perasaan yg mendalam kadangkala lebih bermakna..hingga ke akhir hayat.
Kisah Imaan
Amat menarik jln ceritanya..kisah cinta Imaan dan Khalil. Sebelum ni saya tak gemar dgn Piere Andre, tapi setelah menonton filem ini, entah..tiba-tiba suka dgn lakonan dia. Yg saya tak berapa gemar ialah kenapa Imaan (Baizura Kahar) pakai rambut palsu yg sgt nampak pelesu (mcm singa kena rebonding)..ehm...mungkin utk sesuaikan dgn watak Imaan.
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memeluk ku..
Dan saya juga percaya, dalam hidup kita ..CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI
Dan menonton filem ini telah buat saya menangis...tanpa dipaksa.
Monday, July 7, 2008
Sepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kakakakakkakakakhhkah kah
jiwang dah mampos ko ek..
ekkekekekkekekkeke.
jiwang sekali sekala xpe :)
anyway catz, ni buat rs nak tgk wayang ni. really that good ke? huhuhu..
noreh..
ko pi lah tgk..ni bukan jiwang budus oke..aii mmg jiwanggg oke..
hai ayu...
pegilah tgk..sy pun terpengaruh baca kat blog org..bila tgk br tau knp org nanges..hiks...
"Mengapa kita bertemu sekiranya ditakdirkan utk berpisah"...
yang part sufi nih aku paling suka....setia kan sang sufi menanti marya..
hi axim...
yer...setianya sufi menanti marya...
walau apa yg kita tgk cuma dlm filem, mungkin da berlaku dlm realiti..
abihlah semua org ckp aku jiwang tgk pilem neh...tapi aku rasa org yg dah tgk je tau yg filem ni amat berkualiti, menyentuh hati, lain dr yg lain..bukan jiwang murahan..
catz....cam ner cakap tengok betul betul filem ni .... part yang kata
" Mengapa kita bertemu sekiranya ditakdirkan utk berpisah"
Ini dalam bab Adam larrr... bukan kisah Sufi..
Cannot kelentong me u know...i watch 4 times already... ha ha ha
hi doc;
hehhe,..thanks tlg betulkan..saya dah edit.aaaa..saya bab2 revoew movie ni mmg lemah....thanks doc!agaknya sebab terlebih nangislah ni...
Actually, bila baca rasa cam jiwang juga.., barulah aku rasa jiwa kejiwanganku semakin tandus.......
Post a Comment