Saturday, September 29, 2007

Ikan masin lemak nenas




Bahan-bahan:
Nenas
ikan masin dan tulangnya (ikan talang etc)
bawnag merah
bwng putih
halia
santan
garam
minyak
Cara-cara:
Tumbuk bawang putih, bwng merah dan halia.
Tumis bahan tumbuk hinggan naik bau
bubuh santan, masukkan ikan
masukan nenas
letak garam. siapp!!

Thursday, September 27, 2007

Nasi ayam


Catz tau ramai yang suka nasi ayam kan...kalau tidak takkan le
wujud 'The chicken rice shop'..'My mom Chicken Rice'..
"Kedai Nasi ayam kak Bedah"...etc...di area catz pun banyak Nasi ayam yg glemer..mcm di Semenyih...sangup aku drive jauh2 coz nak mkn nasi ayam dia,..and ada satu kedai kat Kg pandan Kl, aku suka sgt nasi ayam Hainan dia..sodap..
Menu nasi ayam ni mudah, simple and yet sangat mengenyangkan serta berkhasiat..Nasi, ayam, sup, sambal,kicap dan ada juga yg tambah dgn sayur....pelbagai...complete meal kan...


Bahan-bahan:
Ayam 3/4 ekor - rebus dgn air yg banyak
beras basmathi - 2 tin
kulit kayu manis- 2 btg
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
halia- 2 inci
Cili merah - 6 batang
bawang merah -10 ulas
bawang putih - 7 ulas
daun sup
limau kasturi - 3 biji
minyak
garam
kicap
marjerin
Cara-cara:
Nasi ayam
Sukat beras 2 tin (basuh dan toskan)
Panaskan 3 sudu margerin dlm periuk.
Tumis 2 ulas bawang merah, 2ulas bawang putih dan satu inci halia (semua dihiris) hingga naik bau.
Masukkan satu btg kayu manis, sebutir bunga lawang dan 2 biji buah pelaga.Kacau sebentar.Masukkan beras, goreng sebentar,kacau rata.Masukkan 3 tin air rebusan ayam diatas(ukuran air beras basmathi ,1 tin beras= 1 1/2 tin air).
Masukkan garam.
Tutup dan biar mendidih dan masak.
Sup Nasi ayam
Ambil air rebusan ayam, bubuh tulang ayam dan karot jika suka.
Tumis bawang merah, bwg putih, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.
Masukkan bahan tumis ke dlm sup, didihkan sup dan bubuh garam dan daun sup.
Ayam goreng berkicap
Ayam rebus tadi toskan.
Tumbuk 4 ulas bawang merah, bawang putih dan sedikit halia.
Gaul bahan tumbuk tersebut dgn kicap manis.
Gaulkan ayam yg ditoskan tadi dgn bahan tersebut dan perap selama 20 minit.
Goreng ayam dgn minyak yg banyak, toskan.
Sambal nasi ayam
Kisar cili merah dan 2 ulas bawang putih dgn air masak.Kisar halus.
Tuang dlm mangkuk, bubuh garam,gula, air asam jawa/ jus limau kasturi.
Seimbangkan rasa.



Tuesday, September 25, 2007

Siput sedut lemak cili api


Bahan-bahan:
siput sedut - 1 kilo
santan pekat - 2 mangkuk
serai - 2 batang
cili api - 10 biji
bawang merah - 4 ulas
bawang puytih - 3ulas
halia- 1 inci
kunyit hidup-1/2 inci
minyak
garam
Cara-cara:
Bersihkan siput sedut, potong hujungnya, basuh bersih dan toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili api dan kunyit.
ketuk serai.
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan siput, gaul dan bubuh santan serta serai.
Kacau dan biar mendidih.
Tambah garam secukup rasa.
Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!!

Makan-makan Ramadhan

Bila sebut je bulan puasa..wah..ramai je kan yg terbayang..'uh..hotel mana nak pi buffet Ramadhan ni?'..kan...betui dak??..Di surat khabar,laman web tertera senarai buffet Ramadhan di hotel-hotel,,restoren ternama dan lain-lain. Harga??..urhhhghh..ada kalanya di luar jangkauan pemikiranku,,,RM149.90..utk berbuka puasa...menunya??..tentulah pelbagai, dr juadah melayu ceruk mana tah sampai le western, kombinasi pelbagai jenis makanan..
yg pastinya..sebut je dah terliur. Dulu aku suka jugak pi...and now...aku dah tak pegi..even last week...i was invited to buffet Ramadhan...ada majlis...tapi aku malas..satunya..aku tak rasa benda ni penting (aku dah puas mkn kot)..aku insaf bila fkirkan Ramadhan ni bulan utk bersederhana,
bukan pesta makan...and fikirkan kena solat dlm tergopoh gapah
then pasti tak berapa selesa..and bila aku baca laman web PPIM, the said that most of the hotel besar2ni..takde sijil halal.so tu satu lagi benda yg aku concern. Bukan tak boleh pegi, cuma hati-hati lah yer...ni menu buka puasa beberapa hari ni..

Monday, September 24, 2007

menu hujung mingu Ramadhan


Hari minggu sabtu dan ahad..
Aku masih tak berapa sihat...tapi beransur pulih.
abtu...tak sempat ke bazar Ramadan..balik shoping terus singgah KFC...Tekak ni mg teringin..tah kenapa..so beli le KFC..maklumle.
.masa tuh dah pkul 6.20ptg..nampak semua benda sedap.
tak agak2..order set dinner plate (ayam 3 ketul) and siap tambah large mashed potato...
bila sampai rumah..siap itu ini..goreng kuih...hidang..
ehm..baru mkn ayam seketul dah kenyang yang amat..
.and mashed kn bun,mashed potato kecik ngn coleslaw pun dah kenyang.tak lalu..uhhh...
akhirnya..mashed potato yg large tu separuh je ku makan..esoknya terpaksa buang..and ayam goreng yg belen 2 ketul tu ada lagi dlm peti ais..belum bersentuh...hiks...tu le...lain kali beli berpada-pada..
Ahad..dapurku tak berasap..pegi ke bazar Ramadhan...



Saturday, September 22, 2007

Terubuk bakar


Bahan-bahan:


Ikan terubuk -1 ekor
Limau nipis / lemon - 1 biji
garam


Cara-cara:


Bersihkan ikan, buang isi dan insang, basuh bersih.
Lumur dgn jus limau/lemon dan garam.
Bakar dlm microwave oven atau atas api.
Terbalikkan. siap.
Sedap dicicah dgn cicah kicap.


Bahan-bahan:


Kicap manis
cili api- 5 biji (hiris halus)
bawang besar -1 labu (potong dadu)
limau kasturi - 3 biji


Cara-cara:


Satukan bawang, cili dan kicap dalam mangkuk. Gaul.
Perah 2 biji limau kasturi (buang biji).
Gaul rata. Siap.

Sup ayam

Ini adalah resepi sup ayam simple...
sedap di makan dengan sambal kicap

Bahan-bahan:

Ayam - 1/2 ekor (potong kecil)
bawang merah- 7 ulas (hiris nipis)
Bawang putih - 5 ulas (hiris nipis)
cili api -6 biji
halia- 2 inci
kulit kayu manis- 1 batang
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
rempah sup adabi (1 pek)
daun sup

Cara-cara:

Tumbuk separuh dr bawang merah dan putih dan cili api.
Tumis bahan tumbuk hinggan naik bau, masukkan ayam.
Gaul rata dan tambah air. Masak hingga ayam tersebut empuk.
Masukkan rempah sup yg dibancuh dgn air, kacau rata.
Goreng bawang meah dan putih yg separuh tadi dan masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Tuangkan bahan yg digoreng kedalam sup.Tambah garam.
Hiris daun sup dan masukan ke dalam sup.
Jika suka, boleh campurkan tauge semasa menghidang.
Sup amat enak disajikan dengan sambal kicap.

Stimbot


Cakap pasal stimbot..hem..aku sukerr stimbot...tapi jaranglah akan....biasanya kalau berkumpul satu family kat kg, we all buat BBQ atau buat stimbot. Ini adalah tomyam stimbot versi catz..buat sempena birthday anak sedara, sikin. Enjoy..




Hari ke 9 dan 10 Ramadhan




9 Ramadhan..

Takde apa ..keje mcm biasa. Batuk dah kurang..selera makan dah up..so ptg pi Bazar Ramadhan catz beli sampai 2 bungkus nasi ayam utk diri sendiri...and karipap..hhehehhe..




10 Ramadhan...
Hari ni catz tidur sampai tengahari..ptg update blog and surf internet..plan nak pi Bazar Ramdhan coz hari ni tak yah masak katanya...yahoo...tapi tah kenapa tekak ni teringin makan KFC..iskkk

Thursday, September 20, 2007

Hari ke - 8 Ramadhan

Banyaknya perkara berlaku dalam minggu ni..
Dengan aku demam dan batuk teruk..etc..tapi hari ni Alhamdulilah..beransur kurang batuk aku..
Semalam teruk betul aku rasa dan kemuncaknya mlm tadi..aku rasa tekak ni mcm dah bengkak dan perit..aku tak boleh tidur..dr siang ke mlm tekak ni rasa teruk sgt, batuk dah lebih dr bunyi meriam.dan aku terpaksa buka puasa dlm pukul 10 pagi coz tak tahan..tekak ku macam dicucuk2..dgn rasa gatal lagi...aku pun minum air suam dan pulun gula-gula hacks, fisherman..sepanjang hari mcm tu...so agaknya teka aku cedera coz asyik pulun gula fisheman yg rasanya mcm tajam gitu..
Aku berazam utk cepat2 ganti puasa dlm bulan syawal nanti..so dr mlm tadi aku duk telan ubat batuk..sampai le pagi ni..and aku tak puasa lagi le jawabnya..coz aku betul2 mkn ubat batu ikut time..aku taknak tekak aku jadik makin teruk..and aku sakit kepala coz batuk tak sudah2..

Pagi tadi lepas sahur aku telan ubat batuk lagi..and endingnya..aku drive pi keje dlm keadaan sungguh mengantuk..sampai kucubit2 pipiku...rasa menyesal..then aku TERTIDUR KAT TRAFFIC LIGHT..urgh.ngeri...sib baik ku tak lepas brek..kalau tak sure keretaku berjalan sendiri..bila ingat2 balik ngeri..yg tragic nya..bila aku tersedar..lampu hijau..aku terus tekan minyak..tapi kenapa ereta dr laluan bertentangan melintas??..dan aku hampir2 langgar satu kancil (driver pompuan)..and we ended stuck kat tengah2 traffic light..aku hon dan blink2 lampu sebab geram...and aku jugak yg reverse utk bagi dia laluan coz lampu dah tukar kuning..aku grrrr..simpang tu dah le simpang besarr...api kat situ mmg selalu org suka langgar lampu..dah merah pun still jln and pecut...
Alhamdulillah tak jadi apa2 kat aku..

Tengahari.. i went ti the nearest shopping complex...nak beli KFC utk lunch..and i went there with saripah..Kfc ni dlm shopping complex..sampai je dkt Kfc..ehhhh...aku ternampak manusia g kukenali...alamak..Dr Zaidi and d gang tgh borak2 dkt dgn farmasi which is just opposite dgn KFC..hiks...alamak..camna nih..malu le pulak..dah le KFC ni jenis takde dinding..open gitu..takkan nak selamba je beli KFC ..derang nampak malu le..and aku ckp kat saripah. " eh..awak je lah pi beli."..aku dah bagi dia duit siap2 dlm kereta since dah niat nak belanja dia.. aku nakpusing balik and suddenly Dr zaidi panggil aku..hisss....nyampahnya..
dia tanya: Catz..buat apa?
aku: tersengih2..errr....jln2..
dia: ehm..camana..naik pangkat..etc..bla..bla...
aku: (aik kat sini pon nak gosip pasal berita terhangat??)..err..Ok...Alhamdulllah...dpt..bla..bla..
Dia: saya tak dpt...
aku: ye ke??
dia: betul..tak dpt sebab..bla..blaa..
dalam pada uh mata ku jeling2 saripah yg tgh duk beli KFC..aku cepat2 nak angkat kaki...
sib baik aku dpt lari sebaik saja kulihat saripah menjinjing 2 beg kfc..hehheh..
and kami mkn kat opis dlm cubicle aku..hheheheh

and minggu ni aku start jadi student kembali..buat master in electromagnetic (XXXXX Engineering)..
Today i bought Nasi ayam utk mkn buka puasa...

Wednesday, September 19, 2007

Hari ke -7 Ramadhan


19 September 2007

Today i work as usual..tapi still batuk..erhh..seksa rasa...and my phone keep ringing..and when i pick up, everybody was asking me...wut else...the hot story lah...i said..dunno...
as today i've appointment at 11 a.m at UM, so i rushed to KL at 9.45 (takut jem). True enough when i turn my radio to KL.Fm frequency, the DJ reported that from midvalley to bangsar, the road was stucked because of ' ada kereta rosak'..urghh.alamak..aku lalu situ ke?...ye..aku lalu depan midvalley dkt rtm tu..kalau jem tu melarat ke situ..aku rasa 2 jam pun takleh sampai UM..hoh..so aku drive laju-laju, aku nak jimat masa..Tak sampai 10 minit dah sampai tol Sg Besi. jln smooth je..and bila sampai depan midvalley, kereta dah mula merangkak..ok lagi...masa banyak lagi..so i was crawling along the federal highway but still ok because still move. Laa...ada lori rosak..'..
then 30 minutes later, i was in Dr Wan ofis..we had meeting with supplier..about 1 hour 30 minutes..
then i rushed back to Bangi..and i bought something for my fren (she's our clerk in the ofis)..
She is 'Orang Asli' which has a very nice name ' Saripah Aini'...and she's not fasting, she has no transport..so i get something for her for lunch (baik tak aku..hahhaa)...
then ptg kat opis hidup ke rasa sungguh seksa...batuk...still batuk...urghh...

And ptg, after work, i bought 'Nasi Ambeng', nasi campur and kuih tako...utk buka puasa..

Hari Ke-6 Ramadhan

18 september 2007

Batuk ku masih teruk and today catz MC..uh...batuk yang teramat teruk, rasa azab sangat lah...
so takde mood nak buat apa-apa..Pagi sahur just panaskan lauk yg ada dlm peti ais..then goreng ikan masin. mkn lebih kurang tidur balik. Lepas solat subuh catz tidur balik..tersedar dkt pukul 9 pagi..ON Televisyen..uh..bestnya..rancangan masak...wah...so hari ni aktivitiku ialah menonton cooking programme kat TV..dari cenel 11 (Travel&Living)..ke cenel 4 (Ria)..ke RTM1, ke TV2..ke TV7..etc..wowww...bestnyaaaaaaaaa....so program yg aku tgk smlm:

1. Surreal Gourmet (2 kali)
2.Nigella Feast
3.Come Dine With Me
4.Surfing The Menu
5.Martha stewart
6.Selera ...(erk..lupa. Cenel Ria)
7.Selera Selebrti (Linda Onn and Sheila Rusli masak)
8.Ala-ala Kampung
9.Cafe Asia (host Bobby Chin..tah hapa2)..tapi aku suker
10. Lupa
11.Lupa

and rancangan bersambung sili berganti cenel..bestnya...

and my phone keep bleeping,

Friend: Nyahhhh..ko napa tak dtg keje...woi..org tgh heboh pasal naik pangkat..ko pi la kol opis..
aku: Mak malas le nyahhh...esok je la
Friend: eh..meh la biar aku kol kan..aku tanya pis mate ko
aku: Oi...mengong ko...nanti opis mate aku ckp kwn2 aku tak berapa siuman..busy body..
friend: oklah...bla..bla...
aku: bye..bye...(aku batuk kuat-kuat..)
and after that she keep SMSed me....got so many story to tell eh....and utk puaskan hati dia aku kol dia dlm 10 minit...

actually i know the news already..malas je nak heboh...syukur Alhamdulillah..

And petang aku masak mee goreng mamak untuk berbuka..

Bahan-bahan:

Mee kuning - 1/2 kilo
bawang merah

Monday, September 17, 2007

Hari ke Lima Ramadhan


Bangun sahur pukul 5 pagi..
sahur dgn lauk mlm tadi, sayur lemak dan ikan masin..

Hari ni aku pergi kerja jugak walau aku batuk macam bunyi meriam dan tekak sakit.
aduh...sampai opis kan..tekak gatal yg amatss...erkkaku tahan je..cuma aling takut bila dah batuk kuat2, rasa cam anak tekak ni cedera..Tapi aku tahankan gak, takmo buka..
and today 1got2 good news :
1. I got offer letter to further study in Master science engineering (Bidang Electromagnetic)....taraaa....Alhamdulillah.
2. Petang-petang dah nak balik, bos hantar e-mail kpd ku dan beberapa org di department ku:
" Tahniah..and dinaikan Pangkat..bla..blaa..bla... semoga berusaha lebih gigih..la..bla..bla"
Yahuuu... Alhamdulillah....
And today aku buka puasa dgn nasi ambeng..banyak nya nasik..bungkus dlm daun dan serundingnya sedappp sgt....yummy...

Ramadhan 3 dan 4 (sabtu&ahad)

Ramadhan 3 (sabtu)


Aku demam teruk...dr malam lagi badan ku amat panas..makan ubat..tapi pukul 2.30pg suhu badan panas sgt..my doc ask me to take ubat again..so i swallowed 2 antibiotics and 2 ubat demam..erk..pahitnyaaa..erkk..
then tido..rasa mcm dah ok..pukul 5 bagun sahur. Lepas kemas dapur sikit aku tidur balik....and bangun subuh dkt2 pukul 7...erk...then kul 8 lebih kelapa sakittt sgt...aku tergolek doks..terlepek je le atas katil, tapi tetap puasa...batuk2 and tekak sakit and bila batuk, aduhh kepala ku rasa cam bergegar and berdenyut-denyut. Ingatkan nak hantar kereta pi service, tak larat and org lain terpaksa hantar keretaku ke bengkel. So i just stay at home, tidur.sedar-sedar dah dekat pukul 1, ala...aku terlepas banyak cooking programme kat channel Travel & Living (cenel 11). Then rasa badan panass balik..then call my personel doc and the doc ask me to take ubat...ah? batal le posa..takpelah...karang melarat karang...so mkn kurma, air suam dan kurma.Tekak rasa gatal sgt, batuk ...aduh..bergegar rasa otak.Then aku tgk drama and local cooking programme..hai, banyaknya program buat kuih raya..
And ptg ni aku dpt bil service kereta ku..arh...aku lagi nak demam..dekat RM500..iskkkkkkk..duits..duitss...mana ko duitss....?
Ptg aku masak le jugak..since lauk&sayur dah ada dlm peti ais...masak sotong kering sambal, ikan goreng, ikan lemak kuning dan sayur kobis...
ulpss...masa makan baru aku teringat..eh ayam percik semalam??..Laa..2 ketul basi je macm tu...lupa nak buh dlm peti ais...wo..ni melampau ni...and aku terpaksa lah buang..sayangnya...lepas buka mkn ubat lagi..azabb..
Mlm terlepek je tgk TV...tertengok citer Rashid Sibir (Tajuk: Selimut Putih)..cerita pasal anak derhaka kat mak...shooting kat kg sebelah kg aku..and i saw my uncle jadi extra dlm citer tu..maklumle..umah pakcikku sebelah je dgn lokasi shooting drama..then aku tidur...ZZzzzzz..


Ramadhan 4

Aku bangun pukul 5..panaskan lauk dan nasi mlm tadi and makan.Lepas sahur aku tidur n bangun subuh dlm 6.30 pg.Then tidur sampai kul 10 pg. Mandi-mandi, siap kuar pi kedai komputer hantar PC rosak.sib bai, ahad mcm ni technician ada. Then balik sampai rumah aku muntah-muntah and asyik berulang ke toilet. Masalah perut..eiskk..azabb...aku jadik lembik.Makan ubat then baring je.Dgn batuk, masalah perut, sakit kepala...erkk...
Tengahari my doc belikan aku KFC and aku mkn kentang putar (mashed potatoes)..ehm..nyaman tekak aku rasa..then tgk2 ada langsat 4 kilo..aku mkn le sket. and ada air 100plus utk ganti air yg dah hilang akibat berulang ke toilet.
Sambil tu tgk Melodi an rancangan Jalan-jalan Cari Makan..wah..besntyaa..ni aku sukerr ni...then lepas tgk berita, sembahyang, makan ubat lagi dan tidur.
Then Tgk TV..
Pt2..masak sayur lemak tahu kering+suhun+cendawan hitam+kincam dan goreng ikan sepat masin. Sedap...
Lepas buka aku solat and tgk TV..cerita 'Janji Diana'..Heheheheh..
lepas tuh tgk Gol& Gincu and lepas tu tgk Fnal Destination 3 kat HBO (11 mlm-12.30)..best...then Zzzzzzz

Friday, September 14, 2007

Hari kedua Ramadhan


Aku demam teruk hari ni...erk..tapi gagahkan juga masak sahur. Takde lah masak apa pun, nasi goreng versi campak-campak. Malam tadi aku masak nasi sikit, cukup2 untuk buat nasi goreng, then aku dah siapkan bawang , cili dan bilisnya.dah potong. So pagi2 tadi bangun tinggal tumbuk je.. buk.!.buk.!.buk.!.buk.!buk.!...chessssss...ssssss....kreng..krong..
kreng..kronggg!!..pup..!pup!!..pup!!.
pling..tak sampai 15 minit siap nasik goreng ni...sambil tu aku masak airbuat nescafe susu dan buh kurma dlm pinggan..ngap!ngap!ngap!..
5.30 dah siap..so aku cuci pinggan kuali semua then sambung tido kejap..as aku demam, o mkn lagi 2 bijik antibiotik..dan minum air masak 2 gelas..

Kat opis, pagi2 bos aku bagi buah kurma..eh..dia balik dr mekah..seingat aku mana dia ada pegi umrah as he was very bz travell to langkawi and kuantan for important meeting...
my fren said: Nyahh..ko ingat kurma ni ada jual kat Mekah je?..
aku: oh..ok..hhehehe..(apa mimpi bos ni??)..
Pagi ni aku dah menggigil gila plus aircond opis ku kan dah mcm peti ais aku rasa. aku pakai jaket and selendang mayang, balut2 badan..and suddenly, demam ku makin teruk..actally the doctor was offer me for MC..but i dont want coz got something important to do in ofis..
Kring..!kring!kring!

aku: hello...
friend: hello..i ..sobss..sobs...
pity her..she got problem with husband and ask my opinion..should i ask for cerai?..i can't stand anymore.. (ni dah kali keberapa tah she ask my opinion bout this matter)
aku: erk...ask la...hehhehe..(aku nih mengong..jgn tanya aku menda gini..huhuhu)...
then said..think carefully and fix the problem, if u had try everything and it doesn't work, wut else u can do my dear?..But to soon to give up...bla..bla..bla...try dulu..gie time..
friend : thanks...bla..bla..pot..pet..pot..pet..
my conclusion is:

1. u dont have to change (berdegil..u aje yg betul..ego)..and u will suffer for entire life
2. u change (be considerate and redha) and may be there will be happiness will appear
3.get out from the current situation(divorce)..
so..choose lah..life is too short to be wasted (eh..betoi ke ayat aku??)

opss..that is only my personal view..

then ..chek e-mail...got e-mail from my friends..erk..they forumed in e-mail...
tajuk: bengang ngn hubby tak bagi balik kg nak buka puasa ngn mak

and they keep sending and i keep receiving the e-mails..i'm just reading...some of the e-mails said:

A: bengang aku..camni aku nak mintak cerai...bla,,..bla..dah le raya umah dia je..bengang..asyik2 balik Kl..dah le umah mak dia KL..sekangkang kera dr opis ni..ak ni mak aku kat JB nun..etc..

B: aku pun...dah elok2 aku nak balik..dia kata nak ajak buka umah mak dia pulak..hantu!!

C: aku best..mak aku duk ngn aku..hahahhaha..

aku just baca..and delete..woo...pagi puasa nih banyak tol org gaduh la...hujan2 plak tu...sukati le nyahhh..

tengahari aku tidur 2 jam kat sofa opis...tak sedor diri tol...(aku demam okeyy)..


then ptg balik singgah bazar ramadhan..my aimed was beli nasik ambeng..tapiiiiii..Grrrrr..makcik nasi ambeng tuh takde...uwaaa.........aku beli le lagik nasi ayam,nasi campur, murtabak, ayam percik, bubur lambuk..hiks..
and makan kurma lagi..ubat lagi...mlm ni tah larat ke tak nak terawih..kepala berat...aku still demam..badan aku panas..

Khasiat kurma


Khasiat buah kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Artikel ni catz ambil dr sini:

http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_fruit.htm

Thursday, September 13, 2007

Hari pertama Ramadhan





Today 1st day puasa..

mlm tadi sembahyang terawikh...ehm...kat rumah je..
then sahur dkt2 pukul 5..masak simple je...pedal goreng kunyit, kacang buncis dan ikan sepat masin goreng..

Pagi-pagi gi keje hjan yg amat lebat..sejukk..and endingnya aku terlewat masuk opis..uhuhu..
today biasa je..cuma kerap beremail dgn kwn aku..opis lain.

dia ckp:Nyah!!disebabkan iklan ko kan..ramai giller org order kuih kat aku..
Then aku: Habis tuh.ko tak reti2 kasik mak kuih free??
dia: hehhehehe..

ptg sikit..aku rasa tak sedap badanbila telan liur sakit sgt kat tekak...sah aku nak demam...uhuhu..
then balik keje singgah bazar ramadhan. ehm..konon2 nak cepat takmo pi semua gerai..cepat2 beli nasi ayam, tahu sumbat, nasi campur, bubur lambuk..tapi aku pompuan normal..nak gak tuh tgk gerai lain..hhahaha..alamak..ada nasi ambeng la...RM3.50 and besar bungkusannya..bngkus daun plak tuh..argghh..nyesal...nak beli jugak malu coz tangan dah penuh...malu bkn sebab apa..org lom ramai, baru 5 lebih..so penjual2 tuh bila aku lalu semua concentrate tgk aku..ehm.maluuu lerr...nak hantar barang ke kereta malas nak patah balik...and aku nampak bubur lambuk makcik ni lagi ngancam la dr yg aku dah beli...alaaaaa...
so berangan je la aku...terus pi kereta..drive balik.esok aku mesti beli nasi ambeng tuh!!!.uuhuhhu..pi klinik...takde org...aku lepak and porum..time buka..dlm pinggan aku dah ada ubat..antibiotik katanya..uhhhuu...2 biji lepas buka..2 biji lepas sahur..bila buka tadi cam tak caya je...laaa...ni je aku beli..makan--makan...then mkn ubat..solat maghrib...
then isyak...then terawih...and aku demam..uuuu

Wednesday, September 12, 2007

Musim iklan kuih raya

Ni gambar aku pinjam dari forum cari. Adik kak Hanieliza punya. Credit to
her ..geramkan tgk biskut ni..


Hai..Puasa baru saja bermula...
ramai yg dah start dr 2 minggu yg lalu utk buat promosi kuih raya...
wow...ramai yg bawa sample..gambar..flyers..poster etc...
Catz tgk paling popular ialah tat nenas gulung..masing2 claim "Tat nenas ku yang paling meletopsss ok!" ..the point is, sapa rajin and ada skill memang boleh buat duit dlm bulan puasa ni.
And guess what...i was asked by my good friend to help her design a nice poster/flyers for her Tat Nenas..it's called Tat nenas Si Manis and Cookies Manja...hah?...aku..design..ok..she was sent me the draft and i was added something on her poster..so..what sort of information that we need to put in the advertisement?Basically my friend just put the photo (very small) and contact number of 3 person involved in selling the kuih...and the back ground colour is red (shocking red..uh?)..
so i changed the colour. I put soft green with blue shadow at the edge of the flyers..and the most important is ..promote lah your kuih..why ur kuih is so special than others?...home made?..the tat filling...and why so meletopss?

so i added this kind of info:

1.Name of ur Co.. cth : Tat Umi/Umi cookies/ Tat Aminah (this is very important i think eventhough u only run a small bisnes, home based..

2. Dont forget to put "HOME MADE"..people always attracted to this magic word...because this is to differentiate your meletops tart compared to the one made at factory.
people always said:

"Yg kilang punya tu, dah lama, diarang buat banyak2sejak sebelum puasa.Then cuma tepung dgn marjerin, tukar2 kaler dan bentuk..rasa tak sedap, tengik..atas nya pulak cuma tukar2 hiasan, ada yg letak coklet rice,or gula warna warni. Entah kilang mana buat..tah halal entah tidak.." OK?..get it?

3. Promote ur brand ..tulis lah " Biskut Noni berpengalaman membuat pelbagai jenis biskut, mengambil tempahan untuk hantaran tunang dan kawen"..etc

4. Harga: tulislah..harga berpatutan ..dan make sure sesuai le dgn kuantiti dan kualiti..

5...erk...apa ek..oh..penghantaran..tulis le samada u bleh hantar ke tangga opis/ rumah etc..ni maklumat penting ..

6. ehm???...nanti aku pikir.. ok..warna dan pemilihan perkataan, tulisan, susun atur pun penting ok...

And yet after aku edit/added etc kat flyers tu, kawan aku said: weh, aku dah forward fyers kat bisnes partner aku and adik aku..derang ckp: woii!..mcm nak buat bisnes besar-besaran je.."..hehhe..
see?..the different..ngheeee...sebab apa dia ckp gitu..yang buat tat tu kakak dia tu le..she works as a teacher..and she warned already: " Nyahh..ko jgn ambik order banyak-banyak ye..karang aku tak tidur mlm buat tat mcm tahun lepas.."Hehehe..She really make money coz she is hardworking ...see...

nanti catz sambung..

Selamat menyambut Ramadhan


Selamat menyambut Ramadhan..

Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua yang beragama islam.
Moga mendapat keberkatan ....

Tuesday, September 11, 2007

Vantage oh Vantage


10/09/07

Today I went to Vantage di PJ. Lawatan sambil belajar sambil shopping..
Sampai di sana kelaka..masing2 tak sabar nak shopping.sampai the cordinator lawatan pihak vantage terpaksa jerit..Pompuan!!Pompuan!!(sebenarnya puan-puan! kot, tapi aku dgr gitu leh)..gamat coz everyone serbu khemah depan kilang tu..Actually ada sales, tapi dah habis dah semlm..tapi dek ketrana group kami dtg derang extend..so we can get our dream pinggan mangkuk set at reasoanable price..
1st dibawa kami melawat ilang to see the process involved..tampal bunga, firing etc..dibakar dlm suhu 800 darjah celcius..erk..
Vantage ni kira brand dr UK..this company dpt lesen lah utk marketkan dan tampal corak (all the vantage corak dilesenkan..tak leh tiru).
Aku amik photo banyak-banyak coz cantik (actualy aku tak minat pinggan mangkuk).Lepas tu baru aku shopping..erk..i spent almost RM500.00..hah?
so enjoy the photo..