my
pre birthday dinner..on saturday.. where at?? fancy restaurant..no??
hahha..teka...sila. teka..
ala..tgk kuali pun dah tau ye dok...at catzscafe kitchen la...mana lagik.....kan...
prepared simple dinner...bought tempura fish fillet....
then...langkah2nya...
plup....fish fillet ke dalam kuali..
plonk kentang dlm microwave (NO OIL)
rebus sayur, tumis bawang..buh lada benggala merah ,kuning, hijau (mcm kelr traffic light), brokoli, bunga kobis...krongkkkrengggg..prong prang....
amik sos tartar, sos cili..arrange all atas pinggan..
tadaaaaa.....
Monday, February 16, 2009
Fish and chips
Posted by
CATZ
at
9:20 AM
0
comments
Labels: Western food
Sunday, February 1, 2009
roasted chicken n geng (lunch on sunday)
Malasnya nak masak hari ni...tak nak mkn nasik...tapi nak masak apa?..
so...mkn kat kedai lah jawabnya ya??
eh..chop...chop....
tadikannnn...aku lalu nak pi klinik..tiba-tiba..ehhhhhhhhhhhhhhh...
ada satu kemajuan lah kat daerah kecil tmpt aku tinggal ni....ada benda baru.....APA??
hahhaa...dekat sini dah ada Secret Recipe....terkejut mak u ols...wah..kemajuan yg semakin ketara...hahahaha..korang..aku jakun oke...aku bukan tinggal di bandar besar cam korang...
aku tinggal kat small town yg kalau dpt lepak kat McD pun dah rasa best gila..hahahaha....
aku harap secret recipe tuh bertahan lama..sebab..last year..keyros kebab bukak kat sini tak sampai 3 bulan dah tutup...kat sini mcm ni lah..kalau ada benda baru...mula2 je org pegi...pastu..senyap jelah kedai tu...dan tutup...harap2 SR ni kekal lama...
tapi lunch tadi takdelah aku ke secret recipe..aku mkn kat restoran lain....makan apa??
roasted chicken with mash potato n vege...
oh...aku lunch di catzscafe actually..ahahhaa..mkn kat rumah je la..murah..hikssss....
buka peti ais..ada ayam..ada segala mak nenek sayur yg aku baru stock up 2 hari lepas..
lepas tuh dlm kitchen kabinet, ada kentang yg dah tumbuh-tumbuh tanduk gara2 duk dlm plastik lama dah..kira nasiblah belum jadi ladang kentang je dapur aku..kehekhekeh...so...prong..prangg..prongg..prang..jadiklah lunch aku today...
err...mlm ni nak makan apa?
Posted by
CATZ
at
6:19 PM
4
comments
Labels: healthy food, Western food
Tuesday, April 15, 2008
Ayam bakar with vege
Ni satu lagi resepi sihat kerana tidak menggunakan minyak langsung malah kaya dgn sayur-sayuran (skema nya ayat..kekekekhehe). Ni catz msk utk dinner. Makan protein dgn sayur je (arnab??)..haa..sebenarnya kemaruk nak guna oven baru..ahahha..
Bahan-bahan:
2 ketul ayam (bhgn yg berdaging)
serbuk lada putih
2 ulas bawang putih
1 inci halia
brokoli
jagung (lebihan wat nasik jagung)
tomato
lemon
1 biji bawang besar ( kuning)
2 biji kentang
jintan
serbuk kari
garam
sos cili
sos tomato
Cara-cara:
Tumbuk halia dan bawang putih. Lumurkan pada ayam bersama srbuk lada putih dan jus lemon. Perap selama 10 minit.
Kupas bawang bersa dan belah 6.
Bakar ayam bersama bawang besar tadi dalm oven pada suhu 200 darjah selama 30 minit (agak-agak je dah masak angkat je le).
Kupas kentang dan belah 4. Lumurkan serbuk kari dan jintan. Bakar bersama ayam tadi.
rebus brokoli. angkat dan toskan. Hiris tomato.
Utk membuat sos, setelah ayam dan kentang tadi masak, angkat. Sisa-sia ayam dan bawang pada dulang pembakar jgn buang. Letak dulang pembakar atas dapur.
Masukkan sos cili dan sos tomato bersama sedikit air dan kacau bersama sisa ayam dan bawang besar tadi. Perahkan jus lemon ke dlm sos. Masak sebentar hingga pekat.
Susun ayam, kentang dan sayuran (tomato, brokoli dan jagung) atas pinggan. Tuang sos pada ayam. Siap.
Posted by
CATZ
at
10:48 AM
2
comments
Labels: Fusion, healthy food, Western food
Monday, April 14, 2008
Fillet ikan with vege
Sabtu mlm ahad, catz masak ikan..fillet ikan with vege...
Simple je...
Bahan-bahan:
Sekeping fillet ikan dori
brokoli
carot
butter bwg putih
lemon
garam
serbuk lada putih
Cara-cara:
Lumurkan garam, jus lemon dan sedikit serbuk lada putih pada fillet ikan dan biar 10 minit.
Rebus brokoli dan carot , angkat dan asingkan.
Letak sedikit butter atas kuali leper, dan masukkan ikan. Terbalikkan bila ikan dah tukar kaler jadi agak coklat. Biar hingga masak. Proses ni dlm 7-8 minit je..angkat.
Tambah sedikit butter ke dlm kuali masak ikan tadi, tumiskan bwng putih sebentar.
Perahkan jus lemon dan masukkan sayur tadi.kacau 1-2 minit. angkat.
Bolehlah susun ikan dan sayur atas pinggan...bersama perahan lemon.
Ngapp...
Posted by
CATZ
at
10:34 AM
8
comments
Labels: Fusion, healthy food, Western food
Monday, September 10, 2007
Potato salad
Bahan-bahan:
kentang -4 biji
capsicum/lada benggala merah - 1/4 biji
mayonis - 1 mangkuk
ais - 1 ketul
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
limau nipis (1 biji) - ambil jus
Cara-cara:
Rebus kentang - jgn terlalu empuk (sedang2 je)
buang kulit kentang dan potong dadu.
Hiris halus capsicum merah.
Masukkan kentang dan capsicum dlm mangkuk besar. Taburkan serbuk lada putih sedikit dan gaul rata.
Satukan mayonis dgn bahan dalam mangkuk. Masukkan ais
dan jus limau nipis.Gaul rata.
Masukkan serbuk lada hitam . Gaul rata.
Siap untuk dihidang.
Posted by
CATZ
at
8:56 PM
0
comments
Labels: Western food
Black pepper sauce
Bahan-bahan:
5 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap
2 sudu serbuk lada hitam
sedikit jus/lemak dr dulang pembakar lamb yg telah dipanggang tadi.
Cara-cara:
Masukan semua bhn di atas di dlm periuk/kuali dgn api kecil. Kacau sebati.
Jika rasa pekat sgt boleh tambah sedikit air.
Rasakan..if suka kuat lada hitam, boleh tambah lagi..ikut suka.
Siap.
Posted by
CATZ
at
8:51 PM
0
comments
Labels: Western food
Mash potato
Bahan-bahan:
kentang - 5 biji
serbuk lada hitam
susu segar - 1/2 cawan
butter - 200 gram
Cara-cara:
rebus kentang hingga empuk.
Buang kulit.
lenyek kentang tersebut.
Masukkan kentang dl periuk dgn api kecil. Masukkan butter dan susu.
Kacau rata sebati. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul sebati.
kuah/gravy Mash potato
Bahan-bahan:
butter - 2 sudu
kiub pati ayam - 1 kiub
tepung jagung - 2 sudu (bancuh dgn air)
serbuk lada hitam - 1 sudu kecil.
Cara-cara:
Cairkan butter dlm periuk/kuali dgn api kecil
Masukkan tepung jagung dlm kuali. Kacau.
Masukkan kiub pati ayam. Kacau rata hingga kuah cair dan tekstur licin.
Masukkan lada hitam.
Hidang mash potato dgn kuah ini semasa masih panas/suam.
Selamat mencuba.
Posted by
CATZ
at
8:44 PM
0
comments
Labels: Western food
Lamb chop
Bahan-bahan:
(utk 2 org makan)
Lamb - 4 keping
bawang putih (tumbuk)
limau nipis (ambil jus)/lemon
Cara-cara:
Lumur lamb dgn bawang putih dan jus limau nipis / lemon
perap 15 minit. Letak atas dulang pembakar
panggang 5 minit (catz buh dlm microwave - mode roast)
keluarkan.simpan kuah/lemak dr lamb tadi yg ada dlm dulang pembakar (utk digunakan semasa buat sos lada hitam).
Hidang lamb dgn sos lada hitam, brokoli rebus, tomato hiris, mash potato dan potato salad.
Posted by
CATZ
at
8:40 PM
0
comments
Labels: Western food







