Monday, August 17, 2009
Why I Blog - The Tag
Oh...
kucing telah ditag oleh tuan punya blog yang memang lumayan . err...oleh kerana dia telah juga telah hantar reminder 'u have been tagged by me'..so makanya, aku kenalah jawab tag nya. bisa begitu?..bisa..bisa.
sebenarnya, aku ini sgt malas menjawab tag. hahha..sapa pernah tag aku taule kan..aku ini sgt pemalas, enggak gigih menjawab dong..kerana kdg soalannya mengambil masa yg sgt lumayan begitu.
tapi yang ni persoalannya gampang sekali...mudah ..jadi bisa saja dijawab.
persoalannya tag nya: WHY I BLOG..
kenapa aku ber-blog?
ok..
1. sebab aku sebenarnya suka menulis. Maksud aku menulis something yang menarik dan benda yang aku suka. Contohnya. aku suka masak, aku suka makan. aku kdg tuh masak merapu. so aku amik gambar, aku buh kat blog.aku pernah berangan tulis buku resepi ..aku pernah berangan jadi chef. aku suka berangan jadik chef celebriti mcm kat TV..yg masak ye-ye O..lepas tu panggil kawan-kawan makan, kawan-kawan dia pun mentekedarah le cam nak rak..mcm best gila ok.. so..aku pun suka gak kdg tuh masak dan panggil kawan-kawan makan. aku amik gambar. Tak jadik jamie oliver, pun takpe le.feeling-feeling je cukup...ha-ha-ha. Feeling-feeling cam nigella pun ok. Masak tgh2 malam sendirik makan. Dulu-dulu aku mmg selalu masak panggil kwn2 makan. now dah terlalu jarang. Masa tadek. Plus..angin puting beliung malasilitus sedang melanda.
2.sebagai jurnal. maksud saya, travelling jurnal. since aku suka travel dan photography, so rasanya bagus kalau aku letak photo-photo dan catatan perjalanan. As guide di masa depan, catatan beberapa perkara di perjalanan. Boleh juga share dgn pembaca (yg sudi singgah dan baca blog ni). Aku berfikiran begitu, sebab biasanya aku pun merayau ke blog org utk dptkan maklumat tentang sesuatu destinasi, mudah dan pantas. Maklumat di hujung jari kanssss...
3. Isi masa lapang. isi masa bosan.
4. Tempat meluah perasaan. kan kadang-kadang aku hot, entry aku jadi 18SX. hahahaha
Now ni rasanya kebanyakkan orang ada blog. Blog pula mcm2 konsepnya. Ada blog politik, blog makan-makan, masak-masak (kalau baca blog masak-masak terus rasa nak ke dapur dan masak)..ada blog catatan harian, ada blog yg konsepynya bercerita tentang kesihatan, ada travelling blog..mcm-mcm konsep lah.
Blog aku konsepnya..catatan masak-masak, catatan jalan-jalan, catatan makan-makan dan borak sikit2. sedar tak sedar dah masuk 2 tahun lebih aku berblog. uwahh..
selain tulis blog sendiri, aku suka juga blog walking iaitu berjalan-jalan ke blog orang. kadang kan..bila baca blog orang, aku akan rasa..wahhhh bestnya hidup orang ni..bestnya hidup orang tu..iskk...selalu feeling-feeling mcm tu. Tak taulah apa persepsi org yg baca blog aku.
(ada org ckp org yg tulis blog takde life..suka menunjuk-nunjuk..??..well..lain org lain le persepsinya..terpulang nak fikir apa..).
Tapi jauh di sudut hati (cewahhhh jiwangnyaaa bahasa aku)..aku amat appriciate readers yg sudi singgah dan baca blog ni. Thanks u ols yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.
Tanpa u ols, aku mungkin tak serajin ini utk update blog.
Posted by
CATZ
at
11:40 PM
10
comments
Labels: tag
Monday, June 8, 2009
tag ..??
aku kena tag.
sejujurnya lah kan...
aku berterus terang.
sebelum ni aku banyak kena tag..TAPI aku malas /takde masa/ tangguh2 nak buat/janji nak buat..tapi last2 tak buat.hehhe..maafkan aku.
tapi ni kucing oren punya entah kenapa aku nak layan. sebab dia jiran aku kot.
tagnya cam ni..
Nyatakan 5 fakta tentang pemberi award :
eh...dah le ko tag aku, satu keje pulak aku nak study pasal kucing little Libya ni...
aku buh je lah ye...sukatik aku. kekekkeke..kucing...ko redho je ye..jgn marah.
kucing oren:
1. kucing oren ni jiran aku..tapi aku tak taulah..dekat ke jauh.
2. aku kompius dia ni kucing jantan ke betina..tapi aku rasa dia perempuan.
3.suka makan..macam aku.aku rasa dia pebret makan, makanan arab lah.
4. dia ni kelako..sebab tu aku suka baca blog dia.
5.apa ek....oh..aku dgn dia samalah...org JOhor dan menetap di Little Libya. (psssstt: kucing..ko kalau nak makan kat kedai arab depan tuh..ingat aku ye....ajak aku sekali...). Lagi afdal kalau ko belanja.kihkihkih.
Setiap peserta mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award /tag seterusnya :
(alaaaa...ni yg aku malas buat tag ni..aku tak cukup fakta tauuuu...iskk....)..
oklah..
aku buat jugak....disebabkan ko jiran aku kan kuceng...
1. aku suka makan : sebab tu tak kurus-kurus walaupun selalu berangan kurus langsing.
2.aku suka masak
3. aku suka pi pasar/hypermarket beli sayur/ikan/barang dapur dari shoping kasut/baju/beg. yg tu ada sedikit kemalasan. soping baju/kasut itu bosan. bila masuk pasar/ beli brg dapur mcm hilang stress gitu. Tgk ikan keli /patin baring atas tray ikan kat pasar pun mcm best.
5.aku ni makanan febret banyak dan bermusim. Tolak batu dgn kayu je. Bermusim maksudnya..kalau aku suka mkn satu benda tu , aku boleh mkn 2 minggu hari-hari berturut. contoh no 1, kalau aku tgh kemaruk mkn tempe, hari2 aku masak tempe. Contoh no 2,..lately aku suka makanan Arab, so dlm seminggu ni dah dua kali makan kat kedai Arab. so..sapa yg ingat aku tgh diet sebab dah insaf tu tertipu le sebenarnya. ke ke ke...
6. aku berangan nak keje sbg chef. diulang. Berangan je.
haa...kan aku dah ckp..tak cukup 10 fakta..nantilah sambung.aku nak sambung basuh kain sat.habis basuh kain kat sungai karang, aku buat entry makanan semula..hihihiiii...
Posted by
CATZ
at
2:19 PM
6
comments
Labels: tag
Sunday, January 25, 2009
TAG peti ais
saya telah di-tag oleh AJ..
ho..jarang le nak jawab2 TAG nih..
saya minta maaf kpd yg tag saya sebelum2 ni..
ye..saya tau..saya banyak hutang TAG...
tapi sebab yg ni ringkas..dan utk isi masa lapang kat airport..
flight delay selama 1 jam 45 minit...due to last minute technical problem (as announced by the MAS staff)..
Tadi nak masuk scan bag..kecoh sikit..ada sorang mat salleh hilang phone masa lepas scan beg etc....uhuks..mcm panik gituh,,so the staff plan to call semua passanger naik semula..scan bag semula..boleh? uhuks?? mak sentap kejap..tapi..tah ..tak jadik..dah jumpa phone tu gamaknya.
then dah masuk pesawat...dah duduk sedap2..tetiba kena keluar semula..tech problem...uhuks again...kedengaran lah...kata-kata, "waduhh...pesawatnya rusakk.." hiks...
ok.
nak isi masa lapang bosan ni..aku pun buat le TAG ni..gambar amik mlm tadi.,.sambil pejam2 mata sebab ngantuk..hikhik..
tagnya..sennag je..
1. amik gambar peti ais..
ok..done.
2. apa yg ada kat depan pintu peti ais?
fridge magnet samada yg dibeli sendiri semasa travel, yg org bagi, yg aku kirim kat org bila mereka travel ke mana-mana. Actually banyak lagi magnet tuh..tapi aku bagi 2..eh... bagi 3...sebab kat apartment aku ada 1 lagi peti ais...dan kat rumah ni pun ada satu lagi..
pi mana2 mmg catz akan beli fridge magnet. so kat setiap peti ais ada fridge magnet di depannya. (sapa travel pi mana2..nak bagi saya fridge magnet..di alu-alukan..kecik tapak tangan, stadium bukit jalil saya tadahkan..hihiihihi).
2. brand peti ais.
National panasonic. Umur dia dah 7 tahun.
ok..selesai sudeh ye AJ.
aku nak TAG:
1. saira
2.mimi
3.wahidah
4.Linda Abdullah
5.Anaiz
6.roseazmi
7. Purple - ko wajib buat ye!
dan sesiapa yg rajin nak buat..sila2lah..
t.a.t.a.
Posted by
CATZ
at
9:34 AM
10
comments
Labels: tag
Friday, September 12, 2008
Tag dari purp..
Apa ada dalam beg tangan saya?
Ehm..alamak..susah gak tag nih....
beg mana satu ek..
aku banyak beg...hiks..
oke..ni beg yg aku pakai hari ni...
oh..beg aku nih..beg doraemon tau..
segala benda ada dalam...
and..ada yg ckp beg aku nih beg 'executive alam flora'...or lebih tepat..lori alam flora..harharhar...
segala benda sampah sarap pun boleh dijumpai..

Isinya:
handphone
beg duit
kunci kereta
kunci rumah
kunci aprtment
mangga (bukan buah mangga oke..aku puasa. Ni mangga kunci utk locker kat gym).
compact digicam canon
cable digicam
DSLR (beg aku betui2 cam beg doraemon kann)
beg kecil hitam tuh isi dia ialah bekas contact lens, cecair contact lense etc..mcm2.
cecair contact lens (utk re-wetting)
lipstik 2 btg
bedak compact
buku bank
'roti' kering
tisu
spec mata dan bekasnya
duit syiling yg bersepah2
kupon KFC (RM 20.00)
wet tissue
sikat
thumbdrive
external hardisk
sampah
sampah sarap
sampah sarap resit2 segala...
resit2....
tah hapa2
sekian.
ops..aku nak TAG:
Noreh JOnes@norasakura
saira
wahida
ayu
mimi
kalau sesapa lagi yg rajin buat yer.. (hahahaha..cam takde keje lain yg lebih penting nak buat kannn).hiks.
Posted by
CATZ
at
11:10 AM
5
comments
Labels: tag








