Friday, February 6, 2009
tomyam seafood
Dinner tonite..tomyam seafood with brokoli, sambal belacan dan telur dadar...oh..nasi putih.
resepi akan menyusul kemudian..tgh malas nak menaip....ni semua versi al-champoks...champoks..hehhee
Posted by
CATZ
at
11:31 PM
8
comments
Labels: Sayur dan salad, Sup dan stimbot
Wednesday, January 14, 2009
Sup ikan
Dinner malam tadi, mkn sup ikan.
menu sesuai utk yg berazam utk menukar kepada gaya hidup sihat di tahun 2009.
Posted by
CATZ
at
11:59 AM
9
comments
Labels: healthy food, Sup dan stimbot
Tuesday, June 10, 2008
Ikan bakar on Sunday
Hari ahad, hari utk memasak setelah sabtu makan luar. Masak apa-apa yg ada dlm peti ais.
So ni menu lunch on sunday..
ikan pari bakar dan sup cendawan, without nasi tau..!
Ikan bakar lagi...terubuk bakar pula.
Posted by
CATZ
at
3:10 PM
7
comments
Labels: Lauk pauk, Sayur dan salad, Sup dan stimbot
Wednesday, June 4, 2008
Ketam rebus
Ni masak last week.. (ni aku dah takde modal nak berblog la nih..korek2 gambar makanan aku.haha)
Ketam rebus...hidangan sihatttt dan sedap..make sure ketam segar dan berat (byk isi).
errr..ketam cuci bersih, gunting segala jari jemari yg tak perlu..cuci dan toskan.
Masa makan tu bawak le peralatan yg perlu..hiks..
Layannn..
Posted by
CATZ
at
12:40 PM
2
comments
Labels: Lauk pauk, Sup dan stimbot
Wednesday, May 28, 2008
Steamboat....againn!!
well..craving for steamboat..again...hemmm...where to go?? let the photo tell..
lets eat!!hehhehehe..kat rumah catz lah...hiks....malam tadi dinner steamboat..mcm byk..kan?..makan tak sampai separuh lah..the rest into the fridge lah...
Sangat mudah menyediakannya..kira cam main masak-masak...
bahan utama ialah periuk serbaguna tu..hihiks..lain-lain sukati lah nak buh apa, tapi kena ada sayur, meat, seafood..ball2...fish ball ke..ketam ball ke.. tapi jgn masuk foot ball..hehheh.
Kalau suka bleh letak telur juga..cendawan 2-3 jenis ke dan lain-lain..smlm catz dpt inoki jek kat supermarket tu..
Kuah tuh catz guna je kiub ayam..then letak bawang besar yg dibelah 4 dan hirisan halia dlm 5 keping gituh..tapi rasa mmg sedap dah..bila dah campur letak macam2 memang sedap lah..
Kalau u ols nak pedas ke..or tomyam ke..buh je kiub tomyam lah...masuk serai, bawang dan daun limau purut..sure mableshhhh...
sos tuh buat jugak..tapi mengelat sebab campur dgn sos cili thai..tak kisahlah kan..sendiri makan..tapi ok jugak..goes well lah bila celup2 dgn food itu semua..nyam-nyam. ala main masak-masak gituh...
jom makan...
Posted by
CATZ
at
11:02 AM
9
comments
Labels: Jom makan, Sup dan stimbot
Monday, May 26, 2008
Johnny's
Hari sabtu yg sgt best..
Ha...catz makan steamboat with saira at Johnny's Alamanda..yeeey..
berpeluh makan steamboat lah...tapi setapp sgt...ha..Saira u'll miss this moment when u are in the US this Ogos...of courselah ko boleh makan dgn org lain, tapi tak sama makan dgn aku okey..hikhikhik..so we had steamboat set for 2..consists of vege, seafoods, fishballs, meat balls..bihun, mushrooms, eggs, etc..hem..kenyang gila makan 2 org. Dipping sauce nya sgt sedap..
Overall..the food, drinks, the service, ambiance best..ok sgt...
Posted by
CATZ
at
11:16 AM
2
comments
Labels: Jalan-jalan, Jom makan, Sup dan stimbot
Friday, April 4, 2008
Dapurku sudah berasap kembali...
Posted by
CATZ
at
12:02 PM
6
comments
Labels: Sayur dan salad, Sup dan stimbot
Monday, January 28, 2008
Sup ketam
Posted by
CATZ
at
9:31 AM
0
comments
Labels: Sup dan stimbot
Wednesday, January 23, 2008
Sup bebola ikan
Tadi catz rasa nak masak sup ketam, sebab semalam selain kerang, kubeli ketam jua. Tapi udah 3-4 hari bebola ikan aka fisball ini bertapa di peti sejuk ajaib ku itu..ku masak lah dia dulu. Lagipun ada barang yang tak cukup utuk sup ketam itu..beberapa item telah missing dari peti ajaib itu...tangan siapakah yang melakukannya itu? Ketam..u have to wait lah ek..u turn will be..tah malam ni atau esok...tungguuu...sementara tu ko beramah mesra la dgn ikan dan lain-lain teman sepersejukan mu dalam peti itu...
Bahan-bahan:
Fish ball (terpulang le nak banyak mana)
pati ikan bilis
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis -segenggam
daun sup
daun bawang
tauge
garam
sedikitttt minyak..
bawang goreng
Cara-cara:
Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kalau boring menumbuk tuh sambil-sambil buleh le nyanyi lagu 'Aspalela'..hehhe..
Tumis bahan tumbuk dengan sedikittt je minyak hingga naik bau.
Masukan 2 mangkuk besar air (sukati le banyak mana).
Biar mendidih dan bubuh garam serta masukkan pati ikan bilis.
Masukkan fish ball.Biar sebentar. Masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.
Masukkan pula tauge. Kacau sebentar dan siap untuk dihidang.
Masa nak hidang tu tabur le daun sup dengan bawang goreng lagi...uhhh...sedappp..
Sup ni catz makan dengan nasi dan ikan goreng.Ikan goreng ni takdelah gambarnya. Sekadar ikan goreng kembung yg dibubuh garam dan kunyit. Tak payah buh gambor pun dah bleh imagine..kan...kan? Dan makan juga dengan sambal kerang dan ratah kerabu kerang itu..
hem..nyum-nyummm...nyummmmmmmmm....
Cukup le setakat ini memasak untuk hari ni..tapi tak tau le kot malam ni ke catz nak masak lagi..kuikuikui..
Posted by
CATZ
at
4:52 PM
0
comments
Labels: Sup dan stimbot
Saturday, September 22, 2007
Sup ayam
Ini adalah resepi sup ayam simple...
sedap di makan dengan sambal kicap
Bahan-bahan:
Ayam - 1/2 ekor (potong kecil)
bawang merah- 7 ulas (hiris nipis)
Bawang putih - 5 ulas (hiris nipis)
cili api -6 biji
halia- 2 inci
kulit kayu manis- 1 batang
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
rempah sup adabi (1 pek)
daun sup
Cara-cara:
Tumbuk separuh dr bawang merah dan putih dan cili api.
Tumis bahan tumbuk hinggan naik bau, masukkan ayam.
Gaul rata dan tambah air. Masak hingga ayam tersebut empuk.
Masukkan rempah sup yg dibancuh dgn air, kacau rata.
Goreng bawang meah dan putih yg separuh tadi dan masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Tuangkan bahan yg digoreng kedalam sup.Tambah garam.
Hiris daun sup dan masukan ke dalam sup.
Jika suka, boleh campurkan tauge semasa menghidang.
Sup amat enak disajikan dengan sambal kicap.
Posted by
CATZ
at
5:30 PM
0
comments
Labels: Sup dan stimbot








