Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Sardine puff

Buka puasa Ramadhan ke - 12.

menu:

sardine puff
mee rebus - yiehaaaaaaaaa!!! finally i found the right recipe.


sardine puff


aku tengah menjalankan usaha pembersihan peti ais.banyak beno khazanah nya. peel aku ni kdg suka je beli tah hapa-hapa konon if nak masak senang. So aku sudah jumpa roti prata segera brand 'KAWAN'. aku rasa adalah dah 6 bulan kot bersemadi dlm fridge aku ni..or maybe more??


lets see the recipe...


bahan-bahan:


plain roti prata jenama 'KAWAN'.
sardin
bawang besar - hiris dadu
kentang sebijik - hiris dadu dan rebus hingga empuk.
garam
kuning telur (utk sapu atas puff)
minyak


cara-cara:

part 1:

panaskan minyak sedikit.
masukkan bawang besar yg didadu tadi. tumis hingga naik bau.
Masukkan kentan..kacau..kacau.
Masukkan sardine..hancurkan, kacau dan masak hingga kering.
Tambah sikit garam kalau suka.
(if suka pedas, bubuh le cili giling masa menumis).
sejukkan sebentar inti tadi.

part 2:

amik roti prata.
belah dua.
bubuh inti, gulung...
ulang hingga inti habis.
aku buat 4 ketul je...
Panas kan oven... 180 darjah,
bubuh puff tadi atas dulang pembakar.
kelar-kelar sikit atas puff.. sapu kuning telur..andddd intooooo the oven.
180 darjah..20 minit..ikut keseswaian oven lah.
aku jaga2 gak microwave oven aku ni..canggih beno..setahun adalah berapa kali guna..hehehe..
dah le convection..aku pun pening pasal fungsi-fungsi dia nih..baca manual??...erk....dah 3.5 tahun ovene ni duk dgn aku..tak khatam2 jugak aku.... (sebenornyaa malas..)
so every 5 minutes aku jenguk..kot meletop kuih aku..
hiks...


dah siap..hidang le utk buka puasa..


lembut gila puff ni...nyummmm..

walaupun roti prata tuh dah berzaman duk dlm fridge..aku masih lagi oke memakannya. setakat ni takde berlaku keracunan lagik...so esok sambung buat puff lain pulak.

Saturday, August 29, 2009

kuih cara berlauk udang

buka puasa beberapa hari yg lalu,masak simple je..
masak nasi, sayur, masak lauk sikit.
ada masa lagi, aku gatai buat kuih.
versi hentam-sukatik-janji-sedap-rupa-kuih.
ada tepung gandum, udang..so otak duk fikir buat kuih yg senang, simple walauuuupun lepas tuh dapur aku dah kelam kelibut rupanya. disasternyaaa bila sesekali buat kuih.
konsepnya guna bahan sedia ada.



Bahan-bahan:

tepung gandum, telur, serbuk kunyit (warna), air, santan, garam.
Gaul semua bahan, kepekatan agak2 le.

inti:

bawang besar (potong dadu), serbuk kari, cili besar hijau (hiris halus), udang, bawang goreng, garam sket.

Tumis bawang dan cili, masukkan serbuk kari, kacau rata.
Masukan udang, kacau hingga masak, masukkan bawang goreng.
sedia utk diguna.
sapukan acuan kuih cara dgn minyak. panaskan atas dapur. dah panas, masukkan bancuhan tepung (api jgn besar, karang hangus kat bawah je..api kecil je ok..).
Nampak dah nak masak masukkan inti..tenggekkan udang sekali. tutup acuan.
biar hingga nampak tepung dan masak.
angkat.

Thursday, August 27, 2009

Roti jala berinti


Akhirnya aku masak jugak semalam..
macam rasa tak best kalau takde kuih..walaupunnnn aku dah fikir malas le nak masak.
Tapi semalam stress. Memandu 1 jam 30 minit adalah membuat aku stress.
kalau stress, makanya kena masak.
konsep memasak minggu ni, masak hanya menggunakan benda-benda yg ada di dapur. jangan ngada nak singgah kedai beli benda lain. sebab aku ni kdg sgt keji bilamana dlm fridge dah ada mcm2, aku terpikir pulak nak buat benda lain yg xde kena mengena isi perut fridge Ku..
so akan berlaku peristiwa pegi kedai/hypermarket lagi..haaaaa...
now aku nak berdisiplin sket. (ok la...aku ngaku smlm aku singgah kedai beli bawang..tapi itu dikecualikan dr peraturan ini sbb bawang bahan wajib..dan boleh diguna utk semua masakan..).

so smlm buat le roti jala berinti. kiraiiiii...terbalikan, angkat..buh inti..gulung..
sama je mcm buat roti jala biasa..cuma nak kenalah buat inti siap-siap.
aku guna sardin + kentang..nak guna benda lain pun boleh..sukatik.
tumis bawang besar yg didadu, masukkan kentang yg didadu (rebus dulu), masukan sardin,
buh garam sket. masak hingga kentang dan sardin sebati...hancurkan sardin tu...masak hingga kering dan sebati. ready utk diguna.
bancuh tepung tu sennag je bahannya, tepung+telur+air+ garam sket+ serbuk kunyit (utk warna). zasssssssssssss...zasssssssssssss..kalau malas kacau buh je dlm blender..zrenggggg..zrengggg..prengggggg...prongggggg,,,done.kepekatan tu agak2 le..ready utk dikirai atas kuali leper.
buh inti, gulung....

eh..buruknya karangan roti jala aku ni. fail.

Friday, March 13, 2009

dari dapur cik kiah....karipap

last week, sembang-sembang dgn rose..ersembang pasal karipap. Dah lama gila aku tak buat kuih. Malas. Tapi duk sembang-sembang aku tiba-tiba rasa nak buat..excited sgt.
Terus kupas ubi kentang, buat inti. Campur dgn sardin.

inti kentang sardin

uli tepung, lenyek tepung..buh inti..kelim...goreng. dapat banyak, dalam 23 biji. Besar-besar. Tak sampai satu kilo pun..around 1/2 kilo je kot tepung..agak-agak. Tapi buh inti banyak, so gemuk-gemuk. makan 2 bijik dah kenyang. Upacara buat karipap ni aku buat depan TV dalam bilik..ke..ke..ke. depan TV, sebelah komputer. hiks.
Tangan duk kelim karipap, mata kat TV...hihiihi.

Ni le rupa karipap aku , tak semenggah je rupa. Tapi rasa ok..aku mmg suka hangus-hangus sikit.

Monday, February 2, 2009

Roti jala gemok..kehkehkeh...

Dinner tonite?..roti jala...yer...aku dah plan dah...dari duk dlm kete tadik, dah pikir nak buat roti jala...cicah?..kari sayur-sayuran (ada ke org mkn cam ni..hiks...sukatik le..)
so..aku hiris-hiris sayur...terung,kentang, karot, kacang pjg, capsicum merah.
then tumbuk bawang putih, bwg merah, halia. Tumis bahan tumbuk, buh bunga lawang, buah pelaga..then bancuh serbuk kari, masukkan..tumis le hingga garing..buh air..buh sayur-sayuran.
Tambahkan kiub stok ayam, kacau-kacau.biar mendidih dan sayur agak empuk..buh santan sket, bagi kuah pekat buh garam secukup rasa.. Dah siap kari sayur aku.

kari sayur-sayuran


Pastuh, amik tepung, telur sebijik, garam, air dan secawan susu segar. Pecahkan telur ke dlm tepung, buh garam halus, buh susu, kacauuuu..tambahkan air, kacau sebati..hingga kepekatan yg agak-agak sesuai. Maksud aku sesuai utk dijala..eh..apa benda ek istilah...ha..bantai lah..
aku pun cariklah alat roti jala (eh...apa istilah dia..benda yg diguna utk buat roti jala..buh bancuhan tepung, pastuh joget-jogetkan atas kuali leper bentuk jala (ha-hah). Apa-apalah ek.
Hiks.

TAPI...

ehhhh..mana alat roti jala aku...kupikir-pikir...waduhhh...gawat iniiiii...(bukan ekonomi je yg gawat now ni...) . aaa....camna aku nak menjala ni..takkan nak lengser je atas kuali ala2 buat lempeng...kalau cam tuh baik dari tadi aku ckp nak buat lempeng je kan...iskkkk....
hoh...adakah....??...aaa...sure alat tuh ada kat apartment aku ni..iskkk..takkkan aku nak drive sejam dari sini pi amik...tak koserrr mak.....aaaaa...

owhhhhh...terpikir..aku ada bekas sos yg tak guna lagi...aku buh bancuhan tepung tadi dlm bekas sos tu...picit2 atas kuali leper..cam niiii...


tah hapa2 rupa..ni bukan roti jala....papa ckp ni roti jaring....kihkihkih...lantok lah kan...janji bukan rupa lempeng. so...ini lah hasilnya...Roti jala GEMUK.....harhahrharrrrr....

gemuknya roti jala aku..hikhikhik!

roti jala gemuk cicah dgn kari sayuran..Alhamdulilah..rezeki utk mkn mlm ini.
Jom makan!
u ols dinner apa??

Sunday, February 1, 2009

pancakes

Sarapan pagi minggu...pancakes..and half boiled egg...nyammm.

Bahan-bahan:

telur 1 biji
butter (yg dicairkan 4 sudu) -biarkan sejuk sebentar
tepung serbaguna 1 1/2 cawan
garam
gula
baking soda
susu segar (fresh milk)

Cara-cara:

campurkan butter dan telur (pukul2 manja...)
Campurkan tepung dan baking powder, ayak.
Campurkan gula dan garam. dlm campuran tepung, gaul rata, dan masukkan telur dan butter tadi sekali. Gaul rata.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. kacau rata, sedang2 je kepekatan..jgn pekat sgt..jgn cair sgt. Kacau hingga adunan sebati, halus.
Bubuh sesenduk atas kuali rata, ratakan bentuk bulat,
Biar sebentar dna terbalikkan.
angkat. hidang dgn honey/jem/butter...sukatik.


half boiled egg dgn kicap manis..nyamm!

Wednesday, January 28, 2009

bakpia

Ni updet dari semalam..smlm ngantuk sgt..tertidur, tak sempat nak letak penerangan tentang bakpia ni..
bakpia merupakan sejenis kuih. dikatakan sbg oleh-oleh khas jogjakarta. So kalau ke jogja, tidak lengkap sekiranya tidak beli bakpia sbg buah tangan.

Di jogja, bakpia yg sgt popular dikenali sbg bakpia pathok..and why pathok?..nama tempat rasanya...ala..mcm kat Malaysia, banyak pengusaha keropok lekor, tapi yg amat popular ialah keropok lekor Losong kan...cam tu lah kot..dan kalau tgk pada koytak bakpia, ada ditulis,,nombor..macam 25, 75.. itu adalah mcm alamat lah di area mana ia diusahakan..

Sebelum oergi, saya ada terbaca di forum-forum ttg bakpia. so saya mesti pegi beli..saya mesti makan!..hahahahah..aku kan kalau bab makanan ni kan...hahahha...veryyyyy!
semasa city tour, saya berkesempatan ke pusat pembuatan bakpia (org indonesia ckp fabrik/kilang). so saya sempat merasa bakpia panas-panas! waduh...enak banget sih!
Terus rasa nak beli..


Masuk je kawasan ni..ramai yg menyambutnya...waduh senang sekali mahu parkir mobilnya.. pekerjanya mengarahkan mahu parking kat mana. ok pak wibowo sibuk duk nak parking, aku terus lompat turun dari mobil (haaaaa...ganas ek kalau nak terjah makanan..ekkekeke)..masuk je ke dalam..wah,...ramainya manusia...nak pi tgk cara buat, tapi manusia sesak sgt..so..decide utk cuba mkn yg panas-panas....adehhh..sedap nyaaaaaaaaaaa!!!!!


ok..aku cerita sikit pasal bakpia ni...dikatakan sebenarnya bukan lah berasal dari jogja..tapi dikatakan dari negeri asalnya iaitu Tou Luk Pia yg bermakna pia (kuih) kacang hijau. ia adalah adunan tepung gandum, minyak kelapa dan isinya dibuat dari kacang hijau, gula pasir dan garam. tapi now ni banyak dah jenis intinya, ada keju, nenas, coklat selain dari yg asal iaitu kacang hijau.

Proses membuat bakpia tidaklah susah sgt katanya..hahah..entah kalau aku buat entah jadi ke idok.hehhehe. tepung diadun, di isi inti kacang hijau. Inti kacang hijau tuh..kacangnya harus dibersihkan, rendam,rebus, tumbuk dan kukus. kemudian dibubuh gula dan garam le kot kan.. Kemudian inti dimasukan dlm tepung yg dah dibentuk kecik-kecik tu...dan dipanggang selama 20 minit.semasa memanggang, bakpia diterbalik-balikkan at least 3 kali..lepas tuh angkat, biar sejuk baru dimasuk dlm kotak.


ni le bakpia yg sudah disusun dalam kotak.cute!

ni le rupanya..

lihat dalam kuih ni..yummy!


so..kalau ke jogja...jln lupa bakpia pathok!

Saturday, July 12, 2008

Again...chocolate cake.

Malam Jumaat..
terasa nak buat kek, lagipun bahan-bahan semua dah ada. Dan memang nak habis kan stok-stok serbuk koko etc yg dah lama beli tapi tak habis-habis guna. Maknanya nak clearkan stok dlm kitchen cabinet dan takmo masak lagi pas ni sebab diet, or nak beli stok baru?? hikss.. So...sesambil study blogging, catz bancuh adunan kek, ayak tepung, campur segala bahan...dan...terjadilah sebiji kek coklat lagi.
Pagi sebelum ke kampus, catz hias lah kek ni..free style menggunakan bahan yg ada dlm fridge. Dark coklat, white chocs, strawberry. Apa-apalah kan...dannnn....


tadaaa....


Catz bukan makan sorang-sorang. Tapi dah plan nak singgah ofis sebelum ke kampus pagi semalam.


Nampak tak hirisan coklat tuh. Itu adalah coklat yg catz beli kat langkawi hari tuh, belum habis. Coklat Daim, ada satu pek lagi. Hiks. Catz kuarkan dari bungkusan dia, amik 7 ketul kot, hiris-hiris..ehmm..sedap taw..dlm dia ada karamel gituh..so catz lambakkan je atas kek ni.. So moist-moist, crunchy-crunchy gitu bila makan kek ni!!


sapa makan ni?? Hehhee....(mcm le ada org lain..hiks..aku le tu)..

moist-moist, crunchy-crunchy.

p/s: opis mate tanya..ko buat kek ni ada apa ek?.birthday sapa? Catz ckp.."takde raikan apa-apa..saja."
(actually i'm stressed..bila stress..masak..dan masak...dan masak..)

Jom makan....

HAVE A NICE WEEKEND YEA!!

Tuesday, May 6, 2008

Samosa

Ni catz buat sebab teringin.....utk minum petang saja-saja..takdelah mkn masa ptg pun..makan masa tgk Tv sesambil tgk Berita Perdana pukul 8 mlm..ptg tuh catz kenyang dah pi makan cendol bawah pokok..hem..yummy...
catz wat samosa ni tengahri actually, pastu letak dlm fridge, nak mkn tinggal goreng je..

Bahan-bahan:

kulit popia
ubi kentang- 3 biji (rebus)
daging kisar
bawang besar - 1 labu, hiris dadu
serbuk kari daging
garam
daun kari

Cara-cara:

Kentang yg direbus tadi dibuang kulit, hiris dadu.
Tumis bawang putih hinggan naik bau dan masukan separuh bwng besar dan serbuk kari.
kacau rata tumis sebentar. Masukkan daun kari.
Masukkan daging. Masak hingga daging agak masak dan masukkan kentang.
Masukkan air dan garam, masak hingga sebati dan jadi kering.
Jika suka tambah kan sayur campur.
Biarkan inti agak sejuk.
Ambl kulit popia, bubuh inti dan lipat jadi 3 segi tu...gamkan bucu dan tepi kulit popia dgn telur yg dipukul. susun dan goreng.
Catz goreng sket je..bakinya boleh goreng lain kali (simpan kat freezer)..
jom makan..

Monday, April 21, 2008

Kuih seri muka

Semalam teringin sgt nak makan kuih seri muka..nak pi beli malas...so since semua bahan-bahan dah ada , buat je lah...sesambil tgk TV..buat kuih..since ada jagung dlm fridge, nak habiskan stok catz campur je adunan tepung dgn jagung..hehhe...cute ..


Seri muka

Ni utk opis mate..

buat beriya-iya..makan 2 hiris je....yg lain bwk ke ofis...

Monday, January 7, 2008

Naga Sari



Ini adalah sejenis kuih tradisional kot..dibalut dengan daun pisang macam kuih lepat pisang. But this one made from tepung beras (rice flour). Balik kg hari tuh emak ku buat kuih ni..jom tgk.
Ok let see how to do it:

Bahan-bahan:

santan
tepung beras
garam
gula
pisang tanduk
daun pisang

Cara-cara:

1. Bersihkan daun pisang. Koyakkan sekeping-sekeping untuk dijadikan pembalut kuih.

2. Campurkan tepung, santan dan secubit garam, kacau sebati.

3.Letakkan adunan di atas api perlahan hinggan adunan menjadi kental. Sentiasa kacau.
4.Hiris pisang tanduk nipis-nipis.



5.Sudukan tepung keatas daun dan ratakan. Letak sehiris pisang di tengah-tengah. Bungkus.
6.kukus selama 45 minit. siapp.!

Ada yang letak kelapa parut dengan pisang sebagai inti. Terpulang ikut selera masing-masing.

Saturday, November 17, 2007

Lepat pisang

Ini adalah percubaan kali pertama aku buat lepat pisang...

Bahan-bahan:

Pisang
gula
tepung
santan
daun pisang
garam

Cara-cara:

1.Lenyek pisang dgn 1/2 cwn gula, campur tepung dan santan. Bubuh garam sikit.
2.Layukan daun pisang, bungkus adunan dan kukus.