Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 21, 2009

sedikit catatan raya

hows ur raya??
mine?..best.. great..cool..
eh not bad lah raya aku this year.
walau pun ala-ala low key , but i had fabulous raya.
sekadar sedikit catatan..

daun limau tu aku beli kat pasar. macam nak masak utk 20 kilo daging je kan.
Pasrah laa..adik penjual kata 50 sen je kakkk...


managed to 'masak munjung' seorang diri sebelum balik kampung. bersilat di dapur seorang diri. haa.. kalau u ols punya munjung adalah sesama jiran, aku punya munjung ni merentas benua gitu... antara benua Selangor dan Johor..kelazzz tak..?

mangkuk tingkat yang berisi, ketupat, ayam masak kurma, lodeh, rendang daging dan kuah kacang.

-Selamat jugak sampai Johor walauuuuuu tersadai kat KLIA 2 jam menunggu orang dan hampir disaman oleh abang polisi di KLIA yang garang itu.Ketarrrr aku bila polis tu mintak lesen dan IC sebab aku park dekat 2 jam depan area ketibaan. "kalau u tak nak bergerak...i saman."
Terpaksa aku berlakon telepon kuat2 konon org yg aku tunggu dah nak keluar dari balai ketibaan. He-he.
flight katanya sampai 9.30...sekaliiiii dekat pukul 11.00 baru nampak bayang orang yang ditunggu.
So kami meredah kepekatan malam dalam hujan lebat di lebuhraya. Daddy call suh beli lemang, Carik lemang tapi tak jumpa. yang dijumpai adalah signbod "LEMANG ADA DIJUAL DI SINI". ha-ha. hujan lebat..so abang-abang dan kakak penjual lemang dah balik rumah. Ehhh..tetiba sampai area Pekan Rawang nak sampai Muar, jumpa peniaga lemang. Excited aku melompat turun dari kereta konon2 nak borong lemang. Sekaliiiii...adik penjual lemang yang menolong abahnya (lingkungan umur 5 tahun dan cute) cakap.."akakkkk lemang dah habis...yang tengah masak ni lama lagiii..dalam 2 jam kot baru masak"... aaaaa....takdelah aku nak tolong membakar lemang di situ dlm hujan renyai-renyai bawah khemah tu. Terus je lah balik rumah. Kempunan lemang.
Ops..ahli-ahli rumah dan rombongan balik kampung tadi bergotong royong makan 'punjungan' aku tadi pada pukul 2 pagi. Makan secara senyap , samada terlalu lapar sebab lama dlm flight pastu 3 jam meredah highway dlm hujan lebat ke Johor ..atauuuu makan senyap sebab aku masak sedap. heh.Aku bajet reason yang 1st la.

hidangan raya rumah mommy..

Upacara makan selepas sembahyang raya, tidor selepas makan...dan kemudian beraya. Pegi rumah nenek dan jumpa sedara mara dan makciks pakciks. Makannnn lagiii...dan makan lagi..dan makan lagi..dan lagi..dan lagi...dan lagi dan lagi.

eh..ni adalah konfleks bermadu katanya. suprise!! adik lelaki aku yang buat katanya. Adik bongsu lelaki aku yang form 5 tuuu..ha-ha. kembang kempis idong dia bila aku cakap sedap. Tetiba aku kan..macam nak suruh adik aku amik course apa tu..culinary?..chef-chef apa tu?..perhotelan ke..food apa tah gitu. Nak suh org lain tadek dah. Dia je yang belum masuk unibersiti. Ha-ha. adik aku buat kuih raya. Begitu melekat sekali konfleksnya.menjadik.


adik lelaki tgh duk bakar bunga api..ziungggggggg!!!! aku suh main jauh-jauh sebab kitarang buh kete berderet depan rumah. karang kena kereta kalu..ada yg raya jalan kaki karang..


Ha...mlm tadi kan...sempat lah berkabooommmm..kaboom....main bunga api..aku kompius sebenarnya antara mercun dgn bunga api. Bunga api pun bunyik kaboommm-kaboom jugak ke?? Yang aku ingat dulu masa kecik-kecik aku main bunga api cap kucing yang tadek bunyik tu je. Dah besor-besar aka tua bangka ni aku tak gemor dah bunga api bagai. so aku tgk je lah beberapa kanak-kanak ribena tua main bunga api / mercun sambil tangkap gambar. Mahalnya modal nak main bunga api ni. Idok le aku nak membakar duit aku. Tapi ada kawan aku ckp..dia dpt bunga api kabom-kabom dgn harga murah.
Aku tanya, mana dia dpt??..dia ckp.." konstabel polisi dkt rumah aku.Hasil rampasan"..erkkk??? apekahh????

Tapi...memang makan hati laaaa jiran-jiran aku tahun ni. sebabnya bunga api kitarang cam nak sambut new year punya bunga api tu..ala yg mcm korang tgk pertunjukan bunga api tuuuu ..terbang meletoppp..kuar cahaya bentuk bunga tuuuu..(kayanyaaaa org yg beli bunga api ni kannnn..)
Yang kelakar..bila kitarang kaboooommm je.....jiran pun bakar gak bunga api/ mercun jugak.
eh..tercabar tuu..
Tapiii..bunyik bunga api mereka yang ala-ala je lah kan..haaa...so kitarang ala-ala terkehkeh-kehkeh mendengarkan bunyik mercun/bunga api mereka yang ala-ala mcm bunyik tayar beskal nak pancit tu..kihkihkih..dan dengan kejinya adik aku bakarrrr lagi bunga api melotopppp kuat.
Haaaa...org raya makan ketupattt, ko makan hati lahhhhh senah dgr letupan bunga api rumah mak.....kihkihkih.

piungggg!!!!..kabommmm...doshhhhh...dushhh...dummm!!


Time raya ni..biasalah..meriahnya dengan budak-budak. sesi beraya beramai-ramai sambil buat collection duit raya.

bersuka ria...bestnya jadik budak-budak.

teringat aku masa kecik-kecik dulu cam depa ni..jenuhh tuan rumah ckp.."dikk bukak bekas kuih tu..makannn..kitarang derk je sebab dah kembung dgn kuih dan air sirap dari rumah lain. Tujuan utama ialah utk melakukan pengutipan duit raya. Masa tu dapat dua posen pun dah suka gilaaa. Now minimum berapa ek org kasik duit raya?..singgit??

err..ni bukan kasut aku..ni kasut raya ketua pengutip duit raya.

kasut ni aku beli kat dia masa aku pi supermarket beli jintan (entah apa la kaitan kasut dgn jintan kannn??). Aku tgh nak msk rendang, ketupat pulak tgh menggelegak atas dapur.Baru perasan yang jintan aku habis, so camno nak masak rendang kan?? Start enjin kete pi supermarket 'The st0re" dekat rumah aku. Nak beli jintan je kaedahnya. tetiba gatai ternaik tingkat 3 bhgn baby (mcm la jintan tu jual kat baby department kann)..eh..cute-cute nya kasut baby. Tgk harga, boleh tahan. Tapi kalau yang rege RM50 ke atas, utk kasut yang saiz besar sudu je ni bagi aku mcm mahal lah kan. Selipar aku pun rege RM19.90. Gatal lah aku nak beli kasut baby ni. bukan aku boleh pakai pun. Lama gak aku belek-belek (mcm la aku yg nak pakai). Tengah beratur bayar kasut baru aku tersedor diri...
" ehhhh..KETUPAT AKUUUU!!..ketupat aku atas dapurrr!!!! " dah lah tgh beratur panjangggggg..padan muka ko kiah..nak beli jintan yg ko gatal beli kasut buat apa....lepas bayar zoooommmmmm balik rumah..lega. Nasib baik rumah aku tak terbakar. kalau tak ada yang masak dlm khemah.

Ha..ini lah dia ketua pengutip duit raya tu, cik Anis cenonet gebusss.
Tgh bertelepon dgn kawan dia borak pasal collection masing-masing la gamaknya.


Ketua pengutip duit raya = KPDR
kawan dia = KD

KPDR: berapa dah collection??
KD: 2 juta
KPDR: err..2 juta rupiah ke?..rumah mana yg ko ambush tuuu??
KD: mak aku bawak pi rumah wakil rakyat la..ko nak alamatnya??
KPDR: mesti la nakkk.....nak suruh abah kita bawak ke sana jugak...
KD: lusa katanya ada open house ahli parlimen,..kita jumpa di sana lah..
kihkihkih...

eh...raya tahun ni mcm lain la...kurang meriah..lepas tu kan..sebelum ni,time raya mana ada kedai makan bukak..ada yg bukak pun kedai mamak kan..mlm tadi dlm perjalanan aku balik ke negeri selangor..eh..jumpa banyaknya kedai makan bukak dan org adalah super ramai di kedai makan.Tak mcm raya pulak. Mereke menonton bola dan TV di kedai makan. ehmmm....

dan malam tadi menyaksikan perlumbaan di hiway. mentang-mentang la kereta tak banyak..puhhhhh..dah mcm litar F1 lebuh raya PLUS tu...dasat eh.Tau le Malaysia now dah ada team F1, kalau pun nak prektis utk merebut jawatan pelumba tu, agak-agaklah kannn..derang dah ada calon dah...tak yah le nak tunjuk teror banggg...tak baik bahayakan nyawa orang lain.

Monday, September 14, 2009

Parit Jepon itu tetap di situ..

mee goreng - masak utk buka puasa hari ni

(tetap aku nak bubuh gambar makanan. Nanti org ckp salah masuk blog pulak kalau takde gambar makan.)


11.18 mlm.

still wide awake..masak sahur..ehm.

nak tulis apa ek..
yang pastinya mesti berkait dengan tema raya.


ok..now nak tulis tentang jalan raya. raya jugak kan temanya tu.
now kan sibuk dah bermula ops sikap...err..ops sikap 20 kan?????
baru ni ada ikrar aku janji utk mematuhi undang-undang jalan raya kan??
ada yang ketawa, jadikan bahan lelucon..tapi bagi saya ada bagusnya.
pengalaman memandu dari utara ke batu pahat dan batu pahat ke utara 2-3 hari yang lalu, buat saya fikir sesuatu. Sikap pemandu di jalan raya. Baik pemandu kereta, pemandu bas, lori.

1.Tak paham aku dgn orang yg drive suka cucuk-cucuk di highway. nak laju pi tukar lane lah.
satu kepuasan ke apa ek?..ek?? apakah..err..(kang aku teruskan ayat, blog aku kena ban)

2. Bas express yang sukaa blink-blink lampu. aku experience benda ni 2 kali. aku duk lane tengah dan juga lane tepi kiri. Masa aku duk lane tepi (drive 80-90km/h), bas ni duk belakang aku.
dia duk blink2 suh aku tepi. eh..ko nak laju potong lah..jln tu 3 lane. Lane tgh dgan kanan sekali ada..ko kenapa ??? so aku mengalah, tukar lane. then dia berdesup pegi...gila ke? knp ko follow rapat2 dan blink2 lampu ha?? lampu ko bersalut emas ke? ada aku kisah??

3. Bas express lagi..tukar lane kat highway sebelum area Air keroh. Situ kan 2 lane je. Dia tukar lane dgn amat bahaya, dah le tu drive lajuu gila, hampir himpit kereta aku, tak paham aku kenapa. Eh...bukan ke membahayakan aku dan nyawa penumpang ko. hello abg driver bas, ko kalau nak kojol cepat dah tak sayang nyawa, jgn ajak kitarang berjemaah sekali boleh tak?? aku ingat lagi bas tu, bas express KKKL. No pendaftaran tak sempat aku nak tgk. Bukan ke keselamatan penumpang adalah sgt penting. Knp nak bahayakan nyawa semua org disebabkan SIKAP ko yg weng tu??

4.kereta dari negara jiran yang berlumba-lumba suka blink2 lampu, mcm le jln tu abah ko punya.

----------------

Dan pengalaman memandu siang tadi, pergi dan pulang dari kantor ke rumah. ehm..
1 jam 30minit - pergi.
2 jam lebih - balik

1. sebuah kereta honda merah yg potong kat double line selekoh tajam...potong kami yg berderet..6 kenderaan.lori+kereta.. beriya-iya potong sampai membahayakan kereta dari depan. tak boleh sabor ek? ko sampai lebih cepat ke? dia menuju destinasi yg sama dgn aku.
akhirnyaa, dia dgn aku sampai pd masa yang sama ke bdr kecil ni.ceh...

2. sebuah kereta dari arah hadapan potong kat double line...pastu tak nak mengalah bila berhadapan dgn kete kami yg dtg dari arah bertentangan..kami-kami ni pulak terpaksa drive ke tepi, tak nak langgar berdepan. Tak paham aku sikap org mcm ni..kalau ko sewel, tak yah ajak kami ni join sekali boleh tak??


hem..sikap memang memainkan peranan penting kan dlm mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Nak pula ni time perayaan. Baik lah kita berhati-hati..ingat org yg tersayang.
Kalau kita ikut peraturan, drive tak yah gopoh-gopoh, Insya-Allah selamat sampai.
Takyah lah laju2 melampau...tak larinya ketupat tu..kampung tu pun bukan boleh berjalan.
kampung New Zealand tetapppp kat Pahang tu ha. Idok le tetiba pindah ke perkampungan Maori kat Rotoroa tu sana kan...parit Jepon tu tetappp kat jln air hitam -muar..idok le tetiba ia berpindah ke Tokyo.

so..
sama2 lah kita. memandu ikut peraturan , kalau letih /nagntuk berenti rehat. fikirkan keselamatan diri dan keluarga serta org lain.

Pihak kerajaan dan kerahkan abg polis menjalankan tugas. tapi kalau sikap kita sendiri tak berubah...ehm..tak dapek nak nolong.....

Sunday, September 28, 2008

Rendang (sesi masak bersama cik kiah part 3)

rendang

ni menu ke tiga...rendang daging. Rendang ni simple je sebab saya tak larat nak buat yg complicated masak 3-4 jam..hiks. ada kawan saya kata..rendang nenek dia masak satu hari satu malam..fuhhh...hiks...
rendang catz ni sempoi je..bahan-bahan pun ringkas.
oke..tgk bahan dulu.

bahan-bahan:

daging (hiris dadu) -saya guna daging beku..so rebus dulu, hiris dadu dan air rebusan saya guna dlm peroses memasak rendang.
santan
kelapa parut (goreng tanpa minyak)
bawang besar - 2 labu
bawang putih - 4 ulas
halia-2 inci
serai-2 batang
ketumbar (biji) - 2 sudu besar
jintan manis - 1 sudu
cili kering - 12 biji / blended - 5 sudu
daun kunyit
daun limau purut
gula melaka
sedikit jus asam jawa
garam

Cara-cara:

seperti gambar di bawah ni..



1. Blend cili kering, bawang besar,bawang putih,halia,serai,jintan manis,ketumbar ..zretttttttt!
2.tumis bahan kisar dgn api sederhana sampai garing sedikit. Masukkan daging dan gaul rata, kacau sebati. Tambahkan air rebusan daging tadi.



3. Bila kuah dah makin pekat, tambahkan santan, biar mendidih, kacau-kacau, masukkan garam, asam jawa dan gula melaka.



4.masukkan daun limau purut s
erta daun kunyit yg dihiris kecil-kecil. Kacau sebati...

Align Center

5. bila kuah dah agak kering, masukkan kelapa parut (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu).
6. Gaul sebati, kacau-kacau (kena rajin kacau pd peringkat ini, guna api kecil.
7.Bila dah agak kering,angkat dan hidang.

Saturday, September 27, 2008

lodeh (sesi memasak bersama cik kiah part 2)


masakan ke 2 ialah lodeh. yg ni catz buat kuh lodeh ni warna kuning (catz sukaaa sgt lodeh mak yg kuah putih..i miss u mak).

oke..
bahan-bahannya seperti gambar di bawah.

bawang putih-4 ulas
bawang merah/besar - 1 labu
udang kering (rendam)
ikan bilis (segenggam)
serbuk kunyit - satu sudu kecil
tempe - 1 (hiris kecil)
tahu - 3 keping (goreng dan hiris dadu)
kacang panjang -4 batang
lobak merah - 1 batang (hiris kecil)
kentang - 1 biji (belah 4 hiris nipis)
tahu kering -sekeping (rendam)
suhun (rendam)
cendawan hitam - 4 keping (rendam)
cili hijau - 1 biji (hiris nipis)
cili kering - 2 biji (cuci bersih dan hiris nipis)
santan
garam






Cara-cara:



Tumbuk bawang besar/bwng merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis (hikhikhik..lesung aku saiz S..so melimpah gitu..tumbuk kasar pun oke, tak payah lah halus sgt. kalau malas tumbuk, blend pun boleh, tapi pd pendapat saya, tumbuk rasanya lebih sedap).


bahan yg telah ditumbuk kasar tadi.


Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau, masukkan serbuk kunyit dan santan cair.


Masukan semua sayur dan bahan-bahan lain, kacau rata dan biar mendidih.



Masukkan cili hijau dan cili kering. kacau. Masukkan santan pekat. Biar mendidih sebentar, tambahkan garam secukup rasa.
sedia utk dihidang.

Kuah kacang (sesi memasak bersama cik Kiah part 1)

oh..tema beberapa entry ni ada kait mengait dgn acara memasak juadah raya.
seorang teman bertanya sekiranya saya boleh suggestkan kpd dia beberapa juadah utk pagi raya dan cara-caranya membuatnya.
Kebetulan hari ni catz masak 3 juadah iaitu (termasuk nasi impit 4 la kan??) utk berbuka puasa,

kuah kacang
lodeh
rendang daging.
nasi impit



kuah kacang


Bahan-bahan:

kacang tanah (lebih kurang 3 genggam)
bawang besar 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili kering - 7 biji
halia - 1 inci
serai- sebatang
gula melaka
gula pasir
minyak utk menumis
air

Cara-cara:

Goreng kacang tanah, angkat dan toskan, biar sejuk sikit, kemudian kisar kacang tanah kasar (jgn halus sgt, tak best).
kisar bawang besar, cili kering, bwg putih dan halia.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan serai yg sudah diketuk.
tumis dgn api kecil hingga agak garing.
bancuh kacnag yg dikisar tadi dgn air dna masukkan dlm tumisan.
Kacau sebati, tambah kan gula melaka, gula pasir, garam.
(optional : kalau suka bubuh kicap manis sikit utk warna dan rasa).
kacau dan biar mendidih hingga pecah minyak, dan sesuaikan rasa.
angkat dan hidang.
best dimakan dgn nasi impit.


tumis bahan kisar hingga garing

tadaaaa....!! sedia utk dihidang.

nasi impit bersama kuah kacang

diharap entry ni dpt membantu teman saya utk memasak juadah raya nanti.