Sunday, September 28, 2008

Rendang (sesi masak bersama cik kiah part 3)

rendang

ni menu ke tiga...rendang daging. Rendang ni simple je sebab saya tak larat nak buat yg complicated masak 3-4 jam..hiks. ada kawan saya kata..rendang nenek dia masak satu hari satu malam..fuhhh...hiks...
rendang catz ni sempoi je..bahan-bahan pun ringkas.
oke..tgk bahan dulu.

bahan-bahan:

daging (hiris dadu) -saya guna daging beku..so rebus dulu, hiris dadu dan air rebusan saya guna dlm peroses memasak rendang.
santan
kelapa parut (goreng tanpa minyak)
bawang besar - 2 labu
bawang putih - 4 ulas
halia-2 inci
serai-2 batang
ketumbar (biji) - 2 sudu besar
jintan manis - 1 sudu
cili kering - 12 biji / blended - 5 sudu
daun kunyit
daun limau purut
gula melaka
sedikit jus asam jawa
garam

Cara-cara:

seperti gambar di bawah ni..



1. Blend cili kering, bawang besar,bawang putih,halia,serai,jintan manis,ketumbar ..zretttttttt!
2.tumis bahan kisar dgn api sederhana sampai garing sedikit. Masukkan daging dan gaul rata, kacau sebati. Tambahkan air rebusan daging tadi.



3. Bila kuah dah makin pekat, tambahkan santan, biar mendidih, kacau-kacau, masukkan garam, asam jawa dan gula melaka.



4.masukkan daun limau purut s
erta daun kunyit yg dihiris kecil-kecil. Kacau sebati...

Align Center

5. bila kuah dah agak kering, masukkan kelapa parut (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu).
6. Gaul sebati, kacau-kacau (kena rajin kacau pd peringkat ini, guna api kecil.
7.Bila dah agak kering,angkat dan hidang.

2 comments:

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

selamat hari raya utk kak catz juga. dari kami bertiga!~

syukur said...

apa masak sedap sedap sangat ni Catz.... kurang pahala puasa I tau !!!