Saturday, September 27, 2008

Pengat pisang

Ni catz masak 2 hari lepas...actually bulan Ramadhan ni bukanlah tak masak langsung... kadang-kadang masak juga tapi tah lah...malas nak posting benda yg aku masak and kdg tak amik gambar pun...malass/ xde mood. Tapi hari tuh...saja nak guna semula SLR ku itu yg dah terperuk dlm beg..kesian dia..
actually pengat ni simple gila and pisang pun main amik je masa beli kat Tesco coz pisang ni ye yg ada..oh..pisang kapas ke nama dia..kulit dah kuning, meaning pisang ni dah masaklah kan..ni pisang yg biasa org buat gulai tuh ke? walau dah masak tapi isi dia keras lagi dan bila di masak jadi pengat ia agak kenyal2 chewy ...oh..aku suka...aku suka. Aku tak suka mkn pengat pisang yg pisangnya lembik..so now kalau nak buat pengat pisang lagi, aku dah tau nak guna pisang apa.. eh sesuai ke pisang ni?.tak kisahlah..bukan berbahaya pun utk di makan..hikhikhik.

Bahan-bahan:

pisang
gula melaka
santan
air
gula pasir
sagu putih (yg bulat-bulat kecik-kecik tu).


Cara-cara:

kupas pisang, hiris/belah (ikut suka suki hati).
rendam sagu
didihkan gula melaka dlm periuk dgn air.
Masukkan pisang, kacau-kacau sebentar.
masukkan santan dan gula pasir (ikutlah tahap kesukaan nak manis tahap mana)
biar mendidh, masukkan sagu..
kacau-kacau 5 minit...
angkat dan hidang.
(sedap di makan sejuk atau panas).


8 comments:

Saira^_^ said...

NAK!!!!!!!!!!

bozzobattousai said...

sedapnya pengat... ko kejam catz...

adie-ishmael said...

kat Kedah pengat pisang dipanggil serawa pisang...puasa2 memang sedap sangat berbuka ngan pengat nih...semalam mak aku buat serawa nangka (pengat nangka).

atty's said...

huhuuh..sedapnya pengatpisang..

Catz said...

hi saira,
amiklaaaa...silakannnnn....jgn lupa baca bismillah mkn tuh nantik..

Catz said...

bozo..

aku kejam..ko nihhh....tuh baru pengat pisang.next entry ni lagi kejam tau.

Catz said...

hi adie..
eh..nangka buleh buat pengat ye??
kaedah sama ke?? bunyik cam sedapp je..guna nangka yg dah masak ke?

Catz said...

atty,
nampak je mcm sedap...hhehehe..rasa entah sedap entah tak...hiks..