Showing posts with label Fusion. Show all posts
Showing posts with label Fusion. Show all posts
Monday, April 21, 2008
Fish and chip with mango salad
Dinner malam tadi...simple je..fish and chip dgn kerabu mangga..
Bahan-bahan utk sediakan ikan
filet ikan dori - 1 keping
tepung jagung
serbuk lada hitam
garam
(perap sebentar ikan dgn garam dan serbuk lada hitam)
Kemudian salut ikan dgn bancuhan tepung jagung, goreng dlm minyak yg banyak hingga garing dan toskan atau letak atas paper towel.
Bahan kerabu mangga:
mangga mentah (di parut)
bawang besar( merah) - hiris nipis
bunga kantan- hiris halus
tomato merah (buang biji dan dadu)
jus limau nipis
garam
gula
(gaul semua bahan dan seimbangkan rasa dan letak dlm fridge utk sejukkan (hidang sejuk).
Bahan utk kentang goreng:
2 biji kentang, buang kulit, belah-belah dan letak 30 minit dlm tempat beku dlm peti ais.
Keluarkan kentang, cuci dan bubuh garam, serbuk kari, serbuk alda hitam dam sedikit tepung jagung. Goreng hingga garing.
Susun ikan, kerabu mangga dan kentang atas pinggan dan tuang sos.
Sos tersebut catz malas nak wat susah-susah, campurkan 2 sudu sos cili dan da sudu sos tomato, gaul dah perahkan jus lemon. gaul rata. siappp!
Jom makan..
Posted by
CATZ
at
10:09 AM
16
comments
Labels: Fusion
Tuesday, April 15, 2008
Ayam bakar with vege
Ni satu lagi resepi sihat kerana tidak menggunakan minyak langsung malah kaya dgn sayur-sayuran (skema nya ayat..kekekekhehe). Ni catz msk utk dinner. Makan protein dgn sayur je (arnab??)..haa..sebenarnya kemaruk nak guna oven baru..ahahha..
Bahan-bahan:
2 ketul ayam (bhgn yg berdaging)
serbuk lada putih
2 ulas bawang putih
1 inci halia
brokoli
jagung (lebihan wat nasik jagung)
tomato
lemon
1 biji bawang besar ( kuning)
2 biji kentang
jintan
serbuk kari
garam
sos cili
sos tomato
Cara-cara:
Tumbuk halia dan bawang putih. Lumurkan pada ayam bersama srbuk lada putih dan jus lemon. Perap selama 10 minit.
Kupas bawang bersa dan belah 6.
Bakar ayam bersama bawang besar tadi dalm oven pada suhu 200 darjah selama 30 minit (agak-agak je dah masak angkat je le).
Kupas kentang dan belah 4. Lumurkan serbuk kari dan jintan. Bakar bersama ayam tadi.
rebus brokoli. angkat dan toskan. Hiris tomato.
Utk membuat sos, setelah ayam dan kentang tadi masak, angkat. Sisa-sia ayam dan bawang pada dulang pembakar jgn buang. Letak dulang pembakar atas dapur.
Masukkan sos cili dan sos tomato bersama sedikit air dan kacau bersama sisa ayam dan bawang besar tadi. Perahkan jus lemon ke dlm sos. Masak sebentar hingga pekat.
Susun ayam, kentang dan sayuran (tomato, brokoli dan jagung) atas pinggan. Tuang sos pada ayam. Siap.
Posted by
CATZ
at
10:48 AM
2
comments
Labels: Fusion, healthy food, Western food
Monday, April 14, 2008
Fillet ikan with vege
Sabtu mlm ahad, catz masak ikan..fillet ikan with vege...
Simple je...
Bahan-bahan:
Sekeping fillet ikan dori
brokoli
carot
butter bwg putih
lemon
garam
serbuk lada putih
Cara-cara:
Lumurkan garam, jus lemon dan sedikit serbuk lada putih pada fillet ikan dan biar 10 minit.
Rebus brokoli dan carot , angkat dan asingkan.
Letak sedikit butter atas kuali leper, dan masukkan ikan. Terbalikkan bila ikan dah tukar kaler jadi agak coklat. Biar hingga masak. Proses ni dlm 7-8 minit je..angkat.
Tambah sedikit butter ke dlm kuali masak ikan tadi, tumiskan bwng putih sebentar.
Perahkan jus lemon dan masukkan sayur tadi.kacau 1-2 minit. angkat.
Bolehlah susun ikan dan sayur atas pinggan...bersama perahan lemon.
Ngapp...
Posted by
CATZ
at
10:34 AM
8
comments
Labels: Fusion, healthy food, Western food
Subscribe to:
Posts (Atom)







