Tuesday, April 15, 2008

Ayam bakar with vege

Ayam bakar with vege

Ni satu lagi resepi sihat kerana tidak menggunakan minyak langsung malah kaya dgn sayur-sayuran (skema nya ayat..kekekekhehe). Ni catz msk utk dinner. Makan protein dgn sayur je (arnab??)..haa..sebenarnya kemaruk nak guna oven baru..ahahha..

Bahan-bahan:

2 ketul ayam (bhgn yg berdaging)
serbuk lada putih
2 ulas bawang putih
1 inci halia
brokoli
jagung (lebihan wat nasik jagung)
tomato
lemon
1 biji bawang besar ( kuning)
2 biji kentang
jintan
serbuk kari
garam
sos cili
sos tomato

Cara-cara:

Tumbuk halia dan bawang putih. Lumurkan pada ayam bersama srbuk lada putih dan jus lemon. Perap selama 10 minit.
Kupas bawang bersa dan belah 6.
Bakar ayam bersama bawang besar tadi dalm oven pada suhu 200 darjah selama 30 minit (agak-agak je dah masak angkat je le).
Kupas kentang dan belah 4. Lumurkan serbuk kari dan jintan. Bakar bersama ayam tadi.
rebus brokoli. angkat dan toskan. Hiris tomato.

Utk membuat sos, setelah ayam dan kentang tadi masak, angkat. Sisa-sia ayam dan bawang pada dulang pembakar jgn buang. Letak dulang pembakar atas dapur.
Masukkan sos cili dan sos tomato bersama sedikit air dan kacau bersama sisa ayam dan bawang besar tadi. Perahkan jus lemon ke dlm sos. Masak sebentar hingga pekat.

Susun ayam, kentang dan sayuran (tomato, brokoli dan jagung) atas pinggan. Tuang sos pada ayam. Siap.

2 comments:

AB said...

bukak blog catz ni lapau tetibe.. huhu T_T

CATZ said...

hehhe..jom le main masak-masak dgn catz..hehhe..mari le mari..mari memasak....