Monday, April 21, 2008

Ikan dori dan sos pedas masam manis


Bahan-bahan:

Fillet ikan dori - sekeping
bawang putih - 2 ulas
bawang merah - 2 ulas
cili kering - 5 biji
halia-1/2 inci
serai -1 batang
limau nipis/lemon -1 biji (ambil jus)
serbuk lada hitam
sos tiram
tepung jagung
garam
gula
minyak

Cara-cara:

Ikan dori dihiris 4 segi dan diperap dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Gaul dgn tepung jagung dan goreng dlm minyak yg banyak. Toskan.
Kisar cili kering, bwg putih, bwg merah dan halia.
Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
Masukkan sos tiram, jus lemon dan sedikit air, gula dan garam.
Kacau rata hingga sos agak pekat.
Masukkan ikan dan gaul rata.
Hidang..

2 comments:

iNGENiOUS AYU said...

ikan dori tu ikan ape eh? x penah dgr pon. hiuhiuhiu :P

Catz said...

ikan dori tu sejenis ikan...biasanya org buat fish and chip..nak caghik ikan ni sennag je..kat giant/tesco/carefour ada..pegi kat tempat bhn sejuk beku..dia dah siap jual dlm peket dlm plastik dlm bentuk kepingan/fillet...warnanya putih..biasanya kat supermarket tuh dia dlm plastik , keras diselaputi air batu...nak masak sennag je..ikan ni tak hanyir dan sgt sedap....