Semalam catz soping barang dapur coz dah beberapa hari tak balik ke apt, so barang nak masak pun takde.. haa..beli macam-macam lah ikan, ayam, sayur daging sumer (eh..mcm lah org nak tau aku beli apa..ahahhhahhaa..kweng-kweng-kweng..)..
Selain udang, catz masak ikan kerapu malam tadi. Ni masak ala- campak-campak je menggunakan bahan yg dibeli..
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan kerapu
1 cawan tepung jagung
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ labu bawang besar (kuning)- di mayang kasar.
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu cili kering (kisar)
1 sudu sos tiram
½ biji timun (buang biji dan didadu)
sedikit karot
½ biji tomato merah (didadu)
5 biji cili api (dihiris halus)
½ biji limau nipis
gula
garam
Cara-cara:
Buang sisik ikan, buang isi dan cuci bersih. Toskan.
Sapukan tepung jagung pada ikan dan goreng ikan dlm minyak yg banyak hingga agak garing.
Tumbuk lumat bawang putih dan halia.
Tumis bahan tumbuk dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering.
Tumis sebentar.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kacau rata. Masukkan tomato dan karot.
Tambah sedikit air dan biar sos mendidih. Masukan cili api dan timun.
Kacau rata. Bila sos dah pekat, perahkan jus limau dan tambahkan gula sedikit, kacau rata.
Tuangkan sos atas ikan.Hidang.
(jika suka sos yg cair, air tu bubuh lebih sket lah masa masak sos tu.)
Friday, April 11, 2008
Ikan kerapu masam pedas manis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment