Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Pasar Siti Khadijah (part 2) dan Bazar Buluh Kubu

Jalan-jalan cari tudung di Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu...


Harga boleh tawar...so..pandai-pandai le...


yang pasti harganya jauhh leboh murah dari di selangor..heheh..


nak songket...samping...adaa..

macam-macam pesen manik...sulaman..


Segala nama tudung ada...
ada sorang akak penjual tuh ckp..

akak: dikk..tudung maya karin dik ..beli-beli.....cantik-cantik
me: erk?..maya karin??..dia pakai tudung ke?..hiks...
macam-macam nama tudung..
hehehhe....

nice stay....

photo of my stay recently at Kota Bharu, Renaissance.

nice lobby

stay at Junior suite..big and nice room

the food...

nasi kerabu...my fevret..

Bagi Catz..travel di Kota Bharu ni, senang..airport tak jauh dari town, dan kat town centrenya, bus stand and teksi stand tak jauh dr tourist attraction. Terdapt banyak hotel, pilih je ikut budget. Backpackers hostel pun ada. Ada yang minta senarai hotel di KB, nanti kalau ada masa Catz bubuh..
Next time kalau ke KB rasa nak duduk kat town centre supaya mudah bergerak. Renaissance ni jauh sket dgn town dan tourist attraction. Tapi oklah..service ok..food ok...staff pun ok...nice stay, nice hotel. Really recommended.

Thursday, May 7, 2009

Nasi Ulam di Kampung Kraf tangan

Kalau ke Kota Bharu, antara tempat yang boleh dilawati adalah muzium dan juga kampung kraf tangan.

sekitar kampung kraf tangan


Dan yang paling menarik, jangan lupa makan nasi ulam di sini. Sangat terkenal, so rugi kalau tak try.

Restoran Nasi Ulam (juga dikenali kedai nasi ulam cikgu)

Restoran ini sangat terkenal, jadi menjelang tengahari memang sesak lah dengan pengunjung.
Masa catz dtg, sedang elok je, ada lagi meja kosong. hemm...kalau lambat sikit penuh sesak.
Tambahan masa tu ada event SUA RASA, so lagi lah sesak dengan orang yg ingin singgah dan cuba makan di sini.

Di sini makan secara layan diri. Boleh pilih lauk pauk, ulam-ulam yang pelbagai jenis.
Istimewanya di sini terdpt pelbagai ulam seperti rebus pucuk ubi, nangka muda, kangkung, ulam selom, kacang botol, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain lagi. Ada yang fresh, ada yang direbus. Pilihlah ikut suka. Sambal pencicah pun boleh ambil ikut suka nak letak apa.
Ada hirisan mangga, limau, bawang, serai dll. Ada sambal belacan, budu dll.
Terdapat juga gulai ikan, sayur lemak dan pelbagai pilihan hidangan lain seperti ayam goreng.

Ni ulam yang catz ambil..

sambal pencicah

gulai ikan patin..ni Catz bagi gred A++, sedap gila oke....nyummm

ikan bakar dan ayam goreng

singgang ikan tongkol

Makanan di sini selain sedap, terkenal dengan harganya yang berpatutan dan murah. sangat berbaloi...semua hidangan di atas, dengan air tembikai berjumlah RM19.00. Sangat berpatutan.

Penuh dengan pelanggan....

Selepas menjamu selera, boleh lah jalan-jalan sambil beli cenderahati..

Tuesday, May 5, 2009

Pasar Besar Siti Khadijah (part 1)

klik to enlarge

Pasar Besar Siti Khadijah terletak di kawasan Buluh Kubu, Kota Bharu. Ia dibina Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ia dibuka pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.


Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

Pasar ini merupakan destinasi wajib kalau ke Kota Bharu. Bagi Catz, ia sangat unik. Nama asalnya ialah Pasar Besar Buluh Kubu, tetapi di tukar kepada Pasar besar Siti Khadijah oleh Menteri besar Kelantan pada tahun 1997. Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada golongan wanita yang menjadi majoriti peniaga di sini.


Pasar ini merupakan bangunan 3 tingkat yang bersegi lapan. Satu pemandangan yang amat mensrik sekiranya kita mengambil gambar dari atas. Catz dah pernah sampai sini sebelum ini, tapi belum pernah ambil gambar. Unik dan menarik pemandangannya dari atas. Sudah pastinya tiada di tempat lain.

Boleh dilihat bahawa majoriti peniaga adalah terdiri dari kaum wanita.

Di pasar Siti Khadijah, kita boleh membeli belah, dari barangan basah hinggalah bahan kering, peralatan dapur, makanan, tudung. kain baju dll.



Tingkat bawah ini dikhaskan untuk jualan makanan basah, ikan dan sayur-sayuran. kalau nak beli ayam pun ..haa...kat sini lah. Saya tertarik dengan pemandangan lensa kamera saya. Cantik!



kelantan terkenal dengan serunding dan kuih muih. Kalau nak mendapatkannya, haa..pergilah ke tingkat 1. Terdapat juga makanan-makanan lain seperti dodol, keropok dll.


kedai makanan kering di tingkat 1

mari..mariiii.....

keropok..keropok..!

serunding daging

senang kata, kalau nak mengenali Kelantan, pasar ni adalah tempat yang wajib pegi kalau ke Kota Bharu. Ramah-ramah belaka peniaganya...

Sunday, May 3, 2009

terima kasih cikgu aerobic..

Habis meronda pasar malam Wakaf Che Yeh, tgk jam...aaa..dah hampir 7.30 malam. nak balik...
duk tepi jalan, tunggu kot ada kelibat kereta sapu / teksi..tapi takde...hah...................
makk..uwaa....nak jalan kaki?..err..arah mana nak jalan pun tak tawww.....
awwww.....
konon2 nak naik kete sapu, tapi bayang pun takde. Iskk....
bas?? pun tak nampak bayang. Lagipun, tak reti pun nak tunggu arah mana...aaaa...
duk tepi jalan dgn tangan penuh dgn plastik makanan..erkkk..
pi tanya org..dia ckp..teksi ptg2 mcm ni kat area ni susahhh.....
arghh....

tetiba....

aku lalu depan kedai..nampak satu kereta kenari berenti yg dipandu pleh seorang perempuan...berenti depan satu kedai...sorang pompuan comel masuk dalam kereta.
aku duk pikir..tanya je lah kot2 dia bleh tolong ke kannn...kan...
lagipun malu bertanya sesat jalan....dan malu bertanya karang aku tidur tepi jalan pulak...tak mooo...tak nak aaa bersila tepi jalan mkn nasik kerabu...hukhuk....

aku dgn buat muka cool...menghampiri kereta kenari tu...
ehh..kebetulan wanita tersebut turunkan tingkap kete dia...

aku: Assalammualaikum..
wanita dlm kereta: Walaikumsalam
Aku: makcik...ke mana arah hotel Renaissance?
Wanita dlm kereta: arah sana...
aku: camana nak dpt teksi kat sini ye?
Wanita dalam kereta: susahhh nak dpt teksi waktu gini...
aku: ehm.....
wanita dalam kereta: mari dari mana?
aku: KL....pi pasar malam tadi..nak balik hotel
wainta dalama kereta : marilah, mokcik hantar ke hotel
aku: eh..tak susah ke? (dalam hati duk melompat2 oke..yabedabeduuuuu!!!)..
wanita dalam kereta: marilah naik..tapi kereta makcik ni bau busuk
aku: takpe...
(then anak dia duk alih-alihkan barang,,)
wanita dalam kereta: sorrylah..my car is smelly...beli udang lupa nak keluarkan semalam...
aku: takpe makcikkk..takpe...

so..kami berbual-bual dalam kereta. Dia kata dia duduk arah berlainan, tapi sebab kesian dia hantar aku..isk...baik kan makcik ni...
dia ckp..dia bau balik mengajar

aku: oh..cikgu ke
makcik: bukan..
aku: pensyarah?
makcik: bukan....ala..saya ni cikgu aerobic...
aku: ahhh?? wahh..sihattttnya..bestnyaaa..
makcik: i am 64 u knowwww
aku:aaa??? ye ke??
makcik: ye..Alhamdulilah...saya dah pencen..tapi now keje lah ngajar aerobic, nak sara anak..yg ni belajar kat UIA. suami dah meninggal...if takde keje esok boleh lah bawa anak jalan-jalan. Tapi esok ada pertandingan aerobic.
aku: oh..makcik jadi instructor pasukan ke?
makcik: takllah..makcik jadi judgest..
aku: oh... (terlopong kejap)
makcik: kat kelantan ni..once a year ada pertandingan aerobic...
aku:Oooooo....



Kami berborak-borak. Anak dia..namanya Dani, ramah gak... hihiihihih....jalan agak jem. Dapat le borak-borak. Dia syorkan, if nak berjalan ke town esok, naik je bas. Dia tanya gak knp duk Renaisannce..tak duk hotel kat town centre sana...dia tanya gak..aku dah beli ke mknn local. Aku ckp le..yg tgn aku dah penuh ni, beli kat pasar malam. dgn segala nasi dagang, nasi kerabu, kuih muih..hehheheheh...makcik tuh gelak je...anak dia pun...kehkehkeh..
Dia turunkan aku depan hotel.

makcik: turun sini jelah..nak turun depan lobi segan..kete makcik ni buruk
aku:eh,,taklah makcik..ok je..
then aku nak bagi dia duit..mati2 dia tak nak..dia ckp dia tolong kerana Allah...
hem..terima kasih makcik....
sampai jumpa pagi..
sempat gak kami bertgukar nombor telefon..
moga Allah balas budi baik dia..

Hah..penuh tak meja aku dgn food...hehhehe..

nyum-nyummm...nasi kerabu daging bakar yang sedapppss...hiks..
(if lah makcik tuh tak hantar aku balik.entah2..cik kiah ni duk bersila tepi jalan makan nasi kerabu..ha-ha-ha.)

Saturday, May 2, 2009

Jalan-jalan cari makan : Wakaf Che Yeh Night Market

Aku tak tau nak ke mana..tapi dalam kepala ni...nak cari food. Local Food yang best. Masa kat hotel, aku amik brochure dan peta KB. Dalam brochure tuh adalah map, interesting places, local food info, dll. Antara makanan yang mesti dicuba ialah nasi kerabu, dasi dagang, kuih muih tradisional (akok, jala mas, bunga tanjung dll), nasi berlauk, solok lada, budu, ayam percik, ketupat sotong dan macam-macam lagi. So..ke mana kita??

Mata aku lekat kat salah satu tempat yang aku rasa tepat utk cari local food.
WAKAF CHE YEH NIGHT MARKET.

Aku tanya dgn org kat KB Mall, derang ckp tak jauh..ehm..tapi tak larat lah nak jalan. Cuaca panas amat lah, walau dah hampir pukul 6 petang. Plan naik teksi je. Tapi, rupanya nak naik teksi kat sini, bukan senang (sebab aku tak tau). Pi tanya orang kat depan KB Mall, terus dihampiri oleh seorang drebar kereta sapu. Wah...kereta sapu dia park betul-betul depan pintu KB Mall, which aku wonder gak, knp takde proper teksi depan KB Mall ni? Dia charge RM15.00!! Bukannya jauh sgt oke. Dia ckp, jalan jem, ada karnival SUA RASA. Tapi dia tak lalu pun kat stadium tmpt karnival event tu, dia ikut jalan lain yg tak jem pun. Hem....dalam 7 minit dah sampai Wakaf Che Yeh (pakcik kereta sapu ni dia ikut jalan belakang, katanya). Pakcik tuh siap bagi tau, kat KB ni susah dpt teksi, jgn balik malam-malam. oh.. Ini KB ye..bukan KL .

Sampai je...pasar malam belum meriah sgt. Baru around pukul 6 dan peniaga pun tengah duk susun barang dan prepare utk berniaga. Jalan le sikit-sikit. Hem...kat sini ramainyaa orang jual buah mangga. Besar-besar dan nampak sedap. Night market ni sangat panjang dan disamping pasar malam, ada juga gerai-gerai makan. So..here i come nasi dagang!!!

Pasar malam Wakaf Che Yeh

Pelbagai barang jualan di pasar malam ini. Dari selipar jepun, buah-buahan, makanan siap, sayur-sayuran, kuih muih tempatan, keropok dan pelbagai lagi.

Hausss...nampak cendol ni terus nak beli... colourful and yummy!! slurpppp..
me: kak..nak air kaler-kaler ni...air apa?
akak jual air: cendol dik.
me: nak satu...berapa?
akak: seriya (sila sebut dgn dialek kelantan)

Anddd.....ni dia...gerai nasi kerabu dan nasi dagang...uihhh..ramai orang kerumun gerai akak ni..sure sedap lah kan....he-he. Cat beli nasi kerabu lauk daging bakar, solok lada dan juga beli nasi dagang lauk ikan ayer.

solok lada..nyummm..nyumm...

Nasi dagang beserta lauk pauknya.

daging bakar dan lauk pauk nasi kerabu

ayam bakar

yey....laksam pun ada!!

Yang bestnya kat sini, kita boleh beli makanan kat night market dan makan kat gerai sebelah pasar malam tu..

so beli laksam, makan kat gerai..

nak?? nyum-nyum..lemak dan sedap kuah laksam ni...

Alhamdulilahh...kenyang... tak larat dah nak makan nasi kerabu tadi..

so...continue my food hunting journey...kuih ni lupa nama dia, tapi sedap...beli singgit.

akok Kelantan...beli singgit. sedap baunyaa..dan manis.

durian anyone?..nampak yummy ek durian ni. (p/s: tgk gelang akak yg nak beli durian tu....uiii....banyaknya gelang cik Kiahhhh....perghhh...). Bahaya tu kak pakai gelang banyak-banyak pi pasar malam.iskkkk..

tudung ikin (ada di tulis di label... TUDUNG IKIN)..ha-ha-ha.

seliparrrr....warna warni..

buah salak..

mangga (buah mangga, bukan majalah mangga)..


haus..beli air seround lagi....tangan dah penuh dgn makanan yg akan di bawa balik ke hotel...now...fikir ek..how nak balik???? tetiba dah pukul 7.30 mlm.....dan tak tau...nak naik apa balik hotel..iskkkkkk....

to be continued...