Thursday, May 7, 2009

Nasi Ulam di Kampung Kraf tangan

Kalau ke Kota Bharu, antara tempat yang boleh dilawati adalah muzium dan juga kampung kraf tangan.

sekitar kampung kraf tangan


Dan yang paling menarik, jangan lupa makan nasi ulam di sini. Sangat terkenal, so rugi kalau tak try.

Restoran Nasi Ulam (juga dikenali kedai nasi ulam cikgu)

Restoran ini sangat terkenal, jadi menjelang tengahari memang sesak lah dengan pengunjung.
Masa catz dtg, sedang elok je, ada lagi meja kosong. hemm...kalau lambat sikit penuh sesak.
Tambahan masa tu ada event SUA RASA, so lagi lah sesak dengan orang yg ingin singgah dan cuba makan di sini.

Di sini makan secara layan diri. Boleh pilih lauk pauk, ulam-ulam yang pelbagai jenis.
Istimewanya di sini terdpt pelbagai ulam seperti rebus pucuk ubi, nangka muda, kangkung, ulam selom, kacang botol, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain lagi. Ada yang fresh, ada yang direbus. Pilihlah ikut suka. Sambal pencicah pun boleh ambil ikut suka nak letak apa.
Ada hirisan mangga, limau, bawang, serai dll. Ada sambal belacan, budu dll.
Terdapat juga gulai ikan, sayur lemak dan pelbagai pilihan hidangan lain seperti ayam goreng.

Ni ulam yang catz ambil..

sambal pencicah

gulai ikan patin..ni Catz bagi gred A++, sedap gila oke....nyummm

ikan bakar dan ayam goreng

singgang ikan tongkol

Makanan di sini selain sedap, terkenal dengan harganya yang berpatutan dan murah. sangat berbaloi...semua hidangan di atas, dengan air tembikai berjumlah RM19.00. Sangat berpatutan.

Penuh dengan pelanggan....

Selepas menjamu selera, boleh lah jalan-jalan sambil beli cenderahati..

17 comments:

bozzobattousai said...

bozzo gi sana ngan family tahun lepas tapi tak tau pon ada tempat nih...ruginya...

Neeza.Areef said...

sgt menyeksakan pemandangan tgk makanan tu

Syahr-El said...

meleleh air lio tgk sambal pencicah tu catz....

kucingorengemok said...

kalau masuk biggest loser lps balik dari kelantan jawabnya corot lah, hehe :)

CAHAYA said...

lama tak mamam ikan patin tempo!

A I R I N A said...

blom lg pernah jejakkn kaki ke pantai timur... but insya'allah ada rezeki mmg akan sampai!!!

kin said...

uik..
keje kamu mmg berjalan2 ke?
bestnye...

keje pe tu?

nisa said...

am salivating over d foods u publish..sgt menggoda selera..
arghh!! x sabar nak balik my hometown! thanx 4 d nice entry!

CATZ said...

bozo,
next time kalau pegi KB..mesti makan sini oke..
bg catz, adalah penting sebelum ke mana2..check best makan place kat tempat tuh..mr google kan adoo..
haa..next time google okeh...

CATZ said...

neeza,
aku mmg nak seksa reader2 ku..
promote tuh..next time kalauke KB, jgn lupa nasi ulam cikgu ni...yer..

CATZ said...

kal el,
saya mmg saja nak buat you meleleh air liurr..hhehehehe...
sorryyy...kaalu nakkk...kenalah ke KB..
hehhee..

CATZ said...

kucing,
aku mmg sentiasa corot lah..
how ekkk..ek..
selera tak boleh ditahan2..hehhe

CATZ said...

cahaya,
ikan patin is my pebret.hehehe..
balik keje singgah supermarket lah beli patin cahaya..masakk...heheheh

CATZ said...

hi Honey,
haruslah jejakkan kaki ke pantai timur...kat Malaysia ni pun banyak tempat yg boleh diterokai, di lawati.
cuti2 malaysia...

CATZ said...

Kin..
haii..lama tak nampak..
keje saya?..jalan2?

hehhehhee....food tester..
hiks...

CATZ said...

hi nisa,
welcome to my blog..
oh..u org KB ke?..mmg best kan kat kelantan ni..banyak food...unik2..
btw..
happy reading ya..
salam perkenalan..

kak temah said...

catzzz.
kak temah pernah gi cni....sedap bangettt,,,harga cam ni mmg tak dapek kat mana2 walau kita masak sendiri....