Thursday, May 21, 2009

Nasi lalapan di Restoran Muara, Waterfront Miri.

Nasi lalapan?...ni kwn catz yang recommend...
Restoran Muara terletak di Miri Waterfront..
pusing-pusing cari kedai ni..terletak di area Jalan Pala. (Aku duk tgk peta).
Kedai ni popular dengan nasi lalapan. Masa catz dtg, tengahari..kedai penuh. Dan catz tgk ramai makan nasi lalapan ni.
Selain tu, ada juga menu lain seperti laksa, mee, sup, dan lain-lain.


Restoran Muara

Ni lah lalapan tu. Yang ni lalapan keli.
Kita boleh pilih lalapan ayam, ikan (keli, tongkol, bawal, dll), daging. Pilih ikut selera.


Set lalapan terdiri dari sayur-sayuran (timun, kacang panjang, pucuk ubi, kobis) , tahu goreng, tempe goreng, sambal belacan dan ikan/daging/ayam yg digoreng. Set juga termasuk sup kosong, sambal dan nasi putih.
Sambal belacan ni sangatttttttttt sedapp!!! kenyang gila sebab portion besar dan banyak.

sambal

sup tulang..sedap jugak...

Haa...licin!!

updet: sebab ada yg tanya, apa makna lalapan??

INFO TAMBAHAN

aku rasa kedai ni kedai indonesia kot. sebab, pekerja termasuk cashier semua CAKAP JAWA sesama mereka dan aku boleh paham sebijik-sebijik apa derang cakap.
LALAPAN tu apa??
setau catz, LALAP tu bahasa JAWA yg maknanya ULAM.
lalapan tuh ulaman le kot...

jom makan!

18 comments:

neezareef said...

seb baik lah dah kenyang br npk makanan2 nih

NenekPenne said...

cam ala2 nasi ayam penyek jer....

kucingorengemok said...

makanan org sabah ke, makanan org jawa ni?

aianna said...

erkkkk da laa xmkn lg...

wuaa wuaaa

lapo!!!!!!~

DrSam said...

baru dengar perkataan lalapan tu. apa maksud sebenarnya chef?

amerbourdon said...

catz..saya selalu tgk blog awak..tapi saya tgk awak banyak jalan2..actly..wats ur job..huhuhuhu..curious..

CATZ said...

neeza,
thanks sudi jenguk ke rumah saya ni..hemm...bau makanan ni samapi ke sana ke??..hehehhehehe.jgn ban blog aku sudeh,.

CATZ said...

nenekpenne,
yup..tapi yg ni banyak ulaman/sayur dan sambal dia lain dr ayam penyet tuh...tapi sedapp!!

CATZ said...

kucing, aku rasa ni indonesian lah..
staff dia semua ckp jawa indon.

CATZ said...

aianna,

jommm..maamammm jomm..

CATZ said...

DrSam,

lalapan tuh ulam-ulaman ..
lalap = ulam , lalap tuh bahasa jawa..
ehehhe..berguna gak skill jawa aku..
hikssssssss...

CATZ said...

amer,
terima kasih kerana tak jemu membaca catatan saya...happy reading.
saya cuma manusia biasa....keje biasa-biasa,mencarik sesuap nasik.
:)

PENGASAS LALAPAN DI MIRI, SARAWAK said...

terima kasih atas sokongan anda.


dari ibu susanti, pemilik kedai muara restoran.

PENGASAS LALAPAN DI MIRI, SARAWAK said...

terima kasih atas sokongan anda.


dari ibu susanti, pemilik kedai muara restoran.

PENGASAS LALAPAN DI MIRI, SARAWAK said...

terima kasih atas sokongan anda.


dari ibu susanti, pemilik kedai muara restoran.

MK~ROSE said...

My fren di Miri kata ada perkataan lapan coz terdapat lapan bahan dalam pinggan tanah tersebut.. :)

Anonymous said...

nasi lalapan nie, asal nya dari indonesia...nasi lalapan n nasi ayam penyet x sama yer...bezanya, rasa pada ayam tu...tapi ada kedai, mayb x tahu buat kot, mereka sama kan jer either lalapan ayam n ayam penyet..
n 4 ur info CATZ, onwer muara tu husband dia local x silap i..n wife dia indon..('',)

Anonymous said...

Owner dah bg komen tu..hehe

X slh husband dia pegawai polis kat miri n wife indonesian.. :)