Klik-klik..
Friday, June 26, 2009
Thursday, June 25, 2009
Kampung Air
Kalau ke Labuan, tak lengkap rasanya jika tidak melawat ke Water Village atau Kampung Air.
Terdapat dua buah kampung air yg terkenal iaitu Kampung Patau-Patau dan Kampung Bebuloh.
Catz berkesempatan ke Kampung Patau-Patau 2.
Posted by
CATZ
at
1:43 AM
3
comments
Labels: Labuan
Tuesday, June 23, 2009
Labuan trip..part 1
Landing di lapangan terbang Labuan. Penerbangan selama 2 jam 20 minit dari KLIA dgn pesawat MH 20XX. Then sewa kereta di Labuan airport. Sewa kereta di Labuan amat berpatutan, maklumlah Pulau Bebas Cukai. Harga kereta di sini murah, sebab tu sewa pun agak berpatutan.
Wilayah persekutuan Labuan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan Malaysia.Ia merupakan Wilayah Persekutuan kedua selepas Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Diistiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 1984. Keluasan Pulau Labuan ialam 98km persegi, dan terletak 10km dr pantai Sabah.Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". (sumber: wikipedia)
sedikit sejarah Labuan:
Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum bissya ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau IBFC).
sumber: wikipedia
hehee..nasib le tak besar town nya..dan bandar pesisir laut..pemandangan sana sini nampak laut.
Di muzium ni, banyak perkara boleh dipelajari. Contohnya cara-cara menangkap ikan dan teknologinya , jenis2 ikan,terumbu karang, etc.
Disini, terdapat juga gerai makan. So makan tak jadi masalah. So, aku makan kat sini je lah. Lapar!
Posted by
CATZ
at
10:48 PM
12
comments
Monday, June 22, 2009
Labuan..lensaku...part 1
Aku Tidak Di Matamu - Nora
Pergilah jika kau mahu
Pergilah tak usah kembali
Tak akan ku pujuk lagi
Tak perlu merayu lagi
Biarkan saja
Semua berlaku
Usah dipanjangkan lagi
Makin dalam sedih yang kusimpan
Kau pinta ku memahami
Apa yang terlintas di hati
Sedangkan kau tak cuba
Malah kau sengaja memyembunyikan
Apakah ertinya
Apa yang kau mahu dari ku
Rindu akan terus mengusik hatiku
Rindu akan mencungkil kemesraan yang lalu
Biarlah aku simpan kenangan yang manis
Walau hakikatnya payah untuk aku terima
Jika benar atau pun sungguh bagaikan dikata
Tak akan aku halang keputusanmu itu
Usah ditanya
Apakah sudahnya selepas ini
Biar aku dengan cara sendiri
Merajuk biar bertempat
Memujuk ada batasannya
Takkan kurujuk walau terpaksa
Takkan kupujuk andai dipaksa
Pandai-pandailah engaku bawa haluanmu
Tanpaku menemanimu
Posted by
CATZ
at
3:36 PM
0
comments
Labels: Jalan-jalan, Labuan, photo by catz







