Landing di lapangan terbang Labuan. Penerbangan selama 2 jam 20 minit dari KLIA dgn pesawat MH 20XX. Then sewa kereta di Labuan airport. Sewa kereta di Labuan amat berpatutan, maklumlah Pulau Bebas Cukai. Harga kereta di sini murah, sebab tu sewa pun agak berpatutan.
Fakta:
Wilayah persekutuan Labuan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan Malaysia.Ia merupakan Wilayah Persekutuan kedua selepas Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Diistiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 1984. Keluasan Pulau Labuan ialam 98km persegi, dan terletak 10km dr pantai Sabah.Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". (sumber: wikipedia)
sedikit sejarah Labuan:
Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum bissya ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau IBFC).
sumber: wikipedia
Dari airport, tak tau nak ke mana. Nak check-in lambat lagi. Amik peta dan tanya2 sket dgn org sewa kereta, dptkan beberapa maklumat. So destinasi pertama, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa utk makan dan pi muzium. Sebelum tuh mmg dah terpusing-pusing kat town ni.
hehee..nasib le tak besar town nya..dan bandar pesisir laut..pemandangan sana sini nampak laut.
Komplek Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
click to enlarge
Di komplek sukan laut ini, terdapat Muzium Marine Labuan.
Di muzium ni, banyak perkara boleh dipelajari. Contohnya cara-cara menangkap ikan dan teknologinya , jenis2 ikan,terumbu karang, etc.
jom masuk!..opss..NO CAMERA ya! masuk percuma.
cantik!
Labuan Tourism Action Council.
Disini, terdapat juga gerai makan. So makan tak jadi masalah. So, aku makan kat sini je lah. Lapar!
Cantik sungguh Labuan ni...
12 comments:
tak pernah lagi samapi Labuan...part makan-makan seafood takde cite ke catz...mesti ada kan...hehehe
woww...cuti cuti lagi kaa...
Bestnyer jadi macam catz...jalan sana jalan sini...boleh mama tau catz kerja apa??
Ke melancong...byk pengalaman anak ni.
akak,bape sewa kete nie??
waa, skrg jugak aku ke mari sambung gosip: 1) sw tu tau gak, tapi ada ura² staf tak dibayar gaji so maybe renovation tu cover je, sbnrnya staf mogok.. staf dia still berkeliaran kat LL 2) tak tau ada kes! ini memeranjatkan, ingatkan selamat dan sejahtera... erkkk!
anne,
ada lah mkn seafood. tapi kan..pi kejap je..tak explore sgt le..
axim,
ye..jln2 carik makanan..
cikgu zainab,
enjoy reading ye mama..
saya student...:)
kojah.
RM 140.00
if pandai menawar secara tegar..boloeh dpt murah lagi..
kog,
ni kes terpencil katanya..
at lavender..rumah kawan aku.
2nd floor.
aku rasa pak guard tuh mkn gaji buta..
tapi aku bukan duk yg situh..
ptg nih aku nak balik lah tgk apartment aku..iskk..ngeri gak nih..
cuma jgn cuai kunci pintu, grill tingkap segala tau!
Catz!
Sy pun baru balik dr Labuan.. Err.. pergi sana awal bulan Jun hari tu.. stay 10 hari kat sana..
Pergi Brunei jap, jalan-jalan...
Pergi jugak kat Komplek Sukan Laut Antarabangsa Labuan tu.. Tengok tak rangka raksaksa kat dalam tu? kekeke.. Rugi tak amik gambar curi-curi.. :D
Pastu pergi borong pearl lah, apa lagi.. kekeke.. kat pasar Labuan tu.. Borong kat 2 kedai je.. kedai Ivy dengan kedai Auntie.. Kedai Ivy tu kedai yg ada pintu, sejuk sikitlah kedai tu, tak open air cam kedai lain..
Kat Labuan, ada try makan chakoi kawen tak? Best!!
Ish.. Entry sendiri malas nak karang, tetiba ter-rajin plak komen panjang-panjang kat blog orang.. kekekekek..
sonoknyerr jalannns gi pulau akak catz tewww.. hmmm
Post a Comment