Tuesday, June 23, 2009

I hate u siti markonah.

geram aku pagi ni.
aku masuk lab tgk meja aku bersepah-sepah.
Milo 3 in 1 aku berlubang-lubang dan berterabur isinya.
Snek aku pun pun dah terburai.
aku tau dah. ni keje sapa.
lab mate aku ckp.." aku rasa..tupai kot...or maybe tikus".
aku kompius kejap, ada ke tupai masuk dalam bilik??
opis aku bukannya tepi hutan. ada ek tupai duk kat kota metropolitan?
tgk tahap kebersepahan aku taulah...tu gigi sapa yg gigit tu..
siti markonah la ni!!! aku kompem memang dia.
kalau aku jumpa ko siap !
aku tau lah..kitarang yg lain tak rajin nak stay up duk kat lab ni gigih-gigih.
so ko sesuka hati je duk kat lab ni..amik makanan org lepas tuh buat sepah.
ko kalau nak makan, kemas boleh tak?
aku bukannnya kedekut.
Mak aku ajar, kita kena jadi org pemurah, so nati Tuhan bagi lebih lagi rezeki kat kita.
Ko nak makan milo 3 in 1 aku ni kan..makan le..amik satu tiub dah la. Ni semuaaa sekali ko makan dan sepah-sepah kan.
ko memang kuangggg hajoooo kan!!
kalau aku jumpa ko...ehmmm...
aku nak kangkangkan ko..
pinkan kaki tangan ko atas meja...
then siat kulit. Then tgk jantung ko dup dap-dup dap.
eiii..... (ni mcm cikgu biologi kitarang buat dulu).
masa tingkatan 6, kelas bio 3 jam. kena ngadap siti markonah. Dah le sekolah perempuan. Masuk lab je semua buat muka geli , termasuk aku le.
lepas tu cikgu ckp.. " esok....setiap group kena bawak 1".
tak koser lah aku nak pi carik tikus malam-malam kat longkang belakang dapur asrama.
(dengan harapan...adalah budak2 skema dlm group aku akan bawak 2-3 ekor esoknya). Tapi dah nama sekolah perempuan..semuanya penggeli termasuklah sorang budak tomboy tu, sorang pun tak bawak. Tak boleh harap langsung (termasuk la aku). Tah napa..ada je binatang yg cikgu suruh bawak masa form 6. Kejap tikus. Kejap lipas. kejap katak. Aku taulah..belakang dapur asrama, dekat2 dgn ampaian, memang meriah dgn ternakan binatang tuh. Tapi tak koser lah aku nak pi tangkap oke.kirim salam je.

Berbalik kepada siti markonah yg duk bermaharajalela dlm lab aku ni. Aku kena carikkan ubat ni. Haaaa...siap ko ye.


siti markonah= tikus.
ramai yg ckp..jgn sebut 'tikus'..nanti dia lagiiii dtg..
so kena bagi gelaran.
betui ke??

23 comments:

cikgu zainab said...

betul tu...x boleh marah2 / maki2 / sumpah2 kat siti markonah ni...nanti dia lagi "mengamuk"...nin from mama punya experience la..

Norasiah said...

aku rasa kan catz, hidup ko ni tak leh lari dari markonah la... kat sekolah ko kena jumpa markonah, kat tempat keje ko jumpa markonah, balik rumah ***** pun ko berperang dgn markonah...

en_me said...

siti bad siti.. ekeke

kucingorengemok said...

kalau catz jumpa, siti markonah akan tukar nama jadi siti kusmati... lain kali tinggalkan food sedap² skit luor pintu bior dia tak kaco milo 3-in-1 ko, hehehe.

neezareef said...

ooo ibarat bila dipanggil nama sbeno tu dia akan rasa dipanggil2 la gitu ek

cik_strawberry said...

Salam catz...maaflah yer sebab bukan nak citer pasal markonah..saya selalu gak masuk website u..nak tanya tips sket..sekarang ni kan virus H1N1 makin menular..mid of July saya satu family akan ke Kk..risau gak sebab takut benda2 cam gini kan.. boleh bagi apa2 tips utk saya seems that dalam blog u selalu gak u jenjalan naik flight..hope catz willing to share...

NenekPenne said...

ha ha...sib baik akak kelas commerce.... eee tak kuasa nak 'post mortem' menatang2 ni.... geli!!!!!!

CATZ said...

cikgu zainab,

betul tuh...takleh mengamuk..bunuh,
nnati dia dtg ramai-ramai serang..iskk..seremss..

CATZ said...

Norasiah,
serems mak noks...cik markonah sentiasa mengekori ku..
ko still ada tak ubat markonah tuh..nak sikit..

CATZ said...

en_me,

tu lah..siti jahat...curik makanan kitaaa...

CATZ said...

kog,
tingglkan food sedap2?..
manyakkkkk santek moka....
amboi.....

CATZ said...

neeza,
tuhlah..katanya derang ni boleh dengar tau kalau kita sebut2 nama dia..

CATZ said...

cik strawberry,
nanti saya buat satu entry khas ye..

@xiM said...

ingatkan siti markonah mana tadi daaaa...

Kal El said...

sedapnye nama tikus tu.. cik siTIKUS Markonah muahaha...kat umah Kal El panggil Che Meti je...

al-qamar said...

tah2 bukan siti markonah, tah2 incik mus wangi (musang pandan), kehkehkeh...

SiMpleSmArtErMe said...

Catz... simple baru jer lepas sesi kejar lipas..

mampos lipas tuh kena sembur ridset..pas tuh tutup ngan botol ridset..

dulu dah bunun bini dia..& anak2 dia..rasanya nih bapak dia.

Masa simple demama ada nmpak dia tp malas fikir sbb x sihat..so hari nih dah tamah riwayat lipas tuh..

Pstt..lipas boleh sebut lipas ker..ker Cik Li..??

Linda Abdullah said...

Mesti "Cik Ti" yang sedang dalam kelaparan.. kesian kat dia CATz..hik.hik..

CATZ said...

axim,

org2 ada ckp..jgn sebut tikus..so aku bagi gelaran markonah..hahhaha

CATZ said...

kal el,
cik meti?..wahh..wut a cute name..hikssssss....

CATZ said...

simple,
cik lipas takpe..ko boleh sebut kuat2..
depa takde kuasa ajaib..
markonah tuh mmg bahaya sket...

CATZ said...

alqamar,
mana ada musang tgh2 bandaraya KL nih..
hehhehehehe..

CATZ said...

Linda,
kalau dia makan..kemas..mak tak kisah..ni semua milo dilubang2kan..disepah2kan..
tuh mak marah nihh