pagi yang hening..
aku memandu ke tempat kerja..
duduk mendengar lagu dari corong radio dalam jem...
sesekali aku senyum sendiri mendengar celoteh DJ,
tiba-tiba...
kringggg..kring...henpon ku bernyanyi...
eh..siapa call pagi2 ni??
oh..
khabar sedih..
makcik siti meninggal dunia pukul 7 pagi tadi...oh...Innalilah....
aku masih terperangkap dalam jem...nak patah balik sgt amik masa..
aku call pak usu..katanya tgh tunggu pelbagai urusan..
so..lepas masuk opis sat, aku zooommmmm ke hospital XXXXX.
sampai hospital, call pak usu, dia ckp, pi rumah mayat terus.so aku menuju ke rumah mayat dgn tunjuk arah seorang mak guard yg sgt baik hati.
sampai di situ, saudara mara yg tinggal berhampiran, pak usu, mak usu dan jiran2 makcik siti dah ramai di sana.keluarga makcik siti kelihatan sedih.
aku bersalam dgn mereka.
oh..tengah tunggu giliran utk dimandikan, dikapankan.
muka nenek tenang, riak muka macam biasa tapi aku tau dia sedih.
ye lah..belum sampai 3 bulan yg lalu, kami kehilangan seorang pakcik iaitu anak lelaki nenek.
Kami duduk di luar rumah mayat, menunggu.
bila sampai masa, kakitangan yg menguruskan jenazah mahu mengemaskan kain kapan, dia memanggil ahli keluarga. aku sorong nenek yg duduk atas kerusi roda.aku ikut masuk sekali. sungguh tenang raut wajah arwah. nenek mencium makcik siti buat kali terakhir.
selepas itu baru aku nampak nenek menangis. aku yg tadi ok je, tetiba jadi sgt sebak. aku pun nangis sikit. Melihat anak perempuan bongsu makcik siti menangis di suatu sudut, aku jadi sebakkk sangat. tak semena2 aku pun menitiskan air mata. ye lah..dia kecil lagi. Tingkatan satu.
Kami menyaksikan kakitangan hospital mengemaskan lipatan kain kapan.
Setelah itu jenazah disembahyangkan, ramai yg turut serta. Jiran2 dan saudara mara yg ada di situ.
setelah selesai urusan, van jenazah tiba. Kami bertolak ke Johor. Suami dan 2 anak makcik siti, turut serta dalam van jenazah.Pak usu dgn keluarga dia satu kereta. Nenek pula naik dgn aku beserta sepupu dan sorang saudara. at least aku ada kawan nak drive.
aku tau nenek tak makan apa2 dari pagi.
aku berhenti di bandar baru bangi, belikan nenek nasi..dia nak makan dalam kereta katanya.
aku beli nasi, roti, air utk org lain juga. aku tau mereka tak lalu makan, tapi perut kenalah alas sikit, jauh juga perjalanan.
Nenek tennag di tempat duduk belakang dgn sepupu. Aku pujuk nenek makan. dia ckp tak lalu. kalau dia nak dia makan. oklah.at least dia minum.
Laju juga aku drive...aku bukan org yg suka drive laju2..tapi kali ini..aku rasa oke je..bawa 120-130km/jam. aku rasa 120 km/jam adalah sgt laju. sebab nak kejar van jenazah yg dah jalan lebih dulu dari aku tadi.
on the way, mak aku duk call tanya dah sampai mana.3 kali mak call.
Alhamdulilah..2 jam lebih..selamat sampai Johor. aku sampai 10 minit selepas van jenazah sampai.
Saudara mara sudah ramai di rumah nenek, dengan segala persiapan.
Jenazah di letak di ruang tamu, tetamu yg hadir baca Yasin.
Aku balik rumah mak kejap , tukar baju kurung. sebab tadi aku pakai seluar dan t-shirt je kan.
(aku rasa org pandang aku semacam)...
aku bawak adik2 kerumah nenek.
pukul 3.30ptg..jenazah selamat dikebumikan.
malam ni ada tahlil, disertai oleh adik beradik dansaudara mara.
sepatutnya mmg makcik siti pindah Johor, balik kampung sebab rumah dia dah siap, dekat dgn rumah nenek. dia ckp nak balik terus johor,tak larat dah nak duduk Kajang. Nak rehat balik kampung, Barang2 dia pun dah pack dan lori pun dan tempah. Patutnya, hari sabtu hari tu dia pindah Johor. Tapi..manusia hanya merancang, Tuhan yg menentukan. Memang makcik siti terus balik Johor dah sekarang ni. tiba masanya, kita semua pasti di jemput....
Al -Fatihah...
Tadi, aku lalu rumah makcik Siti yg dah siap tu...rasa sedih tiba-tiba..
....
sekian.
Wednesday, June 10, 2009
Tiba masanya..
Posted by CATZ at 9:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
takziah untuk Catz n family...
sedih sey...
ajal datang menjemput tak kira tua atau muda...
al fatihah...takziah
al fatihah kepada arwah
semoga berbahagia
kepada keluarga banyakkan bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan arwah...
amin
Al-Fatihah buat arwah..smoga roh nyer ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.Amin.
innalillah... moga rohnya ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.. amin
Al-fatihah..takziah..saya faham cemana perasaan catz..moga rohnya ditempat digolongan orang yang beriman..
Takziah untuk Catz dan keluarga smua...takda gambar pun at least gambar umah Mak Siti..yg baru siap tu...
Salam Takziah to Makcik Siti & familiy.. Setiap yg hidup pasti akan mati tp masa dan hari yg berbeza..
al fatihah utk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat... sebak baca entry nie..
takziah catz sekeluarga..
Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun....
Moga arwah makcik Siti ditempatkan bersama golongan mukmin...
Salam takziah buat catz & keluarga..
Semoga roh mak chik siti ditempatkan di kalangan orang2 solihin.
Salam Takziah. Semoga tabah.
Inna lillahi wa inna ilahi raajiun.
al-Fatihah utk arwah.
Catz, takziah k..
sori to hear bout ur aunty..
Allah loves her more
alFatihah
takziah yek.
al fatihah
“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”
alfatihah wat makcik siti..
salam,
kepada semua pembaca blog catzscafe, kawan2,
thanks atas ucapan takziah, dan sedekah Fatihah utk arwah makcik siti.
terima kasih atas ingatan kalian semua, hanya Tuhan yg dpt membalasnya.
happy reading.
:)
salam,
catz
takziah buat kak catz, setiap pemergian pasti diiringi dgn kesedihan, walaupun tanpa air mata..
Post a Comment