Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts
Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Main masak-masak : nasi impit goreng daging

ok....
dah habis dah ke rumah terbuka?
belum?
ada lagi next week?
dah minggu-minggu terakhir ni ramai dah kot yang dah keletihan menganjurkan rumah terbuka, dan yang dah kekenyangan menghadiri rumah terbuka. Tak kisahlah kan..
tujuannya mengeratkan silaturahim..
selain tu, dapat pahala menjemput org dtg makan..
tak kisah lah apa tujuannya..yang penting acara meriah ni dptlah menjumpakan sesama rakan yang lama dan baru..yang jauh, jarang berkesempatan jumpa.
Time ni lah nak updet segala cerita..

kalau tahun dulu bawa anak 2..raya ni ada yg dah bertambah jadi 3..
kalau dulu dtg sorang now maybe dtg berdua..
eh..apa aku melalut ha?
aku nak buat entry masak-masak la..tetiba jadi mcm ceramah sivik pulak.

nasi impit goreng daging



ok...cuba u ols bukak peti sejuk..ada tak benda dia kat bawah ni.

.terutamanya yg weekend semalam ni buat open house/ masak utk kawan2 dtg rumah..mesti adakan yang tak habis..pastu simpan..pastu karang lupa...bila teringat dah malas nak mkn, pastu buang..isk..sayangg tuuuu.

so cik kiah nak ajak masak...semalam cik kiah masak utk kawan-kawan sekolah lama yg dtg beraya..sambil tu ajaklah sekali jiran dan beberapa kawan dtg makan sekali.
so ada lebih nasi impit..kalau aku simpan dlm fridge, tahun 2013 pun belum tentu aku makan.
so duk nak masak dinner mlm ni..terfikir apa ke benda nak masak ek..
abihkanlah benda sedia ada ek..
so aku hiris dadu nasi impit tuh....nak goreng.


Ok..jom mula masak.
amik daging lembu,baki buat rendang raya tu, ...hiris kecil,
dadu setengah labu bawang besar..
panas kan minyak dan masukkan bawang besar, tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging, kacau dan goreng sampai masak.

sesambil tu:
Hiris bawang besar 2 labu, bawang putih 4 ulas, amik lada kering, ikan bilis sket, blend bersama-sama...zrenggggggggggg........wengggg...zassss....
tumis bahan kisar ni sampai garing.

Bila bahan kisar dah garing, masukkan daging tadi..kacau sebati..
Then masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis.

Masukkan cili hijau hiris, kacang buncis/panjang yg dihiris kecil, gaul.

Masukkan kobis, kacau sebati, sedia utk masukan nasi impit.

Masukan nasi impit,gaul sebati, masukkan daun bawang dan tauge.
Kacau sebati.


boleh hidang sudah.
errr...boleh juga dihidang pada tamu yg dtg beraya.

Tuesday, July 14, 2009

Nasi ambeng : pasar malam Dengkil

Ramai yang tanya..kat mana nak beli nasi ambeng yang sedap dan ori??
hah..now cik kiah dah tau dah kat mana..
so nak share le kat sini.
Catz dah jumpa yg best, ori, gemuk dan harga berpatutan di pasar malam Dengkil.
Oh ya..pasar malam Dengkil versi HARI KHAMIS ye... ni pasar malam yg dekat traffic light (kalau dari pekan dengkil, ianya yg menghala ke Putrajaya). BUKAN yg hari selasa dekat PEKAN dengkil tuh tau..bukan.
Kalau dari putrajaya, nenghampiri ke pekan Dengkil, ianya belah kiri, kat traffic light tuh...



Pasar malam Dengkil


Nilah dia nasi ambeng cap bapa dan anak..hehhe..memandai je aku. Tapi pakcik ni ramah..anaknya malu-malu. Ayu dan rajin pulak tuh. masa aku nak beli, ada sorang pompuan dtg nak beli jugak sebungkus.

Perempuan itu: pakcik beli satu..err..kawan saya kata nasi ambeng sini sedap..gerai yg ni ke? dia ckp if nak mkn
yg best kat pasar mlm ni.

Pakcik: kat sini satu je gerai nasiambeng.gerai ni lah. Haa..kalau nak rasa takleh sebungkus..kena 5 bungkus
sekurang-kurangnya. Hahahaha.. (aaa..pakcik ni buat lawak seremsss).
Harus diingat, portionnya sgt banyak, aku mkn suku pun dah mengah ok..


ni lah lauk-lauk nasi ambeng. Bihun goreng, sambal goreng, ayam, ikan masin, serunding.

lauk tadi diletakkan bersama-sama atas daun. kat gerai pakcik ni, boleh pilih. kdg dia buat dua jenis masakan ayam. Last week dia buat ayam ungkep dan ayam msk kicap.

Then pakcik itu membungkusnya..

Bila sampai rumah, ni le dia..best sebab lama tersimpan dlm daun. Memang sgt ori tau. Lauknya dia letak banyak. Memang tak lokek. Dan bungkusannya sgt gemuk kan. RM5.00 je.
Haa..cepat..peminat nasi ambeng..pi serbu.

sekian.

Friday, June 19, 2009

Kenduri dan Nasi Ambeng

Ni entry ke berapa tah tentang nasi ambeng..sebelum ni ada gak aku buat entry nasi ambeng.
ni sajalah kan..
Last week kan ada kenduri kat rumah nenek catz.
Kenduri orang jawa memang tak boleh dipisahkan dengan nasi ambeng ni. Tradisi gitu.

set nasi ambeng


mak aku terpaksa dengar aku membebel..
"mak napa tak masak je bihun ke, mee goreng je ke...then buat bubur...kenyang dan jimat. Nak buat nasi ambeng ni lauknya macam-macam..complicated..banyak kerja,,kesian sedara mara yg rewang."
bebelan aku dijawab dgn jelingan tajammm mak..pastuh, tangan mak aku mcm gerak2 nak ramas molots laser aku...hahhahha...
uuuuuu....takutt...
hehhe..sebenarnya aku bukan apa..sebab fikir, kesian dgn nenek..baru je berlaku kematian kan..
aku fikir. kenapa nak masak susah2..buat kenduri ala kadar dah la..masak simple2 je..
tapi orang jawa mmg banyak jenis kenduri, dan selaluu je ada kenduri...so ikut je la..sebelum mak aku baling aku dgn pinggan, baik aku senyap.hihiihihihi.
sebenarnya, balik kg ni mmg aku plan nak makan nasik ambeng kat mana-mana lah kan..
aku nak pi parit Raja sebenarnya..katanya ada nasik ambeng best..hehhe..tapi buat apa aku nak bersusah payah..haaaaa..dpt mkn yg ori punya kan...nasi ambeng kenduri..yuhuu!!

so.. ptg sebelum kenduri tu, aku dgn mak dan adik2 rewang le. Tu pun aku ngelat, dtg lambat sebab aku pi Pontian. Aku datang je depa dah siap masak sebenornya. so aku dtg je..tetiba dihidang makanan..nasik bagai...so aku makannnn je la...then aku tlg kemas..cuci pinggan segala.
Then cepat balik rumah mak , mandi..lepas maghrib aku dah ada kat rumah nenek utk tugas kenduri.
Salah satu task aku ialah utk buat hidangan nasi ambeng. Aku, mak dan sorang makcik yg buat. semua sekali 9 dulang. satu dulang makan 5 org kot.
Lauk pauknya ialah ayam masak kicap, sambal tahu, sambal goreng, dan mee goreng. Kalau ada serunding kelapa lagi best. Selain tu ada ikan masin goreng jugak. Nak letak lauk2 lain mcm tempe goreng ke, sayur ke..pun boleh.

Ni sambal goreng jawa. Ia adalah campuran kentang, tempe, suhun, tahu kering , tahu basah, kacang panjang, lada etc. Nak resepi detail selak entry lama2..catz ada bubuh resepi.

Ayam masak kicap

semua lauk pauk di letak atas pinggan. susun elok-elok mee goreng, ayam, ikan masin, sambal goreng, sambal tahu.

Bubuh nasi dalam dulang. Ratakan nasi. (sepupu aku ye-ye O posing...hahaha..dia tak tau yg aku amik gambar tangan dia je..kekekekeke)

Letak lauk yg dah disusun dlm pinggan tadi di atas nasi. opss..alas plastik dulu..
ok..dah siap!!

Kendurinya lepas Isyak. Lepas habis kenduri, aku tolong berkemas lagi. Sinsing lengan cuci pinggan, gelas, kemas sampah..senang supaya esok nenek dan sedara mara tak yah dah berkemas lagi. Aku gigih cuci pinggan, dulang etc, dekat pukul 1 baru siap kemas dan balik rumah mak.
sekian, report nasi ambeng.

Saturday, January 24, 2009

Nasi goreng sotong (part 2)


err..yg ni baru nasi goreng sotong...hiks..

bahan-bahan:

nasi putih
sotong
sos tiram
bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 2 ulas
cili api
telur
garam
minyak

Cara-cara:

bersihakn sotong, buang kulit, hiris, cuci bersih, toskan.
tumbuk bawang putih, merah dan cili api (sukati nak pedas mana)
tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sos tiram, kacau rata.
masukkan sotong,kacau2 kejap. dah masak sotong tu, masukkan nasi.
gaul rata, buat kawah tgh2 nasi..pecah kan telur...kacau2 telur kat tgh tuh...hingga separuh masak. Gaulkan pada nasi..kacau..kacau rata..hingga sebati dna betul2 masak.
angkat dan hidang,

Monday, May 26, 2008

Catz's kitchen on Sunday

Nasi goreng ulam for breakfast

MENU FOR LATE LUNCH

ketam goreng

cencaluk Melaka

sayur lemak with udang


Lama dah tak bubuh gambar food dari dapur catz..yer..dah beberapa hari kan sejak balik dr kg duk gantung kuali...ni catz masak semalam..late lunch on sunday...
pagi sarapan nasi goreng, late lunch at 3.30 pm plain rice, ketam goreng, sayur kacang with udang dan cencaluk Melaka..
ketam goreng tu simple je, cuci bersih, tos, gaul dgn kunyit serbuk, serbuk kari dan garam, dan goreng deep fry...minyak panass....terbalik2 kan kejap..tadaaa..siappp..
hem..ni emak ketam kot....besar dan berat , mmg banyak isi..
mari makan..

Monday, May 5, 2008

Nasi lemak Pagi Ahad

Nasi lemak pagi ahad..

Inilah nasi lemak yg catz makan di pagi ahad..bersama angin sepoi-sepoi bahasa (hahhaa..macam makan bawah pokok.....) Actually dkt2 my place tuh banyak je org jual nasi lemak, kuih segala kat stall tepi-tepi jalan..tapi..faktor malas nak turun bersiap (nak kena mandi, pastu bersiap, gosok baju semua..make-up2 sumer tuh..buang tenaga je..Bahan-bahan pun dah ada..apa lagi..jom masak lah..kan..masak sendiri puas hati...boleh makan banyak-banyak..hahahha ..habislah... (konon)..
Nasi lemak tuh resepinya biasa je..guna santan,beras, hirisan halia dan catz buh bwg besar sket dan juga garam..tu je...catz tak reti nak cerita mengenai sukatan2 nya coz pakai letak ikut suka dan rasa..agak-agak je..
Daun pandan ada dlm fridge tapi lupaaa nak letak..iskk....nak cepat..dah lapar le tu...so sambil menunggu nasik, masak sambal di bawah itu....
Hidang dgn hirisan timun, telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng.
Minuman pula air teh 'o' saja..

Mari makan nasi lemak di Catzscafe..

Tuesday, April 15, 2008

Nasi jagung

Nasi jagung

Hari ahad hari tu, catz masak nasi jagung. Masak special sket hari ahad tersebut.
Dah lama tak masak nasi tumis. Masak beriya mkn sket jek..hehehe..

Bahan-bahan:

2 cawan Beras basmathi
3 cawan air
½ labu bawang besar kuning (didadu)
1 btg kayu manis
1 butir bunga lawang
1 cawan jagung
½ cawan susu cair
garam
butter

Cara-cara:

Cuci beras dan toskan.
Panaskan sedikit butter dlm periuk nasi
Tumiskan bawang besar hingga naik bau dan masukan kayu manis.
Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan sebentar.
Masukkan air (beras basmathi 1cwn beras=1.5 cwn air, 2 cwn beras = 3 cwn air).
Masukkan garam dan kacau rata.
Bila d
ah separuh masak masukkan susu cair dan jagung,
Biar hingga nasi kering. Jgn kacau selalu nanti nasi patah dan hancur.

Siap utk dihidang.

Friday, January 25, 2008

Nasi goreng 10 minit



Ini nasi goreng versi campak-campak malam tadi..sangat mudah..boleh makan dalam masa lebih kurang dari 10 minit...(aku guna timer masa masak ni..hehhe)
10 minit adalah proses keseluruhan dari kupas bawang hinggalah nasi goreng itu masak...


Bahan-bahan:

Bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
cili api - 5 biji
ikan bilis- segenggam
Nasi - satu mangkuk
telur - 1 biji


Cara-cara:

Goreng telur (mata kerbau) , asingkan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan garam (agak-agak le)..
Kacau dan masukkan nasi. Gaul rata. krong-kreng..krong kreng..kacau-kacau..gaul-gaul..
Siappp...
Aku bagi nama ..NASI GORENG 10 MINIT
p/s: Saira..this nasi goreng is for you..hikss..try ek..




Monday, January 21, 2008

Pulut kuning dan rendang daging unta


Hari sabtu ialah hari Asyura..so untuk buka puasa catz masak pulut kuning (pulut lagii?…hehe)

Bahan-bahan untuk pulut kuning ialah pulut, air, garam dan serbuk kunyit. Ada orang suka letak santan tapi aku guna air je..
Rendam pulut selama 4 jam. Kukus pulut (alas daun pisang) dan bila campur kan degan serbuk kunyit dan garam masa nak kukus tu..gaul rata..kukus, lebih kurang 30 minit).siap…
Aku hidang dengan rendang daging unta, resepi aku tak bubuh coz dlm entry lauk pauk ada dah resepi camana aku buat rendang..

Thursday, January 3, 2008

Bubur ayam...jalan-jalan


Lepas shopping dengan sukri (adik lelaki ku).. dia nak makan..so aku pun lapar.jom makan..
pi kedai bubur ayam..makan bubur ayam, nasi goreng dan otak-otak..
Lepas makan, jalan-jalan kat dataran XX

Wednesday, January 2, 2008

Dinner..jom..

Sikin kosentret menyedut choc ice blended nya..

Sesekali jumpa kakak dan anak sedara ku...best gak pegi makan-makan..
so hari ni dinner lain sket...we went to secret recepi....hem..org tak ramai..tapi kami dah agak lewat juga..dekat 10 malam..alau KL 10 malam tu siang lagi....kat small town ni pukul 10 malam aku tak balik lahgi, mak ku dah duk mesej-mesej kat henpon ku..hahhaha..
so..this is what we had.. mine : Irish lamb stew... yummy..


Ayong : Griled chicken with black pepper souce ke apa tah..patut served with rice tapi rica dah habis..ganti dgn fries..
tapi sedap juga..

Sikin: set utk kids..chicke burger with fries ..mula-mula dia
nak chicken
cordon bleu..tapi dah habis... Drinks : ice lemon tea


Desert : Oreo cheese cake

Brownie..fruit mix ke apa tah..

Saturday, November 3, 2007

Lemang






Teringin nak makan lemang, dah ada rendang ayam, so buat lemang pula.
Lemang moden yang dibakar dalam oven ye!

Bahan-bahan yang perlu ada:

Pulut
santan
daun pisang
garam
aluminium foil
oven


Cara-cara: