Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Sambal goreng jawa

sambal goreng jawa



Now ni aku tengah kemaruk makan dan masak benda ni. Ada juga kawan-kawan yang suka makan dan tanya resepi. Sambal goreng ni ada pelbagai versi. Bahan-bahan pun tak sama...
so terpulang nak bubuh apa..kecuali tempe, tahu suhun tuuu...haa..itu identiti sambal goreng jawa.
ok..jom tgk versi cik kiah ni.


Ok..bahan-bahan asas:

Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili giling / cili kering yg sudah dikisar - 3-4 sudu (ikut suka).
cili kering - 5 tangkai/biji (hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).

Bahan-bahan lain: kicap manis, paru yang direbus kemudian hiris dadu dan goreng sebentar. Toskan letak tepi kejap.

Selain itu, tempe dan tahu. Hiris dadu dan goreng hingga agak garing. Boleh juga bubuh kentang, karot, semua tuh hiris kecil dan goreng ya..
Dan antara bahan penting lain ialah suhun dan tahu kering. Rendam meraka dan hiris .

* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.

Jom tengok cara masak.


Mula-mula,

Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend. Tapi catz suka tumbuk sebab sekejap je masa menumisnya. Tumbuk kasar pun ok..tak yah le sampai tumbuk halus tangan kuar muscle bagai. azab sgt tuuu...

Ok, tumis bahan tumbuk tadi, hingga naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga agak garing.
Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
Kacau sebati.


Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
Then masukan kicap manis.

Gaul sebati, besar kan sket api tu.
Tambah sedikit garam (secukup rasa). Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati.

Masukkan tahu, kacang, tempe, dan kacau sebati. If ada kentang dan karot, pun masukan sekali.
Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.

Kacau sebati semua bahan, kalau rasa kering sgt, susah nak sebati dgn bumbu, tambah sedikit air dan kicap manis. Agak-agak lah.
Dah sebati semua, angkat.Hidang.

Ok..dah siap. Boleh dihidang utk sarapan bersama jiran sambil bergosip, atau ratah mcm tu je seorang diri sambal ni. nak extravaganza, paru tuh kena extra lah. kalau tak makan paru, tak payah letak, or bleh je replace dgn benda lain. Ikut suka...
aku suka mkn dgn nasi impit, atau ratah je mcm tu..makan sorang-sorang. Abeh..jiran aku tak jadik dtg, eh bukan tak jadik, tapi masalah komunikasi..terbaring kat kerusi kat playground kaedahnyaaa....takde jodoh lagi masa tu.

jom masak.

Wednesday, July 8, 2009

Sambal tempoyak belimbing buluh

sambal tempoyak belimbing buluh

kannnnn...kan...
dah ckp kan...wabak tempoyak sedang melanda.
jadinya...blog aku kuning je kalernya 3-4 hari ni..hehehhehe.
sapa tak makan tempoyak..ampunkan le empunya blog ni.
Tgh kemaruk tempoyak ni.

Resepi nih aku invent malam tadi (cewah...poyonya statement.)
Terfikir nak buat sambal tempoyak. Belimbing buluh baki gulai semalam ada lagi.
Daun kesum pun ada.
so..jom tgk resepi ni.

Bahan-bahan:

Tempoyak - 1 cawan
Belimbing buluh - 15 biji (tak kisah le banyak mana, )
ikan bilis - satu genggam (belah, basuh bersih)
daun kesum - pisahkan dr tangkainya, basuh bersih.
cili api - ikut suka nak pedas mana
serbuk kunyit
cili kisar - 1/2 sudu besar
garam
gula

Cara-cara:

Tumbuk lumat cili api.
Campur tempoyak dengan cili kisar, cili api, serbuk kunyit.
Tambahkan secawan air, kacau sebati.
Panaskan periuk, masukkan campuran tempoyak tadi.
Kacau sebati. Tambah sedikit air jika pekat sangat.
Masukkan ikan bilis dan daun kesum. Biar mendidih atas api kecil.
Masukkan pula belimbing. Kacau dan biar belimbing layu.
(kena kacau selalu sebab resepi ni agak pekat).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidang.




Sedap dihidang dengan nasi panas. Minimum 2 pinggan. hiks. Jom makan.

Friday, May 22, 2009

Sambal belimbing



ni sambal belimbing ni versi catz...campok...campokss...tumbuk...
buk..buk..buk....

Bahan-bahan:


belimbing buluh (racik halus)
cili merah
belacan (bakar)
bawang putih
ikan bilis
gula
garam sket
jus limau sket

campur le semua bahan, tumbuk..perah jus limau..buh gula garam ke..sukatik..balancekan rasa.
hehehhehehe.
dah siap.

Thursday, April 30, 2009

Sambal kicap Johor

uwah....
pedas..pedas...
disebabkan entry sebelum ini pasal pisang goreng sambal kicap Johor tu, ada yg suruh aku buat entry sambal kicap..
disebabkan dua hari berturut aku kemaruk sambal ni..so gigih ok...amik gambar.
so..ni la dia...sambal kicap Johor versi catz miow-miow..

Sambal kicap Johor

Nak buatnya senang je. Bahan pun sikit je.
resepi versi catz:


Bahan-bahan:

Lesung
cili api - satu genggam
bawang putih 2 ulas
kicap manis (aku suka kicap manis, if nak guna yg masin oso can...sukatik).

Cara-cara:

Tumbuk cili api hingga lumat dgn bawang putih tuh sekali. Ha..exercise ni...kuor muscle segala..
Oh ya..proses ni agak kritikal ye...berhati2..if boleh guna perisai ke, dikuatiri biji lada terpelanting/fly/terebang masuk mata, nangis cik Kiah karangggg... aku siap pakai perisai plastik... he-he-he.
If ada goggle fancy-fancy tuh,/ swimming goggle tu boleh gak pakai..demi keselamatan dua biji mata...ye. (wow..menumbuk sambal with style yo!)..kelaszzz ko cik Kiah..
(nak blend boleh tapi rasanya tidak sesedap yg ditumbuk guna kederat tangan sendiri...oke.)
Aku suka tumbuk kasar sket, i mean still nampak lagi struktur cili tuh..(seperti dalam gambar).
then, amik bahan tumbuk tadik, masukkan dlm mangkuk kecil dan bubuh kicap manis.
Terpulang nak banyak mana, agak-agak le kan.
siap...!
Boleh di ganding dgn tempe goreng. Lebih best if tempe tuh goreng kosong je..
cicah...uwahhhh.......

tempe goreng

jemput makan...!

Tuesday, March 31, 2009

Dried seafood sambal

dried seafood sambal

Eh..lama ek aku tak buat entry masak-masak...ek. kan.... entah..bukan aku tak masak..tapi aku malas..bukan aku masak benda canggih-canggih pun..setakat goreng ikan kembung, masak sayur simple2...sebab?..entah..lately banyak berjalan...kira weekend dah makan cam stok setahun, so weekdays, masak ala kadar je..weekend pun kuali aku mmg gantung je.

Ni sambal ni tah bila aku masak pun aku lupa..aku sambil2 makan at lab ni aku buat entry masak bersama cik Kiah ni...
balik dr Lumut hari tuh, kan..berlambak stock seafood kering kat rumah ni. Tak tau dah nak masak apa, sebab pagi, ptg, siang malam aku duk goreng mereka..ikan bilis tamban, ikan bilis kurus, ikan bilis gemuk, tah hapa2 tah lagi. Makan dgn nasik suam, buh kicap manis..kauuuu....3 pinggan sekali hadap. Kalau 5 pinggan tuh lagi afdal lah kot.
Lepas tuh ada kupang kering, ada udang kering (mcm kemaruk sgt masa membelinya kannn)..

Tiba-tiba teringat masa aku kecik-kecik dulu (comel kot aku ni masa kecik), mak suka buat sambal bubuh santan. Biasanya, ikan bilis tamban je isi sambal tu. Pun dah sedap.
Ni versi aku ni..ada macam-macam, patutnya extra sedap la kannn....( dah naik lift, tekan le butang senirik cik kiah nak naik floor mana). Orang jawa panggil "sambal godok". hehhe..tapi sebab nak bagi dia internasional sikit bunyiknya..aku buh nama " dried seafood sambal"... kehkehkeh.



Ok..ni sambal versi aku..


Bahan-bahan:

(Bahan A)
bawang besar - 1/2 labu
bawang putih - 3 ulas
bawang merah (kecik) - 4 biji
cili merah - 5 biji


(Bahan B)
Santan
air
minyak
garam

(Bahan C)
Kupang (kering) -rendam sebentar
ikan tamban (ikan bilis)
ikan bilis lain..apa2 jenis..tak kisah
udang kering - rendam sebentar

Cara -cara:

Tumbuk segala bahan A. Bawang tuh buang kulit dulu.
Tumis bahan A hingga naik bau.
Masukkan santan.Biar mendidih.
masukkan semua Bahan C.
Masak le around 10 menit, bagi semua rasa sebati. Tambah garam sikit.
Tambah garam secukup rasa..
sudah siap.
Hidang le.
sekian. Live dari dapaur cik kiah.

Sambal ni makan dengan nasik suam or kalau ada pucuk ubi rebus, lagi lah best.
Eh sambil menaip aku dah terliur. Harus balik ni ptg ni kena masak.

tata..cik kiah nak pi carik pucuk ubi. Lepas tuh nak basuh kuali.

Wednesday, January 7, 2009

Sambal hijau tempe

Sambal hijau tempe


Dah lama tak masak tempe.....

tetiba rasa nak masak...sebab?
kat kafe dlm kampus ni..pi lah mana2 sureee ada menu tempe..dari dlm lauk, sayur dan sambal di letak tempe..
peminat tegar tempe gamaknya tukang2 masak mereka ni..hiks..
(sure licin dan tegang muka2 mereka ni..nantilah satu hari aku nak tgk muka tukang2 masak ni..hari-hari mkn tempe ye tak...hiks)..oppsss..

ni resepi sambal tempe catz.

Bahan-bahan:

tempe -tak kisahlah yg bungkus daun ke..plastik ke...kertas ke..
bawang besar - 1 labu
cili hijau -6 biji
cili padi- 5-6 biji (sukati le byk mana...tp yg hijau..sebab nak menten sambal ni kaler hijauuu)
bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 2 ulas
belacan- 2 inci
jus asam jawa
garam
minyak
gula (kalau suka)

Cara-cara:

hiris tempe dan goreng (saiz/bentuk sukati, tak payah le sampai ukur dgn pembaris atau guna software utk tentukan dimension dan bentuk...)
Blend cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih -(kalau rajin sila tumbuk dgn lesung, sebab selain lebih sedap, boleh juga membina mucsle..takyah pi gym bayar2 yuran...free je)
Tumis bahan tumbuk/blended tuh bersama belacan dan bawang besar yg dihiris. Tumis hingga agak garing, Masukkan sedikit air asam jawa..kacau-kacau..buh garam..gula (kalau suka)..masukkan tempe...
Kacau-kacau kejap..angkat.
Makan.

moral:

proses memasak tempe - boleh bina mucsle masa proses menumbuk bawang dan cili
makan tempe - tegangkan muka

jom mkn tempe..

hikhikhik.

Tata!



Tuesday, November 4, 2008

Stress??..jom masak


Stress ahh...sebab?..many reasons...dun have to mention here...this and that... balik dr kampus semalam..i was thinking to have something sweet...hikhikhik... selongkar kitchen cabinet..oh i have few item..think..think..think....BUBUR JAGUNG..my favourite..nyum-nyum... senang saja..
apa yg ada dlm kitchen cabinet?

1.santan kotak
2.jagung dlm tin
3. sagu (ehm...apa org panggil ni?..sagu rendang ke??..putih2 bulat2 kecik2..
dan dalam peti ais ada gula MELAKA.
dan...ada gula jugak...

Rendam sagu rendang tuh..sikit je..ye...ikut suka..jgn byk sgt.
Masukan air dlm periuk kecil...masukkan gula melaka, biar didih dan gula cair.
Masukkan jagung dlm tin.. masuk santan (1/2 kotak je)
if kurang manis..masuk gula pasir sikit...ikut le nak manis camana..
tadaaa.. bleh hidang..


uhmmm..bestnya tgk TV sambil makan bubur jagung...haaa..ye..oBaMA sedang melambai-lambai saya ketika saya menyuap bubur jagung ke mulut ..lalu saya melambai semula... sambil tersengih-sengih sorang-sorang..hhahaa..dalam TV je lah...tgk obama sdg giat berkempen sambil menyudahi speachnya dgn melambai-lambai ke arah penyokongnya..
..huhuhuuhu..


lepas maghrib..goreng ikan..masak kicap ikan, masak sayur labu, goreng tempe..buat sambal belacan, cuci ulam-ulaman...so..complete my dinner..urghh.
eh..bukan ke kat lab tadi aku dah bercita-cita nak diet semula dan tidak mahu makan nasi??
tetapi..akhirnya..saya makan dgn bersungguh-sungguh....hilang sket stress ku..uhh..

sayur lemak labu dan kacang panjang..

ikan masak kicap, tempe goreng, sambal belacan dan ulam...

errr..esoklah je lah start diet..hikhikhik...

Monday, May 5, 2008

Sambal udang


Hari Ahad, bangun agak awal la juga..heee..Hari Ahad tu pukul 8.30 kira awal kan..??..hihihi
Teringin nak makan nasi lemak, i opened the fridge..ada fresh udang, beli ptg semalam balik dari Kajang tu...so nasi lemak sambal udang lah gamaknya...sesambil tu duk renung segala barang-barang yg ada dlm freezer tuh..plan nak masak apa utk late lunch dan tea time..hiks..
Nak dpt ilham kena duk lama-lama depan freezer tu...

Bahan-bahan:

15 ekor udang besar/sederhana
cili kering (blended)
2 labu bawang merah besar (blend 1 labu, yg satu lagi mayang kasar)
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu air asam jawa
gula
garam
minyak

Cara-cara:

bersihkan udang, guna gunting, gunting kulit udang (belakang)..buang hitam2 tuh..berserta mata dan sesungutnya. cuci bersih, tos.
Tumis cili kering, bawang besar dna putih yg dikisar bersama-sama.
Tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa, sedikit air, garam, gula dan juga bwang besar merah yg dimayang kasar.
Rasakan..dah balance rasa..masukkan udang, kacau-kacau.. (jgn masak udang lama2..nanti keras x sedap).
Then rasa semula..dah ok...angkat. Hidang dgn nasi lemak.

Saturday, April 19, 2008

Sambal sotong

Haa..sotong lagi...actually sotong ni nak bakar for party yg sudah di plan tuh.but unfortunately kena cancel plak kan...so pagi tadi catz masak sambal je lah...utk makan dgn nasi lemak kononnya..hehhe..

Bahan-bahan:

3 ekor Sotong besar/sederhana
15 biji cili kering
2 labu bawang besar (merah)
1 inci halia
1 inci belacan
2 ulas bawang putih
2 sudu kicap manis
gula
garam
minyak
air

Cara-cara:

Bersihkan sotong, cabut kepala, belah sotong, hiris (saiz ikut suka) dan cuci bersih. kelar-kelar sotong pada bhgn putih (sebelah dlm).
Didihkan air, celur sotong sebentar supaya ia bergulung dan cepat-cepat angkat, toskan.
Blend satu labu bwng besar, bawang putih, halia dan cili kering.Kisar halus.
Tumis bahan kisar bersama belacan hingga garing.
Tambahkan 1 labu bawang besar yg dimayang kasar.
Masukkan gula, garam dan kicap manis utk warna dan rasa.
Kacau sebati. Tambah sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering.
Jika suka boleh tambahkan sos tiram or sedikit air asam jawa.
Masukan sotong, kacau sebentar angkat.
Jgn masak sotong terlalu lama, ia akan keras dan mengecut, nati jadi tak sedap.
Ok...siap utk dihidang....


Thursday, March 6, 2008

Sambal terung belimbing buluh


Malam tadi catz masak simple, sambal terung denganbelimbing buluh. Ni resepi reka-reka sendiri menggunakan abhan-bahan yang terdapat dlm fridge ku sahaja. Rasa?..sedap (perasankah?)hehhe..gabungan rasa belacan, belimbing buluh dan lemak dari terung. ala2 pedas, manis dan masam.
ok..jom masak..
Bahan-bahan:
2 biji terung biru - belah dan hiris
10 biji belimbing buluh - belah 2
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu genggam udang kering (rendam sebentar)
11/2 inci belacan
2 sudu cili kering (blended)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan santan
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kering dan belacan.
Tumis hingga agak garing.
Masukan terung dan 2 cawan air.
Masak hingga terung layu dan kuah agak pekat.
Masukkan sos tiram, kacau.
Masukkan belimbing buluh, kacau rata.
Masukkan santan, biar mndidih kuah dah pekat. angkat.
Siap untuk dihidang, makan dengan nasi suam..yummm..

Monday, March 3, 2008

Udang sambal ala tomyam

Udang sambal ala tomyam

Ptg sabtu ni actually dah plan nak masak simple..lepas maghrib, buka fridge ada udang. Nak masak apa??? Duk pikir-pikir, masak sambal tomyam udang lah..


Bahan-bahan:


Udang sederhana besar - 20 ekor
serai - 1 batang
halia- 1 inci
bawang putih - 3 ulas
bawang besar - 1/2 labu
sos tiram - 2 sudu
jus limau nipis - satu sudu
cili kering (blended) - 2 sudu
daun limau purut - 5 helai
kicap manis - 2 sudu
tomato cherry - 6 biji
cili api - 5 biji ( diketuk).
daun ketumbar
minyak
air



Cara-cara:

Bersihkan udang (buang kepala, gunting bhgn belakang dan buang kotoran), cuci dan tos.
Tumbuk bawang putih an halia.
Bawang besar dimayang kasar.
Tumis bahan tumbuk, hingga naik bau, masukkan cili kering. Kacau sebentar.
Masukkan cili api dan bawang, masukkan sos tiram, kicap manis dan serai.
Bubuh sedikit air dan kacau rata.
Masukkan udang, biar hinggan agak masak. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis.
Masukkan tomato, kacau rata hingga sebati dan masak.Hiris halus daun ketumbar dan tabur , gaul rata.
Siap untuk dihidang.

Catz masak sayur kangkung goreng utk makan dengan udang. Simple je..tumbuk bawang putih, bwg merah, ikan bilis. Tumis dan dan bubuh sedikit belacan. Masukkan kangkung , kacau hingga layu..siapp!

Wednesday, February 27, 2008

Sambal sotong

Semalam balik keje lewat, balik tu tersinggah ke pasar malam...lama gilla kan aku tak pi pasar malam. I mean pi psar mlm, beli fresh food etc..Tah, sebenarnya malas..tapi dah termasuk kat area tuh, terpaksa lah berenti, park kete dan jln sket ke Pasar malam..apa nak beli?? hem..instead of beli makanan yg dah tinggal ngap, catz pi beli sotong, halia, serai, daun limau, kangkung, belacan etc..benda2 yg takde kat apartment tuh..maklumlah.....aku baru pindah so byk bahan asas takde..so beli le sedikit sebanyak, jintan, ketumbar etc.. and not to forget, catz beli TEMPE!!..

Tiba-tiba rasa nak masak sangat beriya-iya..
EH??.... bukan ke mlm ni sebenarnya catz nak pi swimming..dah janji dgn org iteww..

Kring-kring!!
catz: hello
di sana: hello.
catz: eh, kansel lah..tak jadik ku nak pi swimming.
di sana: kenapa?
catz: aku dah terbeli sotong etc kat pasar mlm...rasa nak masak le..
di sana:laaaa....takpelah...lambat lagi kul 8..we ols bleh wait..
catz: ehm..takpelah..sorry ye..
di sana: ok..takpelah...

So, lepas mandi dan solat magrib, catz masak. Sebelum mandi tadi dah tanak nasi siap-siap.
So prong prang prong prang..krong..kreng krong kreng...


Kring-kring!!
di sana: catzz...jom pi swim
catz: ala..catz tgh masak ni...tgh duk siang sotong..
di sana: ala..jom laaaaaaa....jom la...nanti balik le sambung masak..
catz: ala..malas le..dah siap mandi sumer nih...
di sana: jom laaaaaa..
catz: a'ah ek..korang berexercise, aku duk membadak makan..hhehhehe...eh..jomlah dtg makan rumah catz
di sana: takpelah...
catz: sorry ye..enjoy swimming!!

So inilah dia..sambal sotong ala catz..


Bahan-bahan:

3 ekor sotong besar
1 labu bawang besar ( kuning)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci belacan
2 sudu besar cili kering (blended)
2 sudu sos tiram
4 helai daun limau purut
minyak utk menumis


Cara-cara:

Bersihkan sotong, hiris bulat-bulat. Cuci dan tos.
Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah.
Bawang besar hiris bulat-bulat.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kering dan belacan.
Tumis sebentar hingga agak garing, masukkan sos tiram.
Masukkan bawnag besar, kacau dan biar hingga agak layu.
Masukkan sotong dan gaul rata.Biar hingga sotong masak.
Tambah sedikit air jika suka agak berkuah.
Masukan daun limau purut.Kacau sebentar.
Angkat dan hidang. Tiba-tiba tgh makan sambil tgk berita kat TV (asyik citer pilihanrayaaaaaaa je..), catz uk terpikir..amboi..makan tak hengat..kan bagus kalau pi swimming tadik....ni mk..huhuuhh...

Thursday, February 14, 2008

Sambal udang




Bahan-bahan:


Udang sederhana besar - 400 gm
cili kering - 7 biji
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 3 ulas
bawag besar - 1 labu
kicap manis - 2 sudu
halia - 1 inci
belacan- 1 inci
garam
gula
minyak


Cara-cara:


Kisar cili kering, bawang merah,bawang putih, halia dan belacan.
Bersihkan udang, buang kepala. Gunting kulit udang pd bahagian belakang, cungkil dan buang kotoran. Cuci bersih dan toskan.
Tumis bahan kisar hingga garing. Masukan bawang besar yg dimayang halus dan kacau hingga bawang agak layu.
Masukan udang, kacau rata. Masukkan kicap manis. Tambah sedikit air jika suka agak berkuah sambal tersebut. Masukkan garam dan gula (seimbangkan rasa).

Siap untuk dihidang.Makan dgn nasi suam dan sayur...walla...

Wednesday, January 30, 2008

Less is more..(updated)


People says less is more..ye le tuh..malam tadi aku masak very simple meal. Sambal telur lada hijau, tempe goreng, sambal kicap, hiris timun..Walaupun simple je, tapi ku telah makan sebanyak 2 pinggan.. selera sungguh le...hehehe..nyam..nyamm..Tempe Goreng..!!..NYammm!

Oleh kerana saira dan purp cam interested ngn sambal telur, aku buh le resepi campak-campak ni.

Bahan-bahan:

Lada hijau - 2 biji (if suka pedas buh cili api 4-5 biji)
bawangg merah-2 ulas
bawang putih - 2 ulas
telur -2 biji
air
garam
minyak utk menumis.

Cara-cara:

Tumbuk cili , bawang merah, bawang putih.
Tumis bahan tumbuk hingga naikbau, then tambah secawan air.
Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa, agak2 le. Catz juga buh gula sket jek, nak bagi rasa balance (catz masak tak guna ajinomoto).Kacau rata.
Pecahkan telur ke dalam sambal, terpulang nak gaul rata hancur or biar telur beku seketul.
Kacau-kacau sket hingga telur masak.
Siap!..Makan dgn nasi suam. Meletopsss..

Wednesday, January 23, 2008

Sambal kerang


Tema kerang lagi..ngeh-ngehhh..sambal kerang le pulak untuk makan tengahari time cuti ni..

Bahan-bahan:

Kerang - rebus dan ambil isi.
cili kering (blend) -3 sudu
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1/2 inci
cili api - 5 biji
bawang besar - 1 labu
sos tiram - 1 sudu
garam
gula
minyak

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan halia.
Tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga agak garing.
Masukan sos tiram dan bawang besar.kacau sebentar. Masukkan kerang. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Biar kerang sebati. Tambahkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
Siap untuk dihidang.

Monday, January 21, 2008

Sambal tempe


Bahan-bahan:
Tempe- 2 keping
lada hijau- 1 biji
cili api - 4 biji
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis - satu genggam
belacan - 1 inci
minyak
Cara-cara:
Hiris tempe kecil-kecil (ikut suka)
tumbuk lada hijau,cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan belacan. kacau rata dan tumis sebentar.
Masukkan tempe dan sedikit air. Kacau rata selama 5 minit. Siapp..

Saturday, September 8, 2007

Sambal belacan catz


Bahan-bahan:

cili merah - 4 biji
cili api - 3 biji
bawang putih - 2 ulas
Limau kasturi - 1 biji (ambil jus)
belacan - 2 inci (bakar)
gula - 1 sudu besar
garam - secukup rasa

Cara-cara:

Tumbuk halus cili merah, cili api dan belacan.
Masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa.
Tambah air 2 sudu kecil dan kacau rata.
Siap untuk dihidang.

Sambal tumis lada hijau


Bahan-bahan:

cili hijau - 5 biji
ikan bilis - 2 genggam
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:

Tumbuk cili hijau,bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga agak garing.
Masukkan sedikit air dan garam,
Kacau sebentar lebih kurang 5 minit.
Siap untk dihidang.

Monday, September 3, 2007

Sambal sotong kering




Bahan-bahan:

Sotong kering bersaiz besar-rendam semalaman
cili kering - 7 tangkai
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 3 ulas
bawang besar - hiris kasar
air asam jawa -2 sudu
sos cili thai - 2 sudu
belacan - 1 inci
gula
garam
minyak utk menumis
air- 2 mangkuk


Cara-cara:

Hiris kasar sotong kering
kisar cili kering, bawnag merah dan bawang putih.
Panaskan minyak.Goreng belacan dan masukkan bahan kisar.
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sotong dan air, biar mendidih
Masukkan sos cili thai dan air asam jawa, kacau sebati
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Biar hingga agak kering. Siap.

Saturday, September 1, 2007

Sambal tumbuk..

31 ogos 2007

Hah..hari ni actually aku dah plan nak siapkan paper work utk conference coz sabtu aku nak pi UM to meet my lecturer and edit paper tu..tapiiii..bangun lambat (ceh..mcm le aku pi nyambut merdeka kat dataran...i tot nak tgk perararakan merdeka kat TV..tapi...dah abih dahh..hahahaa.. I made a simple breakfast..sup mee siput (lupa snap gambar)..caranya?..rendam mee siput dlm air..tumis bawang and ikan bilis..bubuh air dan
masukkan mee siput..biar mendidih sampai
mee lembut..then..ngapp!
Then aku ters masak lunch..simple menu:
1.ikan tongkol goreng
2.sayur sawi masak air
3.sambal tumbuk
4.kentang dan ikan bilis berkicap..
Sambal tumbuk t resepinya dpt dari kawan forum kat internet. Bahan-bahannya lada hijau, ikan bilis, bawang besar, bawang putih, belacan. Goreng semua bahan secara berasingan dan tumbuk...fuh,,sedap...aku leka tumbuk benda2
tuh sambil merasa-rasa and dapurku berasapp!!..
Laa..aku lupa..yg aku panaskan minyak utk
goreng ikan..opss...hahhaa..sib baik tak jadi apa.
..then lepas dah ok baru aku goreng ikan...nyum..
Lepas siap masak ak kemas rumah.....vakum bilik, living area, dapur dan mop segala lantai...
then lepas tu mandi and kul 2 lebih makan.3 kali tambah nasik dek penangan sambal tumbuk..and lepas tu ZZZZzzzzzzzzzz...