sambal goreng jawa
Bahan-bahan lain: kicap manis, paru yang direbus kemudian hiris dadu dan goreng sebentar. Toskan letak tepi kejap.Now ni aku tengah kemaruk makan dan masak benda ni. Ada juga kawan-kawan yang suka makan dan tanya resepi. Sambal goreng ni ada pelbagai versi. Bahan-bahan pun tak sama...
so terpulang nak bubuh apa..kecuali tempe, tahu suhun tuuu...haa..itu identiti sambal goreng jawa.
ok..jom tgk versi cik kiah ni.
Ok..bahan-bahan asas:
Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili giling / cili kering yg sudah dikisar - 3-4 sudu (ikut suka).
cili kering - 5 tangkai/biji (hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).
so terpulang nak bubuh apa..kecuali tempe, tahu suhun tuuu...haa..itu identiti sambal goreng jawa.
ok..jom tgk versi cik kiah ni.
Ok..bahan-bahan asas:
Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili giling / cili kering yg sudah dikisar - 3-4 sudu (ikut suka).
cili kering - 5 tangkai/biji (hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).
Selain itu, tempe dan tahu. Hiris dadu dan goreng hingga agak garing. Boleh juga bubuh kentang, karot, semua tuh hiris kecil dan goreng ya..
Dan antara bahan penting lain ialah suhun dan tahu kering. Rendam meraka dan hiris .
* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.
Jom tengok cara masak.
Mula-mula,
Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend. Tapi catz suka tumbuk sebab sekejap je masa menumisnya. Tumbuk kasar pun ok..tak yah le sampai tumbuk halus tangan kuar muscle bagai. azab sgt tuuu...
Ok, tumis bahan tumbuk tadi, hingga naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga agak garing.
Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
Kacau sebati.
Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
Then masukan kicap manis.
Gaul sebati, besar kan sket api tu.
Tambah sedikit garam (secukup rasa). Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati.
Masukkan tahu, kacang, tempe, dan kacau sebati. If ada kentang dan karot, pun masukan sekali.
Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.
Kacau sebati semua bahan, kalau rasa kering sgt, susah nak sebati dgn bumbu, tambah sedikit air dan kicap manis. Agak-agak lah.
Dah sebati semua, angkat.Hidang.
Ok..dah siap. Boleh dihidang utk sarapan bersama jiran sambil bergosip, atau ratah mcm tu je seorang diri sambal ni. nak extravaganza, paru tuh kena extra lah. kalau tak makan paru, tak payah letak, or bleh je replace dgn benda lain. Ikut suka...
aku suka mkn dgn nasi impit, atau ratah je mcm tu..makan sorang-sorang. Abeh..jiran aku tak jadik dtg, eh bukan tak jadik, tapi masalah komunikasi..terbaring kat kerusi kat playground kaedahnyaaa....takde jodoh lagi masa tu.
jom masak.
7 comments:
catz,
Kita suka tau ngan sambal jawa ni , tapi kat sini takda tempe..huhuhuu..set teko tu lawa arr..beli kat mane?
kak gerau rasa nak beli periuk tu la esok. teko tu beli kat ostralia ke? cantiknya.
sedapnya. tapi kan buat sendiri takde air tangan CATZ lah.
agaknya brp banyak orang zaman dulu putus cinta sbb masalah komunikasi kan? hahaha... dulu-dulu berkawan lagi byk sabar kot. kalau dah tak dpt jumpa seminggu pastu baru dpt explain sebab (hantar surat) keh keh
sedap2..ct dh pernah makan
kak roha saye suke gile lauk nih..sejak tinggalkan b.p dh tak jumpe dh kat cni..so kalo msk lebih tu jgn lupe hntr kt saye sket...hheheh
fav ni wokk
Post a Comment