Perth merupakan pintu masuk ke Western Australia.
Tak heranlah berjalan di sini sgt mudah, banyak kemudahan penginapan dari hotel mewah hinggalah back pack, B&B.
Dari Perth, kita ke Fremantle..
Jalan-jalan balik hari je.
Sebenarnya kalau nak drive sendiri pun boleh kerana sewa kereta di Perth amatlah berpatutan.
kalau pi bertiga atau berempat, berbaloi sebab boleh singgah banyak tempat.
Tapi travelling di Perth amatlah mudah, boleh je naik train ke mana-mana seperti ke Mandurah, Fremantle dll. Kutip peta di hotel, airport and u are ready to travel!Catz sempat ke Fremantle, a must go tourist attraction kalau ke Western Australia.
Terletak lebih kurang 30km dari Perth, kita boleh naik cruise, bus atau train.
Bgai saya anak train lah paling senang sebab tambang berpatutan dan around 30 minit dah sampai. Selesa. Lagipun stay kat Holiday Inn, walking distance nak ke train station.
Kalau naik bas sejam lebih.
eh bukan hari2 dpt tgk pemandangan macam ni..di kejiranan dan belakang rumah cik kiah takde benda-benda cam ni...
boleh lepak-lepak kat pelabuhan, minum hot coffee, makan aiskrim. (eh..aku mesti mention pasal makannnn je kan....)
makcik yg aku jumpa tuh duk ulang kali ckp.."haaa..u naik bas yg warna oren mcm ni..(tekan-tekan jari kat warna oren bus stop tu..)..yg warna ORENNNNN macam ni tauuuuuuu"
aku : ye makcik..ye makcik..ye makcik.
(kena layan orang tua bercakp dgn sopan tau)
Nak jalan-jalan..senang je...ada OREN CAT bus...atau naik tram. Tram tu bayar 22 AUD. Oren CAT bus FREE!! so kita naik bassssss!! pI BUS STOP oren, sebab kat situlah bus oren kucing ni berenti. Terjumpa seorang makcik tua yang sgt ramahhh...kitarang borak-borak...hahha..makcik oramputeh ni sgt friendly ok..dia around umur 68 tahun...dia bagi guide camna nak travel dan dia kata baik naik bas ni. percuma dan ko bleh turun naik mana-mana stesen..jalan2..naik bas lagi...
kekerapan bas 10 minit sekali, tapi start pukul 10.30 pg pada sabtu dan ahad.
hari lain start lebih awal.

aku suka biru laut ni..biru gelap yang cantik!
macam nak terbang tudung cik kiah bila angin kuat tetiba bertiup.
Kami dtg awal pagi, so byk kedai yang baru buka. Oh, market ni hanya bukan on Friday,Sat, and Sunday. Aku tanya seorang pekedai, hari lain kenapa tak buka? buat apa? dia ckp susun stok, kemas kedai etc.. pelik jugak ek.tapi sebab ni kira tempat pelancong, maybe hari lain org tak ramai.
pandai2 lah nak tawar menawar..
eh..apesal ek..makan kat mana-mana, kedai mamak ke..kedai melayu ke..derang suka letak extra gravy/kuah atas nasik sampai banjir nasik tuh dgn kuah. Oh..cik kiah kenot eat mcm tu..biasanya mmg terpaksa amik extra nasik kosong. aku boleh mkn if kuah diletak sikit2 atas nasik. That's why nasik kandar aku KUAH ASING.
kat kedai Indonesian tu dpt diskaun banyak, brgnya berpatutan, murah..borak-borak gak dgn owner kedai ni..
papa belanja...
Lepas makan aiskrim, minum coffee, kami sambung jalan-jalan. naik CAT bus, singgah ke beberapa tempat seperti museums, gallery dan jln area town ..amik-amik gambar..
No comments:
Post a Comment