Antara banyak-banyak tempat yang aku jalan-jalan,
aku rasa Queen victoria market ni la yang paling aku sukaa...!
cik Kiah kan suka pi pasar...haaaaa..best..best.
Dari apartment aku tu, nak ke sini jalan kaki je...lintas kat Flagstaff garden , lintas jalan , jln sket haa..dah sampai. Kalau u ols nak pi sini naik tram oso can. Nnati aku letak nama stesennya. tapi berenti kat area flagstaff garden tu lah.
tourist free shuttle bas oso ada lalu area ni.
aku jalan kaki je.
market ni buka pukul 6 pagi. so lepas solat subuh, lepas buat bekpes, jalan ke sini.
dlm 10 minit kot dr apartment tu..(plus singgah garden, amik-amik gambar bagai...jadiklah dekat 20 minit..kuikuikui).
Business hournya :
Weekdays :
- Trading Hours
- Tue: 6am - 2pm
- Thu: 6am - 2pm
- Fri: 6am - 5pm
- (general merchandise to 4pm)
- Weekends :
- Trading Hours
- Sat: 6am - 3pm
- Sun: 9am - 4pm
Apa yang menarik market ni?
Ok..market ni merupakan salah satu landmarks Melbourne jugaklah. Ia dibuka sejak tahun 1850'. Adalah sejarahnya tempat ni.
Ia adalah open air market yang terbesar di Southern Hemisphere.
Ia dinamakan Victoria market sempena nama Queen Victoria yang memerintah empayar Br1tish dr tahun 1837-1901.
Hari ini, market ini merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong ke Melbourne.
Market ini menjual pelbagai barangan dari bahan basah seperti ikan, daging, sayur,seafood, buah, herbs dan pelbagai makanan.
Selain itu, ia juga menjual pakaian, kasut, brg perhiasan, aksespri, barangan kraf, cenderahati dll.
Dimarket ini juga terdapat food court. Pelbagai cafe ada menyediakan mknan seperti donut, fish and chips dll. Ada juga van donut di market ini.
Masuk je aku rasa nak lompat-lompat sebab nampak sgt bestttt!!! Aku dtg awal lagi, so penjual-penjual cenderahati dan brgn kraf masih lagi menyusun barang masing-masing. So pegi bhgn sayur-sayur dulu...
bestnyaaaaaaaaaaaaaa....bestnya kalau pasar kita mcm ni...
tersusun, bersih dan cantik....rasa mcm nakbeli semua sayur dan buah. Fresh dan warna warni!
harga boleh tahan murahnya.n Pandai-pandai le browse carik yg bagi harga paling murah.
warna warni...aku cam jakun tak pernah nampak sayur pulak...tapi banyak gak le benda sayur ni yg kita tak jumpa kat pasar kita. selalu nampak sayur tu chef2 dlm channel AFC guna...weiii!!...aku nampak sayur mentah pun rasa mcm sedap!!
(perasaan aku kalau pi shopping mall tak mcm ni...masuk pasar happy semacam cam nak lompat-lompat)..
dah habis beli sayur, aku pi bhgn jualan cenderahati..
ni pun seronok jugak..
terdpt pelbagai pilihan soviner dari benda kecik-kecik sampai le hok besar.
dari fridge magnet sampai le ugg, t-shirt, topi, beg, boomerang , keychain etc.
memang rambang mata ko...
pakcik yg jual FM ni bagi aku 8 ketul =AUD10.00. kira murah lah..sebab aku pi thailand pun lagiiii mahal FM nya.
hehhehe...aku kerut dahi..oversea??..obersea mana ni banggggg???? dia ckp..."i dont know."
cik kiah pun pulang dgn sayur-sayuran dan kangaroo.
so sekian cik kiah di vic market.
bersambung kisah lain..
5 comments:
bestnyaaaa pasar dia!!! rasa lapar tgk sayur kaler kaler tu..
beshnya pasar nie..kalo tau kim poala bear tu..ekekekke..
wah! aku suka pasar ni. kalerful sayurannya gituh. nampak sngt fresh. strawberry tu manis ke masam? murah ekk? leh buat yogurt drink. nyum!
amboi cik kiah, berkoyan-koyan beli. Tak berat flight ke nanti?
mengapa tidak:)
Post a Comment