pernah beli kat pasar malam, tapi sgt pedas dan berminyak. Menggelupur lidah aku.
so memalam, cik kiah selongkar dapur.
ada satu tin kacang kuda.
selongkar lagi sekali dlm fridge, ada daun kari dan cili kisar.
(kot selongkar jumpa emas ke..takde pulak..serai kering,daun limau kering, ikan kering ada le..)
ok..
mari masak kudapan utk di makan sambil menonton 'are you smarter than a 5th grader' yang buatkan aku rasa aku adalah sgt bengap rupanya..hahhaa...tak caya..ha pi tgk rancangan tu...
bahan-bahan:
kacang kuda rebus
daun kari - 1/2 genggam (kalau nak letak satu pokok oso can, tapi nama menu dah jadik lain iaitu daun kari berkacang kuda)
bawang besar satu labu
cili kisar/boh - 2 sudu
serbuk kari - 1.5 sudu
garam sket
minyak sket
kacang kuda (yg dlm tin atau rebus sendirik).
kalau nak rebus sendiri, rendam dulu kacang kuda itu satu mlm, then baru rebus esoknya..buh garam sket (eh lamanya baru dpt makan..kihkihkih)
ok...
Hiris halus bawang besar. (aku suka bawang banyak)
Tumis bawang besar hingga layu, masukkan separuh daun kari..
time ni kan bau daun kari ni..puhhhh
then masukkan cili kering..tumis2 bagi garing sket,masukan pulaserbuk kari.
kacau sebati, buh garam sket.
Masukkan baki daun kari, kacau dan masukkan kacang kuda.
gaul sebati ye tuan-tuan dan puan-puan.
angkat..hidang.








