Thursday, September 10, 2009

Kacang pool - the beginner

Kacang pool


Cerita semalam.

kelmarin masak asam pedas, sayur, dan pengat keledek.
semalam masak bihun goreng lagi. Minggu ni dah dua kali dah masak bihun. Menu kecemasan bila dah sampai rumah lambat. Tadi mcm nak singgah bazar Ramadhan. Tapi..isk..aku tgk bazar Ramadhan depan Tesco tu orang tak ramai. Eh..bagus lah kan?..org tak ramai. Nak park senang je pulak tu. Tapi aku malas nak singgah.
Sebab:

aku tak nak end up balik penuh tangan cam nak bagi askar satu batalion makan.
Bazar Ramadan ni, penjualnya agak ramai kelihatannya. Yang membeli pulak tak ramai.
So..bila ke situ karang, org akan panggil-pangil ko...dah le aku ni pemalu (kihkihkih).
"haa...akaakkkk..beli kak..air hijau, merah, oreng, cincau..etc..murah kak...murah kak..beli 2 percuma 1..."
Masa tu pulak ko baru je jalan masuk bazar, semua org tgk ko...peniaga tuh semua pangil2 ko...macam ko parade depan derang pulak. Lepas tu aku karang cepat terpengaruh. Silap-silap kang aku beli air tu..ha..3 pack air (satu RM3.00)....isk.
pastuh..akak jual nasik campur panggil pulak...abg jual ayam percik panggil, makcik jual martabak pangil, adik jual bubur lambuk panggil..iskkk...susah nak kawal keinginan aku ni.
Orang cakap nafsu setan ye?..eh.bulan puasa bukan setan kena ikat ke???????
lepas tu aku jenis cepat kesian. Kang akak jual kuih merayu-rayu aku beli..nampak kerabu aku beli..nampak nasi kerabu aku beli. (adalah beberapa gerai yg nampak mknn dia menggiurkan).
Ni aku nampak sebab hari tu singgah Tesco, lalu depan bazar ni... (aku jalan tegakkkk je time tu, tak berapa nak tgk. Kalu aku tgk sure aku nak beli karangggg).

So hasrat nak berenti kat bazar aku batalkan.

Sampai rumah meluru kedapur dulu. Beg apa sumer tinggal dulu.
aku cepat-cepat masak air , keluarkan benda dari fridge.
Pronggg..pranggggg..krongggg..krengggg..siap bihun aku in 25 minutes.
(tak sempat aku nak siang buang ekor taugeh. basuh terus campak je dlm bihun.).
Ala..bukan nak hidang kat mak mertua. tak cukup masa lagipun.
Buat air ribena, buh dlm fridge.
Pengat semalam ada lagi..kan dah complete. ada benda manis.
ok. dah. boleh sambung tgk citer wadi Unung pulak (laaaa...dah separuh....).


Malam-malam kan...aku teringin nak masak kacang pool sebab 2-3 hari ni aku dah surf resepinya. Sebenarnya aku bukan nya tau rupa sebenar makanan ni. Sebab, semua gambar yg aku surf kat internet, kacang poolnya tak nampak. Yang nampak telur goreng dengan bawang, cili, limau. Kacang poolnya terlindung. DAN..aku tak pernah pun makan. Cuma ulasan org dlm forum etc, katanya sedap....dan katanya makanan negeri Johor. Apesal aku tak pernah makan ek?????

so agak sadis jugak nak masak benda yg ko tak pernah makan, dan ko tak pernah nampak rupa sebenarnya. hari tu tgk Fahrin masak pun, aku tgk dah last-last..dia dah hidang..so terlindung di sebalik telur. cihcihcih.
belasah je la.........





Ok..kacang pool ni mcm2 version jugak. aku buat yg senang je lah.
mari tgk bahan-bahannya:


1 tin kacang foul medammas (buleh makan 2 org..if diet bleh mkn 3 org)-
**ini adalah kacang parang. if ada yg mengidap penyakit apa tuh..yg takleh mkn kcg parang tu...takleh guna kcg ni..maybe boleh ganti guna kacang kuda.sebab ada respi yg campur guna kacang kuda.
1 mangkuk daging yg dihiris kecil/ kisar -aku guna daging kisar wak ramli
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan biji ketumbar
1 labu bawang besar -diced
3 garlic - aku tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk
2 sudu rempah sup (or if xde bleh guna kayu manis, bunga lawang etc)
sedikit serbuk kari daging
air
minyak

Bahan hiasan: (eh bukan hiasan la..ni bhn utk dimakan jugak)

telur goreng (sunny side up.kuningnya still runny)
cili hijau hiris
bawang besar didadu
limau kasturi.

* jumlah bahan2 tu anggaran je. tak rigid. sukati agak-agak lah.if suka boleh gak buh cili giling/cili serbuk . ada org suka pedas sikit.


Ok..jom memasak cara cik kiah yg 1st-time-masak-benda-ni-dan-tak-pernah-rasa-dan-tgk-rupa-kacang-pool.

memula,

1. goreng jintan dgn ketumbar tanpa minyak. api kecil, jgn hangus. kacau. Then tumbuh halus.
2. tumbuk halia dgn bawang putih. Tumis bahan ni. masukkan bawang besar sekali.
Tumis hingga agak kuning, naik bau semerbakkkk satu dapur. Masukkan jintan dgn ketumbar tumbuk tadi. tumis sebentar. time ni baunyaa...mcm masak kenduri ko,.
3. Bancuh rempah tumis, rempah kari dgn sikit air. masukkan. Tumis sekali.
kacau-kacau.4. Masukkan daging. kacau sebati.hingga daging masak.
5. Sambil tu, amik kacang foul, bagi dua. separuh kisar, separuh kenyek-lenyek kasar je pakai sudu.

lenyek..lenyek kasar



6. masukkan kcg yg dikisar tadi kedlm tumisan bahan tadi. kacau sebati. bagi mendidih kejap.
7. masukkan kacang lenyek tadi. kacau.

Ha..camni la rupanyaa..ala2 kuah spagetti. Time ni kan aku dah amik sudu, amik sikit rasa.
Eh..sedapla (katanya dlm hati memuji masakan sendiri).

7. renihkan around 20 minit. if pekat sgt tambah air sket lah....kena rajin gak kacau sebab benda ni cepat pekat takut hangus kang.

8. Hidang le. Buh dlm mangkuk, letak telur, limau, cili hijau potong dan bawang..

* aku tak bubuh garam sebab benda ni mmg dah masin. Kacang tu masin dah.
If suka boleh buh tomato yg dikisar . masukan lepas daging dah masak. aku malas le.

Makan cam buaya..meniarap...kihkihkih. dont try this at rumah mak mertua.

Hidangan ni sedap mkn dgn roti. Roti peranchis katanya. roti biasa ke..apa2 roti pun tak kisah.


Rasanya??? sedap.." errr like the food is dancing around in my mouth" - kata2 juri rancangan pertandingan masakan iron chef yang bagi ulasan masakan dgn overnya." ohhhhh....the taste is like a beautiful girl came out from the dark.."...cehhh..kihkihkih.


selamat mencuba...

22 comments:

INTAN RH said...

Mkn sambil meniarap ala boya gitu? hehe.. :D

kucingorengemok said...

pandai² je dia org tu kata makanan orang johor, bukan makanan orang arab ke? feeling yemen la tu, haha...

buat masa ni aku cek ting 11 yang banyak kosong :)

haah, deris parit kedua yang ko sebutkan, tapi dia tak ngaku dia kata orang parit tu eksyen, so dia konon² orang sri gading, sukati la labu

NenekPenne said...

ya allah catz, kacang pol ini tersangatlah sedapnya...
ni masa ai kat johor with my tuttttttttttt... ada satu kedai makan tu kat pasir gudang jual kacang pool...the best the best... i tak tau nama kedai tu tapi pergghhhhh... marveles..makan pulak dgn roti yang disapu dgn lite mentega pastu bakar atas pemanggang roti canai... roti tu bukan roti gardenia..alah roti yang selalu kedai2 kopi guna tu..

tak dapek den nak meraso laie...

nizz said...

hai sis
baca teori ko kat pasar ramadhan sampai juling mata akak.. cik kiah,heheh bab ko wat aksi meniarap ngan hidangan tepi laptop tu kan,nk bagi petua yg ala2 jahanam nie..ko servey la kalau boleh cari mak mentua yg leh dibawa wat aksi cam ko sama,pastu nk lebih mithali,laptop korang side by side..huhhh kompom bahagia bagai...hikkk

~Sasha Farina~ said...

ohh... ni lagi satu benda yang saya tak makan. hehehe.. walaupun banyak ada jual kat sini.. ntah kenapa tak berkenan :D

kikin_78 said...

catz...mana nak beli itu kacang foul dlam tin??? x penah nampak pon kat rak pasaraya...ke aku yg tak perasan??? hehehe

neezareef said...

pantanggggggggggggg nenek moyang aku mkn baring/menyabung mcm buaya..

kah kah kah

ramadhan said...

awak pun tau kacang pool?? hebat

Mama Miraki said...

Catz..i pun orang Johor..tak pernah makan pun kacang pool ni..nak trylah nanti..
Catz..bila baca entry u ni rasanya cam se kg je kita ni erk...hhihihihi cuma i dah jarang balik kg parents dah x ada...raya nanti balik lah...

en_me said...

catz, kacang pool satewww.. uhuhu

CATZ said...

INTAN RH,
hahahhaa...kucing buaya..
kihkihkih

CATZ said...

kog,

kan..kita org johor pun tataw yg ni mknn org jhr. aku rasa mknn org timur tengah tu haa..

weh.seri gading??..ahli parlimennya aktif betul dan lantang dan laser kann??

aku pernah jadik minah kilang kat seri gading tu...kilang sharp.
hehhehe

CATZ said...

Nenekpenne,
eh...makanan yg aku buh kat posting sumernya menimbau kenangan ko dgn tuttt eh..
sori le...
tapi kcg pool mmg sedap..

CATZ said...

nizz,
bernas idea mu itewww..
hahahhahaa..side by side gituhhh..
uhuks..

CATZ said...

shasha,
ni saya 1st time makan..hehhe..dulu duk Jb lama tak pernah mkn pun..
eheks..

CATZ said...

kikin,
ada lah..ko carik bhgn mknn dlm tin yg ada kacang panggang etc..aku beli kat The Store.
brand kimball.

CATZ said...

neeza,
tu lah..mak dgn nenek aku pun mau terkujat beruk kalau tgk..tapi takpe..depa tak nampak..jauh..
kihkihkih

CATZ said...

ramadhan,
tau...apa yg hebat??
kompius...

CATZ said...

Mama MIraki,
hi..
saya pun tak pernah mkn..
1st time ni..cuma benda ni femes kat JB..
err..mama org parit mana??

CATZ said...

en_me,

SIAPPPPP!!!!!

Mama Miraki said...

catz..pt sulong ler...(jalan muar- pt sulong)..tak ada parit pun..hihihihi...tu lah cam pernah nampakler u ni..hihihihi

illa said...

pernah mkn kat imigresen jb
perghhhh sedap giler..
tp kt kl ni tkatau nk cari kat...
tq for the recipe!!