Saturday, September 12, 2009

Munjung....


catatan pendek balik Johor.


Sebenarnya dah niat nak hantar gula kat mommy. Tapi aku weng..tak tau sebenarnya raya bila. Bila kawan lab aku ckp next week punya ahad dah raya, aku ala2 terlompat katak. hah?????
so kena cepat2 balik.
Tetiba je call mommy: "mommy kita nak balik.err..tengahari ni kot."
mommy ckp" Alhamdulilahhh...mommy pun munjung today.."
terus aku rasa nak lompat-lompat dan berlari balik. (Hanya org Jawa parit-parit je kot yg tau kenapa aku excited sgt hal munjung-munjung ni).

Pukul 12 tghari terus aku zoooommm..
Sg Besi -Pagoh -----> BP : sampai rumah pukul 3 lebih aku terbongkang tidur. Mommy dan adik
dah nak siap masak. Aku masak dlm mimpi je. AKu dah plan nak belajar buat rempeyek. Tapi...terbongkang sampai pukul 6.00 ptg. AKu kepenatan + ngantuk.


Petang-petang ajak adik lelaki pi bazar Ramadhan. Beli air katira, cendol, ABC dan kuih sikit.



Balik...hidang-hidang. Bestnya dpt buka poser dgn mak abah dan adik. Lodeh mak aku sedap gila..
apa??? munjung??
Munjung..munjung...
bila blogwalking ke blog warga jawa johor, ehm..lately ni tajuknya MUNJUNG.
jeles je aku. tu lah perasaannya bila org duk tayang2 aktiviti munjung mereka.

Ok..munjung adalah aktiviti menghantar juadah dan bertukar juadah. Bukan juadah biasa mcm kuih yg u ols bertukar2 dgn jiran tu tau. Juadah nya adalah mknn raya iaitu ketupat, lodeh, ayam kari/kicap/sambal/kuah kacang etc. Masa aku kecik-kecik, xtvt munjung dilakukan sehari sebelum raya iaitu petang raya. So kiranya ptg raya tu mmg makanan banyak gila ok.mana yg ko masak nak bagi org dan mana yg orang hantar. Bayangkan..dlm 20 lebih set ketupat. Biasanya kita hantar pada jiran-jiran, saudara mara. So mcm2lah dlm hidangan itu, ada yang hantar ayam msk kicap, ayam kari, sambal etc. YANG WAJIB ialah LODEH dan ketupat. lauk2 lain sukatik. So masa makan kita akan hidang semua, asing2..so banyak gila kan hidangan. If ada 10 rumah, 10 mangkuk lodeh lah adanya belum lagi segala lauk lain. Dan kita akan rasa .."oh..ni lodeh mak long..sedap...oh ni lodeh rumah senah, ehm..kuning warnanyaaa, ni ayam masak kicap pak long, sedapnya,..ni rendang rumah kak Joyah, ..so boleh taulah sapa masak sedap, masak so-so, yg sedap hingga menjilat jari,dan rumah mana yg suffer from a bad chef. kehkehkeh. Tapi tak penting pasal kesedapan...yg penting semangat muhibah dan tradisi tu. Itu dulu.

Now zaman dah berubah. Munjung org tak buat sehari sebelum raya lagi dah. Kebanyakkan buat masa pertengahan puasa, or buat 2 kali (sebab banyak sgt yg nak di bagi). Tujuan nya sebab nak elakkan sehari sebelum raya, makanan berlambak sampai tak tau nak mkn yg mana, kdg membazir sampai buang. Macam mak aku dia buat 2 kali. so takdelah masak terlalu banyak dlm satu masa. aku rasa adalah dekat 30 rumah yg mak aku bagi..kan..cam bagi mkn sekampung tuuu..so samlah,kami terima dekat 30 punjungan tu. konsepnya ..aku bagi ko, ko bagi aku... bukan mintak balasan tapi adatnya cam tu.

DAN..now
Hidangan munjung org dah tak rigid to ketupat je. Ramai yg dah buat nasi minyaklah, beriani, nasik ayam dll. Pelbagai makanan. So mlm raya tinggal masak ketupat utk mkn 1st raya. Selesai dah kan keje munjung tu. Tinggal kemas rumah, pasang langsir bagai.

sekian.


so semalam aku dah buat prelude raya. Makan ketupat, lodeh, rendang, ayam sambal dll.


Tak sempat aku amik gambar set munjung mak aku sebab bila aku bangun semua dah dihantar.

16 comments:

nizz said...

hai sis
that was interesting,aku nie bab adat,jadik cam bodo2 alang la pulak,walaupun bukan warga jawa(ahakss) tapi aku sayang sangat ngan adat2 kaum malaysia nie,hikkk hanya anak rantau cam aku jer kot yg raser malaysia best giler..tau la kan dok tempat owg,kekadang cam sengal jerk...huhuhu...(udah2 ler tu citer cedih )...cik kiah akak ko nie kan akan berada di kl lepas rayer nie...alasan.. tenis malaysia open akan menjelma kt malaysia,jom asah2 la reket ko tu ekkk,ramai arr mens tenis player yg pemes,kendo2 akan ader kt stadium bkt jalil (keji tau)....akak sah2 bekampong tk moo balik bagai.hikkk ..

DBI said...

kalau saper tak dapat munjung tu..sure dia muncung kan catz...

Anonymous said...

salam catz,
halamak, best giler adat kat johor. kalau cengginih tiap bulan pon x pe..eheh...

@xiM said...

baru taw maksud munjung tu apa..sebelum ni duk dengar jer kawan aku duk sembang..ntah hapa ntah..

thanks catz..:)

LYS said...

jawa belah segamat munjung pagi raya... b4 sembahyang raya.. selalu masak bebanyak motif mmg untuk munjung.. padahal kat umah bkn ade orang nak makan sgt pun..haihhh...

geraugebang said...

Bestnya.Keliling rumah akak semua al keturunan al jawas. Memang ngunjung je. Semalam baru start, Tapi kita balik lambat Johor jadi tak sempat merasa makanan ngunjung. kalau tak, huhh, terhenyak makan kekenyangan. kan kan. Bestnya, nanti ada sambal goreng, bestnya. cam na ni? Catz ni memang tau.

Sasha Farina said...

meriahnyerr... teringin nak alami munjung ni, tumpang kampung boleh ka catz? tahun depan ker.. hehehhe

CATZ said...

nizz,

aku rasa kan, time nak raya, hal munjung2 ni le yg bestt...time masak-masak tu..
ooo..ko akan berkampung di Kl nantik?? jumpa kendo2 tuh kewwww..
'hehehehe...memang ko keji.
kihkihkih.
abih..raya ko makan ketupat tak??

CATZ said...

DBI,
kalau nak dpt..dia kena munjung gak..hahahhaa...
a'ah kot, if tak dpt terus muncung..ke kekeeee

CATZ said...

anon,
hai..
welcome to my blog..
mmg best..bagi saya one of best part time puasa ialah part munjung bila nak dekat raya..seronok.
:)
salam aidilfitri.

CATZ said...

axim,

haa..kalau kat johor, mmg pemes bab munjung2 ni..bagi aku antara benda yg best bila menjelang raya.

:)

CATZ said...

makcik rokiah,

pagi raya pun kami munjung gak...
antar kat rumah nenek..
sebab mlm/awal pagi raya mmg masak jugak..nak bertandang ke rumah nenek siap2 bawa ketupat bagaii

CATZ said...

geraugebang,
hi..
welcome to my blog....
memang best part munjung2 ni kan..
dpt mcm2 versi ketupat dan lodeh..
heheheeee

CATZ said...

sasha,
memang meriah...antara benda yg best menjelang raya..
nak tumpang?..bolehhhh..boleh....jom raya rumah mak kita..

:)

Mama Miraki said...

catz,,cerita u ni mengingatkan saya masa kecik2 dulu ler..sekarang semua tu dah tak ada dah...beruntunglah u parents ada lagi..bestnya munjung2 ni tau.sy rinduler suasana cam ni kat kg...

mRsauRa said...

oh ye ker...barulah tahuuuuuuuu apa itu munjung...first time dengor...ihiks