Saturday, September 12, 2009

I hate shopping (part 3)



huh..
apa punya tajuk daa..
maksudnya, aku tak suka shopping baju.Tak suka.

Tapi malam ni aku kena pi shopping raya (kejinya, org pi surau terawikh aku pi shopping).
Esok pagi-pagi lepas sahur aku nak balik dah, so ada takde mlm ni je sempat nak keluar.
Bawa mak dan adik, sajalah nak feeling2 nak raya. Abah aku tak nak ikut sebab dia nak pegi surau. Lagipun apa yg aku beli dia pasrah je terima.


Mak aku ok la...aku dah tau taste dia. Kasut ke..beg ke aku dah tau hok camana yang dia nak.
Kalau tak berkenan, round 20 kedai pun dia tak nak beli. Kalau fesyen terkini hok Jeniper Lopes pakai pun kalau dia tak berkenan, tak payah la paksa dia beli. Eh normal la.perempuan kan macam tu.So logik. tak amik masa lama, mak aku dah dpt dah kasut dgn handbag baru, sebab masuk je mall, terus tuju kat area yg mak aku taste. ok dah settle.Aku bayar dan pi dept lelaki pulak.


Yang buat aku hangin tadi. adik lelaki aku. Dari rumah aku dah tanya, ko nak beli apa?

dia ckp suar jeans.ok. sandal raya, dan t-shirt.
Sampai turn dia.. belek jeans sana sini, dia tak berkenan. Padahal kat mata aku dah elok sgt dah (dari segi rupa dan harga diskaun 70%..kihkihkih). Yang ko nak cerewet sgt kenapa kan???
Belek..letak..belek.. letak. woooo...aku tunjuk yg pd aku dah lawa gila pun dia tak nak. Yang mahal ke..yang murah semua dia tak berkenan. Apesal? Bukan ko yang nak bayo kan?
Aku mmg dah kuar asap sket kepala time tu. Bosan oke. Kulu kilir - kulu kilir dalam parkson tu. Aku memang tak beli apa-apa. so aku just follow je mana dia pegi. Dah letak amik letak amik, dia ckp dia tak nak suar jeans. nak beli apa tah..suar khakis ke slack benda tah. Rasa nak sekeh je. Nasib baik mulut aku tak leh kuar api cam naga. Kalau tak sure bomba busy malam ni sebab ada supermarket terbakar.Tak pasal-pasal aku raya dlm jail.


Pastu dia belek lah slack lah...baju lah...lepas tu sgt memilih. amik letak amik letak...sampai aku bosan. kuar masuk fitting room. Aku ni lah duk luar fitting room tanya " ok tak???..ok tak???"
tak ok..amik lain pulak..masuk fitting room lagi.Aku cam tiang letrik tunggu kat luar fitting room.
So aku pilih le something utk abah. seluar etc...dah dpt. Tapi adik aku tak jugak siap.

HIskk... aku mmg tak gemar ok. Masalahnya ko baru tingkatan 5..apa yg memilih sgt??
aku masa umur baya adik aku tu..redho je dgn apa yg mak aku beli. Boria pulak tu dgn kembar aku. Pasrah je la. Budak sekarang ni manja beno la (tak semua). Dah lah lelaki. Kalau perempuan aku paham la kenapa nak cerewet. Semua benda nak matching. Dari suar kecik sampai le ke lipstick nak match segala warnanya.
Terkesima aku bila adik lelaki aku ni tanya.." match tak t-shirt ni dgn seluar tadi??" (padahal suar tu warna hitam dgn warna coklat).
Huh..aku terus ckp..."eh...sesuaiii...sesuaiii sgttt....lawa..." . Mak aku mcm nak suggest warna lain..aku terus tarik mak aku pi tmpt lain..ha-ha-ha.evilnyaaa.Kalau aku layan sgt kang ada yg tidur dlm fitting room.
Pas tu masa pilih kasut, aku yg disuruhnya amik kasut yg dia nak. Aku amik..dia cuba.. aku amik dia cuba. Dia duduk sedap-sedap tunjuk mana dia nak.ewahhh....adik aku ni manja. kang dia merajuk kalau aku sound. So aku ni penuh keterbakaran kesabaran kena jadi SA kejap. Time tu ringan je rasa jari ni nak piatttt je tinge dia.Tapi sabooo...sabooo..saboo kiah.

Cik kiah berasapsss..

Kalau beli ikan, bawang aku tak kisah pulak hal belek membelek ni. Mak aku kalau beli bawang kalau boleh dia pilih sebijik-sebijik elok ke tak...aku oke je. Tapi aku rasa aku mmg tak suka la pi sopping baju segala ni. Tak berapa gemar. Tapi kalau pi sayur - ikan department aku sukaaa..

entry merepek sambil masak utk sahur.

7 comments:

NenekPenne said...

i love sopping..

tapi betul, kalau kita tak berkenan,round satu sopping complex pun tak guna....

Inah said...

hahahaha..sama la kita catz..kalo sopim..terus aim and bayar and keluar..x paham camne org boleh abiskan masa yg banyak kat tempat baju :P

tapi kalo g bahagian supermarket..boley je tgk2 ikan2 and sayur2..hahaha :P

my mum ckp..ko ni x macam pempuan muda..x suka sopim baju :P

ramadhan said...

im on ur bro's side.

anda kene faham kesinambungan di dlm konteks tersebut ye. chewah.

name pun dh tingkatan 5. its bout time for u to let him go on his own rather than nk teman2. its normal for a form 5 guy. trust me. suruh je dia kuar beli sendiri. sah sah ade yg dia bawak balek

~Sasha Farina~ said...

adoiii... mmg azab ler kalo shopping dengan orang mcm ni.. hahaha.. sian catz!

Linda Abdullah said...

Ehh Catz perangai my youngest brother pun macam gitu..

adoooi sakit kepala pi shopping dengan dia coz ada jer lah yang tak kene, belek-belek tak beli jugak lastly suruh dia pergi beli sendiri dengan friends dia..

lagi satu fakta adalah dia seorg yg sangat pemilih macam mak nenek..kakakakaa adik lelaki bongsu memang macam gitu kot perangainya..

geraugebang said...

Assalammualaikum, salam kenal. tak suka shopping baju? bagusnya. akak gerau tabik ngan kamu. Suka shopping ikan. lagi bagus. he he he.

kikin_78 said...

hehehe..sabor catz sabor...