Monday, September 21, 2009

sedikit catatan raya

hows ur raya??
mine?..best.. great..cool..
eh not bad lah raya aku this year.
walau pun ala-ala low key , but i had fabulous raya.
sekadar sedikit catatan..

daun limau tu aku beli kat pasar. macam nak masak utk 20 kilo daging je kan.
Pasrah laa..adik penjual kata 50 sen je kakkk...


managed to 'masak munjung' seorang diri sebelum balik kampung. bersilat di dapur seorang diri. haa.. kalau u ols punya munjung adalah sesama jiran, aku punya munjung ni merentas benua gitu... antara benua Selangor dan Johor..kelazzz tak..?

mangkuk tingkat yang berisi, ketupat, ayam masak kurma, lodeh, rendang daging dan kuah kacang.

-Selamat jugak sampai Johor walauuuuuu tersadai kat KLIA 2 jam menunggu orang dan hampir disaman oleh abang polisi di KLIA yang garang itu.Ketarrrr aku bila polis tu mintak lesen dan IC sebab aku park dekat 2 jam depan area ketibaan. "kalau u tak nak bergerak...i saman."
Terpaksa aku berlakon telepon kuat2 konon org yg aku tunggu dah nak keluar dari balai ketibaan. He-he.
flight katanya sampai 9.30...sekaliiiii dekat pukul 11.00 baru nampak bayang orang yang ditunggu.
So kami meredah kepekatan malam dalam hujan lebat di lebuhraya. Daddy call suh beli lemang, Carik lemang tapi tak jumpa. yang dijumpai adalah signbod "LEMANG ADA DIJUAL DI SINI". ha-ha. hujan lebat..so abang-abang dan kakak penjual lemang dah balik rumah. Ehhh..tetiba sampai area Pekan Rawang nak sampai Muar, jumpa peniaga lemang. Excited aku melompat turun dari kereta konon2 nak borong lemang. Sekaliiiii...adik penjual lemang yang menolong abahnya (lingkungan umur 5 tahun dan cute) cakap.."akakkkk lemang dah habis...yang tengah masak ni lama lagiii..dalam 2 jam kot baru masak"... aaaaa....takdelah aku nak tolong membakar lemang di situ dlm hujan renyai-renyai bawah khemah tu. Terus je lah balik rumah. Kempunan lemang.
Ops..ahli-ahli rumah dan rombongan balik kampung tadi bergotong royong makan 'punjungan' aku tadi pada pukul 2 pagi. Makan secara senyap , samada terlalu lapar sebab lama dlm flight pastu 3 jam meredah highway dlm hujan lebat ke Johor ..atauuuu makan senyap sebab aku masak sedap. heh.Aku bajet reason yang 1st la.

hidangan raya rumah mommy..

Upacara makan selepas sembahyang raya, tidor selepas makan...dan kemudian beraya. Pegi rumah nenek dan jumpa sedara mara dan makciks pakciks. Makannnn lagiii...dan makan lagi..dan makan lagi..dan lagi..dan lagi...dan lagi dan lagi.

eh..ni adalah konfleks bermadu katanya. suprise!! adik lelaki aku yang buat katanya. Adik bongsu lelaki aku yang form 5 tuuu..ha-ha. kembang kempis idong dia bila aku cakap sedap. Tetiba aku kan..macam nak suruh adik aku amik course apa tu..culinary?..chef-chef apa tu?..perhotelan ke..food apa tah gitu. Nak suh org lain tadek dah. Dia je yang belum masuk unibersiti. Ha-ha. adik aku buat kuih raya. Begitu melekat sekali konfleksnya.menjadik.


adik lelaki tgh duk bakar bunga api..ziungggggggg!!!! aku suh main jauh-jauh sebab kitarang buh kete berderet depan rumah. karang kena kereta kalu..ada yg raya jalan kaki karang..


Ha...mlm tadi kan...sempat lah berkabooommmm..kaboom....main bunga api..aku kompius sebenarnya antara mercun dgn bunga api. Bunga api pun bunyik kaboommm-kaboom jugak ke?? Yang aku ingat dulu masa kecik-kecik aku main bunga api cap kucing yang tadek bunyik tu je. Dah besor-besar aka tua bangka ni aku tak gemor dah bunga api bagai. so aku tgk je lah beberapa kanak-kanak ribena tua main bunga api / mercun sambil tangkap gambar. Mahalnya modal nak main bunga api ni. Idok le aku nak membakar duit aku. Tapi ada kawan aku ckp..dia dpt bunga api kabom-kabom dgn harga murah.
Aku tanya, mana dia dpt??..dia ckp.." konstabel polisi dkt rumah aku.Hasil rampasan"..erkkk??? apekahh????

Tapi...memang makan hati laaaa jiran-jiran aku tahun ni. sebabnya bunga api kitarang cam nak sambut new year punya bunga api tu..ala yg mcm korang tgk pertunjukan bunga api tuuuu ..terbang meletoppp..kuar cahaya bentuk bunga tuuuu..(kayanyaaaa org yg beli bunga api ni kannnn..)
Yang kelakar..bila kitarang kaboooommm je.....jiran pun bakar gak bunga api/ mercun jugak.
eh..tercabar tuu..
Tapiii..bunyik bunga api mereka yang ala-ala je lah kan..haaa...so kitarang ala-ala terkehkeh-kehkeh mendengarkan bunyik mercun/bunga api mereka yang ala-ala mcm bunyik tayar beskal nak pancit tu..kihkihkih..dan dengan kejinya adik aku bakarrrr lagi bunga api melotopppp kuat.
Haaaa...org raya makan ketupattt, ko makan hati lahhhhh senah dgr letupan bunga api rumah mak.....kihkihkih.

piungggg!!!!..kabommmm...doshhhhh...dushhh...dummm!!


Time raya ni..biasalah..meriahnya dengan budak-budak. sesi beraya beramai-ramai sambil buat collection duit raya.

bersuka ria...bestnya jadik budak-budak.

teringat aku masa kecik-kecik dulu cam depa ni..jenuhh tuan rumah ckp.."dikk bukak bekas kuih tu..makannn..kitarang derk je sebab dah kembung dgn kuih dan air sirap dari rumah lain. Tujuan utama ialah utk melakukan pengutipan duit raya. Masa tu dapat dua posen pun dah suka gilaaa. Now minimum berapa ek org kasik duit raya?..singgit??

err..ni bukan kasut aku..ni kasut raya ketua pengutip duit raya.

kasut ni aku beli kat dia masa aku pi supermarket beli jintan (entah apa la kaitan kasut dgn jintan kannn??). Aku tgh nak msk rendang, ketupat pulak tgh menggelegak atas dapur.Baru perasan yang jintan aku habis, so camno nak masak rendang kan?? Start enjin kete pi supermarket 'The st0re" dekat rumah aku. Nak beli jintan je kaedahnya. tetiba gatai ternaik tingkat 3 bhgn baby (mcm la jintan tu jual kat baby department kann)..eh..cute-cute nya kasut baby. Tgk harga, boleh tahan. Tapi kalau yang rege RM50 ke atas, utk kasut yang saiz besar sudu je ni bagi aku mcm mahal lah kan. Selipar aku pun rege RM19.90. Gatal lah aku nak beli kasut baby ni. bukan aku boleh pakai pun. Lama gak aku belek-belek (mcm la aku yg nak pakai). Tengah beratur bayar kasut baru aku tersedor diri...
" ehhhh..KETUPAT AKUUUU!!..ketupat aku atas dapurrr!!!! " dah lah tgh beratur panjangggggg..padan muka ko kiah..nak beli jintan yg ko gatal beli kasut buat apa....lepas bayar zoooommmmmm balik rumah..lega. Nasib baik rumah aku tak terbakar. kalau tak ada yang masak dlm khemah.

Ha..ini lah dia ketua pengutip duit raya tu, cik Anis cenonet gebusss.
Tgh bertelepon dgn kawan dia borak pasal collection masing-masing la gamaknya.


Ketua pengutip duit raya = KPDR
kawan dia = KD

KPDR: berapa dah collection??
KD: 2 juta
KPDR: err..2 juta rupiah ke?..rumah mana yg ko ambush tuuu??
KD: mak aku bawak pi rumah wakil rakyat la..ko nak alamatnya??
KPDR: mesti la nakkk.....nak suruh abah kita bawak ke sana jugak...
KD: lusa katanya ada open house ahli parlimen,..kita jumpa di sana lah..
kihkihkih...

eh...raya tahun ni mcm lain la...kurang meriah..lepas tu kan..sebelum ni,time raya mana ada kedai makan bukak..ada yg bukak pun kedai mamak kan..mlm tadi dlm perjalanan aku balik ke negeri selangor..eh..jumpa banyaknya kedai makan bukak dan org adalah super ramai di kedai makan.Tak mcm raya pulak. Mereke menonton bola dan TV di kedai makan. ehmmm....

dan malam tadi menyaksikan perlumbaan di hiway. mentang-mentang la kereta tak banyak..puhhhhh..dah mcm litar F1 lebuh raya PLUS tu...dasat eh.Tau le Malaysia now dah ada team F1, kalau pun nak prektis utk merebut jawatan pelumba tu, agak-agaklah kannn..derang dah ada calon dah...tak yah le nak tunjuk teror banggg...tak baik bahayakan nyawa orang lain.

8 comments:

mRsauRa said...

meriahnyer raya....slamat ari raya eks...kin pon tgh beraya gak nie...tapi singgah beraya kat blog kengkawan kot ada yang hidang kueh raya...ark ark ark

en_me said...

cek puteh mantop tewww.. ehehe

pinkebaya said...

beb,
aku g umah ko aritu..
sempat la mkn pecel mak ko yg sedap tu..
anis pun ada.. kurus die skrg ek?
ok selamat beraya diperantauan..
aku dah start keje arini..
sangap gile being the only soul kt ofis ni

CATZ said...

kikin,
still raya ke?..cuti pulun seminggu??
thanks sudi singgah.

CATZ said...

en_me..
cik putih mana?..anis gebusss keww??
putih je tapi rambut tak tumbuh2...

CATZ said...

pinkebaya,
anis pun tau diet tak nak makan nasik noksss
wooooo..bravooo...
org duk beraya ko dah masuk opis...dasat noksss...
wooo...ko makan pecel mak aku?
eh aku pun tak dpt makan..
mak au tak buat pun..eiiii..mak aku ni dah terpilih kasih niiii..
iskkk..karang aku fly-fly balik kg pulak...mak tuntut pecel tuhhh..

Anonymous said...

Canggih mercun korang. Memamgn cm nk sambut new year. heheh... baik hati betol abg polis tu. tanya dia ade lg tak? nk mintak sket.hehehe

Neeza.Areef said...

mane gambo catz begaaya sama bj raya