Wednesday, September 16, 2009

pantasnya Ramadhan berlalu..

cuaca..
sejuk. Bulan Ramadhan tahun ni sejukkk sgt. Bilik aku dah mcm peti ais aku rasa. Macam duk eskimo pun iye jugak. Aku dah buh suhu 27 darjah pun aku still gigil. Apatah lagi aircond ni duk ngadap katil. nak off tak boleh, bilik aku tadek kipas. karang aku menggelupur kepanasan pulak.
konsepnya mcm peti ais. kena On snetiasa, kalau tak makanan dlm tu basi.
aku dah pakai stokin, dah pakai baju panas turtle neck. still aku gigil sejuk.
Tarik comforter berkelubung pun tak jalan.lagipun susah nak menaip dlm selimut.
Last resort, aku bukak lemari, aku amik winter jacket . so now i'm settled in winter jacket.
Memang le mcm gila bunyiknya pakai winter jaket bulu-bulu kat leher kat dlm bilik kat Malaysia ni.
Kat obersea time winter pun org tak pakai winter jacket dlm bilik lah kiah,
Tapi aku pedulik apa kan. sana ada heater.
sini kes aku ni lain.
Gasak la..janji aku boleh meniarap , menaip sambil tgk TV dgn selesa.
Feeling-feeling duk dlm iglu. keh-keh-keh.

ehmm..

aku rasa down je lately.
entah ye..
bulan Ramadhan begitu cepat sgt masa berlalu.
Tahun ni mcm tak sempat kira hari. Tetiba nak raya dah..
Ok..memang lah aku tak terawih penuh pun. Camno nak penuh, puasa pun tak penuh.
tup tap tup tap....ehhhh..
Tetiba...nak raya?
aku?..raya?..ehm....
entah la..takde feeling nak raya pun.

persiapan raya?
entah..takde.
yang aku concern cuma persiapan family je.
Aku satu apa pun tak beli. Baju raya pun aku jumpa kebaya tahun lepas yg aku belum pakai lagi.
Kasut raya? tak de jugak. tak beli.Takde mood lah nak beli apa-apa.
aku berjaya borong kerepek semalam. Tapi satu pun bukan aku punya. Semua org punya. orang kirim.
takde napsu nak beli utk diri sendiri.

Tah le..mmg takde mood aku nak beraya..langsung takde.
ehm..
otak aku duk berjalan...ingat thesis . aaaa....aku tak boleh pikir pasal benda lain dah.
Then pikir kerja, thesis, and segala trip tah ke mana-mana.
Tension gak. tu yang aku masak hari2. utk releasekan tension dari otak aku duk pikir pasal thesis.
orang duk kulu kilir shopping utk raya, aku duk carik benda lain.
Beli baju panas dan carik mknn segera.
2 hari lepas aku pi jusco, cari rendang segera..mknn segera.
and now tgh pikir nak packing. Ehm...
Tah le..nasib le mak paham kondisi aku.
Nasib le kan...dpt jugak raya sekejap walau sehari.
Then i'll fly to somewhere.
bukan pi beraya.
kalau pi Mekah tu baru la kira pegi beraya.
uhuks.
Bukan le aku sedih.cuma aku takde mood.
flat la..

pantasnya ramadhan berlalu. kan best kalau bulan ramadhan ni 3 bulan ke...
kan..

14 comments:

geraugebang said...

Tetiba akak rasa sedih pulak baca cgherita kamu ni. Kalau 3 bulan karang, ada pulak orang lain mengamuk. Elok dah tu, sebulan. Sabor dik, sabor.

kucingorengemok said...

puasa is fun, raya is depressing (and over-rated, aku rasa)

aku pun jumpa baju lom pakai untuk raya, dok dalam kotak lagi lepas pindah! tak membeli langsung, err, except kuih nak cukupkan 6 telap, haha

aku ada sedikit jeles ko boleh 'lari' dari raya... raya sehari cukup la, makan ketupat puas² :)

ZaliHazali said...

ERM, SAME GOES TO ME, MANDOM JE NAK MENJELANG SYAWAL, TAPI MAYBE BILA SEMUA SEDARA MARA DAH KUMPUL, BARU MOOD MELONJAK...
SELAMAT HARI RAYA CAT

http://tawaketawa.blogspot.com/

CATZ said...

geraugebang,

hahaha...sapa yg nak mengamuk tu..
ihiks....
bagus apa kalau bulan puasa3 bulan..rasa lama sikit...ni tak perasan tiba2 dah sampai hujung..

CATZ said...

kog,
ooo...aku pun la..jumpa kasut gak dlm kotak..
hahhaa...kan dah jimat ek..
oo..rupanya ada org yg pikir seronok boleh lari dari raya..
aku pun setuju..
puasa is fun..
raya ni mcm overrated kdgnya...
dibesar2kan tang shopping etc..mcm la bulan lain tak soping..
ada je yg tanya aku,, dah beli kasut raya?..ala..bulan lain tak beli kasut ke??
hehehhee.
ooo..now aku nak rasa seronok sikit sebab rupanya ada org yg seronok kalau dia jadik cam ku...
ahahahaha..
apa aku merapek ni kog..
gasak laa..

CATZ said...

myself,

tu lah..aku tadek perasaan nak raya..
apa tah..flat je perasaan ni.
maybe lah..bila nampak sedara mara berkumpul baru feel tu dtg kot..
:)

attyfir said...

salam catz..tu lah ..cepat tol taun nie ..pejam celik dah nak abis sebulan kita berpuasa..

aku pun persiapan raya lebih kpd anak2..
kuih raya pun utk mak dan mil je..
umah aku ..aku tak beli kuih raya pung..kalo ade org nak dtg ..masak je skit2.goreng mee ke..apa..

nizz said...

sis
ko jgn la camtu,tambah lak ideks sedih mak ..cik kiah oiii,mak raser kan ko masih beruntung kerana masih ader pasangan yg di panggil mak dan abah,itu nilai kita beriya2 nk sambut ramadhan ngan rayer,cuba ko berada didlm keadaan mak nie...bonda baru 6 minggu yg lalu pergi mengadap yg punya alam maya ini,anak kedua mak lak meninggal dlm kandungan 4 minggu yg lau...it really sad but l know ALLAH love them more...mak nak ko gembira sis kerana ko budak baik kan..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

maehh amik aura simple nih mehh..
simple pon baru terhegeh2 nak cari baju.. itu pon sbb ada kazen kawen.. klw tak belasah jer baju lama yg agak2 baru..

sedinya baca update nizz - semuga tabah yerr..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ohh yer catzz.. jgn la sedih2 time raya..

raya nih kita kena gembira sbb berjaya berjuang melayan nafsu selama sebulan..

nak cakap kenapa kena gembira sampai Allah s.w.t tak kasi kita posa time raya.. Hukum nya HARAM ..

renung2kan & selamat beramal..

en_me said...

dah sampai seru kiah kena kahwin nih.. volleee hangatkan ghitewwww.. uhuhu

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin dr me dikejauhanns wat cek catz ittewww.. meooowww

ramadhan said...

agak arr pantas mase belalu.
sbb kite occupied kot dgn stuffs. ape2 pun x saba nk balek KL hahahaha

DBI said...

catz..walaupun ko depresss..tetaplah nak ucapkan selamat hari raya walaupn dimana ko akan berada..

er,,,nak pi dapur jap..tgk mak masak sayur nangka muda..yey..best

Wahidah said...

alahai tk de mood nak raya eik catz,,,,alahaiii