sedikit catatan wisata ke Melbourne.
Aku tgh selsema ni.
Maybe cuaca sejuk.
Since hotel di Perth ni provide complimentary broadband internet, so aku gagahkan le utk menggunanya.
Kalau tak guna mcm rugi.
Sekadar sedikit catatan..
Ha..sebelum tu..adalah drama di airport kannnn...pasport aku tercicir!!
Dah masuk dlm flight..aku tak pasti camana passport aku boleh mencicirkan dirinya sendiri sebab seingat aku benda tu mmg sentiasa ada dlm beg hinggalah masuk dlm flight.
Dah siap kira penumpang bagai...tetibaaaaa..
"perhatian kepada penumpang bernama catz miow-miow!!!...catz miow-miow!!..sila kenalkan diri anda kepada cabin crew.." 2 kali ulang tuh..
ehhhhhhhhhh..tu bukan nama aku ke tuuuu??????
aku cepat2 kenalkan diri kat peramugari bertugas yg duk terkial-kial tgh nak tutup tempat simpan beg atas kepala aku. "saya catz miow-miow.."
cepat2 dia panggil kakitangan yg cari aku tu..
seorang kakitangan lelaki muncul dan ckp..." minta tunjuk boading pass"..
ehhhhhhhhhhhhh..aku dah suspen..aaaa...napa niii??? mak berdebar-debar dup dapp dup dap.
dia tgk dan ckp.."ni passport you..tercicir??"
aku terussssss ala-ala nak gugur jantung u ols..hah?? bila masa benda ni cicir..mcm pelik je..kan.
kakitangan tersebut ckp..
"passport u takde cop pun?? u lalu auto gate ke??" dan tanya aku berkali-kali.
Cop apa benda pulak??..kan aku ni warga Malaysia...
apa dia ingat aku ni warga ostolia yg nak balik negeri kewww???? muka aku ni ada mcm minah saleh ke?..muka jawa adalah kan.. or maybe dia ingat aku dah migrate ke sana..ala kan ramai je org malaysia dan jadik warga Australi@ ek..ek...
aku blank kejapppp...tah le...
dlm otak aku..nasib baik depa jumpa dan pulangkan...if dah sampai melbourne baru perasan passport aku tadek, kan haru..mau aku nangis tersedu-sedu karang...nak masuk melbourne tak leh..nak balik malaysia pulak nak masuk passport tadek...ala-ala sebelah kaki kat melbourne, sebelah kaki kat KL..camna tuh??????
tak ke very de drama tuuu?? Tak pasal-pasal mak kena makan tidur kat airport mcm cerita apa tuu.....yg tersadai kat airport takleh kemana-mana tu...apa ek..oooo...'The terminal ' ke..?
Memang rasa nak lempang diri sendiri sebab cuai.
Ni bukan 1st time aku terjebak dlom drama cam ni...
teringat few years back kat INCHEON airport, Korea. Haaa..dah masuk dlm flight baru perasan hand bag aku takde..yg ada kat tgn cuma passport dan beberapa airport shopping beg yg dlmnya ada coklat, teddy bear tah hapa-hapa.. Tu lah...leka duk shopping (pompuan ni selagi nampak kedai..sebelum masuk dlm flight asyikkkkkkk nak beli jugak..huh)...
so tak pasal-pasal berlaku drama marathon di airport...habis peramugari dan peramugara kat kat pintu kapal aku rempuh..naik korean air kot masa tu. peramugari tu siap jerit " u can't get out now...!"
aku dah tak kira....lariiiiiiii keluar ke tempat cek boarding pass tuu.hahhahaa.....ada la sorang mahluk terlibat dlm acara drama lari-lari aku ni..kehkehkeh..sure dia ingat punya. Setau aku dia baca blog aku..hehhehe...
Nasib beg aku jumpa..kalau tak sure aku nangis nak terjun kapal. Camana nak balik rumah.
Kunci rumah, beg duit segala benda dlm hanbag tu. Dah lah aku tinggal sorang-sorang..ada yg kena pecah pintu rumah ala-ala nak merompak karang nak masuk rumah.Eh nak balik pun camana..duit satu sen pun tadek.
eh...jauhnyaaaaa menyimpangg..kehkehkeh..
sambung catatan Melbourne...
Ketibaan di bumi kangaroo disambut oleh hujan yang agak lebat.
Penerbangan selama lebih kurang 9 jam yang meletihkan. Aku banyak tidur selain mendengar music..
haa..kan gatal mentel namanya..pi dengar lagu raya pulak. Aku ada bubuh beberapa lagu raya yang aku suka..
antaranya:
Dendang perantau
lagu sudirman
lagu salam lebaran
dan beberapa lagi.
Sayu pulak dengar lagu raya.....tapi takde lah sampai menangis pun.
Melayan perasaan dgn lagu-lagu jiwang..
Sampai di Melbourne dah malam.
Dan nasib jugaklah takde problem dgn beberapa benda yang dibawa. Declare siap-siap, melalui pemeriksaan dan ALhamdulilah beg aku cuma di scan je. Tak kena bukak pun. Ada pasangan pakcik makcik tu beg derang siap kena bukak dan keluarkan semua barang. Mungkin melawat anak kot sambil beraya, bawak macam-macam..maklumlah..raya...tak sah la kalau tak bwk benda-benda berunsur raya...kan.
Sebelum tu penuh tangan aku kutip segala brosur, peta dan segala info pasal melbourne kat arrival hall tu. Bagusnya kerana banyak versi peta dan info. So dari situ dan jugak research sebelum pegi..dah cukup lah utk jalan sikit-sikit.
memang takdelah plan nak berjalan beriya sgt..lagipun asyik hujan je.
Dah book bilik di Hilton...so straight away ke sana.
Malam, hujan lebat dan sejukkkk.... berlari-larian tarik beg. ewahhh...
Sampai bilik aku ala-ala terbongkang dah..penat sakit pinggang duduk lama dlm flight. Laparrr..
so ..settled with megi. Fuh..sedap gila aku rasa megi ni..mcm makanan tersedap dlm dunia lah kan...mandi..solat..berkelubung dlm bathrobe tebal , minum teh panas dan megi....uuhhhhhh..
Sunday, September 27, 2009
sedikit catatan di Melbourne
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
how's H1n1 dekat Australia? ramai pakai mask lagi? ye lah u pun ada selesema tu ..he he
aku yang duduk kat bumi panas ni tetiba rasa macam nak minum teh panas jugak, gatalnyaaaa tekak kalau membaca blog orang
catz, hehe, sbnrnya lom abis gelak kisah awning terbakor! hehehe...
salam Adilfitri...bestnyer catz pi melancong,,,takade ole2 utk deeja ka?...hihiihihi....
ala-ala sebelah kaki kat melbourne, sebelah kaki kat KL..camna tuh? macam terkangkang lorrr.. suker sukerr
take care, get well soon. ;)
Doc syuk,
takde sapa pun yg pakai mask di sini. Kalau tak silap saya, melbourne adalah kwsn yg paling teruk dgn H1N1 di Australia...
tapi keadaan di sini adalah biasa je..
pi mana2..naik tram, naik bas, train, pi tmpt pack...pi soping compleks etc..takde sapa pun pakai mask..kat Perth pun sama.
er..harap2 selsema biasa je ni..
dah mkn ubat..
maybe perubahan cuaca.. sini pagi/ptg2 dan malm sejuk sgt..
hopefully takde apa-apa..
kog,
tu lahhh,,..baca apa yg org mkn, org minum, semua terliur kannnn
wehhhh rugiii aku RM25 hengget tauuu..
dah terbakar pulak...dah la 1st time nak pakai..iskkk...rugiiiii
deeja,
hi..
selamat hari rayaaa..
:)..
Insya-Allah ada..
:)
en_me..
ewahh..ko suka lah aku ditimpa bencana ye?..amvoiiii...
cahaya,
thanks..
:).
dah start keje ke.
tomeiii.. itu kuola Bear!! nak satu..heheheh!!
catz nie rajin tol berjalan.. syoknya!!
wah, suspen betul cerita passport tu. nasib ada orang jumpa, if not haru biru bila sampai airport sana. alhamdullilah.
jaga bag n dokumen penting baik baik ye catz!
p'na mama oja,
saya beli koala dan kangaroo satu kandang..hehhehehe...
jom lahhh jalan-jalan..
anne,
thanks..
hehhehe..catz ni selalu cuaiii...
tu lah kena double check selalu..
Bestnye bilik... psst, bekas megi tue bwk dr umah ek?heheh
blogresepi,
hehehhe..bekas tu mmg bawak sendiri..
:)
Post a Comment