Showing posts with label Sayur dan salad. Show all posts
Showing posts with label Sayur dan salad. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Pucuk ubi masak lemak tempoyak

Pucuk ubi masak lemak tempoyak

Semalam aku pi pasar malam. Tujuannya nak beli nasi ambeng. Malas nak masak sebab nak berkemas dan packing. Berhabuk dah aku rasa lantai. Pijak dah tak sedap.
Nak keluar dari pasar malam, tetiba nampak sorang makcik jual sayur-sayur kampung. Aku nampak pucuk ubi. wuhh..best ni kalau masak lemak...lama gila dah tak makan. Tetiba otak aku terus berimaginasi..."catzzzzzz...masak lemak tempoyak catzzzzz........sedap catz.... masakkk catzz". Padahal tangan dah penuh dgn food.
Ha-ha.
Beli pucuk ubi satu ikat. RM 0.50.
so...memasak jugoklah sudahnya. Nak habiskan belen-belen tempoyak.
Aku campur dengan udang kering.
hiks.
jemput makan.

Tuesday, June 30, 2009

Chicken Thai Green Curry

Cooking on weekend..
ada balance green curry paste and santan...
beli seketul ayam..
terung pipit....so..ni lah dia chicken green curry.

Chicken Thai green curry

Bahan-bahan diperlukan:

ayam
kari hijau paste
terung pipit
bawang merah, putih (aku guna bawang besar)
santan
cili hijau (2 biji)
cili api (sukati nak pedas mana..nak pedas meletop letakle banyak2)aku buh 5 bijik je.
serai
halia
daun limau purut

Cara-cara:
mula-mula, bersihkan ayam, hiris , cuci dan tos..ketepikan sat.


hiris ayam, catz guna ayam bhgn dada

tumbuk le bawang-bawang , cili, halia,

Tumis bahan tumbuk dan masukkan le cili besar (belah kasar), dan tumis bersama curry paste. Then masukan serai yg telah di ketuk. Tak payah le sampai garing sgt pun menumis ni...agak2 je ..if kering sgt cam nak hangus, tambah je air sikit.

Masukkan ayam dan gaul sebati...gaul-gaul. Then bila dah sebati, masukkan santan, kacau hingga mendidih ye.Then masukkan daun limau purut.


sesambil tuh...ni lah dia terung pipit...rasa dia pahit2 sket..bagus buat ulam ni kan.. ha..tanggalkan dari tangkainya...petik sebijik2..basuh. (1st time tau aku beli benda ni...belakang rumah aku xde tanam ni...)

Masukkan terung pipit, kacau-kacau...biar layu dan sebati dgn curry ayam ni. Agak2 dan masak..tambahkan sedikit garam...rasa sket..wallaaaa!!
hidang le..

then aku masak sayur campur. Tauhu, brokoli, cendawan dan bunga kobis.,.mix vege with oyster sauce...nyumm..

jom masak

Wednesday, June 24, 2009

Rojak emak

Rojak emak saya



Ha..cop..cop!!
aku stop kejaplah entry labuan..kalau aku rajin aku sambung sat lagi.
Ni rojak emak...sebab emak yang buat. Dah tu sedap le pulak..
Aku teringat masa aku kecik-kecik. Kalau kami dapat no 1..abah akan bawa kami ke pekan makan rojak.hihihi. aku suka kuah rojak zaman tuh. Tak sama langsung dgn kuah rojak zaman sekarang ni , apatah lagi versi rojak mamak. TAK SAMA oke.
Yang zaman dulu punya sedap (ceh...dah tua benor rupanya aku ni..hahahha). Susah nak carik zaman ni.
Aku dgn mak mmg suka mkn rojak bila kitarang pi 'ngeteh'.
Tapi hari tu masa balik kampung, mak ckp.."emak punya rojak lagi sedap...yg nii..tak berapa lah..pelik je rasa kuahnya"- tu dia..mak aku sedang naik lift sambil tekan butang sendiri (sukatik le kan mak aku nak naik tingakt berapa..kekekeke.
aku pon......ckp.." haaaa..apa kata mak buat.....".

so esoknya..aku, emak dan abah pi pasar selepas sesi 'mengeteh" sekali lagi. hihhihi.
kami beli bahan-bahan dan balik gotong royong masak. Aktiviti ni disertai oleh adik lelaki aku jugak. Aku bagi dia task " menyiang tauge"..kerja paling tak macho...hahhahaa..walaupun molots dia muncung sedepa, siap jugak sebesen tauge dia siang, buang ekornya.
Mak aku buat kuah...buat tepung.
Adik perempuan siang sayur2 lain.
Aku?...pengawas dapur..ke ke ke. O..aku busy tgk camno mak aku buat kuah lah...then aku tolong2 celur mee.


Bahan-bahan:

tepung gandum
yis (mauripan)
timun
tauge
mee kuning - celur
tempe- goreng dan hiris nipis
tahu- goreng dan hiris nipis
sengkuang
telur- rebus dan belah 2
salad

Bahan kuah:

cili api
bawang putih dan merah
kacang tanah
kicap manis
sos tomato
garam
gula



Cara-cara:

sayur-sayuran tu buat le apa yg patut, basuh, hiris.
Mee kuning tu celur.
nak buat tepungnya, amik yis buh air sket..then campour dalam tepung. tambah air..kacau2.
biar kejap..goreng sampai kembang, Dah coklat,angkat, sejukkan dan hiris.


nak buat kuah:

goreng kacang tanah dgn api kecil. Then bila kcang dah nak masak, masukkan bawang dan cili, goreng sekali. Angkat dan blend kering.
Amik bahan blend tadi, tambah air, sos tomato, kicap manis, garam, gula. campur le dan rasakan keseimbangan rasanya.
AKu tak tau le skukatan sebenar, sbb belum pernah buat sendiri.
aku rasa weekend ni nak try le...


Nak hidang, masuk je segala bahan dlm pinggan, siram kuah.


jom makan!!

Friday, June 19, 2009

Masak-masak sayur di catzscafe - sulur keladi

Pernah nampak tak sayur ni?
Sulur keladi namanya..
Last week pegi pasar di pekan, nampak sayur ni...beli 3 ikat.
Dulu masa kecik-kecik selalu masak sayur ni. Zaman ni susah nak jumpa dah.


Sulur keladi. ia tumbuh dari pokok keladi

Nak masak sayur ni kena siang dulu, complicated sket lah kejenya..tapi ada 2 org bibik yg tolong aku buat keje ni (he.hehee...adik aku le tewww)

kenalah buang mana2 bahagian yg tak dikehendaki

kena siat kulit sulur ni..

haaa..ni dia yg dah siap utk masuk dalam kuali..basuh dulu ye dan toskan.

ok..ni bahan-bahan tumis. Cili kering 5 biji, bawang merah, bawang putih, ikan bilis- blend halus.
Nak best, masukkan beberapa cili api yg dah di penyekkan.Tumis sampai garing,

Masukkan sulur keladi tadi. tambah secawan air, masukan garam dan gula sikit. Sesuaikan rasa. Masak hingga sayur layu, dan kuah kering.

ok..siap utk dihidang.makan dgn nasi suam. nyumssssss!!

Sunday, February 15, 2009

Asparagus goreng belacan with seafood


Bahan-bahan:

Asparagus
belacan
bawang putih (4 ulas)
sotong
udang
cili merah (2 biji)
sos tiram
minyak
garam

Cara-cara:

patah2kan asparagus, cuci, dan tos.
bersihkan sotong, udang, cuci, tos.
Tumbuk bawnag putih kasar.
Tumbuk cili merah.
tumis bawnag putih hingga naik bau, masukkan belacan.kacau.
masukan cili merah, kacau sebentar.
masukkan sos tiram dan sedikit air (jila mahu berkuah).
biar mereka mendidih.
masukkan sotong dan udang, kacau sebentar, masukkan asparagus.
kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

Friday, February 6, 2009

tomyam seafood

seafood tomyam

sambal belacan

Dinner tonite..tomyam seafood with brokoli, sambal belacan dan telur dadar...oh..nasi putih.
resepi akan menyusul kemudian..tgh malas nak menaip....ni semua versi al-champoks...champoks..hehhee


sambal belacan, brokoli with garlic, omelette, and tomyam...

Monday, February 2, 2009

Roti jala gemok..kehkehkeh...

Dinner tonite?..roti jala...yer...aku dah plan dah...dari duk dlm kete tadik, dah pikir nak buat roti jala...cicah?..kari sayur-sayuran (ada ke org mkn cam ni..hiks...sukatik le..)
so..aku hiris-hiris sayur...terung,kentang, karot, kacang pjg, capsicum merah.
then tumbuk bawang putih, bwg merah, halia. Tumis bahan tumbuk, buh bunga lawang, buah pelaga..then bancuh serbuk kari, masukkan..tumis le hingga garing..buh air..buh sayur-sayuran.
Tambahkan kiub stok ayam, kacau-kacau.biar mendidih dan sayur agak empuk..buh santan sket, bagi kuah pekat buh garam secukup rasa.. Dah siap kari sayur aku.

kari sayur-sayuran


Pastuh, amik tepung, telur sebijik, garam, air dan secawan susu segar. Pecahkan telur ke dlm tepung, buh garam halus, buh susu, kacauuuu..tambahkan air, kacau sebati..hingga kepekatan yg agak-agak sesuai. Maksud aku sesuai utk dijala..eh..apa benda ek istilah...ha..bantai lah..
aku pun cariklah alat roti jala (eh...apa istilah dia..benda yg diguna utk buat roti jala..buh bancuhan tepung, pastuh joget-jogetkan atas kuali leper bentuk jala (ha-hah). Apa-apalah ek.
Hiks.

TAPI...

ehhhh..mana alat roti jala aku...kupikir-pikir...waduhhh...gawat iniiiii...(bukan ekonomi je yg gawat now ni...) . aaa....camna aku nak menjala ni..takkan nak lengser je atas kuali ala2 buat lempeng...kalau cam tuh baik dari tadi aku ckp nak buat lempeng je kan...iskkkk....
hoh...adakah....??...aaa...sure alat tuh ada kat apartment aku ni..iskkk..takkkan aku nak drive sejam dari sini pi amik...tak koserrr mak.....aaaaa...

owhhhhh...terpikir..aku ada bekas sos yg tak guna lagi...aku buh bancuhan tepung tadi dlm bekas sos tu...picit2 atas kuali leper..cam niiii...


tah hapa2 rupa..ni bukan roti jala....papa ckp ni roti jaring....kihkihkih...lantok lah kan...janji bukan rupa lempeng. so...ini lah hasilnya...Roti jala GEMUK.....harhahrharrrrr....

gemuknya roti jala aku..hikhikhik!

roti jala gemuk cicah dgn kari sayuran..Alhamdulilah..rezeki utk mkn mlm ini.
Jom makan!
u ols dinner apa??

Saturday, January 31, 2009

Asparagus with garlic and prawn

Aspalela Asparagus with garlic and prawn

Ini menu hujung minggu.
Ewah..tajuk masakan..cakap omputeh pulaks..ekekekke..
sebenornya..asparagus goreng..buh udang...simple je..sedap..mkn ni dgn nasik je pun dah oke dah...heh...bertambah sepinggan demi sepinggan gituh...erk..di tambah lagi...dgn masak lemak cili api ikan sembilang dgn belimbing buluh.....aiyoo...cam nak pitam mendengarnya..lupa diri terus cik Kiah...kak Temah...sedappp...3 pinggan (pinggan je yg 3 ye...nasik aku tetappp sepinggan..motip??..entah...)..


Bahan-bahan:

Asparagus
udang saiz sederhana -7 ekor
bawang putih - 3 ulas
sos tiram- 3 sudu besar
minyak masak
tepung jagung

Cara-cara:

tumbuk kasar bawang putih.
tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan 3 sudu sos tiram,kacau..masukkan udang.
kacau...masukan asparagus..
tumis sebentar je..tambah air sedikit supaya berkuah.
bancuh tepung jagung dgn sedikit air.
Bila sayur sudah layu, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau.
Bila kuah dah pekat sikit, angkat dan hidang.

Friday, December 26, 2008

Ikan Pari bakar..from catz's kitchen

I was in the mood of cooking on Christmas..
melekat atas katil kemalasan pun iye jugak...nak mengemas..dah kemas rumah dah on weekend as i will be away till Monday....
lantai dah mop..periuk kuali dah cuci...tangga dah sapu...
sesambil menonton TV..cooking program which almost all konsepnya hidangan christmas..
ye lah..hidangan raya derang la...
talked to my fren over the YM...she asked me..masak apa?
hooo..pari bakar...sotong berkuah dan mix vege..plus ikan kembong goreng..
dia ckp..gahnya lunch aku...hoo..taklah..ini style masak champs2x (campak dan campak)..berdasarkan bahan yg wujud di dapur...
dia suh aku letak kat blog..aku ckp..of course..aku dah tekde modal nak blogging ni...aku ckp gambar adaaaa...and she was like....suprised ke apatah...
"ko masuk dapur bawak kamera?"
aku ckp..iyer..memang la....kamera aku adalah benda terpenting selain hp dan lappy ni..selain kuali,sudip,periuk,mangkuk,blender..kamera juga aku consider sbg alatan dapur..kehkehkeh..
kalau boleh aku nak pasang kamera CCTV ke apa tah..supaya senang..tapi sebab dapur aku biasa je...bukan mcm dapur2 rancangan masak dlm TV..so tak payahlah kan...lagipun benda yg aku masak pun benda biasa-biasa je....bukannya ala....jamie oliver ke... Nigella ke..atau chef in black yg sexy tu.etc...yg bila tunjuk wahh..gorjesnyaaa..dan rasa nak makan semua.
oklah...
tadi..catz buat hidangan yg aku consider sihatlah kan..
Pari bakar....no oil ya!!!

Bahan pun biasa2 je...campurkan bawang putih, merah,halia..tumbuk..gaul bahan tumbuk dgn cili kering, belacan, garam, jus limau, kicap manis sikit dan sos tiram..gaul rata..secukup rasa....
bubuh dlm aluminium foil....bungkus....ops...supaya ia menjadi hidangan yg balance..catz bubuh bendi..dan tahu..oke...bungkus rapat...buh atas grill pan itu....


ok..dah siap..

pari bakar..yummilicous



sotong berkuah hitam

mix vege goreng belacan...

Lepas lunch tertidur...krouihhh...kruihhh...
so menjawablah kan..kenapa azam 2008 aku tak tercapai....
azamnya ??

nak kurus!..

Tuesday, November 4, 2008

Stress??..jom masak


Stress ahh...sebab?..many reasons...dun have to mention here...this and that... balik dr kampus semalam..i was thinking to have something sweet...hikhikhik... selongkar kitchen cabinet..oh i have few item..think..think..think....BUBUR JAGUNG..my favourite..nyum-nyum... senang saja..
apa yg ada dlm kitchen cabinet?

1.santan kotak
2.jagung dlm tin
3. sagu (ehm...apa org panggil ni?..sagu rendang ke??..putih2 bulat2 kecik2..
dan dalam peti ais ada gula MELAKA.
dan...ada gula jugak...

Rendam sagu rendang tuh..sikit je..ye...ikut suka..jgn byk sgt.
Masukan air dlm periuk kecil...masukkan gula melaka, biar didih dan gula cair.
Masukkan jagung dlm tin.. masuk santan (1/2 kotak je)
if kurang manis..masuk gula pasir sikit...ikut le nak manis camana..
tadaaa.. bleh hidang..


uhmmm..bestnya tgk TV sambil makan bubur jagung...haaa..ye..oBaMA sedang melambai-lambai saya ketika saya menyuap bubur jagung ke mulut ..lalu saya melambai semula... sambil tersengih-sengih sorang-sorang..hhahaa..dalam TV je lah...tgk obama sdg giat berkempen sambil menyudahi speachnya dgn melambai-lambai ke arah penyokongnya..
..huhuhuuhu..


lepas maghrib..goreng ikan..masak kicap ikan, masak sayur labu, goreng tempe..buat sambal belacan, cuci ulam-ulaman...so..complete my dinner..urghh.
eh..bukan ke kat lab tadi aku dah bercita-cita nak diet semula dan tidak mahu makan nasi??
tetapi..akhirnya..saya makan dgn bersungguh-sungguh....hilang sket stress ku..uhh..

sayur lemak labu dan kacang panjang..

ikan masak kicap, tempe goreng, sambal belacan dan ulam...

errr..esoklah je lah start diet..hikhikhik...

Saturday, September 27, 2008

lodeh (sesi memasak bersama cik kiah part 2)


masakan ke 2 ialah lodeh. yg ni catz buat kuh lodeh ni warna kuning (catz sukaaa sgt lodeh mak yg kuah putih..i miss u mak).

oke..
bahan-bahannya seperti gambar di bawah.

bawang putih-4 ulas
bawang merah/besar - 1 labu
udang kering (rendam)
ikan bilis (segenggam)
serbuk kunyit - satu sudu kecil
tempe - 1 (hiris kecil)
tahu - 3 keping (goreng dan hiris dadu)
kacang panjang -4 batang
lobak merah - 1 batang (hiris kecil)
kentang - 1 biji (belah 4 hiris nipis)
tahu kering -sekeping (rendam)
suhun (rendam)
cendawan hitam - 4 keping (rendam)
cili hijau - 1 biji (hiris nipis)
cili kering - 2 biji (cuci bersih dan hiris nipis)
santan
garam






Cara-cara:



Tumbuk bawang besar/bwng merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis (hikhikhik..lesung aku saiz S..so melimpah gitu..tumbuk kasar pun oke, tak payah lah halus sgt. kalau malas tumbuk, blend pun boleh, tapi pd pendapat saya, tumbuk rasanya lebih sedap).


bahan yg telah ditumbuk kasar tadi.


Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau, masukkan serbuk kunyit dan santan cair.


Masukan semua sayur dan bahan-bahan lain, kacau rata dan biar mendidih.



Masukkan cili hijau dan cili kering. kacau. Masukkan santan pekat. Biar mendidih sebentar, tambahkan garam secukup rasa.
sedia utk dihidang.