catatan pendek balik Johor.
Sebenarnya dah niat nak hantar gula kat mommy. Tapi aku weng..tak tau sebenarnya raya bila. Bila kawan lab aku ckp next week punya ahad dah raya, aku ala2 terlompat katak. hah?????
so kena cepat2 balik.
Tetiba je call mommy: "mommy kita nak balik.err..tengahari ni kot."
mommy ckp" Alhamdulilahhh...mommy pun munjung today.."
terus aku rasa nak lompat-lompat dan berlari balik. (Hanya org Jawa parit-parit je kot yg tau kenapa aku excited sgt hal munjung-munjung ni).
Pukul 12 tghari terus aku zoooommm..
Sg Besi -Pagoh -----> BP : sampai rumah pukul 3 lebih aku terbongkang tidur. Mommy dan adik
dah nak siap masak. Aku masak dlm mimpi je. AKu dah plan nak belajar buat rempeyek. Tapi...terbongkang sampai pukul 6.00 ptg. AKu kepenatan + ngantuk.
Petang-petang ajak adik lelaki pi bazar Ramadhan. Beli air katira, cendol, ABC dan kuih sikit.
Balik...hidang-hidang. Bestnya dpt buka poser dgn mak abah dan adik. Lodeh mak aku sedap gila..
apa??? munjung??Munjung..munjung...
bila blogwalking ke blog warga jawa johor, ehm..lately ni tajuknya MUNJUNG.
jeles je aku. tu lah perasaannya bila org duk tayang2 aktiviti munjung mereka.
Ok..munjung adalah aktiviti menghantar juadah dan bertukar juadah. Bukan juadah biasa mcm kuih yg u ols bertukar2 dgn jiran tu tau. Juadah nya adalah mknn raya iaitu ketupat, lodeh, ayam kari/kicap/sambal/kuah kacang etc. Masa aku kecik-kecik, xtvt munjung dilakukan sehari sebelum raya iaitu petang raya. So kiranya ptg raya tu mmg makanan banyak gila ok.mana yg ko masak nak bagi org dan mana yg orang hantar. Bayangkan..dlm 20 lebih set ketupat. Biasanya kita hantar pada jiran-jiran, saudara mara. So mcm2lah dlm hidangan itu, ada yang hantar ayam msk kicap, ayam kari, sambal etc. YANG WAJIB ialah LODEH dan ketupat. lauk2 lain sukatik. So masa makan kita akan hidang semua, asing2..so banyak gila kan hidangan. If ada 10 rumah, 10 mangkuk lodeh lah adanya belum lagi segala lauk lain. Dan kita akan rasa .."oh..ni lodeh mak long..sedap...oh ni lodeh rumah senah, ehm..kuning warnanyaaa, ni ayam masak kicap pak long, sedapnya,..ni rendang rumah kak Joyah, ..so boleh taulah sapa masak sedap, masak so-so, yg sedap hingga menjilat jari,dan rumah mana yg suffer from a bad chef. kehkehkeh. Tapi tak penting pasal kesedapan...yg penting semangat muhibah dan tradisi tu. Itu dulu.
Now zaman dah berubah. Munjung org tak buat sehari sebelum raya lagi dah. Kebanyakkan buat masa pertengahan puasa, or buat 2 kali (sebab banyak sgt yg nak di bagi). Tujuan nya sebab nak elakkan sehari sebelum raya, makanan berlambak sampai tak tau nak mkn yg mana, kdg membazir sampai buang. Macam mak aku dia buat 2 kali. so takdelah masak terlalu banyak dlm satu masa. aku rasa adalah dekat 30 rumah yg mak aku bagi..kan..cam bagi mkn sekampung tuuu..so samlah,kami terima dekat 30 punjungan tu. konsepnya ..aku bagi ko, ko bagi aku... bukan mintak balasan tapi adatnya cam tu.
DAN..now
Hidangan munjung org dah tak rigid to ketupat je. Ramai yg dah buat nasi minyaklah, beriani, nasik ayam dll. Pelbagai makanan. So mlm raya tinggal masak ketupat utk mkn 1st raya. Selesai dah kan keje munjung tu. Tinggal kemas rumah, pasang langsir bagai.
sekian.so semalam aku dah buat prelude raya. Makan ketupat, lodeh, rendang, ayam sambal dll.
Tak sempat aku amik gambar set munjung mak aku sebab bila aku bangun semua dah dihantar.
Saturday, September 12, 2009
Munjung....
Posted by
CATZ
at
4:47 PM
16
comments
Labels: Cerita-ceriti, Jom makan
Tuesday, June 30, 2009
Anis oh Anis..cepat sembuh ye..
mom texted me on sunday:
"Anis masuk hospital..mak dgn ayong, abah, sikin, mim pi hospital ni.."
Aku yg baru je abih tgk transformers terus call mak.
pot..pet...pot..pet....bla..bla..bla..
so pagi ni...aku zoooommmmmm balik Johor..balik rumah mommy dan ajak derang semua ke hospital.
aku sempat beli buah kat pekan (ha-ha..yg sibuk makan buah tu kat wad tadi ialah AKU..hiks)
dan beli anak patung..alaaaa..aku beli kat highway, hentian seremban. yang ado cuma patung Mr bean tuh je...jadikle kan dari dtg lenggang kangkung...hihihihi. tapi mmg aku rasa sedikit bengong kerana mula2 ANIS mcm takut hokey dgn Mr bean tuh..ke ke ke...
mmg tak cute hokey..ok lah..i admit...anak patung encik kacang tu mmg keras, kejung and brown.I should get her something cute, soft and pink.
Next time ye anis.
alaaa...ciannnn anis cenonet nih..dia dah buhsan..kesian aku tgk jarum utk masuk air tercucuk kat kaki dia...iskkk....
acik: ye
anis: acik..kita boring duduk sini.
acik: ye
anis: acik...datang lagi...bawak anak patung warna pink..
acik: ye.
Dear my lovely readers, plis pray for my little Anis,
moga cepat sembuh ye Anis.
U ols..simpan ridsect ke..mopiko ke..segala aerosol si tempat tinggi ye. macam2 kes aku tgk kat wad paedriatik nih..
Posted by
CATZ
at
1:02 AM
12
comments
Labels: Cerita-ceriti
Sunday, June 28, 2009
Hujung minggu di sebuah bandar kecil
Hujung minggu..
finally catz stay at home on weekend.hehe..(suppose pegi ke Cameron Highland, tapi cancell...bogozzz..bagozzz..tapi tak dapat le nak makan fresh stoberi yg petik guna tangan sendiri kan.).
aku rindu nak main masak-masak la.
so..busy with cooking xtvt, house chores...vacum, mop..cuci bilik air, basuh porch (aiyoo..penat gila..bibik rumah sebelah ni jeling2 aku cuci porch, nak tolong ke??)
Then,
I went to post office..renew road tax kete.
hahaha..kerani pejabat pos interview aku macam-macam pulak. Maybe dia boring..pejabat pos lengang di petang sabtu, takde pelanggan langsung, so dia ajak aku bual-bual. Tanya aku..keje mana?..duduk mana? jauhnya tempat keje, beg awak lawa...(ke ke ke). Apo-apolah..kat small town kan..so suasana nya lain dari big city. Orangnya ramah-ramah. Bila aku sebut je nama taman terus kerani pejabat pos tu ckp."oo..taman belakang ni kan?"
so done with road tax....
hari yang panas. singgah kopitiam.hahhaa..bertahun aku duk sini, baru sekali ni aku pi minum kat sini..small town, yang aku nampak ada 2 je kopitiam. Selalunya aku just lalu je..hari ni as reward keje penat mengemas tadik aku masuk dan order white coffee.
wow..RM4.00 oke utk segelas kopi sejuk..perghh...aku ingat ni small town, murah sket kos hidup kat sini..heh..lebih mahal dari kopi old town...food?..ehm..tak menarik dan agak mahal (aku rasa yang tak menarik ialah buku menu dia la...kalau dia buat buku menu yg vassss sure aku order makanan punya lah...gambar pun..very de kusam and agak blur. tak lawa. See..buku menu pun boleh kill mood pelanggan nak order oke. So niat nak try food pun terbantut. Tapi white coffee dia rasanya sebijik mcm kat old town.
Then,
ZZassss pi service kete. Ramainya manusia kat kedai nih..8 kali tawaf nak dapat parking..huh...
as living in small town, tgk no kereta aku pun mekanik / tokey woksyop dah tau minyak apa aku guna.
aku: eh..saya lupa la..minyak apa saya guna
tokey woksyop: sintetik..
aku: mcm biasa. lepas service hantar kunci kat klinik.
tokey: beres..saya kasi cepat.
then..lepas service kete aku pi makan cendol pulak.hehhehe...eh cendol kat bandar kecil ni kan, ais dia bukan kisar tau. kedai ni parut ais guna papan.atas papan tu ada benda tajam gitu..eh..camno aku nak ckp ek..tak reti le..aku nak amik gambor masa dia tgh parut ais tu aku malu le pulak..iskk...
Tapi cendolnya sgt sedap!
Posted by
CATZ
at
7:32 PM
4
comments
Labels: bla...bla.., Cerita-ceriti
Thursday, June 18, 2009
Jalan-jalan..makan-makan (versi balik kampung)
minggu lepas .. 5 hari balik kampung..
so...jalan-jalan sikit..makan-makan sikit..mengeteh...
spent time with family..
masak-masak with mommy..buat kuih bahulu. masak rojak.
so..got few photos captured..
aku kalau balik, mcm wajib lah pi 'mengeteh' dgn mak abah...time ni nak bual-bual , tak yah pikir pasal masak. dulu-dulu, aku suka suh mak masak, masak sama2..now mak dah makin tua, so aku lebih suka pi jalan-jalan, makan2 kat kedai yg parents aku suka.. xtvt masak2 kurang dah.
6. Haaa..ni yang best..pokok-pokok durian kat rumah mak banyak yg berbuah..walau pun tak lebat mana, tapi banyak pokok. So puas jugak makan ni..dari pokok senirik..bukan beli. Bestnya!!
aku lebih suka makan burger RM2.00 hok jual tepi jalan tuh le..
16. Then sambung makan semula..aku nak makan kat Ramli Cafe kat BP WALK yang masuk dlm rancangan WARUNG KITA tuh..tapi TUTUP??? ..aaaa....whyy laaa..jauh2 aku datang. So lepak je lah kat gerai makan banyak2 kat BP WALK ni..meriahnya BP walk ni..korang kalau datang BP tak tau nak makan kat mana..pi lah BP walk yang terletak di Jalan Rahmat ni..
Banyak gerai makan.boleh le nak melepak sini..borak-borak.
AND..dengar2nya dia nak jadi KAKAK dah..hihihiihi..kihkihkih..
bertambah koleksi anak sedara aku sat lagik.
Posted by
CATZ
at
7:01 PM
4
comments
Labels: Cerita-ceriti, Jalan-jalan, Jom makan
Wednesday, June 17, 2009
10 sebab kenapa kita kena makan di rumah.
tajuk macam skema kan?? ala-ala ceramah cik seri siantan.
saja..
hari ni aku nak sembang pasal 'kenapa kita kena makan di rumah..bukan makan kat kedai..'
(ha-ha...entry mesti berkait dgn makan..kalau takde perkataan makan, bukan blog aku le tu kan..betul tak cik kiah??)
ok..tgk kat tajuk..ada 10 sebab. meh aku senarai sebab kita kena makan kat rumah.
1. sebab ko masak sedap sangat. so kalau tak masak, bakat, kebolehan tuh macam sia-sia lah.
2. Masak kat rumah jimat. masak nasi goreng, boleh makan 2 kali..sarapan, lunch.
3.makan bersama ahli keluarga di rumah, mengeratkan silaturahim.
4. kebersihan.
haa..ni aku nak citer sket. ada sekali minggu ni, aku makan kat kedai mamak. sebab diet konon2 makan le capati. pelanggan adalah 3-4 org je, dan aku duk mengadap ke tempat depa duk menebar dan goreng/masak roti canai tuh. so aku nampak le pembuat roti itu menggelek capati, menarik2 ..menggelek semula dan meletak atas kuali rata tuh kan. capati tak guna minyak, letak je atas hot plate tuh. dan pembuat roti menekan capati tuh...dia guna kain yg digumpal2. dan tak lama tuh dia guna kain tuh utk lap tangan dia, lap2 kuali tuh..lap tangan, lap pinggan. then guna semula utk tekan2 capati aku tuhh!!!!! aku duk pandang je ..iskk..sabo je kan. kemproh je..
cih..cih...cihhhhh...aku turned off terusss nak makan.
bila capati tuh sampai kat meja..aku konon2 le koyak2kan capati tu..main2 sebab aku dah tak lalu dahhh..tapi yg tensinya..2-3 pekerja kedai ni mcm duk observe2 la pulak aku makan.
so aku suap kuah dal ke mulut...sambil tuh konon2 koyak2kan capati tu.....sampai kering le kuah dal aku. Bila aku panggil pekerja tuh sebab nak bayar, dia ckp " kuah dal mau ka?" sbb dia tgk kuah dal dah kering, capati melambak lagi...aku geleng kepala je.
so...ni le knp kita kena makan kat rumah. utk make sure apa yg masuk dlm mulut tu bersih.ni satu lagi. u ols lalu tak makan kalau dihidang dgn sudu yg ala-ala artifak sejarah yg baru dikutip dari gua. ni berlaku last week..sabo je kan. sudu ni mmg dia dah bubuh dlm ABC aku. aku duk srooott..sroott ABC ku, then surelah kita akan amik sudu utk kacau2 ABC tuh..tgk sudu..haaa....??? mak aku kuis2 sudu tu..hitam tangan dia.
sudu tuh kotor...
tak kisahlah dah buruk..kalau bersih aku ok je...tapi kotor..hitam..
tergamak hidang pelanggan dgn sudu mcm ni...tergamak ek...??
Posted by
CATZ
at
1:47 AM
38
comments
Labels: Cerita-ceriti
Friday, June 12, 2009
di kesempatan yg singkat..
ke pontian, tanjung piai, kukup
masak2 with mommy..
masak rojak emak - hhehehhe..tetiba aku dah tau camno buat kuah rojak yg sedap cam rojak zaman dulu
3 kali 'mengeteh' with parents - ni org jawa je yg paham kot
mkn ABC with mommy + tgk monyet
tolong mak buat kuih bahulu gulung (ha-ha...aku cuma tolong pegi beli telur dan sapu jem je..kekeke.)
trip mee bandung Muar
McD with adik-adik
things to update, tapi masa tak mengizinkan + takde mood la.
1. penang trip last weekend - nasik kandar line clear, bukit bendera, etc
2. event kenduri, balik kampung, nasi ambeng original , very the meletopss
3. trip ke Tanjung Piai, bhgn paling selatan benua asia
bersambung...
harap2 mood nak berblogging datang semula..or should i stop blogging?
kenapa tetiba aku rasa camni?
rasanya?
eh..bersambung?
Posted by
CATZ
at
8:52 PM
16
comments
Labels: bla...bla.., Cerita-ceriti
Friday, April 10, 2009
milo dinasour???
update: aku dah keluar dari gua. dah nampak sinar dihujung jalan. gara-gara dah ada handphone. (walaupun pinjam).ke ke ke.
Hari ni entry aku pasal air je. sebab? tgh hujan lebat ni. air hujan mencurah-curah. aiyo..guruh berdentam dentum la. camana aku nak balik nii??
eh..dulu kan..aku ada kawan. keje dia jual air kat pasar malam. tapi lepas tu, dia terjebak masuk MLM mcm aku. Kitarang sideline dlm MLM tu. so sama-sama buat bisnes. Tapi aku taklah setegar dia. Dia sampai dapat kereta bagai. Aku dapat duit sikit pun dah gembira lompat-lompat. Isi masa sambil isi poket. Kalau tidak sure aku tidorrr aja kat rumah on weekend.
Ok..berbalik cerita pasal jual air. Dia bukak beberapa stall. Eh, dia org JB. so seminggu dia berniaga dalam 3 kali kot. Pasar malam kan ada banyak. So dia bukak 3 stall kdg tuh..kdg 3 stall kat pasar malam lain-lain (pd hari yg sama). Kadang tuh kat pasar malam yg sama dia bukak 2 stall. satu hujung sini, satu hujung sana.
Dia ckp. modal mula2 je banyak. nak beli tong letak air tuh bagai. Takkan nak beli baldi letak berderet-deret isi air ko dan buh label. Sure org tak lalu . Ni dia yg cakap tau. kwn aku tu memang berapi sikit mulot dia. (sebab tu boleh buat MLM dgn jayanya. Itu salah satu faktor penting - mulot berapi-api, bukan mulot keluar api ye.)
ok..sambung pasal air.
Air mesti nampak sedap..buh kaler2.... (eh now kalau pi pasar malam mcm tu kan..airnya colouful mablesh..). Presentation tuh kena bagus supaya org lalu, toleh dan beli.
aku tanya berapa untung?..dia ckp..banyak jugak. Keje mula2 je lah berat, angkat air, bancuh air.
Memang untung dia ckp. EH..
now aku terpikir nak berniaga air lah. Mungkin boleh jadi kaya. satu cup jual RM0.90 (lebih murah dr harga pasaran. Buka 5 stall.).. hemm..hujan2 ni ZZZZzzzzz best ek?..nak pegi berangan kejap.
Dua hari lepas aku jumpa dinasour..eh. Bukan. Minum milo dgn dinasour. eh...minum milo dinasour.baru betul.
korang pernah tak dengar milo dinasour?? aku 1st time dgr. nampak kat menu terus nak order.
kawan aku ckp kat johor banyak kedai hidang ni. Knp aku tak pernah dgr ek??..ekkk??? ek?.ek?ekkkkkkkkkkkkk??
sedap!! (mula-mula aku ingat minum milo sambil ditemani oleh dinasour. Tu yg excited order).
mcm kopi diletak susu lah..
sekian entry air .
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.
Posted by
CATZ
at
1:58 PM
18
comments
Labels: Cerita-ceriti
Sunday, April 5, 2009
JB dan perihal teksinya...pengalamanku
bosan ni..flight delay...sebab cuaca...katanya...flight dari KLIA ke sini lambat..hujan lebat katanya..ye lah..alangkan F1 race yg tengah berlangsung pun sempat race 32 pusingan je (dgr kat news)..so maknanya cuaca mmg burukkk..
"penerbangan MH1052 akan berlepas lewat...disebabkan kelewatan pesawat dr KLIA..bla..bla..bla...pesawat akan berlepas pd waktu yg akan diberitahu kelak.."
redha je laaaaa....walauponnnn aku dah dekat 3500 kali menguap niiii...
ngntukkkkkk....kot aku selamba baring kat kerusi ni...cam menadah pulakkk...gila koo..org ramai..semua resah gelisah ni....
oh..aku nak cerita pasal teksi JB ye....ye..teksi JB..samada teksi airport atau teksi bandar. Berkesempatan 4 kali naik cab ..
cerita 1:
1st from airport senai ke hotel The Zone Regency, Stulang. Sapa yg pernah naik teksi airport kat senai ni tau le kan..teksi dia warna putih...hemm...tgk rupa..cam teksi tahun 80-an... tak kisah le...masuk dlm..ye..mcm naik teksi tahun 80-an...tak kisah la..walau rupa kereta ni buruk, tapi bersih jugak.
Ok....naik.. (tgh panas ni....penat berjalan dr tempat ketibaan ke pick-up point..tempat teksi dan bas dan tmpt org amik penumpang. Di tulis ' 3 MINUTES to pick up Point'..tapi aku rasaaaaa...dekat 10 minit jalan baru ko akan jumpa kaunter beli tiket teksi dan pick up point tuh...which is...ko tgk jam...3 minit tapi ko still tak nampak apa lagii..kecuali rasa panas....)
ok..sambung balik hal teksi.... dah le tgh panas.... masuk teksi..mak oi...ni oven ke ni?? panass!!
ok..sabo lagi..ok..bila teksi jalan....aku still tunggu gak angin sepoi2 sejuk dari aircond kete ni...nan-ado..sama je??..sabo lagi...dah nak smapai skudai... aku pun ringankan mulot ckp kat driver teksi ituuu.." uncle....panas ni..no aircond ???" uncle tuh ckp.." belum dapat haaa..?" sambil drive tanpa tgn dia adjust2 ke apa yg patut kan supaya aircond dia tuh jadik full blast ke..supaya penumpang dia yg tgh hot ni sejukkkkk.... aiyooo..... now dah sampai skudai...still sama mcm tadi..tak rasa lah uncleee.....mak dah hot ni!!!!! temperature mak dah menggelegak ni..
yg drive ni apek tua yg kalau ko timbulkan rasa tak puas hati pun dia akan buat muka stone je dan drive je seolah-olah tak nampak api atas kepala ko yg tgh duk menyala-nyala..
so??..pasrah... je la..disebabkan dah bayar RM40.00 di kaunter teksi epot tadik..so pasrah dan redha je lah kan..if naik teksi bandar harus aku turun kat skudai tahan teksi lain..
hem...so..aku turunkan sikit cermin tingkap....supaya boleh dpt rasa sikit angin...tapi cuaca panas....
katanya...international airport,,,tapi perkhidmatan teksi nya????????????? sigh,...
cerita ke dua:
aku naik cab mlm tuh..ke tempat makan yg dikatakan sgt tip top... (kalau rajin aku buat entry ni)...kat tepian teberau ke..dekat2 datran bandaraya Johor Bahru tu... driver teksi ckp " RM15 boleh??" sebab malas nak carik cab lain..angguk je lah....aku duk wonder..teksi Jb ni tak pakai meter ke?..aku tgk elok je meter tuh duk ada....napa tak pakai meter????????????? meter tuh buat hiasan je ke if kotlah pegawai JPJ buat spot check???? haaa???
dlm duk aku wonder2...cabbie tuh duk bebel " now ni teksi JB susah carik makan..teksi banyakkk sgt dah..bandar JB ni mcm mati dah sejak CIQ pindah...bla..bla..blaaaa......."
tah le kan....mak redhakan je lah telinga ni dgr bebelan dia...
bila sampai..eh....dekat je..takdelah jauh mana??..RM15.00 ni aku rasa melampau! Ko ingat aku duduk The Zone tuh...aku ni mempunyai sebuah kilang mengecop duit ke?? duk pikir nasib ko yg susah carik penumpang, so bila dpt penumpang ko tekan harga gila-gila..abih nasib penumpang ko...ko tak pikir?..tah penumpang ko tuh ibu tunggal anak 5 yg carik sesuap nasik ke???..tak pikir ???
Then balik dari makan tu, tahan cab balik...eh.....elok je cab ni pakai meter oke...tau tak berapa aku bayar sampai hotel??...ikut meter RM6.50 !! ha...beza kanlah harga ye tak??? so maknanya..bukan lah teksi Jb tak pakai meter..tapi diver teksi tuh yg ikut sukahati diaaa!!
cerita 3:
Nak ke airport Senai semula ..pun kenalah naik cab...
aku tahan kat depan The Zone Mall tuh...bukan kat pintu hotel..hehhe..strategi...lagipun 5-6 langkah je pun....kalau dr pintu hotel ke senai RM45.00..tapi disebabkan aku tahan cab kat depan Mall....cabbie tu ckp... RM40.00..dannnn..aku try cuba nasib utk tawar..RM35.00??
dia ckp oke..yabeda beduuu.....berjaya gak aku dpt diskaun...hehhehe...mcm biasa, bila ko dah masuk je..cabbie akan mula ajak bersembang mengenai keadaan ekonomi driver-driver teksi di JB,,soooo..aku pura2 masuk cab terus konon2 tidur...siap berlakon senget-sengetkan kepala sikit ye supaya dia ingat ko betul2 tidur dan dia pun senyap dr berkata-kata.. kalau tak sure aku kena jadik cik seri siantan dlm hujan-hujan lebat semalam..
very de tak tak koser mak.
hehhe...
hahahhaha..
sekian..entry utk membunuh kebosanan..
p/s: eh..aku baru publish entry ni pg ni sebab, masa aku nak tekan button publish kat senai samalam..betri laptop flat..terus padam.
Posted by
CATZ
at
4:18 PM
4
comments
Labels: bla...bla.., Cerita-ceriti, Jalan-jalan, JB
Wednesday, April 1, 2009
Inspirasi cerita ikan dua ekor ini.
Tumbuk bawang putih, campur kunyit dan garam. Lumur pd ikan, perap kejap 5 minit. Goreng sedikit garing.
Tangan aku cedera..disebabkan dua ekor di atas ni...aku mmg dah banyak kali..kalau siang ikan talapia sure jari aku cedera kena sirip masa duk buang sisik, dan menyiang nya....zasss gituh.
sakit oke.
eh...kenapa aku buat entry ikan goreng ni?
ini ikan goreng luar biasa sikit. sebab?
dtgnya dari kolam di Janda Baik. Kawan aku menuai hasil utk kali pertama. Bestnya. Muda-muda dah ada side bisnes / income. Tabiklah.
best ek.ada benda nak dituai.
aku dulu pun berangan nak buat kolam ikan (best berangan ni, sebab free..). Tapi masa lawat kolam kat Raub dgn Nora Jonet and de geng, aku kena gigit pacat dan melompat-lompat mcm kera kena belacan.[ eh, tadi aku masak kangkung belacan]. Soooooo ngeriiiiiiiiiiiiiiiii....kita orang terjerit-jerit seolah-olah ada harimau bintang tgh excited nak terkam kitarang tepi kolam tuh.
Terus berenti berangan.
so kesimpulannya....kalau aku berani sikit nanti baru aku berangan semula pasal kolam.
(kena cari site yg zero pacat).
Kwn aku jual dah siap buang isi perut. sekilo RM8.00. 7 ekor kot aku dapat utk satu kilo. Ni beli sebab menyokong bisnes kawan aku ni. Dan sebab aku mmg sukaaa sgt talapia merah.Eh dulu kan..aku pun suka buat bisnes jugak. Aku jual mcm2..dan kawan aku ni lah salah seorang yang aku jual apa pun dia beli. (Best ada kawan mcm ni). IKan ni luar biasa bagi aku sebab..ianya adalah hasil titik peluh kawan aku ni. Bukan beli kat pasar. Tahniah cik Kuntum. Anda memberi saya inspirasi.Aku doakan cik Kuntum jadi tokey ikan berjaya. Aku tumpang gembira.
Posted by
CATZ
at
11:10 PM
18
comments
Labels: Cerita-ceriti, Lauk pauk
Wednesday, February 11, 2009
Anis oh anis..
Siapa yg follow cerita baby ni...entry bulan Julai 2008...haa...baby ni dah besar..now dah pandai bergerak meniarap..apa ye nama pergerakan tersebut?..bukan merangkak tau..belum lagi...esok lusa pandai merangkak le tu kot..sebab pergerakan sekarang sgt laju...dari depan TV...zasss....tetiba dah ada bawah meja makan..hahhaha.....tah apa di cariknya....entah le..
Posted by
CATZ
at
8:29 PM
17
comments
Labels: bla...bla.., Cerita-ceriti







