Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Ayam ungkep lada hijau

Ayam ungkep lada hijau

beberapa hari lepas aku singgah pasar malam. Sebab semalam aku MALAS masak..
nampak org jual ayam tua, yg seswai utk masak ungkep..beli seekor.
aku teringat resepi ungkep mak...
kitarang biasa buat ungkep ni..tapi simple je bahannya.
kalau ikut asalnya..ungkep itu adalah bahasa jawa yg maksudnya masak ayam tuh dlm tempoh yang lama...
aku duk surf internet, ramai yg letak cili api bagai..
aaa..tak pedas ke??? aku takut dgn kepedasan melampau..
kaanggg terlompat2 kena panggil bomba..dah le musim cuti perayaan ni...
so aku gantikan beberapa bahan, dan tambah beberapa bahan dari resepi asal.

ok..
bahan-bahan:

ayam tua (ayam biasa oso can, tapi ayam tau lagi best utk resepi ungkep ni)
cili hijau - 6 biji 9if nak pedas, tambah cili api)
lengkuas - 1 inci
halia- 2 inci
bawang besar - 2 labu
bawangg putih 5 ulas
serai -2 batang
kunyit hidup - 1/2 inci
biji ketumbar (2 sudu)
jintan manis - 2 sudu.
asam jawa (amik jus) or if suka bleh guna asam keping.
minyak
garam


Cara-cara masak:

Beli ayam-suruh abang ayam eh, abang jual ayam potong terus.
cuci, toskan.
rebus ayam dgn halia+ kunyit+garam. Rebus hingga ayam empuk. nak senang, masuk je dlm rice cooker or preasure cooker.

Blend bawang-bawang semua, cili hijau/cili api, ketumbar, jinta, halia, lengkuas, kunyit hidup.
Tumis bahan blend diatas hingga garing, masukkan serai sekali.
then masukkan ayam yg dah empuk tadi. (ayam tua ni liat2 sket..tuh yg aku suka..)
gaul, kacau sebati mesra-mesra alam.
if rasa kering sgt tambah lah air sket supaya rempah2 sebati dgn ayam.
Masukkan jus asam jawa sket dan garam.
Masuk gula sket jika suka.
Dah cukup rasa semua..angkat dan hidang.


hidang dgn nasi suam...

Makan dengan nasi impit pun sedap...boleh ganti rendang..
nyum-nyummmmm...


mariiimain masak-masak.

Sambal goreng jawa

sambal goreng jawa



Now ni aku tengah kemaruk makan dan masak benda ni. Ada juga kawan-kawan yang suka makan dan tanya resepi. Sambal goreng ni ada pelbagai versi. Bahan-bahan pun tak sama...
so terpulang nak bubuh apa..kecuali tempe, tahu suhun tuuu...haa..itu identiti sambal goreng jawa.
ok..jom tgk versi cik kiah ni.


Ok..bahan-bahan asas:

Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili giling / cili kering yg sudah dikisar - 3-4 sudu (ikut suka).
cili kering - 5 tangkai/biji (hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).

Bahan-bahan lain: kicap manis, paru yang direbus kemudian hiris dadu dan goreng sebentar. Toskan letak tepi kejap.

Selain itu, tempe dan tahu. Hiris dadu dan goreng hingga agak garing. Boleh juga bubuh kentang, karot, semua tuh hiris kecil dan goreng ya..
Dan antara bahan penting lain ialah suhun dan tahu kering. Rendam meraka dan hiris .

* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.

Jom tengok cara masak.


Mula-mula,

Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend. Tapi catz suka tumbuk sebab sekejap je masa menumisnya. Tumbuk kasar pun ok..tak yah le sampai tumbuk halus tangan kuar muscle bagai. azab sgt tuuu...

Ok, tumis bahan tumbuk tadi, hingga naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga agak garing.
Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
Kacau sebati.


Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
Then masukan kicap manis.

Gaul sebati, besar kan sket api tu.
Tambah sedikit garam (secukup rasa). Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati.

Masukkan tahu, kacang, tempe, dan kacau sebati. If ada kentang dan karot, pun masukan sekali.
Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.

Kacau sebati semua bahan, kalau rasa kering sgt, susah nak sebati dgn bumbu, tambah sedikit air dan kicap manis. Agak-agak lah.
Dah sebati semua, angkat.Hidang.

Ok..dah siap. Boleh dihidang utk sarapan bersama jiran sambil bergosip, atau ratah mcm tu je seorang diri sambal ni. nak extravaganza, paru tuh kena extra lah. kalau tak makan paru, tak payah letak, or bleh je replace dgn benda lain. Ikut suka...
aku suka mkn dgn nasi impit, atau ratah je mcm tu..makan sorang-sorang. Abeh..jiran aku tak jadik dtg, eh bukan tak jadik, tapi masalah komunikasi..terbaring kat kerusi kat playground kaedahnyaaa....takde jodoh lagi masa tu.

jom masak.

Wednesday, October 14, 2009

bila stress teruk, kita kena masak ..

stress aku semalam..
balik..jem sana sini..dgn road block la...
repair jalan la..
eksiden lori terbalik dekat putrajaya..
hari jam sedonia.
sampai rumah pukul 7.20 mlm..
huh...stress sgt.

so cik kiah..masuk rumah campak beg..campak tudung dlm masin basuh..
capai ikan dlm fridge..siakap dan sotong..
rendam dlm sinki...
lepas solat etc...
ke dapur..sinsing lengan..

zas..zas..zas...

siakap 3 rasa..

tomyam sotong + cendawan

siap goreng ikan masin..so bedal nasik 2 pinggan....


siap dinner cam omputeh..ada desserts lagi....ni kucing jiran jiran kucing yg bagi..
sedap gila kek coklat ni..2 ketul aku makan...melekatttt..sedap kat tekak...
untung bila 2 ekor kucing berjiran...
hehhehe..

Tuesday, September 1, 2009

Ayam percik ala-ala

bulan puasa ni teringinnya benda-benda yang dijual di bazar ramadhan..
hissss....
tapi kan aku dah janji..No bazar Ramadhan. Kecuali sebab2 yg x dpt dielakkan. semalam pun baru je reload fridge kan..so masak benda dlm fridge tu saja ye cik kiah,.
Dah 11 Ramadhan (cepatnya masa berlalu)..aku masih bertahan lagi. Belum sekalipun ke bazar Ramadhan..or param or apa2 ajalah org panggil now nih...hehhheeeeeeeeeeeee

ayam percik ala-ala

so aku google cari resepi ayam percik paling senang ..sebab ayam percik kan ada banyak version.
Versi terengganu, versi kelantan, versi pasar malam kat selangor,KL..
ada yg dimasak dln periuk dulu, ada yg terus bakar atas arang etc...mcm2 lah cara.
so aku masak yg paling senang yg bahan-bahannya ada didlm fridge aku yg tlh di reload semalam..



Bahan-bahan:

bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia- 2 inci
serai satu batang
cili kering - 4 tangkai/biji
ketumbar - 1/2 sudu
jintan putih- 1/2 sudu
asam keping - 1 keping
santan - 11/2 cawan (aku guna santan kotak je..senang)
serbuk kunyit
minyak
cili merah - 1 biji



Ok jom masak..


kisar bawang-bawang, cili kering,halia, ketumbar dan jintan.
Tumis bahan kisar hingga garing..
masukkan serai, santan dan sedikit kunyit.
catz nak ada warna sket, so catz tumbuk kasar cili merah. Ok masukkan sekali.
Kacau sebati, masukkan garam.
kacau hingga agak pekat.


kelar sket ayam tu.
Tuangkan sos tadi pada ayam.
Ratakan...masukkan dlm oven.
Catz guna microwave oven, guna grill function.

Ayam ku yg terpusing-pusing-pusing dlm oven....25 minutes...terbalikan jika perlu, siramkan kuah sket..bakar semula hingga ayam nampak dah terbakar..ops...nampak ayam dah garing..
kuarkan..hidang. if suka tambahkan baki kuah tadi..

ehmm...takdelah sesedap ayam percik bazar Ramadhan. Tapi bolehlah nak lepaskan keinginan. heheeeeeeeeee

selamat bersahur.

Wednesday, August 26, 2009

Siakap tiga rasa

siakap tiga rasa dari dapur catzscafe.


Juadah buka puasa semalam. Masak siakap tiga rasa, gulai udang dengan nenas dan sayur kacang buncis goreng.


akhirnya..masak jugak ikan gergasi dlm fridge ni..dah 2 minggu kot duk dlm ni...besar gila. hari tu dah kuarkan, masuk balik. Pisau aku tak lut. cih-cih-cih. Ngeri gak aku nak siang benda ni. Takut tangan cedera..sisik dia tebal, tajam plak tu. Ikan ni patient papa bagi, pancing sendiri katanya. aiyo..susah siot nak siang...berapa kali tah aku tajamkan pisau.


Ikan siakap tiga rasa.


Bahan-bahan:

Ikan siakap
Bawang putih - 4 ulas
bawang besar - 1/2 labu potong dadu
halia - 1 inci
cili api - 6 biji (ikut suka nak banyak mana)
cili giling - 2 sudu
cili hijau - 1 biji -hiris nipis
nenas -2 hiris (potong dadu)
sos tiram - 3 sudu
sos cili - 2 sudu
kicap manis - 1 sudu besar
gula
garam


Cara-cara:

Siang ikan, cuci, goreng (deep fry) hingga garing-ketepikan.
Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.
Hiris kecil cili api.
Tumis bahan tumbuk bersama cili api hingga naik bau.
Masukkan cili giling, tumis hingga agak garing.
Masukkan bawang besar, cili hijau dan kacau.
Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis. Tambah sedikit air. kacau...kacau..kacau hingga Mendidih. Masukkan gula sedikit jika suka.
Masukkan nenas. Gaul sebati hingga nenas layu dan sos menjadi pekat.

Tuang sos atas ikan. Hidang.

Thursday, August 13, 2009

Jom masak: rendang sotong

aku stress..
dgn fikir mcm2 benda..ceh poyo aku.
kalau stress sgt, aku akan memasak walau sebizi mana pon..
masak benda ni malam tadi..

rendang sotong (aku je yg pandai2 bagi nama..)

nak menurunkan level stress aku, aku singgah supermarket. Beli barang utk masak memasak. actually cam malas nak masak..tapi aku kalau tgh tension, bila kat dapur level stress tu
otomatik turun sikit. dpt pegang kuali, senduk, bawang. bukan le hari lain aku tak masak, aku masak le..tapi masak simple2 je..goreng ikan kering, goreng telur, goreng tempe dan masak sayur simple2.



pi bahagian ikan2..sayur2..aku tak tau nak beli apa..tapiii tetiba nampak sotong plastik. aku panggil sotong plastik sebab rupa dia mcm plastik. Balik, cuci hiris besar-besar.u ols panggil apa?..sotong rendam?

ni segala bawang dan serai, halia dan daun kunyit. aku nak buat rendang. So bahan lain ialah cili (blended/ giling) , santan dan kerisik, kiub pati ayam, kicap manis sikit.
Blend sekali arung bawang-bawang, serai, halia. Zrassssssssssss!!!! wenggg!! wenggg!!!!! done.
Hiris daun kunyit nipis-nipis.
Tumis bahan blender dan cili kering hinga garing, masukkan sotong. Kacau-kacau, bagi sotong masak. Masukkan le kerisik, daun kunyit, kiub pati ayam, santan , gula, garam . Masak ni kena lama, api jgn besar. Aku buh kicap manis sket.

kacau..kacau..kacau..kena masak lama baru le sedap. kena kacau selalu, kalau tak berkerak dan hangus. Balancekan rasa...rasa sikit le nak tau rasa ok ke tak. apa yg kurang tu tambah le..kalau dah terlebih masin ke..tak dapek den nak nolong. Dah cukup pekat kuah, dan rasa ok..angkat hidang.
sedap di makan dgn nasi impit. or nasi putih. makan dgn lontong or nasi lemak mmg match lah.
...........................


Yang ni masak last week sebab aku terliur baca raptai raya kat blog kucengorengemuk. aku masak simple je, rebus nasik impit, buat lodeh, buat kuah kacang, buat sambal sotong, rebus telur. (kejinya tekak aku ni sebab mengidam masakan sendiri..ceh...)..

nahhhh..lodeh

kuah kacang

nasi impit dan geng-geng nya...jemput makan semua.

Friday, July 17, 2009

Pucuk ubi masak lemak tempoyak

Pucuk ubi masak lemak tempoyak

Semalam aku pi pasar malam. Tujuannya nak beli nasi ambeng. Malas nak masak sebab nak berkemas dan packing. Berhabuk dah aku rasa lantai. Pijak dah tak sedap.
Nak keluar dari pasar malam, tetiba nampak sorang makcik jual sayur-sayur kampung. Aku nampak pucuk ubi. wuhh..best ni kalau masak lemak...lama gila dah tak makan. Tetiba otak aku terus berimaginasi..."catzzzzzz...masak lemak tempoyak catzzzzz........sedap catz.... masakkk catzz". Padahal tangan dah penuh dgn food.
Ha-ha.
Beli pucuk ubi satu ikat. RM 0.50.
so...memasak jugoklah sudahnya. Nak habiskan belen-belen tempoyak.
Aku campur dengan udang kering.
hiks.
jemput makan.

Saturday, July 11, 2009

Udang goreng oat

Cook this last nite, to finish my udang stock, coz i'll be away for the whole weekend.
Ok..


Udang goreng oat



Bahan-bahan:

udang besar- 5 ekor
oats - 3 sudu besar
butter - 100 gram
bawang putih - 4 ulas
halia - 1/2 inc
tepung jagung - 1 sudu
cili api - 3 biji, hiris halus
serbuk kari
daun kari
garam
minyak


Cara-cara:

Bersihkan udang, belah belakang dan buang hitam2. Buang misai atau sesungut yg tak perlu. cuci bersih dan toskan.
perap udang dgn garam dan tabur tepung jagung serta serbuk kari, gaul sebati goreng deep fry. Sekejap je ye.
Kalau lama sgt nanti liat/keras tak sedap. Angkat dan ketepikan.
Hiris halus cili api.
Tumbuk bawang putih bersama halia.
Amik butter, bubuh dlm kuali.
Bila butter cair, masukkan daun kari, goreng kejap, kacau-kacau jgn hangus.
bubuh sedikit garam jika suka.
Masukkan bahan tumbuk tadi dan juga cili api. Gaul sebati dan biar agak garing.
Api jgn besar, karanga hangus baunya sampai ke rumah jiran sebelah.huhu.
Masukkan oat sebanyak..err..aku buh 3 sudu besar.
Gaul rata, agak garing, masukkan udang. Kacau-kacau..dan angkat.
Makan panas-panas.
From the kuali stret into the mulot.
jemput makan.

* aku guna bahan yg available kat rumah je. resepi asal guna nestum dan kena tambah susu cair, telur bagai. Aku kalau boleh gunakan bahan seminimum mungkin. hehhe..penjimatan dan penjagaan kesihatan diri serta poket.
daun kari tataw camna aku bleh jumpa dlm fridge. Hiks.

Fried Soft shell crab

Ni masak last week.
First time masak soft shell crab.
Goreng je..
goreng pon sodap.



Fried soft shell crab


Bahan-bahan:


soft shell crab - 4 ekor
jintan manis - 1 sudu
bawang putih - 4 ulas
serbuk kari ikan - 1 sudu
tepung jagung - 4 sudu
serbuk kunyit - 1/2 sudu teh
garam - secukup rasa
air
minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Bersihkan ketam, cuci bersih, toskan dan lap. Keringkan air.
tumbuk lumat bawang putih
Campurkan tepung jagung,serbuk kari,bawang putih, serbuk kunyit, garam, jintan manis.
Gaul bahan-bahan tersebut.
Tambahkan sedikit air, dan kacau sebati. Kepekatan agak2lah.jgn pekat sgt, jgn pula terlalu cair.
Celupkan ketam. Goreng secara deep fry.
Bila dah kuning keemasan, angkat.
Hidang panas-panas.


Jom makan...

Friday, July 10, 2009

Masak lemak tempoyak udang with belimbing buluh

Again...
wabak tempoyak...hiks..

so menunya adalah:

Masak lemak tempoyak udang dangan belimbing buluh.





Bahan-bahan:
udang besar (saya guna 5 ekor)
belimbing buluh (terpulang kuantitinya..suka banyak,letak le banyak)
santan (aku guna santan kotak je..xde kolesterol katanya...ye ke?) -aku guna 1/2 kotak je.Tambah air.
tempoyak (1/2 cawan)

cili api -ikut suka nak pedas mana
bawang merah - 2 ulas
bawang putih- 2ulas
serai - 1 batang
halia - satu inci

garam -secukup rasa


Cara-cara:


Bersihkan udang, belah belakang buang itam2 tuh,buang misai2 semua, cuci, dan toskan.
tumbuk cili api dan bawang-bawang, halia.
ketuk serai.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan tumbuk, kacau hingga naik bau, masukan santan.
Masukkan tempoyak, kacau sebati. Masukkan serai.

Biar mendidih, masukkan belimbing buluh, kacau hingga layu.

Masukkan udang. Udang tu masak kejap je..kalau masak lama liat dan keras,hilang rasanya.

Tambahkan garam secukup rasa.


Hidang....

Tadaaa.....

Wednesday, July 8, 2009

Sambal tempoyak belimbing buluh

sambal tempoyak belimbing buluh

kannnnn...kan...
dah ckp kan...wabak tempoyak sedang melanda.
jadinya...blog aku kuning je kalernya 3-4 hari ni..hehehhehe.
sapa tak makan tempoyak..ampunkan le empunya blog ni.
Tgh kemaruk tempoyak ni.

Resepi nih aku invent malam tadi (cewah...poyonya statement.)
Terfikir nak buat sambal tempoyak. Belimbing buluh baki gulai semalam ada lagi.
Daun kesum pun ada.
so..jom tgk resepi ni.

Bahan-bahan:

Tempoyak - 1 cawan
Belimbing buluh - 15 biji (tak kisah le banyak mana, )
ikan bilis - satu genggam (belah, basuh bersih)
daun kesum - pisahkan dr tangkainya, basuh bersih.
cili api - ikut suka nak pedas mana
serbuk kunyit
cili kisar - 1/2 sudu besar
garam
gula

Cara-cara:

Tumbuk lumat cili api.
Campur tempoyak dengan cili kisar, cili api, serbuk kunyit.
Tambahkan secawan air, kacau sebati.
Panaskan periuk, masukkan campuran tempoyak tadi.
Kacau sebati. Tambah sedikit air jika pekat sangat.
Masukkan ikan bilis dan daun kesum. Biar mendidih atas api kecil.
Masukkan pula belimbing. Kacau dan biar belimbing layu.
(kena kacau selalu sebab resepi ni agak pekat).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidang.




Sedap dihidang dengan nasi panas. Minimum 2 pinggan. hiks. Jom makan.

Tutorial Part 2: Brengkes

percubaan pertama, cikgu bagi B-.
so tadi disebabkan bahan-bahan ada lagi, dan resepi ni sekejap je nak sediakan bahannya dan proses memasaknya adalah super senang, buat sekali lagi.

kali ni aku pakai petua cikgu. Aku lumurkan sambal tempoyak tu sampai ikan ni mati lemas.

hasilnya..tadaaa.... (harap2 cikgu bagi markah A). Cikgu jgn le strict sangat ye.

Kali ni aku guna daun pisang dan aluminium foil (cikgu, jgn tolak markah ye.) Ampun. Inilah hasilnya.

Akhirnya dapatlah brengkes yg agak berkuah. sedap gila.

perhatian:
blog ini sedang mengalami satu wabak besar iaitu wabak tempoyak. Akan menyusul resepi yang bersangkut paut dengan tempoyak lagi.

Tutorial:cubaan kali pertama membuat BRENGKES

Musim durian datang lagi. Makanya sibuk le semua memakan durian, buffet durian lah...pesta durian lah...
Seperti biasa, kalau musim durian maka dimana-mana sahaja ada hidangan yg berunsurkan durian iaitu tempoyak.
First time makan tempoyak masa zaman universiti. Hidup bercampur dgn org negeri lain menyebabkan tetiba aku pandai makan tempoyak, cencaluk, budu. (masa tu kurus sikit).
Aku dulu pelik..apa ke he nya durian dibuat lauk lah..sambal lah.
Now tidak lagi. Aku mmg pantang .......mmg pantang gila lah.
pantang jumpa oke.
Kalau u ols bukak entry dulu2..mmg ada aku masak benda yg menggunakan tempoyak seperti ikan patin gulai tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak timun dll. (bajet perasan ada org baca blog aku).

So...musim kali ini, aku cuba resepi baru yang dikatakan adalah makanan orang Jambi. Sila baca blog kucingorengemuk ni untuk maklumat lebih tepat.
BRENGKES nama makanannya. BUKAN brengsek ye..(jgn terlalu terpengaruh dgn dialog-dialog sinetron di TV oke..). sebut betul-betul... BRENGKES. Aku pun 1st time dengar. Tapi oleh kerana ia adalah berkaitan dgn durian..dan juga tempoyak maka haruslah saya buat tutorial ni.
Dah terbau-bau kesedapannya. To kucingorengemuk..tengkiu for the resepi. mak eksaited nak cuba ni.

Eh..ketar aku nak buat tutorial brengkes ni.
(Ternampak2 cikgu pegang pembaris mengawasi aku sdg masak. Cikgu..anak murid tumpang lalu ye.)

Nak buat benda ni, kenalah ada tempoyak. So..camna nak buat tempoyak? Kenalah beli durian dulu. Eh.kat supermarket now ni mana-mana je ada jual tempoyak nih. Tapi aku prefer buat sendiri kerana adalah satu peristiwa tuh menyebabkan aku kalau tak terpaksa tidaklah akan membeli tempoyak di kedai dll. Aku akan buat senirik. (walaupun kdg tuh nak guna tempoyak baru beli durian, tapi aci je kan pakai durian fresh?...hehehhe..rasa durian jugok kekdahnya..no?


so smlm catz beli sebijik durian utk buat tempoyak. sekilo RM7.00. Nampak best je duriannya. Aku suh pakcik tuh belah. Rasa rugi pulak nak dijadikan tempoyak. Baik masuk mulot je kan time buka poser nantik.ke ke ke. Pakcik penjual ckp.."sebijik je? "..dan tetiba aku dapat bonus dpt sebijik lagi free. hehheheeeee..rezeki le kan...jgn ditolak...rezeki org berpuasa kaedahnya.



so meh le tgk bahan-bahan brengkes ni:

BAHAN A:
serai
cili api
kunyit hidup (aku guna serbuk kunyit je..belakang rumah takde pokok kunyit).

BAHAN B:
tempoyak
cili giling/kisar
garam
gula

BAHAN C:
Ikan kembung/selar kuning (ada selar merah/hijau/pink ke?)
Daun pisang (kalau takde, aku rasa pakai aluminium foil pun ok ..hiks...memandai je aku..)

Kaedahnya:

Siang ikan, cuci, toskan.
Tumbuk bahan A.
Bahan B pula campur dan gaul sebati. Campur dengan Bahan A, gaul sebati.
Lihat gambar di bawah.

Campuran bahan A dan B.

Ikan kembung, catz guna 2 ekor.

Tepekkan bahan tadi atas ikan.

Bungkus elok-elok lawa-lawa. Catz layur dulu daun pisang atas api supaya senang membungkus dan tak koyak.

Bubuh atas grill pan. Buh minyak sket atas pan tu supaya daun tak hangus.

Tutup supaya cepat masak

Tu dia..terbalik2kan...

dah masak..angkat.. tu diaaa...erk..napa kering??? tgk dlm blog kucing oren basah dan berkuah sket. (adakah fail cubaan ini?)

Mari makan brengkes.
Oh...aku masak lama sgt kot..so jadik kering.Alasannya aku sibuk masak benda lain jugak dan dah kelam kabut nak buka.

Nak kena buat sekali lagi ni.
(ternampak cikgu tgh libas-libas pembaris...serems..)

Tapi kan..rasa dia mmg sgt sedap. Buat nya pun senang je...makan gitu je pun sedap sgt dah.
Dan selain brengkes, aku buat gulai lemak tempoyak udang dgn belimbing buluh. Memang sgt lah syiokkk.....(semua benda aku buh tempoyak..harharhar...).


Err..aku punya versi ni mcm..ikan bakar durian..hehhe..(sebab aku guna durian fresh..kehkehkeh).