Wednesday, July 8, 2009

Tutorial:cubaan kali pertama membuat BRENGKES

Musim durian datang lagi. Makanya sibuk le semua memakan durian, buffet durian lah...pesta durian lah...
Seperti biasa, kalau musim durian maka dimana-mana sahaja ada hidangan yg berunsurkan durian iaitu tempoyak.
First time makan tempoyak masa zaman universiti. Hidup bercampur dgn org negeri lain menyebabkan tetiba aku pandai makan tempoyak, cencaluk, budu. (masa tu kurus sikit).
Aku dulu pelik..apa ke he nya durian dibuat lauk lah..sambal lah.
Now tidak lagi. Aku mmg pantang .......mmg pantang gila lah.
pantang jumpa oke.
Kalau u ols bukak entry dulu2..mmg ada aku masak benda yg menggunakan tempoyak seperti ikan patin gulai tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak timun dll. (bajet perasan ada org baca blog aku).

So...musim kali ini, aku cuba resepi baru yang dikatakan adalah makanan orang Jambi. Sila baca blog kucingorengemuk ni untuk maklumat lebih tepat.
BRENGKES nama makanannya. BUKAN brengsek ye..(jgn terlalu terpengaruh dgn dialog-dialog sinetron di TV oke..). sebut betul-betul... BRENGKES. Aku pun 1st time dengar. Tapi oleh kerana ia adalah berkaitan dgn durian..dan juga tempoyak maka haruslah saya buat tutorial ni.
Dah terbau-bau kesedapannya. To kucingorengemuk..tengkiu for the resepi. mak eksaited nak cuba ni.

Eh..ketar aku nak buat tutorial brengkes ni.
(Ternampak2 cikgu pegang pembaris mengawasi aku sdg masak. Cikgu..anak murid tumpang lalu ye.)

Nak buat benda ni, kenalah ada tempoyak. So..camna nak buat tempoyak? Kenalah beli durian dulu. Eh.kat supermarket now ni mana-mana je ada jual tempoyak nih. Tapi aku prefer buat sendiri kerana adalah satu peristiwa tuh menyebabkan aku kalau tak terpaksa tidaklah akan membeli tempoyak di kedai dll. Aku akan buat senirik. (walaupun kdg tuh nak guna tempoyak baru beli durian, tapi aci je kan pakai durian fresh?...hehehhe..rasa durian jugok kekdahnya..no?


so smlm catz beli sebijik durian utk buat tempoyak. sekilo RM7.00. Nampak best je duriannya. Aku suh pakcik tuh belah. Rasa rugi pulak nak dijadikan tempoyak. Baik masuk mulot je kan time buka poser nantik.ke ke ke. Pakcik penjual ckp.."sebijik je? "..dan tetiba aku dapat bonus dpt sebijik lagi free. hehheheeeee..rezeki le kan...jgn ditolak...rezeki org berpuasa kaedahnya.



so meh le tgk bahan-bahan brengkes ni:

BAHAN A:
serai
cili api
kunyit hidup (aku guna serbuk kunyit je..belakang rumah takde pokok kunyit).

BAHAN B:
tempoyak
cili giling/kisar
garam
gula

BAHAN C:
Ikan kembung/selar kuning (ada selar merah/hijau/pink ke?)
Daun pisang (kalau takde, aku rasa pakai aluminium foil pun ok ..hiks...memandai je aku..)

Kaedahnya:

Siang ikan, cuci, toskan.
Tumbuk bahan A.
Bahan B pula campur dan gaul sebati. Campur dengan Bahan A, gaul sebati.
Lihat gambar di bawah.

Campuran bahan A dan B.

Ikan kembung, catz guna 2 ekor.

Tepekkan bahan tadi atas ikan.

Bungkus elok-elok lawa-lawa. Catz layur dulu daun pisang atas api supaya senang membungkus dan tak koyak.

Bubuh atas grill pan. Buh minyak sket atas pan tu supaya daun tak hangus.

Tutup supaya cepat masak

Tu dia..terbalik2kan...

dah masak..angkat.. tu diaaa...erk..napa kering??? tgk dlm blog kucing oren basah dan berkuah sket. (adakah fail cubaan ini?)

Mari makan brengkes.
Oh...aku masak lama sgt kot..so jadik kering.Alasannya aku sibuk masak benda lain jugak dan dah kelam kabut nak buka.

Nak kena buat sekali lagi ni.
(ternampak cikgu tgh libas-libas pembaris...serems..)

Tapi kan..rasa dia mmg sgt sedap. Buat nya pun senang je...makan gitu je pun sedap sgt dah.
Dan selain brengkes, aku buat gulai lemak tempoyak udang dgn belimbing buluh. Memang sgt lah syiokkk.....(semua benda aku buh tempoyak..harharhar...).


Err..aku punya versi ni mcm..ikan bakar durian..hehhe..(sebab aku guna durian fresh..kehkehkeh).

10 comments:

Inah said...

adoyaii..sedapnyaaaa :D

ZaliHazali said...

cubaan yang beranidanhebat la cat...
try and error

Linda Abdullah said...

Wow best nya, nak try jugak lah.. kat rumah ada banyak tempoyak dgn durian yg atok kirim.. nge.he.heh..
nyum..nyumm bregsek eh bregkes..

Sasha Farina said...

adoi laa hai.. menyembur air milo kat keyboard bila baca tang ikan berdebar debar tu haa!! heeeheee

kucingorengemok said...

ha ini cikgu sudah mari... bahan2 ok, ikan, daun pisang ok... wahhh tmpt gril kalah cikgu punya... cikgu pakai kuali je. tu pasal kering kot, lawan tokey! haha.

aku rasa bumbu tu kurang skit kot, kalau nak basah2, lomorkan sampai ikan tu mati lemas. lain semua ok. boleh la kasik B-. tahniah (beriya aku).

selamat jari ko dari kena titik :)

CATZ said...

Inah,

kat sana ada durian tak?
if ada boleh le cuba...hiks..

CATZ said...

myself..
senang je membuatnya..
hiks..u try le pulak..
yummy oke..

CATZ said...

Linda,
try jgn tak try..awak kan rajinnn masak..

CATZ said...

sasha,
ikan tuh kompius tau..nak masak apa..
hahhaha...tetiba terbau durian..deia terus pengsan..

CATZ said...

kog,
hahahaaa..selamat jari2 ku inewww...
hiksss..