Tuesday, July 7, 2009

Dinner at B's, Pullman

Kucing A: wuts ur plan on weekend?
kucing B: Nothing..cooking la..cooking..tengah pikir nak buat rempeyek resepi mommy ni.
Kucing A: i tot u going somewhere? party? no? Today is 4th July...? no?
Kucing B: No.
Kucing A: Lets go somewhere...
Kucing B: (Lompat-lompat)..somewhere??..yippeee!!! Horeyyy!!
Kucing A: Lompatla sampai bumbung. Tanggal segala bulu tu. (bulu kucing ye..)


So after made a simpe lunch.... i packed my things. Where to...?
ha-ha-ha. Ala-la bercuti kat belakang rumah.
Yey...! going to Pullman Hotels and Resorts Putrajaya Lakeside.


Setelah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan (chewahhh bahasa - dulu karangan dapat A..ke ke ke) menempuh pelbagai road block la..Lost count lor..
oh...4 road blocks. Sabo je kan. Nak pegi dekat je. Tapi jem ya hamatttt. Dgn road construction, dgn road block JPJ dan polis. puh.
Memang mencabar oke nak masuk resorts ni. keh keh keh. Nak cari lobby hotel pun mcm pi treasure hunt. Tak jumpa jalan masuk ok. Call hotel 2 kali. Ini disebabkan kerja-kerja construction masih berjalan di salah sebuah blok. Hotel ni baru lagi, so signboard etc masih belum banyak. Lepas tuh kecik pulak tuh senbodnya. So confuse lah
cik kiah ni. Bukan aku je taww....ramai lagiiii org lain yg terlajak ke entrance yg salah..terpaksa udur..tawaf-tawaf sikit sebelum berjumpa dan masuk ke jalan yang benar. heh heh.

Masuk je kawasan Resort ni, mmg nampak semuanya masih baru. Nak cari lobby pun confuse. Aiyoo...Bubuh lah signbod besar sikit dan tak mengelirukan. Resort ni banyak blok, so sebab 1st time dtg memang pusing-pusing sikitlah (dengan mengangkut beg ala2 cik kiah nak pegi piknik. cuma tak pakai topi besar je.)


Lobby

Takdelah apa sgt aktiviti kat sini sebab bukanlah tak pernah pegi Putrajaya ni kan..Hari-hari aku lalu putrajaya ni dan selalu sgt dah pegi, Ala-ala belakang rumah je. Hiks.Plus malas le..so melazy-lazy je la..makan keropok yg aku goreng bawak dari rumah tadi sambil tgk TV. Bilik pun best. Lagipun dah plan malam nak pi dinner kat Putrajaya Seafood.
Tetapi di malam itu, adalah sgt malas utk keluar. So makan sini je lah. Call reception, resto apa yg ada sini. Dia suggest makan kat B's.

B's

Ha-ha..pening jugok cik Kiah nak pegi B's. Ala-ala main nyorok-nyorok gitu. Dah nampak B's depan mata tapi nak ke situnya adalah sesat. kerana tiada signbod dan aku asyik masuk pintu, kuar pintu. terpusing,patah balik. Tetiba dah sampai pintu nak ke bilik semula. ke ke ke. Tetiba ada staff hotel ni lalu dan dia hantar sampai B's.

Masuk je B's..waa..cantik....! konsep merah putih....lawanya...so had buffet dinner. Food selection adalah Asian and Western.

kat mana aku nak beli itu huruf yg bergantungan itu?? bling-bling and looks elegent. Bestnya kalau dapur aku ada gantung2 cam tu.
So proceed with food photos..tak banyak amik gambar. Aku busy makan.

seafood...prawns and mussels

sushi anyone?

nasi beriani dan pelbagai lauk...beef, sotong paprik, fried sotong curry, ayam masala, fish, vege, mint chicken, mutton,

grilled fish

pizza

Pilihan makanan agak banyak juga..ada pasta, mee sup, piza, wihite rice, beriani rice, lauk pauk, desserts. sushi, salads , banyak le..apa tah lupa..Rasa makanan?..sedap. worth lah.

Bessssst nya kalau keje cam chef tuh....

catz at clock tower..meronda-ronda

Lepas dinner jalan-jalan sekitar resort amik angin malam...cantik tempat ni bila malam..nanti aku letak photo2nya..

13 comments:

Sasha Farina said...

huruf huruf tu boleh buat laa catz! senang! urkk.. tapi kalo gantung kat dapur kita.. berminyak laa pulak?

ZaliHazali said...

nice dan menarik tertarik...

marie said...

catz..kena jawab ni..berapa cost buffet dinner kat pullman tu...ni yg restoran atas air tu ke...dah tengok dari luar, cantik oooo

CATZ said...

hi sasha,
welcome to my blog..happy reading ye..
erk..kat mana nak buat tuh sasha?..
lawa lah bling2 gitu..

CATZ said...

myself,
memang tertarik..mmg debom..

CATZ said...

N.M Ibrahim,

kosnya RM65/person.
ni kat dlm hotel..bukan yg atas air..
yg atas air tuh Village namanya.

Neeza.Areef said...

huhu cantik lah tpt nye...

Sasha Farina said...

beli chipboard kat kedai buat frame.. potong lah huruf, trace mana mana font yg berkenan.. pas tu tenyeh glue.. pas tu tabur glitter.

kalau rasa susah nak potong chipboard, pakai cardstock pun okay!

senang kan? heee... :)

CATZ said...

neeza,
memang cantik..tapi hotel baru..so banyak le kekurangan here and there..
signbod kurang...staff pun tak menggambarkan hotel melebihi 5 bintang...baru kot..
tapi tempat ni mmg lawaaa

CATZ said...

sasha..
tolong buatkan buleh takkk..hihihihi..

Sasha Farina said...

ceh.. kalo orang buatkan hilanglah seninyer.. :D

pinkebaya said...

ish.. nak kene pegi ni
aritu mamat sales tu offer duk free aku dgn eksyennye xnak..
er nak g cari no die la mcm ni

CATZ said...

pinkebaya,
duduk free?..camna bleh dpt free tuh??
kalau free aku nak pindah terus situh..hehhe...bessss..