Ada kawan aku nak ke Labuan. Dia tanya aku kat sana makan camana?..susah ke? dan dia heran napa aku xde buat entry food di labuan..
aku ckp..aku tak makan sgt...aku malas.
Tapi aku ada survey tempat makan le yg berguna utk 2nd trip Labuan aku nanti.
So info ni aku share le kat sini, utk kawan aku tu, aku dan jugak rujukan utk readers..
Makan di Labuan bukan satu masalah. Sebab?..masakan kat sini sama je mcm kat Semenanjung. Kebanyakan pengusaha restoran, kedai makan, gerai berasal dari semenanjung. Malah aku rasa masakan mereka sedap le ( ni makan kat gerai, kedai makan, kedai ala2 kedai mamak..).
harga?..Reasonable lah.
Beberapa kali makan..lepak gerai makan...ehmm...sedap!.dan harga amat berpatutan. Rasa makanan lebih kurang mcm kita kat semenanjung lah. Aku rasa makanan kat Labuan ni sgt berbeza dengan di KK. Tapi belah2 sini kan tetapppp glemer dgn 'sayap' /kepak ayam/ chicken wings. Gerai / medan selera ni terletak berhadapan dengan Bangunan Ujana Kewangan atau sebelah je dgn hotel aku stay tuh, Grand Dorset, Labuan. Banyak pilihan gerai dan makanan pun pelbagai.
Pilihan gerai makan di Medan selera (berhadapan Ujana Kewangan)
sup tulang
Tempat makan bersih dan selesa
chicken wings
sup tulang
Tempat makan bersih dan selesa
chicken wings
Ok..selain gerai makan, restoran, Labuan juga terkenal dengan seafood. Kalau nak makan seafood yg best kena jalan out skirt sket lah...Ni aku survey tempat makan di area Kampung Tanjung Aru. jauh tau dari town. Ni kalau dari town, drive menghala ke Batu Manikar dan tgk signbod Jalan Tanjung Aru. Mata kena awas le tgk signbod. Ni aku pi siang, kedai pun tak buka lagi. kalau malam tah jumpa tah tidak aku pi tempat ni kalau 1st time pi. Masuk dalam jauh juga.
Ni le Anjung ketam. keistimewaan kedai ni katanya adalah ketam fresh yang di masak.
Ni pula ialah Anjung Ikan bakar dan ketam Terumbu Warisan. Tempat ni kira mcm sebelah2 je lah, satu kawasan dgn Anjung Ketam.
Ni pula ialah Anjung Ikan bakar dan ketam Terumbu Warisan. Tempat ni kira mcm sebelah2 je lah, satu kawasan dgn Anjung Ketam.
Selain tu, kalau malas pi jauh-jauh ada Restoran dekat-dekat town. Yang ni dekat Komplek Sukan Air Antarabangsa Labuan. Restoran Manja namanya. Aku pi dinner kat sini. Oh ya..kena buat reservation dulu.
Restoran ni beroperasi start lewat petang hingga malam. Siang tak beroperasi. In future tak tau le kan.
Terdapat pelbagai pilihan makanan. Ada steamboat (boleh pilih sup biasa atau tomyam). untuk steamboat terdapat pilihan sayur-sayuran, seafood dan segala fish cake, fish balls, ayam dan daging yg dah siap di marinate.Ada juga nasi lemak, nasi goreng, nasi putih, asam pedas, mee kari, pilihan desserts, kuih muih, buah-buahan dan minuman. Bubur nasi dan bubur manis pun ada. Dengan harga RM20.00 bleh makan sampai kembung lah cik Kiah. Kira murah le.
Steambot dan grill seafood, chicken. Chicken wings tuh sedap (aku kannnnn yg grill..sedap le...poyo!)
Aku makan sampai kembung le...he he he...rasanya biasa je bagi aku..tapi worth lah dgn harga dan nice ambiance makan atas laut katanyaaa...jgn dah kenyang pastu terjun dah le...
Then lepas kembung perut kat sini, pi drive jalan-jalan memalam menikmati angin labuan nih..then lepak gerai makan minum ABC.
sekian.
5 comments:
fuyo sup tulang menggoda
catz tak try 'nasi katok'? atau 'ambuyat'? hmmm
neezaref,
sup tu sedapp..bawang gorengnya banyak gila..heehhe..terlebih sudah..
en me,
nasi katok?....apa tuh..ayam katok pernah le dengar..ambuyat?..tak..belum pernah try.....
adeh, xsabar nk g...eh, akak g sorg je ke??
Post a Comment