Sunday, July 26, 2009

Little Perak.. Nuin

Now ni banyak kan restoran yg punya konsep tertentu. Contohnya bubuh nama mcm 'Johor Delights'...so org tau restoran tu hidang masakan Johor..so mestilah kena ada mee bandung, beriani dll. Ada yang buat konsep masakan kampung..dan mcm2 lagi. Tujuannya utk menarik pengunjung dan juga memperkenalkan keistimewaan makan negeri tertentu. Maklumlah..now kedai makan/cafe/restoran dah banyak sgt. SO kena lah tonjolkan konsep dan product yang lain dr kedai lain kan.
Selain konsep dan nama kedai, menu pun now ni org dah bubuh macam2 nama utk menarik Contohnya satu kedai di Bdr Baru Bangi.

Nama kedai ni Nuin. konsepnya makanan negeri Perak. Catz dah banyak kali mkn kat kedai ni. Dulu kedai ni kat seksyen 15, now dah pindah ke seksyan 9, belakang Kedai sukan Al Ekhsan, Factory Store.
Tagline nya..little Perak. So makanannya semua dari perak lah resepi nya,
nama makanan pun bersangkut paut negeri Perak.
Contonya, mee rebus menara condong, nasi lemak perak, roti bakar Tanjung Malim, teh tarik Ipoh, laksa perak, dan mcm2.
Pilihan makanan dari yg ringan hinggalah yg berat. dari roti bakar hinggalah beberapa jenis nasi , kuih dan popia. Roti kukus kat sini sedap tau!!
Minuman pula dari air sejuk, panas, blended, smoothies, teh tarik, jus buah-buahan.

teh tarik Ipoh.. yg ni sedap dan best!

Nasi lemak, salah satu menu popular. Kawan aku beriya nak mkn nasi lemak sedap, so aku suggest makan kat sini.

set nasi lemak Perak. Sambal sotong dan nasi nya sedap!

ni nasi lemak yg ada rendang. Lupa apa namanya. Rendang tu, so-so je bagi catz. Tapi yang lain sedap.

Hampir semua food kat sini catz pernah mkn. hehehhe..aku pernah buat review dulu. Bagi catz kedai ni food ok, susasana ok.
Jom Nuin.

10 comments:

kucingorengemok said...

haa, nak pegi la ni, dah byk kali dgr org sebut (maybe ko je dah sebut 2-3 kali kot, haha)... eh bila ada kat LL? keyword: mangkuk kaca ;)

CATZ said...

hi kucengorengemuk,

aku ada kat LL today dan esok..
:)
sms le if ada apa2..
eh..betui la...
kedai depan tuh semua totopss...nampaknya kena masak keww todayy...adoiii..

Sasha Farina said...

jeles jeles jeles... bila nak naik sana ni... list makanan yg nak ditry dah panjang.. :D

kucingorengemok said...

alamak, hari ni sudah "esok"... dan aku tidak memasak pula, hmm (buat aksi gosok² dagu skit) takkan la nak kosong je kot, hehe...

en_me said...

perghh.. nasi lemak dgn papadom teww..

CATZ said...

sasha,
u duk area mana nih???
mai le...

CATZ said...

kog,
tak yah susah2 le...pulang kosong pun ok...
aku ada keropok dr kemaman..nak tak?

CATZ said...

en me,
hahhaa...buleh gak mkn nasik lemak dgn popodum..
sedap je.,.

CATZ said...

en me,
hahhaa...buleh gak mkn nasik lemak dgn popodum..
sedap je.,.

Unknown said...

Terima kasih kerana membuat review tentang restoran kami. Kami bercadang untuk menjemput beberapa blogger untuk menjayakan program kami yang akan datang. Boleh kami dapatkan contact no anda? Sila sms/whatsapp nama, alamat blog & email anda ke 019-6994886 :)